KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA(MPU 1042/A251)KUMPULAN AC(KUMPULAN 3)TAJUK:Dikir Barat: Warisan Irama dan Identiti Bangsa MalaysiaNAMA PENSYARAH:NURUL ALIYAH SHAM BINTI RAMBELYNO. NAMA NO. MATRIK1 MUHAMMAD IKHWAN B. AHMAD SYAHIZAN 3048302 AIN AISYA NAJIHA BINTI MOHAMAD ESHAM 3048933 NUR ATHIRAH BINTI OSMAN 3081904 NUR SHAHIRA IRYANA BINTI MUHAMAD SHARIFF 3051505 ZULAIKA NURUL AINI BINTI MAT GAZALI 3048726 AINA NATASYA BINTI MOHD DZAHIR 3052797 AISYAH IZZANY BINTI AHMAD ZUNAIDI 305084
1
2BUTIRAN AHLI KUMPULAN:NO. NAMA NO. MATRIK GAMBAR1 MUHAMMAD IKHWAN B. AHMAD SYAHIZAN3048302 AIN AISYA NAJIHA BINTI MOHAMAD ESHAM3048933 NUR ATHIRAH BINTI OSMAN 3081904 NUR SHAHIRA IRYANA BINTI MUHAMAD SHARIFF 3051505 ZULAIKA NURUL AINI BINTI MAT GAZALI3048726 AINA NATASYA BINTI MOHD DZAHIR3052797 AISYAH IZZANY BINTI AHMAD ZUNAIDI305084
3ISI KANDUNGANNO PERKARA HALAMAN1 Abstrak 42 Pengenalan 53 Bab 1: Nilai Warisan dan Budaya dalam Dikir Barat 64 Bab 2: Elemen Utama Dikir Barat 75 Bab 3: Bahasa, Pantun & Lirik 8-96 Bab 4: Muzik dan Irama 107 Bab 5: Kostum& Aksesori 118 Bab 6: Perkembangan & Budaya Popular 12-139 Bab 7: Tokoh & Kumpulan Ternama 14-1910 Bab 8: Teknik mengendalikan Kumpulan Dikir Barat 2011 Bab 9: Peranan Dikir Barat dalam Masyarakat 21-2212 BAB 10: Cabaran & Masa Depan Dikir Barat 2313 Kesimpulan 2414 Rujukan 2515 Lampiran 26-28
4ABSTRAKSeni Dikir Barat adalah satu bentuk persembahan berkumpulan tradisional yang terkenal di negeri Kelantan. Struktur persembahan ini diketuai oleh Tukang Karut dan Tok Juara, yang mana nyanyian mereka diiringi oleh sekumpulan awak-awak. Sokongan muzik disediakan oleh pemuzik yang menggunakan pelbagai alat tradisional, termasuk rebana ibu, rebana anak, gong, dan canang. Matlamat kajian ini adalah untuk meneroka sejarah, elemen-elemen penting Dikir Barat, serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha pelestariannya. Berdasarkan temu bual sejarah lisan dengan seorang tokoh yang berpengetahuan luas dalam warisan Dikir Barat, didapati bahawa persembahan ini adalah kegemaran utama masyarakat Melayu, terutamanya penduduk Kelantan.
5PENGENALAN Menurut laman sesawang rasmi Dikir Barat Kelantan, Persembahan Dikir Barat merupakan seni hiburan tradisional yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan dan menjadi cerminan identiti masyarakat Melayu. Seni persembahan ini berperanan sebagai medium pendidikan budaya, kerana melalui Dikir Barat, masyarakat dapat mempelajari dan menghargai warisan muzik tradisional. Kebiasaannya, Dikir Barat dipersembahkan dalam pelbagai acara rasmi dan majlis keramaian.Di Malaysia, Dikir Barat dianggap sebagai salah satu bentuk seni tradisional yang paling diminati oleh masyarakat Melayu, khususnya di Kelantan. Pada asalnya, ia merupakan hiburan popular dalam kalangan penduduk setempat yang mengetengahkan unsur jenaka, kisah kehidupan seharian, serta situasi semasa pada zaman dahulu. Namun begitu, perkembangan zaman telah membawa perubahan pada corak persembahannya. Kini, Dikir Barat turut menyentuh tema berkaitan isu politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan serta permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat.Dalam sebuah kumpulan Dikir Barat, terdapat watak penting seperti Tukang Karut dan Tok Juara yang memimpin keseluruhan persembahan. Mereka akan melontarkan karutan serta pantun secara berbalas, manakala kumpulan awak-awak berperanan sebagai penyokong vokaldengan lontaran suara yang lantang dan bersemangat.Bahasa utama yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat ialah dialek Kelantan. Antara instrumen yang sering dimainkan dalam persembahan ini termasuklah gong, seperti yang dinyatakan oleh Arba’ie Sujud (1999), kerana alat tersebut dianggap sangat penting dalam mengiringi Dikir Barat. Peranan gong adalah untuk menetapkan serta mengawal tempo muzik sepanjang persembahan. Selain itu, gong turut dimainkan bersama gendang anak dan gendang ibu, menjadikannya salah satu instrumen penting bukan sahaja dalam Dikir Barat, tetapi juga dalam pelbagai upacara dan persembahan tradisional lain.Seni dikir barat ini bukan hanya sekdar muzik dan hiburan semata-mata kepada masyarakat tempatan. Akan tetapi seni dikir barat ini menpunyai pelbagai maksud dan juga termasuklah teguran dan pengajaran yang turut diselatkan dalam nyanyiannya.
