3
4
PUTRAJAYA, 9 Feb – “Saya berharap agar perhimpunan secara langsung sebegini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua kakitangan Kementerian dan Agensi di semua peringkat agar semua faham dan terus istiqamah di dalam tugasan khususnya 'follow up' dan 'follow through' perancangan Kementerian agar kita dapat mencapai matlamat secara bersama.” YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi , Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah anjuran KEMAS dihadapan 600 orang kakitangan yang hadir serta turut di tayangkan secara langsung Facebook KEMAS Official. “Melalui Malaysia MADANI, seluruh jentera dan organ Kerajaan kini mempunyai “arah” dalam PERHIMPUNAN BULANAN KKDW BULAN FEBRUARI 2023 TEKS/ FOTO: UKK 5 memberi manfaat rakyat dan negara keseluruhannya,” ujar beliau. Terdahulu, turut hadir, YB Datuk Hajah Rubiah Hj. Wang Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun Ketua Setiausaha (KSU) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan TKSU (Dasar) KKDW, Encik Mas Rizal Mohd Hilmi TKSU (Pembangunan) KKDW, Encik Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi Ketua Pengarah KEMAS dan semua Ketua Agensi KKDW. “KEMAS telah menjadi salah satu agensi yang paling hampir dengan akar umbi, sudah semestinya menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan dasar-dasar kementerian yang memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar.” “Penghasilan Pelan Strategik KEMAS 2022 – 2026 merupakan penetapan beberapa lonjakan dan strategi serta sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dilihat sebagai usaha yang murni dan seiring dengan matlamat serta hala tuju negara.” “Justeru itu, komitmen, kesepakatan dan kerjasama erat melalui pelbagai strategi yang lebih memberi impak serta disokong oleh dasar strategik adalah amat penting ke arah mencapai matlamat yang ingin disampaikan oleh KEMAS,” kata beliau. “Justeru itu, komitmen, kesepakatan dan kerjasama erat melalui pelbagai strategi yang lebih memberi impak serta disokong oleh dasar strategik adalah amat penting ke arah mencapai matlamat yang ingin disampaikan oleh KEMAS,” kata beliau. memperincikan program dan gerak kerja masing-masing untuk mencapai aspirasi yang digagaskan sekaligus Persembahan oleh kanak-kanak TABIKA KEMAS
PORT DICKSON, 24 Feb - "Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja KEMAS di semua peringkat khususnya bagi warga KEMAS Ibu Pejabat yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan segala perancangan dan 'KPI' Jabatan bagi tahun 2022." "Saya amat berharap agar komitmen padu tersebut diteruskan agar segala aktiviti, program, projek dan 'KPI' dalam dilaksanakan serta dicapai dengan jayanya demi manfaat rakyat khususnya masyarakat desa di luar bandar." Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Apresiasi KEMAS Ibu Pejabat di Port Dickson, Negeri Sembilan. MALAM APRESIASI KEMAS IBU PEJABAT TAHUN 2022 TEKS/ FOTO: UKK 6 “Saya menyeru seluruh warga KEMAS khususnya yang hadir pada hari ini agar dapat menunjukkan tahap partisipatif yang luar biasa dan mampu menyalurkan pemikiran serta idea yang realistik selari dengan kehendak dan perubahan pada masa kini dan jangkaan akan datang.” “Saya amat yakin dan percaya sekiranya kita semua sentiasa bekerja dalam satu pasukan serta berganding bahu dalam melaksanakan amanah yang diberikan, tidak mustahil semua cabaran yang mendatang mampu ditangani dengan lebih baik.” Majlis diadakan bagi menghargai pencapaian sepanjang tahun kakitangan KEMAS Ibu Pejabat sepanjang tahun 2022. Anugerah-anugerah yang diberikan menjadi pemangkin semangat kepada kakitangan yang lain untuk terus memberikan komitmen dan lebih berdaya saing dalam melaksanakan tugasan. Majlis turut meraikan Puan Syakirah binti Md Nor, Pengarah Bahagian Kewangan & Perolehan KEMAS Ibu Pejabat yang akan bertukar ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Ketua Pengarah KEMAS menyampaikan anugerah kepada kakitangan yang cemerlang
PUCHONG, 21 Mac - TABIKA KEMAS ArRaudah, Puchong, Selangor telah menerima lawatan kerja dari delegasi Jepun. Lawatan yang dibuat adalah bertujuan untuk membuat pemerhatian terhadap sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di TABIKA KEMAS. Selain itu juga, lawatan ini membantu pihak JICA untuk mendapatkan input tentang penyediaan makanan di pusat jagaan kanak-kanak kerajaan. Lawatan kerja telah disambut oleh Puan Rafea'ah binti Haji Nahar Timbalan Ketua Pengarah KEMAS (Pengurusan & Pembangunan), Encik Mohd Ali Hanafiah bin Abu Hassan Pengarah KEMAS Negeri Selangor dan pegawai-pegawai dari KEMAS Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri Selangor. PUTRAJAYA, 6 Mac - Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS telah mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai-pegawai dari Kesatuan Kakitangan KEMAS Semenanjung Malaysia (KESATERIA) yang diadakan di KEMAS Ibu Pejabat, Putrajaya. Mesyuarat telah membincangkan secara komprehensif berkenaan isu serta usul yang dibawa oleh KESATERIA untuk makluman dan tindakan pihak Pengurusan Tertinggi KEMAS. Encik Ahmad Kamal Idris dalam ucapannya menegaskan bahawa, “Perjalanan sesuatu persatuan tidak bermakna jika maklumat yang MESYUARAT JAWATANKUASA KESATERIA BERSAMA PENGURUSANTERTINGGI KEMAS Teks/ Foto: UKK 7 LAWATAN KERJA JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA) KE TABIKA KEMAS TEKS/ FOTO: UKK sewajarnya tidak disampaikan kepada ahli, dalam waktu yang munasabah. Terutama bagi persatuan yang mempunyai ramai bilangan ahli dan ahli pula berada di lokasi yang berbeza. “Meskipun persatuan boleh merancang dan mengadakan “the best of activities”, ia tidak memberi makna jika tiada sambutan ahli secara menyeluruh. Sambutan lazimnya diperoleh jika maklumat disampaikan dengan cepat, tepat dan menyeluruh. Jadi perancangan yang awal serta maklumat tentang aktiviti itu sangat perlu dan merupakan aspek penting dalam memastikan kejayaan persatuan.” Beliau turut menekankan bahawa, Pengurusan Tertinggi KEMAS sentiasa komited dan berusaha keras dalam menjaga hak dan kebajikan semua kakitangan KEMAS di semua peringkat. Ketua Pengarah KEMAS Ahli Jawatankuasa KESATERIA