6BAB 1: NILAI WARISAN DAN BUDAYA DALAM DIKIR BARATMenurut Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Berita Awani (2023), kebudayaan merupakan elemen penting dalam usaha diplomasi kerana ia berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan negara-negara melalui persefahaman bersama. Beliau menegaskan bahawa seni budaya tradisional mempunyai peranan besar dalam memperkenalkan Malaysia di peringkat global. Seni dan budaya bukan sahaja menjadi medium yang mengeratkan hubungan antarabangsa, malah adat resam serta tradisi sesebuah masyarakat turut memiliki keistimewaan tersendiri yang membantu dalam memahami inti pati dan nilai budaya yang berbeza. Kefahaman ini seterusnya dapat meningkatkan hubungan antara kaum dan negara secara lebih harmoni.Seni dikir barat ini bukan sahaja telah menjadi salah satu seni tradisonal di negara kita malah turut juga mengukir nama di persada antarabangsa. Hal ini dapat dikaitkan apabila Warisan seni dan budaya gemilang negeri Kelantan yang diiktiraf UNESCO kini berada di ibu kota Amerika Syarikat, mengiringi angin diplomatik melalui program 'Cultural Diplomacy: Sounds and Soul of the East Coast\" yang berlangsung di Washington D.C pada tahun 2023.Dikir barat ini merupakan bentuk kesenian yang mengambarkan nilai yang penting dalam landskap budaya masyarakat di Malaysia terutama di negeri Kelantan. Seni ini telah diklasifikasikan sebagai salah satu warisan tidak ketara. Menurut UNESCO (2003), warisanbudaya tidak ketara merujuk kepada pelbagai amalan, representasi, pengetahuan dan kemahiran yang diiktiraf oleh sesebuah komuniti sebagai sebahagian daripada identiti serta kesinambungan tradisi mereka. Ciri-ciri inilah yang secara jelas dapat dilihat dalam kesenian Dikir Barat.Jabatan Warisan Negara turut mengiktiraf Dikir Barat sebagai sebahagian daripada kategori Warisan Budaya Tidak Ketara (WBTK), selaras dengan cirinya sebagai ekspresi seni yang hidup (living tradition). Pengiktirafan ini bukan sahaja menegaskan kepentingan Dikir Barat dalam memelihara identiti budaya masyarakat, malah menekankan keperluan untuk melindungi dan memulihara seni tersebut agar terus relevan dalam konteks kontemporari.
7BAB 2: ELEMEN UTAMA DIKIR BARATAntara elemen utama dalam sebuah kumpulan dikir barat ialah Juara dan Tukang Karut. BIlangan ahli kumpulan bagi Dikir Barat adalah fleksibel tetapi di Singapura, bagi pertandingan Rasmi, semua kumpulan perlu terdiri daripada Juara, Tukang Karut, 14 orang awak-awak serta empat pemain musik instrumen. Juara merupakan penyanyi utama dan menjadi individu pertama yang akan memulakan persembahan yang kemudiannya akan disambung oleh Tukang Karut. Tukang Karut pula berperanan sebagai seseorang yang berinteraksi dengan penonton melalui gelagatnya. Tukang Karut juga berperanan untuk menceriakan suasana dan menghidupkan suasana. Awak-awak pula berfungsi sebagai penyokong bagi persembahan melalui nyanyian korus dan Gerakan tangan yang serentak tetapi semuanya dilakukan ketika masih duduk.Antara elemen penting lain adalah dari segi instrumen muzik. DIkir Barat menggunakan beberapa instrumen musik seperti ibu rebana, marakas, anak rebana, tamburin, gong serta canang. Dalam persembahan Dikir Barat, ibu rebana dianggap paling penting kerana iamerupakan rentak utama. Anak rebana yang bersaiz lebih kecil pula digunakan sebagai sokongan dengan nada yang lebih tinggi. Gong dan canang pula digunakan untuk memperkemaskan lagi tempo dalam muzik Dikir Barat. Marakas dan tamburin pula akan dimainkan supaya dapat menambahkan lagi warna bunyi. Tamburin akan dimainkan oleh Juara ataupun Tukang Karut ketika yang lain menyanyi.Tukang Karut dan Juara dalam Dikir Barat Instrumen Dikir Barat
8BAB 3: BAHASA, PANTUN & LIRIKBAHASADalam penulisan lirik yang terdiri daripada pantun, gaya bahasa boleh dianggap sebagai salah satu perkara yang ditekankan. Ianya supaya dapat menambahkan dan kekuatan mesej. Antara gaya bahasa yang digunakan ialah:1. SingkofSingkof merupakan penggunaan bentuk kata yang dipendekkan atau disingkatkan atau kitab oleh katakan “bahasa pasar” Ianya supaya memudahkan sebutan sambil mengekalkan irama.Antara singkof yang sering digunakan adalah “tak” dan “nak”. Contohnya:- Hilang sudah tak kembali- Kalau ku tahu nak jadi begini2. AliterasiMerupakan pengulangan bunyi konsonan dalam baris pantun akan menghasilkan ritma yang lebih enak didengar. Contohnya:- Dikir ramai-ramai abang-abang adik kakak- Ada yang bangun pagi-pagi3. AsonasiMerujuk kepada pengulangan bunyi vokal dalam satu baris pantun. Ia digunakan bagi memperhaluskan lagi bunyi dan beri Kesan yang lebih puitis. Contohnya:- Cubalah tanya diri sendiri- Pemimpin bestari terajui negaraPANTUN Bentuk Pantun Dikir1. Terdiri daripada enam rangkap keseluruhan.2. Setiap rangkap berbentuk pantun 4 kerat.3. Setiap baris mengandungi 9 hingga 14 suku kata, selari dengan ciri tradisi pantun.4. Satu rangkap mempunyai sekitar 14 hingga 18 patah perkataan.5. Rima akhir bagi semua rangkap ialah aaaa, iaitu rima sejajar.6. Terdapat penggunaan dialek Kelantan, contohnya perkataan muga (Rangkap 5, baris 4), menunjukkan identiti daerah dalam pantun dikir.
9CONTOH LIRIKLAGU KARUT PATANITOK JOGHOSejauhmana harus dibuktikanSatu hakikat menjadi tujuanSyariat Sezaman KebudayaanUntuk seiring mencapai impianSeni Budaya pusaka bangsaWujudnya iya, dari dulukala2xHarus dijaga setiap masaSimbol keagungan kepada negaraDalam membentuk identiti bangsaSeni budaya tunggak yang utama2xMasyarakat majmuk di dalam negaraTelah mewujudkan pelbagai budayaMek.. Oh mekKena jaga budayaHaa kito sebagai ore Islam,Budaya bui salam, hak utamaBila sudah bui salam,Jangan pula kito duk masam mukaMari pakat tunjuk contoh hok comeycomey,Walau dimana kito berada iyeaHaa baru jadi masyarakat yang berjaya,Mok ayah pun rasa banggaKARUT KELANTAN WAU BULAN (PENUTUP)Hai seni budaya duo karo yang berbezaDengar molek sedaro-sedaro kena simpan dalam dadaCuba tengok cuba prati keindahan hari iniPenuh dengan warna-warni itu kito panggil seniBaju ambo paka ini pun juga seni,Hai termasuk dengan seluar kerno dio warna warniBila sebut budaya kait dengan kehidupanCara hidup bilang bangsa hai pelbagai keturunanHai mokyong teri wayang kulit dikir baratHai semua benda ini jadi nilai masyarakatHai seni budaya jadi tunggak keamananKerno dio pusaka bangsa sejak dari nenek moyang...Seni budaya pusaka bangsaHarus dijaga dengan sebaik-baiknyaOhh.. Mari bersama bersatu dalam memperkasaHai seni budaya tunggak keamanan negaraOhh.. Nilai seni budaya sezaman hok utamaHai kerana budaya identiti bangsaOhh.. sekie dulu persembahan puak kaweKalu ado maso lain kali bertemu pulo
10BAB 4: IRAMARentak dan Paluan dalam Dikir BaratDalam dikir barat, rentak atau paluan memainkan peranan penting dalam membentuk identiti muziknya. Antara paluan tradisi yang sering digunakan ialah Membo (Mambo), Cice (disebut “Chiii-Chayy”), dengdut (dangdut), rambong, dan beberapa lagi paluan khusus. Kini, variasi rentak turut berkembang dengan kemasukan irama tradisional seperti zapin, inang, masri, dan joget. Walaupun begitu, ensembel asas dikir barat tetap sama, iaitu rebana ibu dan anak, canang, serta gong.Berbeza dengan muzik moden yang biasanya mempunyai instrumen melodi, muzik dikir barat bergantung pada suara tukang nyanyi sebagai pemimpin lagu (pamurba). Alunan vokal inilah yang memberi arah kepada kumpulan, diikuti oleh paluan irama yang saling bertingkah untuk menghidupkan suasana persembahan.Kepentingan Interaksi dan IsyaratInteraksi antara penyanyi dan pemain alat muzik sangat penting. Ini kerana jenis paluan serta kelajuan (tempo) banyak bergantung kepada pemain rebana yang memulakan rentak. Jika tempo tidak sesuai, penyanyi dan tukang karut boleh hilang rentak, menyebabkan lagu terhenti atau tidak dapat diteruskan dengan baik.
11BAB 5: KOSTUM DAN AKSESORIDalam persembahan Dikir Barat, pakaian menjadi salah satu cara untuk menonjolkan identiti budaya Kelantan dan keunikan tradisi Melayu. Biasanya, ahli kumpulan memakai baju Melayu biasa atau cekak musang dengan warna yang seragam supaya kelihatan kemas dan tersusun di atas pentas. Ada juga kumpulan yang gemar memilih warna-warna terang seperti merah, biru atau kuning untuk kelihatan lebih hidup dan menyerlah. Di bahagian pinggang, mereka memakai sampin atau kain sarung yang bercorak songket atau tenunan tradisional, dan lilitannya dibuat sama bagi setiap ahli supaya nampak seragam dan rapi.Sesetengah kumpulan pula menambah tengkolok atau tanjak, terutamanya bagi tukang karut atau Juara untuk menonjolkan identiti budaya dan kedudukan mereka dalam persembahan. Untuk keselesaan, semua pendikir memakai seluar panjang yang sesuai dengan baju, supaya mudah bergerak dan duduk sepanjang persembahan. Kadang-kadang, aksesori tambahan seperti selempang atau tali pinggang kain turut digunakan, tetapi secara sederhana kerana fokus utama tetap pada nyanyian dan irama dikir.Biasanya, tukang karut memakai pakaian yang lebih menonjol berbanding ahli kumpulan lain. Ini membantu penonton mengenali peranan mereka sebagai penghibur utama. Warna dan corak pakaian tukang karut pula selalunya lebih menarik supaya mereka benar-benar menonjol di tengah-tengah persembahan.