Penganjuran Majlis Santunan Kasih Ramadan kali ini turut mendapat kerjasama yang amat baik dari KKDW Negeri Wilayah Utara semua Agensi KKDW seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), MARA, RISDA, serta lain-lain agensi seperti PDRM, Jabatan Penerangan Negeri, KKM, RELA, APM serta lain-lain agensi persekutuan dan negeri. dan Jawatankuasa Masjid telah diagihkan kepada penduduk kampung di perkarangan Masjid Jamek Al-Islah. YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan Simbolik Penyerahan Barangan Program Peningkatan Pendapatan kepada penerima bantuan (PPP). Kira-kira 2,000 orang hadir dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan yang turut dihadiri oleh YAB Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah YB Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW Dato' Sri Ramlan Harun. TASEK GELUGOR, 26 Mac - YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meneruskan sesi jelajah Majlis Santunan Kasih Ramadan yang dihoskan oleh KEMAS Negeri Pulau Pinang. Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada seramai 50 orang anak-anak Tahfiz dan anak-anak Yatim di bawah seliaan Masjid Jamek Al-Islah, Pokok Tampang, Tasek Gelugor yang diraikan dalam majlis ini. 1,500 bungkus bubur lambok yang telah disediakan oleh 5 kumpulan dengan kerjasama penduduk kampung serta kakitangan KEMAS, Agensi-agensi KKDW SANTUNAN KASIH RAMADAN KEMAS NEGERI PULAU PINANG TEKS/ FOTO: UKK 8 YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan duit raya kepada seramai 50 orang anak-anak Tahfiz dan anak-anak Yatim di bawah seliaan Masjid Jamek Al-Islah, Pokok Tampang, Tasek Gelugor.
dapat melahirkan seramai 125,000 Huffaz Profesional menjelang tahun 2050 nanti. Program Santunan Kasih Ramadan Negeri Terengganu ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya program Tadarus Al Quran yang membabitkan seramai 85 orang pelajar Tahfiz di sekitar Kuala Nerus dan 100 kakitangan KEMAS dan peserta kelas Bina Insan dari seluruh daerah Terengganu. Ketua Pengarah KEMAS, Encik Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi bersama Pengurus Besar KETENGAH Yang Mulia Dato' Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa serta Pengarah KEMAS Terengganu Dr Faridah Mat menyampaikan sumbangan cenderamata kepada pelajar Tahfiz serta peserta program Tadarus Al Quran yang telah diadakan di Masjid Al-Ansar Kem Seri Pantai Kuala Nerus Terengganu. Penglibatan dari semua agensi di bawah KKDW terserlah apabila pelbagai juadah berbuka puasa disediakan untuk dinikmati kira-kira seramai 1,500 orang tetamu yang hadir dalam majlis berbuka puasa yang dihoskan oleh KEMAS Negeri Terengganu kali ini. KUALA NERUS, 28 Mac - Sejumlah RM 210,000 peruntukan bantuan peralatan Quick Win oleh KEMAS telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kepada 5 orang penerima yang mewakili 60 orang keseluruhan penerima bantuan Quick Win KEMAS Negeri Terengganu dalam bidang Jahitan, Masakan, Dandanan Diri dan Seni Tangan. Quick Win KEMAS dilaksanakan untuk membantu individu memulakan perniagaan melalui kemahiran yang diperolehi selepas tamat mengikuti kursus antara 3 hingga 5 hari. Beliau hadir dalam program Santunan Kasih Ramadan Negeri Terengganu yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar selain Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad selain Dato'Seri Haji Ahmad Said serta pemimpin dari Terengganu. Dalam majlis yang sama YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan sumbangan kepada Pusat Anak-Anak Yatim berjumlah RM 21,000 dari agensi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) serta menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar Tahfiz seramai 85 orang. Dalam ucapan beliau menzahirkan rasa teruja dengan usaha yang dibawa oleh KEMAS dalam memastikan program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) di 10,741 buah Taman Bimbingan Kanakkanak (TABIKA) di seluruh negara terus diperkasakan agar pendedahan dari peringkat awal usia kanak-kanak akan SANTUNAN KASIH RAMADAN KEMAS NEGERI TERENGGANU TEKS/ FOTO: UKK 9 YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan sumbangan kepada Pusat Anak-Anak Yatim berjumlah RM 21,000 dari agensi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