12BAB 6: PERKEMBANGAN& BUDAYA POPULAR DIKIR BARATPerkembangan dikir barat kini menunjukkan banyak perubahan berbanding asalnya. Keaslian dan nilai estetika seni ini semakin kabur akibat pengaruh globalisasi dan trend terkini. Sesetengah pendikir muda, walaupun anak jati Kelantan, cuba memperbaharui persembahan dengan memasukkan unsur musik dangdut dan kostum yang lebih “menonjol”, namun ia sering tidak bersesuaian dengan nilai tradisi negeri yang terkenal sebagai serambi Mekah. Hal ini turut menimbulkan persoalan kerana walaupun kerajaan Kelantan sebelum ini menekankan larangan terhadap persembahan yang membawa unsur karut, album dan video yang bercanggah dengan tradisi asal kini mudah diakses, bahkan ditayangkan di kedai kopi dan media sosial.Keaslian dikir barat asalnya membawa mesej nasihat dan hiburan bermutu, dengan alunan muzik tradisional yang harmoni. Penyanyi-penyanyi terdahulu seperti Seman Wau Bulan dan Saleh Jambu gigih memastikan seni ini kekal bermaruah. Juara dan dikir karut yang mereka cipta bukan sekadar hiburan, malah sarat dengan lebih banyak unsur pendidikan dan nasihat moral. Malangnya, dikir kontemporari kini banyak memuatkan lirik lucah, dan tidak sesuai, muzik berunsur tekno dan pop serta kostum dan gerakan tarian yang tidak sesuai untuk kanak-kanak atau remaja.Walaupun begitu, terdapat juga aspek positif daripada perubahan ini. Program realiti seperti Karot komedia pada tahun 2012 telah berjaya menarik minat ramai penonton, termasuk generasi muda, dengan gabungan dikir, tarian dan lawak. Idea kreatif yang dibawa oleh Sabri Yunus dan krew-krewnya membuktikan bahawa dikir barat tidak lagi terhad kepada
13persembahan di kampung malah ia kini boleh dipersembahkan secara profesional di televisyen dan menarik perhatian jutaan penonton televisyen.Perubahan zaman dan pengaruh media nyata telah mempengaruhi kehidupan seharian kita, termasuk dalam seni persembahan. Begitu juga dengan dikir barat, yang suatu ketika dahulu terkenal dengan identiti dan keaslian tersendiri. Kini, dikir barat telah menembusi hampir setiap negeri di Malaysia, dan ramai penggiat tempatan muncul dengan gaya dan konsep masing-masing.Lebih-lebih lagi penuntut di Universiti yang mulai mencerburi bagi bidang kokurikulum mereka. Malah, generasi pendikir bukan lagi tertumpu di Kelantan sahaja, sebaliknya sudah tersebar ke seluruh negara. .
14BAB 7 : TOKOH DAN KUMPULAN TERNAMADalam dunia Dikir Barat, juara dan tokoh-tokoh lagenda memainkan peranan penting dalam membentuk identiti, gaya persembahan, serta perkembangan seni ini dari zaman tradisi sehingga era moden. Mereka bukan sekadar penghibur, tetapi pencipta budaya, penyusunpantun, guru dan ikon Masyarakat. Tokoh lagenda inilah yang memperkenalkan teknik vokal, stail pembawaan pantun, gaya interaksi dengan penonton dan penciptaan lagu yang menjadi rujukan hingga kini. Sumbangan mereka bukan hanya pada pentas persembahan, tetapi turut melahirkan generasi baharu yang meneruskan kesinambungan seni Dikir Barat.TOKOH DIKIR BARAT HALIM YAZIDHalim Yazid, atau nama penuhnya Abdul Halim bin Yazid, merupakan antara figura paling besar dalam dunia Dikir Barat. Kini, beliau berumur 65 Tahun. Anak kelahiran Pasir Puteh ini berjaya membawa seni tradisi tersebut ke arus perdana sehingga dikenali di seluruh Malaysia. Halim Yazid merupakan seorang graduan dalam bidang sastera di Universiti Malaya. Beliau menggunakan ilmu tersebut untuk menghasilkan karya yang bermakna dan dekat dengan masyarakat. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Noor Mahani Ahmad dan mereka dikurniakan enam orang cahaya mata. Nama beliau dikenal luas di negeri Kelantan. Hal ini disebabkan sumbangan dan pengorbanannya dalam mempromosikan seni dikir barat sehingga menarik perhatian ramai untuk lebih memahami seni tradisional tersebut.Nama Halim Yazid mula melonjak selepas lagu “Tupai” digunakan sebagai lagu tema filem Budak Kelantan. Lagu tersebut mendapat sambutan luas sehingga menjadi sebutan generasi lama dan muda. Disebabkan lagu yang diciptanya itu mendapat perhatian ramai, beliau dan keluarganya mula didekati untuk berkongsi perjalanan yang telah dilaluinya selama lebih 20 tahun dalam dunia seni dikir barat ini.Beliau turut menerbitkan beberapa album solo sejak tahun 1998, masing-masing menampilkan tema serta mesej tersendiri.Antara albumnya:● Angin (1998)● Inovasi (2001)● Infiniti (2003)● Sarana & Personaliti (2004)● Destiny (2008)
15Setiap album mencerminkan evolusi kreativiti beliau dalam mengekalkan tradisi sambil menyampaikan mesej moral.HASIL KARYASalah satu hasil karaya iaitu Lagu Anak Tupai karya Halim Yazid bukan hanya hiburan, tetapi sarat dengan pengajaran hidup. Pertama, lagu ini mengingatkan masyarakat agar tidak mengikut hawa nafsu dan tidak melakukan perbuatan tidak bermoral. Seperti peribahasa “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”, setiap perbuatan negatif seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram atau mencuri pasti akan terbongkar dan dihukum.Selain itu, lagu ini turut mengangkat kebesaran ciptaan Allah SWT. Meskipun manusia dianugerahkan ilmu yang luas, kita tetap tidak berupaya menghasilkan makhluk sekecil seekor tupai. Justeru, kita diperingatkan agar tidak melihat tupai sebagai ancaman atau membinasakannya sesuka hati, kerana haiwan itu juga merupakan ciptaan Allah yang mempunyai hak untuk hidup di dunia ini.Tambahan pula, lagu ini turut membuka ruang kepada pendengar untuk menilai diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing. Melalui simbolik seekor tupai, Halim Yazid mengajak masyarakat memahami bahawa setiap makhluk mempunyai peranan tersendiri dalam ekosistem dan perlu dihormati. Pendekatan ini bukan sahaja memperkayakan mesej lagu, malah mengajak kita melihat kehidupan dari perspektif yang lebih luas dan matang. Secara tidak langsung, karya ini menunjukkan bagaimana seni boleh digunakan sebagai medium dakwah dan pendidikan yang mampu membentuk pemikiran serta sikap masyarakat ke arah yang lebih baik.