SETAPAK, 2 Apr - Sejumlah RM110,000 sumbangan berupa peralatan dan kursus Quick Win diserahkan di Program Santunan Kasih Ramadan yang berlangsung di PPR Seri Semarak Kuala Lumpur di mana KEMAS Wilayah Persekutuan pula sebagai penganjurnya. Sumbangan disampaikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hadir di perkarangan kira-kira jam 6.00 petang disambut Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun, kepimpinan tempatan dan pengurusan KKDW serta agensi di bawahnya. Sumbangan ini melibatkan 30 peserta Quick Win dalam bidang Jahitan, Masakan dan Dandanan Diri untuk membantu mereka memulakan perniagaan melalui kemahiran yang diperoleh selepas tamat mengikuti kursus. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut memberikan sumbangan RM100,000 bagi bantuan program dan aktiviti serta kos operasi SANTUNAN KASIH RAMADAN KEMAS NEGERI KELANTAN TEKS/ FOTO: UKK MACHANG, 9 Apr - Seramai 2,400 orang hadir Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Machang Kelantan yang diadakan di di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu Machang. Aktiviti menyediakan kuih buah mulung atau buah melaka menggantikan penyediaan bubur lambuk di lokasilokasi sebelum ini. Seawal jam 10.00 pagi kakitangan KEMAS dan penduduk kampung bergotong royong menyediakan kuih ini. Ketua Pengarah KEMAS, Tuan Ahmad Kamal Idris Mohd SANTUNAN KASIH RAMADAN KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS/ FOTO: UKK 10 kepada Maahad Tahfiz Dhiya'ul Islah dan RM10,000 kepada Surau Jumaat AlHusna. Tidak dilupakan turut disampaikan sumbangan RM4,300 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kepada golongan miskin tegardalam senarai E-Kasih PPR Sri Semarak dan PPR Sg. Bunus melibatkan 43 orang penerima. RISDA juga turut memberikan sumbangan iringan kepada penerima sumbangan berupa kain pelekat dan kain batik kepada 143 orang penerima sumbangan. Turut hadir Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Zambry bin Abdul Kadir; Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Rubiah binti Hj Wang. MhKWdBaplkkmKNEtNawawi dan Pengarah KEMAS Kelantan Encik Hashim Alang Abdul Hamid turut tidak ketinggalan bersama-sama meninjau serta menyediakan kuih ini. Hampir 6,000 biji kuih ini disediakan untuk tujuan berbuka puasa. Dalam majlis pada sebelah petang Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sejumlah RM50,000 yang diperuntukkan kepada lima buah kampung di sekitar Kelantan untuk melaksanakan projek Rakan Kebun Sahabat Komuniti Desa (SKOD) anjuran KEMAS mulai tahun ini. Projek Rakan Kebun ini sebagai mendokong saranan pihak kerajaan agar memastikan keterjaminan makanan dan mengatasi kesan kelembapan atau kemerosotan ekonomi global. Selain itu juga ianya menggalakkan semangat kesukarelaan dan kebertanggungjawaban di kalangan masyarakat desa untuk mengoptimumkan sumber tanah yang ada untuk tujuan pertanian secara berkelompok sekurang-kurangnya 20 orang dalam sebuah kampung. Memanfaatkan kawasan terbiar di kampung terlibat ataupun boleh dilakukan di halaman rumah atau kawasan masjid serta kawasan yang bersesuaian serta mendapat kebenaran dengan aktiviti pertanian moden untuk mengurangkan kos sara hidup. Pada majlis tersebut juga, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada masjid, golongan Asnaf dan Pusat Tahfiz sekitar Machang dan agihan duit raya kepada pelajar tahfiz berjumlah RM 51,000.
PUTRAJAYA, 31 Mei – Seramai seratus ribu kanak-kanak TABIKA KEMAS disasarkan menjadi `Huffaz Cilik’ tiga tahun lagi melalui Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS. Program berkenaan akan dilaksanakan Julai ini dengan kerjasama Yayasan Pahang selaku rakan strategik yang akan membantu dari aspek tadbir urus termasuk pengisian modul, teknik hafazan, pemantauan, perkongsian BUKIT MERTAJAM, 6 Mei - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang akan menjadi agensi kerajaan pertama yang akan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dalam bidang Penjagaan Kesihatan dan Perubatan Tradisional mulai tahun 2023. Menerusi kolaborasi ini mereka yang terlibat akan diberikan taklimat dan penjelasan berkenaan penguatkuasaan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 mulai tahun 2024 serta diberikan tauliah untuk menjalankan perubatan tradisional dan komplementari. Ketua Pengarah KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata kerjasama strategik ini memastikan semua Pemaju Masyarakat KEMAS yang melatih peserta di kelas Kemahiran KEMAS serta usahawan bimbingannya berjumlah 62 orang di seluruh Pulau Pinang akan mendapat sijil tauliah bagi mengendalikan aktiviti KEMAS JULUNG KALI LAKSANA PROGRAM PENJAGAAN TRADISIONAL POSTNATAL TEKS/ FOTO: UKK 11 perubatan tradisional seperti urutan selepas bersalin atau Postnatal dari Kementerian Kesihatan Malaysia. “JKN akan memberi khidmat nasihat kepada peserta dalam proses mendapatkan Perakuan Pengamal Berdaftar dengan Majlis PT&K seterusnya memasukkan mereka ke dalam Program Perkhidmatan Penjagaan Tradisional Postnatal di Klinik Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Dengan adanya pentauliahan ini usahawan bimbingan KEMAS terlindung di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari tahun 2016.” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Wacana Ilmu – Wanita Inspirasiku (WINS) KEMAS peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di perkarangan Pasaraya Besar Mydin, Jalan Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. Melalui penguatkuasaan ini manamana individu yang tidak berdaftar dengan Majlis PT&K boleh dikenakan Penalti untuk kesalahan diatas dibawah Akta PT&K 2016 yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan RM50,000 atau 3 tahun penjara bagi kesalahan selanjutnya. “Peserta Pusat Keterampilan Diri KEMAS ini bukan sahaja mendapat kemahiran perbidanan melayu terapi moden (postnatal) malah berpeluang untuk menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan dan menaikkan taraf hidup yang lebih baik bagi masyarakat luar bandar” tambah beliau lagi. KEMAS BAKAL LAHIRKAN 100,000 HUFFAZ CILIK MENJELANG 2026 TEKS/ FOTO: UKK Beliau berkata demikian di Sesi Townhall bagi Libat Urus Program TABIKA Pra TahfizKEMAS Bersama Masyarakat Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Sri Lestari, KKDW. Modul PPI yang dilaksanakan sejak 2017 ini merangkumi pengaplikasian kaedah pembelajaran yang bersifat kontemporari dan berkonsep didik hibur. Tambah beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS ini mengabungkan elemen 7M iaitu Mengaji, Menghafaz, Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul dan Manusiawi. “Pelaksanaan program ini untuk menanam minat anak-anak menghafaz dan mencintai Al-Quran di usia muda melalui kaedah menguasai hafazan surah lazim dalam Juz ‘Amma dan surah pilihan dengan Qiraat, Adab dan Tadabbur”. amalan terbaik serta latihan secara berterusan. Menurut Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, program ini adalah nilai tambah bagi Modul Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) yang memberi penekanan dan tumpuan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian Al Quran.
SESI TOWNHALL BAGI LIBAT URUS PROGRAM TABIKA PRA TAHFIZ KEMAS BERSAMA MASYARAKAT TAHUN 2023 FOTO: UKK 12 YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama kanak-kanak yang terlibat Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS bagi tahun 2023. Ketua Pengarah KEMAS, Tuan Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi menyampaikan overview Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS.
KUALA LUMPUR, 7 Jun – KEMAS sekali lagi meraih Anugerah `Trusted Brand’ bagi kategori Pusat Pembelajaran Pra Sekolah Pilihan Pengguna di Malaysia oleh Reader’s Digest pada tahun ini. Ketua Pengarah KEMAS, Tuan Ahmad Kamal Idris bin Haji Mohd Nawawi berkata, ini merupakan kali ke empat selepas menerimanya tahun 2017, 2020 dan 2022. Anugerah telah disampaikan oleh Louise Waterson, Ketua Pengarang Majalah Antarabangsa Reader’s Digest kepada YBhg. Dato’ Sri Ramlan Harun Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diiringi Tuan Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi. Majlis tersebut dihadiri oleh pelbagai syarikat korporat serta selebriti yang mendapat undian dari pengguna berdasarkan penilaian yang ditetapkan oleh Majalah Reader’s Digest kepada 7 aspek iaitu kualiti, inovasi, mutu dan tanggungjawab sosial, kebolehpercayaan, kredibiliti dan memahami kehendak pengguna. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah , Pengurusan dan Pembangunan KEMAS Puan Rafea’ah Nahar,Cik Anisah Saidin Pengarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS serta Pengarah Pengiklanan dan Pemasaran Majalah Reader’s Digest Asia Pasifik, Sheron White. KEMAS TERIMA ANUGERAH TRUSTED BRAND BUAT KALI KE-4 TEKS/ FOTO: UKK 13 YBhg. Dato’ Sri Ramlan Harun Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (tengah) diiringi Tuan Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi bersama penerima Anugerah `Trusted Brand’ bagi tahun 2023.
PUTRAJAYA, 27 Jun - "Saya menyeru kepada seluruh warga kerja KEMAS agar melaksanakan tugas anda dengan cemerlang. Amalkan budaya kerja berprestasi tinggi, tingkatkan kualiti dalam penyampaian dan salurkan maklumat yang tepat berkenaan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Amanat Ketua Pengarah Bersama Pegawai Kanan KEMAS, Bilik Mesyuarat Aras 9, KKDW. NILAI, 24 Jun - Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa Negeri Sembilan Fest 2023 atau “Mini KUD@NS Fest 2023” di Dataran Nilai, Negeri Sembilan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini. Mini KUD@NS Fest 2023 ini menjadi platform terbaik untuk “Ruralpreneurs Unleashed!”, menyerlahkan kebolehan, kemampuan para usahawan desa untuk mengembangkan potensi mereka dengan memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk tempatan yang mampu untuk memperkasakan komuniti setempat dan mendorong pembangunan negara. “Agensi Kerajaan yang lain termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui KEMAS dan JAKOA sangat penting untuk memperoleh maklumat yang tepat bagi menoktahkan kemiskinan tegar termasuk di Negeri Sembilan penghujung KEMAS, JAKOA MENOKTAHKAN KEMISKINAN TEGAR BERAKHIR 2023 TEKS/ FOTO: UKK 14 tahun 2023. “KKDW kementerian yang sangat penting dan strategik yang dapat menyantuni rakyat majoritinya Melayu untuk dibantu di mana perlu termasuk kelompok kecil miskin Cina, India, Orang Asli di pedalaman Sabah dan Sarawak”, katanya. Turut hadir YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH BERSAMA PEGAWAI KANAN KEMAS Teks/ Foto: UKK bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri ; YAB Dato' Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan, Menteri Pertahanan ; YB Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. "Bawalah roh 'Satu Semangat, Satu Pasukan & Satu Kemenangan' dalam tugasan harian agar ianya memberi suntikan moral untuk melaksanakan segala tugasan yang telah diamanahkan ini dengan baik. Perlu diingat bahawa masyarakat sentiasa memerhati dan menilai usaha dan perkhidmatan yang diberikan," katanya lagi. Majlis turut meraikan pelantikan Encik Zairuddin bin Mat Zuini sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi (KEMAS) yang baharu berkuatkuasa 23 Jun 2023.