16LIRIK LAGU DIKIR BARAT ANAK TUPAIKARYA HALIM YAZIDAdo sekor anok tupai atah julai moktekudung ekor perut lapar jalan cari makanKejadian tuhan dipanggil nama tupaiasalnya dale hutan sejenis mamaliaKalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandaijatuh jare jare kerana dia tak sobarPandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugoktak wi gambar ore jahat jale telajok mangokOre jame ritu pakat hambat tupaibimbe ko woh kayu takuk tokdan besarNyor derian duku kalu dan nye kerit tupaipendek tahun tu nyor derian takdan nak jualOre sekepung tupai sekor berambat hari harinya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagiSakat bedil ado tupai habih matihok ni lah saya raso kita sangat rugiKita manusio tinggi mana pun kita ngajinak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadiLoni kapung atau bandar jare buleh tgkbapok tupai ibu tupai jale bawak anokRasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupaikerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagarBulu bulu pun habih luruh air mato bederai deraimari dale baruh bekali kena racun tebakaAdo sekor anok tupai atah julai moktekudung ekor perut lapar jalan cari makan
17SUMBANGAN TOKOHHalim Yazid ialah antara figura penting dalam dunia seni yang banyak menyumbang kepada perkembangan serta pengukuhan martabat dikir barat di Malaysia. Sebagai penggiat seni yang berpengaruh, beliau bukan sahaja membawa identiti baharu kepada dikir barat, malah turut memperluas ruang lingkupnya sehingga menjadi lebih relevan dengan masyarakat moden. Melalui kreativiti, kepimpinan serta visi yang jelas, Halim Yazid telah berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap dikir barat daripada sekadar hiburan tradisional kepada sebuah medium penyampaian ilmu, nilai moral dan mesej sosial. Sumbangan beliau bukan sekadar memperbaharui bentuk persembahan, tetapi turut melibatkan usaha mendidik generasi muda, mengukuhkan organisasi seni dan memperkukuh kedudukan dikir barat dalam arus perdana seni budaya negara.1. Mengubah imej dikir baratBeliau berjaya membawa pembaharuan dengan menjadikan dikir barat lebih beretika, berfokus pada isu sosial dan politik, serta bebas daripada lirik tidak bermoral. Usahanya menjadikan dikir barat lebih positif dan sesuai ditonton semua lapisan masyarakat.2. Mendirikan Persatuan Seni Dikir Barat Kebangsaan MalaysiaBeliau merupakan tokoh penting yang menubuhkan persatuan rasmi bagi menyatukan penggiat seni, memperluas pengaruh dikir barat di seluruh negara dan menjadikannya seni budaya yang lebih profesional.3. Mencipta gaya persembahan modenBeliau memperkenalkan pendekatan baharu dengan menggabungkan elemen tradisi dan moden, menjadikan persembahan lebih dinamik serta menarik minat generasi muda.4. Melahirkan pelapis BaharuBeliau aktif membimbing remaja melalui latihan, bengkel dan kumpulan seni bagi memastikan tradisi dikir barat terus hidup dan diwarisi.5. Tokoh berpengaruh dalam dunia dikir baratSumbangannya menjadikan beliau antara nama paling besar dalam memperluaskan populariti, penerimaan dan penghargaan terhadap dikir barat dalam masyarakat Malaysia.KUMPULAN TERNAMA
18KUMPULAN KIJANG EMASLATAR BELAKANG :● Dalam profil kebudayaan Kota Bharu oleh British Council, Kumpulan Kijang Emas disenaraikan sebagai “dikir barat troupe” yang mempunyai reputasi di Kelantan.● Mereka dikenali sebagai kumpulan tradisional dikir barat dari Kelantan, dan muzik mereka telah dirakam di platform seperti Spotify dan Apple Music.● Lagu “Dikir Barat (Kelantan)” oleh mereka adalah salah satu rakaman popular.CIRI PERSEMBAHAN :● Seperti kumpulan dikir barat klasik, persembahan mereka melibatkan nyanyian berkumpulan dan muzik berirama.● Lirik-lirik mereka ada elemen tradisional dan puitis (lihat lirik lagu “Dikir Barat (Kelantan)” .● Mereka menggunakan alat muzik tradisional (atau gaya tradisional dikir barat), ini boleh disimpulkan dari genre dan asal seni dikir barat.PENCAPAIAN :● Disebut sebagai “reputable troupe” dalam laporan British Council, menunjukkan pengiktirafan dalam komuniti seni budaya Kelantan.● Keberadaan rakaman mereka di platform digital (Spotify, Apple Music) menunjukkan bahawa mereka berjaya menembusi pasaran muzik lebih moden dan mendapat audience lebih luas.