15 DATUK ROSYAM NOR KONGSI ILMU BERSAMA USAHAWAN KEMAS SELANGOR TEKS/ FOTO: UKK BANGI, 8 Jul- Program Wanita Inspirasiku (WINS) “Wanita Desa ke Global” yang diadakan di Negeri Selangor ini adalah merupakan siri kedua dari 14 siri yang akan diadakan di seluruh negara bagi tahun 2023. Majlis dirasmikan oleh YB. Tuan Syahredzuan bin Johan, Ahli Parlimen Bangi, Selangor yang telah diadakan di perkarangan Evo Mall, Bandar Baru Bangi, Selangor. Penampilan Selebriti Terkenal Tanahair, Datuk Rosyam Nor dalam sesi perkongsian ilmu secara langsung telah memberikan kesan segera, kepuasan dan inspirasi kepada para peserta untuk turut serta maju dan berjaya. Dalam pada itu, Puan Siti Rahmah binti Ajak dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Terbaik KEMAS Negeri Selangor atas usaha yang cemerlang dan komitmen yang tinggi. Beliau merupakan pemilik perniagaan Jahit & Jual Pakaian Wanita, Lelaki, Kanak-Kanak, Telekung serta jahitan pukal Pakaian Uniform, CTY Rahmah Enterprise dengan pendapatan sebanyak RM10,000.00 sebulan. Manakala, Puan Nabila Binti Khalid dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Harapan KEMAS Negeri Selangor atas usaha yang cemerlang dan komitmen yang tinggi. Beliau telah menyertai kelas kemahiran KEMAS secara aktif sejak dari tahun 2018 hingga sekarang. Beliau merupakan pemilik perniagaan Sarang Craft By ABBY yang menjual produk kraf tangan dan beg buatan tangan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.00 sebulan. Perkongsian kemajuan kerjaya oleh Datuk Rosyam Nor
16 KERAJAAN NEGERI LULUS RM250,000 BANGUN PUSAT PENGEMBANGAN KEUSAHAWANAN WANITA PAHANG TEKS/ FOTO: UKK KUANTAN, 9 Julai – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan peruntukan RM 250,000 kepada Pusat Anyaman dan Kraf Cherating bagi menjadikannya sebagai Pusat Pengembangan Ekonomi Wanita Kerajaan Negeri Pahang yang Pertama seumpamanya di negeri ini dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita Pahang. YB Dato' Sabariah Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang berterima kasih atas usaha yang dilaksanakan oleh KEMAS Negeri Pahang memastikan pengoperasian Pusat Anyaman dan Kraf Cherating, Kuantan Pahang yang telah beroperasi lebih 40 tahun di premis berkenaan. “Kita sangat berterima kasih kepada pihak KEMAS kerana sejak sekian lama telah mengusahakan Kelas Pendidikan Kemahiran Kesejahteraan Keluarga di Pusat Anyaman dan Kraf Cherating untuk memperkasa peranan kaum wanita dari aspek ekonomi, kesihatan dan sosial yang seimbang. “Setinggi-tinggi tahniah juga kepada KEMAS Negeri Pahang kerana berjaya menghimpunkan usahawan - usahawan KEMAS dari seluruh negeri Pahang di program ini,” katanya ketika merasmikan Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) peringkat KEMAS Negeri Pahang. Tuan Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS berkata, KEMAS berbesar hati atas bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Pahang.Ianya akan memberi lebih ramai kumpulan sasar menerima manfaat daripada peruntukan yang disediakan. “Golongan wanita sangat bertuah kerana pelbagai inisiatif yang disediakan oleh KEMAS memberi fokus kepadamemperkasakan ekonomi wanita dari aspek ekonomi melalui kelas kemahiran yang disediakan. “Bantuan peralatan yang diperuntukkan sejumlah RM 18.5 juta disediakan dalam bidang jahitan, masakan, dandanan diri serta seni tangan bagi tahun ini. Jadi rebutlah peluang yang disediakan di KEMAS ini”. tambah beliau lagi. Program Wanita Inspirasiku (WINS) “Wanita Desa ke Global”menghimpunkan peserta kelas-kelas kemahiran di bawah bimbingan KEMAS khususnya golongan wanita yang telah diadakan selama 2 hari bermula 8 dan 9 Julai 2023, bertempat di ruang legar, Kuantan Parade Shopping Mall. Demonstrasi oleh peserta Kelas Kemahiran KEMAS menjadi tumpuan ramai
17 400 KANAK-KANAK TABIKA KEMAS DAERAH GUA MUSANG DAN KUALA KRAI SERTAI PROGRAM HAJI CILIK BAGI SESI 1444H/2023M TEKS/ FOTO: PADZLUDDIN (KEMAS KELANTAN) GUA MUSANG, 17 Julai- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan telah menganjurkan Program Haji Cilik bertempat di Masjid Razaleigh Gua Musang bermula seawal jam 8.00 pagi hari ini. Seramai lebih 400 kanak-kanak TABIKA dan 100 orang Pendidik Masyarakat (PM) serta Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) terlibat dalam program ini. Turut terlibat lebih 600 orang ibu bapa serta keluarga menjadikan pengunjung yang hadir dianggarkan lebih 1000 orang. Mabit, Melontar, Tahalul Awwal, Tawaf, Saie dan Tahalul Thani. Aktiviti kemuncak memberi pengalaman kepada kanakkanak berasak-asak ketika bertawaf dihadapan Kaabah. Majlis Perasmian disempurnakan Tuan Haji Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA). Antara objektif utama program berkenaan untuk menyuntik semangat kepada kanak kanak TABIKA KEMAS agar menanam cita-cita untuk menunaikan haji suatu hari nanti bagi memenuhi rukun islam ke-5. Kanak-kanak TABIKA KEMAS bersedia untuk melakukan aktiviti melontar sebelum bertawaf dalam usaha menyuntik semangat agar menanam cita-cita untuk menunaikan haji suatu hari nanti bagi memenuhi rukun Islam ke-5. Aktiviti kemuncak memberi pengalaman kepada kanak-kanak berasak-asak ketika bertawaf dihadapan Kaabah.
BANGI, 18 Julai- Taklimat Khas Malaysia MADANI Zon Tengah telah diadakan di Dewan Rafflesia, National Institute Of Occupational Safety & Health (NIOSH) Bangi, Selangor hari ini. Seramai 200 orang kakitangan yang terdiri daripada 3 agensi iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) telah hadir. Agenda Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri TAKLIMAT KHAS MALAYSIA MADANI ZON TENGAH TEKS: UKK & FOTO: M.O.N.A (KEMAS SELANGOR) 18 adalah untuk mendukung prinsip kesejahteraan, keadilan, saling menghormati, sikap ihsan dan jalinan kerjasama semua rakyat untuk terus berganding bahu membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang bertamadun. Gagasan dan konsep Malaysia MADANI ini amat penting dihayati dan difahami oleh semua peringkat umur. Ianya tidak boleh dilihat sebagai satu fahaman politik dan slogan semata-mata tetapi perlu diterjemahkan kepada usaha murni berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Taklimat khas Malaysia MADANI telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). Turut hadir YBrs. Tuan Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS serta Pengarah KEMAS Negeri Selangor,Perak,Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. 45 KAKITANGAN DAN PEGAWAI WAKILI KONTINJEN KEMAS DI SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H/2023M TEKS/ FOTO: UKK KUALA LUMPUR, 19 Julai – Seramai 45 kakitangan dan pegawai mewakili kontinjen Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) telah menghadiri sambutan Maal Hijrah Tahun 1445H peringkat Kebangsaan di World Trade Center (WTC) Kuala Lumpur hari ini. Kontijen diketuai oleh Tn Hj Zairuddin Mat Zuini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) TKPO KEMAS tampak meriah mengenakan busana berwarna oren. Dengan tema “Perpaduan Teras Malaysia Madani”, majlis telah disambut meriah dan disempurnakan dengan kehadiran DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Ahmad Shah dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sutan Iskandar Al-Haj. Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H/2023 Peringkat Kebangsaan telah dianugerahkan kepada Mantan Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Abdul Monir Yaacob manakala anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1445H/2023 dianugerahkan kepada Mufti Besar India dan Pengasas Pusat Pendidikan Jamia Markaz atau Mazkazu Saquafathi Sunniya, ,Al-Allamah Sheikh Abubakr Ahmad. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. 200 orang kakitangan hadir bagi mendapat penerangan bekenaan polisi kerajaan Kontinjen KEMAS di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2023/1445H
, SABAK BERNAM, 22 Julai- Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Negeri Selangor dan Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) di Stadium Sungai Besar, Selangor disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini. Hasil gabungan dua karnival utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini dilaksanakan bersempena Program Sentuhan Kasih Desa edisi jelajah kali ke-4 bagi tahun 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD) NEGERI SELANGOR DAN KARNIVAL USAHAWAN ORANG ASLI (KUOA) TEKS/ FOTO: UKK 19 kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Seramai 50 usahawan Orang Asli dari pelbagai kategori (produk herba, kraftangan, eko pelancongan, makanan, nurseri, produk kecantikan dan buahbuahan) terlibat dalam karnival ini termasuk 8 Usahawan Bimbingan KEMAS juga dari pelbagai bidang. Turut hadir YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YBhg Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) KKDW; YBrs Tuan Haji Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Selangor. FELCRA Berhad antara agensi di bawah KKDW yang terlibat. Turut menjayakan karnival Bahagian Pembangunan Usahawan Desa (UD), Pejabat KKDW Negeri Selangor, serta WACANA ILMU - WANITA INSPIRASIKU (WINS) KEMAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN TEKS/ FOTO: UKK GUA MUSANG, 24 Julai - "KEMAS sejak dari hari pertama penubuhannya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa arus perubahan dan kesejahteraan kepada masyarakat luar bandar baik untuk golongan kanak-kanak, wanita, usahawan dan belia. YBhg. Datuk Haji Zawawi Haji Othman, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) berkata demikian dalam ucapan perasmian program Wacana Ilmu - Wanita Inspirasiku (WINS) KEMAS Peringkat Negeri Kelantan di Dataran KESEDAR Paloh 2, Gua Musang, Kelantan. "Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran, pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita kini boleh dibanggakan berbanding lebih lima puluh tahun dahulu," kata beliau. Terdahulu, Encik Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS turut menyampaikan ucapan alu-aluan majlis. "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Inilah yang sedang diusahakan oleh KEMAS bersama agensi-agensi KKDW untuk terus memperkasa golongan wanita. Saya percaya, golongan wanita mampu mengecap kejayaan dalam segala bidang sekiranya mereka diberikan ruang, peluang dan sokongan yang sewajarnya dari semua pihak termasuk Kerajaan.," tegas beliau. Ikon Usahawan KEMAS Negeri Kelantan telah dinobatkan kepada Puan Mariyah binti Othman. Beliau merupakan usahawan bimbingan KEMAS bagi produk jahitan pakaian wanita yang berpendapatan sebanyak RM5,000.00 sebulan. Turut hadir, Dr. Haji Zainal Abidin Haji Ali Pengarah Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS Ibu Pejabat, Encik Hashim Alang Abdul Hamid Pengarah KEMAS Negeri Kelantan dan pegawaipegawai KEMAS dan KESEDAR. Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah KEMAS