19KUMPULAN SIRAT MAHARAJALATAR BELAKANG :● Kumpulan ini berasal dari Bachok, Kelantan.● Menurut laporan, kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 2014.● Motto kumpulan: “Memacu Kejayaan Bersama”CIRI PERSEMBAHAN :● Dalam persembahan dikir barat, Sirat Maharaja menggunakan pantun, puisi, dan unsur lirik karut (improvisasi) seperti kebanyakan kumpulan dikir barat.● Mereka menekankan mesej sosial dan kreativiti — menurut pengurus pasukan, “kesepaduan” adalah senjata utama mereka, dan mereka memberi tumpuan pada pesanan yang dibawa oleh Tok Juara melalui kepakaran beliau mengolah lagu dan karut dengan penuh kreativiti.PENCAPAIAN :● Sirat Maharaja memenangi Pertandingan Dikir Barat RTM 2024.● Dalam pertandingan Dikir Barat 2022, mereka berjaya ke separuh akhir.Sejarah kemenangan lain termasuk:● Johan Bioteknologi (2016)● Johan Dikir Dakwah (2017)● Johan Dikir Belia ( 2018)● Johan Bas Mutiara (2018)● Johan Anti Rasuah JKKN & SPRM (2019)● Johan Dikir Barat Warisan (2021)
20BAB 8: TEKNIK MENGENDALIKAN KUMPULAN DIKIR BARATMengurus kumpulan dikir barat memerlukan kemahiran dalam memimpin ahli, menyusun latihan, dan memastikan persembahan berjalan lancar. Hal ini dapat mengekalkan keharmonian serta kualiti seni dikir barat.1. Cara Melatih Vokal Dalam dikir barat, muzik tidak seperti lagu moden yang menggunakan alat melodi. Sebaliknya, suara penyanyi menjadi panduan utama, manakala paluan rebana menyokong tempo lagu. Oleh itu, penyanyi perlu belajar menyesuaikan suara dengan paluan rebana agar nada dan tempo selari. Latihan bersama secara tetap antara penyanyi dan pemain rebana penting supaya persembahan tidak terganggu, mengelakkan suara sumbang atau ketidaksesuaian tempo. Sebelum persembahan, penyanyi dan pemain rebana perlu berbincang tentang jenis paluan dan kelajuan lagu supaya persembahan lebih lancar dan profesional.2. Pengurusan PasukanSetiap anggota kumpulan dikir barat mempunyai peranan tersendiri seperti tukang karut, tok juara, ahli vokal dan pemain rebana. Untuk memastikan persembahan berjaya, komunikasi dan kerjasama antara semua ahli sangat penting. Latihan berkala dan perancangan yang baik membantu mengelakkan kekeliruan semasa persembahan dan mengekalkan keharmonian dalam kumpulan.3. Cara Mencipta Persembahan Menarik Selain suara dan rebana, persembahan boleh menarik dengan gerakan tubuh, ekspresi wajah dan kreativiti dalam pantun atau lirik lagu. Penyusunan lagu yang teratur, pemahaman tempo, serta interaksi antara ahli kumpulan menjadikan persembahan lebih dinamik dan menyeronokkan untuk penonton.4. Strategi untuk PertandinganUntuk pertandingan, kumpulan perlu memastikan semua ahli memahami lagu, tempo dan paluan rebana. Latihan intensif membantu mengelakkan kesilapan semasa persembahan. Fokus kepada keserasian suara, penguasaan pantun, dan penyampaian mesej lagu yang jelas akan meningkatkan peluang untuk berjaya. Komunikasi semasa persembahan juga penting supaya semua ahli bergerak seiring dan persembahan berlangsung lancar.
21BAB 9: PERANAN DIKIR BARAT DALAM MASYARAKATDikir Barat merupakan seni persembahan tradisional yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Melalui pemahaman asal usul Dikir Barat, masyarakat, khususnya golongan muda, dapat menghargai dan mendekatiwarisan budaya ini dengan lebih mendalam. Apabila generasi muda mengetahui nilai, mesej, dan sejarah yang terkandung dalam setiap persembahan, mereka akan lebih berminat untuk memelihara dan meneruskan tradisi ini. Ini penting kerana tanpa kesedaran dan minat generasi muda, warisan budaya seperti Dikir Barat berisiko dilupakan atau terpinggir.Selain itu, pendokumentasian persembahan tradisional Dikir Barat perlu dipertingkatkan kerana masyarakat kini semakin kurang memberi perhatian kepada seni warisan ini. Aktivis muda yang memodenkan persembahan membawa kelainan dan meningkatkan penerimaan generasi muda terhadap seni ini. Walau bagaimanapun, persembahan Dikir Barat asli tetap perlu dikekalkan dan dipelihara. Strategi pendokumentasian yang betul, termasuk rakaman audio, video, dan penerbitan buku panduan, memastikan seni ini terus terjaga dan boleh dirujuk oleh generasi akan datang.Penyebaran Nilai dan NasihatSelain hiburan, Dikir Barat berperanan sebagai medium penyebaran nilai dan nasihat. Lirik dan pantun dalam persembahan mengandungi mesej moral, sosial, dan pendidikan yang relevan dengan kehidupan masyarakat. Contohnya, pantun dan syair boleh mengingatkan masyarakat tentang pentingnya bersikap jujur, menjaga hubungan sosial, dan menghormati orang lain. Dengan cara ini, Dikir Barat bukan sekadar menghibur tetapi turut membentuk sahsiah dan pemikiran positif masyarakat.Hiburan KomunitiDikir Barat juga berfungsi sebagai hiburan komuniti yang mengeratkan hubungan antara penduduk. Persembahan secara berkumpulan bukan sahaja menceriakan suasana, tetapi juga menjadi platform untuk masyarakat berkumpul, bertukar pengalaman, dan menghargai seni secara kolektif. Aktiviti seperti ini membantu mengukuhkan semangat kekitaan, terutama dalam komuniti desa atau kampung, di mana persembahan Dikir Barat sering diadakan semasa perayaan atau majlis rasmi.Perpaduan dan Identiti Budaya Negeri Pantai TimurSelain nilai dan hiburan, Dikir Barat menegaskan identiti budaya negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu. Seni ini bukan hanya milik orang Melayu, malah semua kaum, termasuk India dan Cina, dapat menghargai dan mengambil bahagian. Dengan cara ini, Dikir Barat menjadi alat penyatuan masyarakat, menghapuskan jurang etnik dan memperkukuh perpaduan. Persembahan bersama semua lapisan masyarakat juga menonjolkan kekayaan budaya Malaysia secara keseluruhan, menjadikannya simbol perpaduan yang diiktiraf dan dihargai.
22Hubungan Antara Generasi Dikir Barat turut memainkan peranan penting dalam hubungan antara generasi. Golongan muda belajar daripada pengalaman golongan tua melalui penglibatan dalam persembahan, pengajaran pantun, dan latihan vokal. Hubungan ini memastikan ilmu, nilai, dan tradisi Dikir Barat diwarisi dan diteruskan. Melalui interaksi ini, seni tradisional tidak hanya dipelihara tetapi juga relevan untuk masa kini, sambil menyemai nilai moral dan perpaduan dalam masyarakat tanpa mengira latar belakang etnik atau umur. Secara keseluruhan, Dikir Barat bukan sekadar seni persembahan. Ia adalah warisan budaya yang menghubungkan masyarakat, menyemai nilai moral, memperkukuh perpaduan, dan memelihara tradisi dari satu generasi ke generasi seterusnya, menjadikannya simbol budaya yang dihargai semua lapisan masyarakat.
23BAB 10: CABARAN & MASA DEPAN DIKIR BARAT1. Persepsi Masyarakat Terhadap Dikir BaratSalah satu cabaran utama Dikir Barat ialah bagaimana masyarakat melihat seni ini. Di Kelantan, Dikir Barat diterima dengan baik kerana ia sebahagian daripada budaya tempatan. Namun, terdapat juga sebahagian pihak yang melihatnya secara negatif, terutamanya dari sudut pandangan agama. Pandangan yang berbeza ini kadangkala menjadi penghalang kepada penerimaan lebih meluas. Oleh itu, pendedahan awal tentang Dikir Barat di sekolah dan komuniti sangat penting. Dengan cara ini, generasi muda dapat memahami nilai, mesej, dan keindahan seni tradisi ini sejak awal lagi.2. Persaingan dengan Hiburan Moden dan Kesenian LainDikir Barat kini bersaing dengan hiburan moden dan seni kontemporari. Contohnya, rancangan realiti televisyen yang mencari penyanyi terbaik sering mendapat perhatian tinggi kerana hadiah lumayan dan peluang untuk menjadi terkenal. Sebaliknya, Dikir Barat yang memerlukan latihan berkumpulan dan penghayatan nilai tradisi kadang-kadang kurang menarik minat generasi muda. Tambahan pula, kesenian moden lebih mudah diterima oleh masyarakat secara meluas. Untuk menghadapinya, pihak berwajib dan aktivis seni digalakkan menganjurkan lebih banyak aktiviti seperti persembahan, bengkel, dan pertandingan Dikir Barat, supaya masyarakat, khususnya generasi muda, lebih berminat untuk belajar dan meneruskan warisan ini.3. Kekurangan Pelapis MudaRamai penggiat Dikir Barat berasal daripada generasi lama, menyebabkan wujud kekurangan pelapis muda. Tanpa penglibatan mereka, seni ini berisiko dilupakan. Program latihan, bengkel interaktif, dan pengenalan seni ini di sekolah atau komuniti boleh menarik minat anak muda untuk terus belajar dan menghayati Dikir Barat.4. Digitalisasi Peluang dan StrategiTeknologi digital memberi peluang untuk Dikir Barat lebih dikenali. Platform seperti YouTube, TikTok, dan Instagram membolehkan persembahan dikongsi kepada khalayak lebih luas. Digitalisasi juga memudahkan pendokumentasian lirik, pantun, dan rakaman persembahan. Strategi digital yang tepat dapat menarik minat generasi muda sambil memastikan seni ini kekal relevan untuk masa depan.5. Memelihara Warisan untuk Generasi Akan DatangUntuk memastikan Dikir Barat terus hidup, kerjasama antara generasi tua dan muda penting. Pendokumentasian persembahan, latihan berstruktur, pertandingan, dan festival budaya adalah beberapa cara untuk memelihara seni ini. Sokongan daripada kerajaan, persatuan seni, dan komuniti turut memainkan peranan penting supaya warisan ini tetap dihargai dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