20 20 PASANGAN PENGANTIN DIRAI DI PROGRAM JOM KAHWIN SENTUHAN KASIH DESA NEGERI KELANTAN 2023 TEKS: UKK & FOTO : RIDHUAN IBRAHIM (KEMAS KELANTAN) GUA MUSANG, 23 Jul. – YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi menyempurnakan Program Sentuhan Kasih Desa Negeri Kelantan yang diadakan di Dataran KESEDAR Paloh 2, Gua Musang, Kelantan di sini hari ini. Beliau dalam ucapan berkata, “Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti, inisiatif dan bantuan langsung kepada masyarakat dengan harapan dapat mewujudkan kesejahteraan yang lebih baik bagi seluruh komuniti luar bandar dan mengurangi kesenjangan sosial. “Ini juga secara tidak langsung membuka peluang kepada usahawan untuk mengembangkan serta mempromosikan produk tempatan dalam mewujudkan akses pasaran produk usahawan kepada pembeli sekaligus meningkatkan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan masyarakat sekitar Wilayah Kelantan Selatan,” ujar beliau. Dalam pada itu, Program Jom Kahwin yang julung-julung kalinya diadakan oleh KEMAS dalam program ini telah melibatkan 20 pasangan mewakili 15 orang pasangan Melayu dan 5 pasangan Orang Asli yang dibiaya sepenuhnya oleh KEMAS termasuklah perbelanjaan set busana pengantin, solekan, pelamin, jamuan serta jurugambar. “KKDW dan agensinya bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan sosiekonomi penduduk khususnya warga di perdesaan bagi merapatkan jurang ekonomi di antara masyarakat desa dan bandar dalam usaha memastikan kesejahteraan kehidupan masyarakat desa dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” tegas beliau. Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada KEMAS menerusi kelulusan peruntukan sebanyak RM 2,250,000.00 bagi Projek Bina Baru TABIKA KEMAS Berkembar Gual Ipoh, Tanah Merah dan Taska KEMAS Sri Sentosa Selinsing, Pasir Puteh Kelantan. Turut hadir, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri & Menteri KKDW, YB Datuk Rubiah Wang Timbalan Menteri KKDW, Dato' Sri Ramlan Harun Ketua Setiausaha KKDW, Encik Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Zawawi Othman Pengerusi KESEDAR dan Pegawai-pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri. YAB Perdana Menteri beramah mesra dengan pasangan pasangan pengantin yang dirai di Program Jom Kahwin Sentuhan Kasih Desa Negeri Kelantan.
ALOR GAJAH, 10 Ogos – Seramai 389 Pendidik Masyarakat Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS bersedia untuk memulakan tugas di TABIKA KEMAS seluruh negara tahun ini bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan. Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) diadakan tiga (3) bulan di Pusatpusat Latihan KEMAS dan merupakan kursus yang diwajibkan oleh Jabatan untuk melayakkan seseorang untuk dilantik sebagai Pendidik Masyarakat (PM) TABIKA KEMAS Gred S29. YB Datuk Hajah Rubiah Binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, “Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas serta pendedahan kepada pelatih-pelatih berkenaan tatakelola pengurusan, pengoperasian dan prosedur di TABIKA KEMAS”. “Seorang pendidik adalah agen perubahan yang mendidik dan melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dalam pelbagai sudut. Seorang pendidikuga bertanggungjawab untuk merealisasikan cita-cita dan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara.” Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) Tahun 2023, Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka dihadapan seramai 389 pelatih-pelatih SPAK yang turut dihadiri oleh Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS. Pelatih-pelatih terdiri daripada pelatih di Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur, 389 PENDIDIK MASYARAKAT TABIKA KEMAS LANTIKAN BAHARU TAMAT KURSUS TEKS: UKK & FOTO : UKK KKDW 21 Institut Latihan KEMAS Kuantan, Pusat Latihan KEMAS Kuala Terengganu, Pusat Latihan KEMAS Melaka dan Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas. Ke arah memperkasakan lagi Pendidikan Islam dalam kurikulum TABIKA KEMAS dan pembinaan Malaysia MADANI, KEMAS telah memperkenalkan Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS yang memberi nilai tambah kepada aspek al-Quran dalam melahirkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan alQuran bagi surah-surah dalam juzu’ amma dan surah pilihan (Juzuk 30) dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur. "Pada tahun 2017, 2020, 2022 dan 2023, TABIKA KEMAS telah diiktiraf sebagai ‘Trusted Brand For Pre-School Learning Centre’ dan menerima anugerah emas daripada pihak Reader’s Digest Asia. Pengiktirafan yang diterima ini jelas membuktikan masyarakat mempercayai dan yakin terhadap TABIKA KEMAS setanding dengan tadika swasta lain dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kanak-kanak berkualiti di Malaysia," tambah beliau lagi. Turut hadir, YBrs. Tuan Zairuddin Bin Mat Zuini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), pegawaipegawai KEMAS dan pelatih-pelatih KEMAS.