24KESIMPULANKajian ini telah menggariskan bahawa Dikir Barat, sebuah seni persembahan tradisional yang berakar umbi di Kelantan, merupakan Warisan Budaya Tidak Ketara (WBTK) yang amat signifikan, melangkaui fungsi hiburannya semata-mata, dan bertindak sebagai cerminanidentiti budaya Melayu. Persembahan yang unik ini dicirikan oleh struktur peranan yang jelas, melibatkan Tukang Karut dan Tok Juara yang memimpin vokal, disokong oleh korus awakawak, dan diiringi oleh instrumen utama seperti rebana ibu. Analisis terhadap lirik menunjukkan bahawa Dikir Barat telah berevolusi menjadi platform yang berkesan untuk menyampaikan nasihat moral, teguran sosial, dan kritikan isu semasa yang disampaikan melalui penggunaan bahasa puitis, singkof, dan perumpamaan yang tersirat.Dalam konteks perkembangan dan penerimaan, sumbangan tokoh seperti Halim Yazid adalah amat besar dalam mengubah persepsi negatif dan memartabatkan seni ini ke arus perdana. Namun begitu, kesinambungan Dikir Barat berhadapan dengan dilema modenisasi; ia terperangkap antara keperluan untuk berinovasi bagi menarik minat Generasi Z (seperti melalui program realiti) dan cabaran untuk mengekalkan keaslian warisan daripada dicemari oleh pengaruh muzik kontemporari yang keterlaluan. Secara tuntasnya, masa depan Dikir Barat bergantung kepada pelaksanaan strategi pemeliharaan yang komprehensif. Ini termasuk usaha pendokumentasian formal dan digitalisasi secara meluas, di samping kerjasama sinergi antara pemegang taruh (termasuk generasi tua dan muda) untuk memastikan seni ini terus relevan, terpelihara, dan dapat mengukuhkan perpaduan serta identiti budaya bangsa Malaysia.
25RUJUKAN Abdulrahman. (2016, April 13). Dikir Barat sebagai kaedah penyatuan, sebaran maklumat - Malaysiaaktif. Malaysia Aktif. https://malaysiaaktif.my/2016/04/dikir-baratsebagai-kaedah-penyatuan-sebaran-maklumat/ anyflip.com. (2023, January 12). TOKOH DIKIR BARAT HALIM YAZID - Flip eBook Pages 1-14 | AnyFlip. https://anyflip.com/tkbwf/ucor/basic Dikir Barat (Kelantan) - Kumpulan Kijang Emas: Song Lyrics, music Videos & Concerts. (1993, December 13). Shazam. https://www.shazam.com/song/586879992/dikirbarat-kelantan? Dikir Barat - Sejarah dan Asal-usul. (2023). Blogspot.com. https://adisaufi.blogspot.com/2010/05/dikir-barat-sejarah-dan-asal-usul.htmlIsmail, L. (2025, November 23). TRANSFORMASI DIKIR BARAT. Blogspot.com. https://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/vfg_28.htmlLaman, P. (2024, December 8). Objek Warisan Tidak Ketara. Heritage.gov.my.https://www.heritage.gov.my/en/kraf.html?view=article&id=202:objek-warisan-tidakketara&catid=17:info-jwn Mohd Azam, A. H. (2021). Kajian Tentang Penerimaan Generasi‑Z Terhadap Seni Warisan Dikir Barat di Negeri Kelantan (Tesis Ijazah Sarjana Muda). Universiti Malaysia Kelantan.https://discol.umk.edu.my/id/eprint/3941/Muhammad, S. (2014). ANALISIS MUZIK DAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DI KELANTAN – SATU PENILAIAN DAN PERSEPSI MASA HADAPAN. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 2(2). https://doi.org/10.47252/teniat.v2i2.245 Musa, A. (2020). Modern Technology Trends Bring the Chance of Identity Originality Dikir Barat in Kelantan. International Journal of Engineering and Advanced Technology, 9(4), 495–498. https://doi.org/10.35940/ijeat.b2957.049420Persembahan, S., Barat, D., Seni, W., Negeri, K., Nurul, K., Hairul, J., Nor, A., Wanie, A., Aziz, B., Binti, M., Khan, P., Azliza, N., Nik, B., Fakulti, A., Maklumat, P., Selangor, U., & Perdana, K. (n.d.). https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92638/1/92638.pdfUnknown. (2025). DIKIR BARAT. Blogspot.com. https://zimaupsi.blogspot.com/2014/05/dikir-barat.htmlZulhaizad, M.Pakar Dikir Barat Universiti Utara Malaysia (2025, November 8). DIkir Barat (Athirah, Interviewer) [Review of DIkir BArat in Universiti Utara Malaysia].Danish, A. Kelab Dikir Barat Universiti Utara Malaysia (2025, November 8). DIkir Barat (Ikhwan, Interviewer) [Review of DIkir BArat in Universiti Utara Malaysia].
26LAMPIRANTemubual bersama Muhammad ZulhadiPakar DIkir Barat dan Tukang Juara Universiti Utara MalaysiaTemubual bersama Ahmad DanishPemain Ibu Rebana Kelab Dikir Barat Universiti Utara MalaysiaPemain dan Gong Kelab Dikir Barat Universiti Utara MalaysiaContoh Canang yang dipakai bagi Dikir Barat
27Pemain Ibu Rebana memegang instrumen Ibu Rebana dan Anak RebanaContoh Marakas yang digunapakai dalam Dikir BaratLatihan Dikir Barat Kelab Dikir Barat Universiti Utara Malaysia
28Persembahan Kelab Dikir Barat Universiti Utara Malaysia di Pesta Konvokesyen-38