GOMBAK, 22 Ogos - Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada Puan Natasha Hilwa binti Lokman yang merupakan ibu kepada Allahyarham adik Muhammad Al-Qayyum bin Muhammad Faizan, seorang murid di TABIKA KEMAS Taman Greenwood, Gombak. Kejadian rumah terbakar pada 2 Januari 2023 yang lalu telah meragut nyawa Allahyarham adik Muhammad Al-Qayyum, 6 tahun dan Allahyarhamah Nur Syaza Alfisya, 9 tahun di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kg. Tanggut, Gombak, Selangor. Turut mengiringi, Encik Ali Hanafiah Abu Hassan, Pengarah KEMAS Negeri Selangor dan pegawai-pegawai KEMAS Negeri Selangor. KEMAS BERI SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MURID TABIKA MAUT KEBAKARAN TEKS/ FOTO: UKK 22 AMANAT KETUA PENGARAH KEMAS MALAYSIA KEPADA PESERTA KURSUS ASAS PENGURUSAN AWAM PPAK KEMAS ZON BORNEO TEKS/ FOTO: KEMAS SARAWAK KUCHING, 29 Ogos - Segala pengorbanan terpaksa meninggalkan keluarga tercinta serta kepenatan mental dan fizikal para perserta kursus terbayar setelah berjaya menamatkan modul-modul dalam kursus yang pastinya menuntut ketahanan diri selain daripada pertemuan empat mata bersama Datuk Ahmad Kamal Idris dalam majlis amanat bersama Ketua Pengarah KEMAS Malaysia semalam. Dalam pertemuan tersebut, Datuk Ahmad Kamal sempat memberi peringatan tegas agar para peserta tidak mudah lupa diri apabila sudah bergelar sebagai seorang ketua sementelahan pernah berada dibawah sebelum menjawat jawatan sekarang. Sebagai seorang ketua atau pemimpin yang berwibawa, warga KEMAS haruslah menjiwai dan menguasai akronim KEMAS itu sendiri iaitu , , , ℎ dan . Ditambah pula dengan 'passion' serta 6 tunjang ketua yang cemerlang iaitu disiplin, , suri teladan, beradab, bekerjasama dan amanah.
PUTRAJAYA, 15 Sept - "Perpaduan amat penting dalam pembangunan negara terutamanya ke arah kemajuan negara termasuk dalam meningkatkan ekonomi negara. Saya menyeru semua pihak perlu cakna dalam memastikanperpaduan dapat dikekalkan antara kaum dan bangsa dalam negara kita." YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam ucapan perasmian program tersebut di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya disini hari ini. "Moga dengan penganjuran Kembara Merdeka ini, akan memberi impak yang bermakna kepada kita semua, bukan sahaja suburkan semangat patriotisme, peri pentingnya juga, perasaan cinta kepada negara boleh menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di negara kita," katanya lagi. YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, "Program Kembara Merdeka ini merupakan satu manifestasi dalam menyemarakkan lagi semangat patriotik dari kalangan komuniti dan masyarakat khususnya di luar bandar bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Negara." "Saya menyarankan agar program kembara ini akan diadakan sebagai acara tahunan kerana ianya dapat membentuk pembangunan sahsiah komuniti dan perpaduan masyarakat desa dalam menghayati erti sebuah kemerdekaan," ujar beliau. Peserta konvoi yang terdiri dari kakitangan KEMAS Negeri dan juga masyarakat desa terlibat sama dalam MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA DESA MADANI 2023 KKDW TEKS/ FOTO: UKK 23 program jelajah merentasi beberapa buah negeri yang bermula 12 September di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan menamatkan ekspedisi ini di Putrajaya pada 15 September 2023.
24 PROGRAM KEMBARA MERDEKA DESA MADANI 2023 KKDW FOTO: UKK YBhg. Datuk Haji Khairuddin bin Tarmizi hadir merasmikan Pelancaran Program e-Read KEMAS Bagan Datuk sempena Program Kembara Merdeka Desa Madani 2023 KKDW. .
KUALA LUMPUR, 27 Sept. - Kursus Media Kreatif KEMAS Tahun 2023 anjuran Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat telah berlangsung pada 25 hingga 27 September 2023 bertempat di Institut Latihan KEMAS (ILK) Kuala Lumpur. Kursus telah melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri dari kakitangan Unit Komunikasi Korporat KEMAS dari seluruh negara. Tenaga pengajar dari Ampire Events telah memberikan pelbagai ilmu & kemahiran berkenaan teknik penghasilan gambar, video dan 'live' di platform TikTok yang kreatif serta dapat memberikan impak segera kepada umum. Peserta turut dibawa melawat ke Sri Pentas TV3 bagi memberi berpeluang melihat sendiri bagaimana penyediaan Rancangan TV seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Berita Terkini, Buletin Utama, Mandat Rakyat dan lain lain. Selain itu mreka juga dibawa melawat konti radio HotFM. KUCHING, 24 Sept - Bahang pertandingan Hari POTENSI KEMAS semakin dirasai oleh hampir 800 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS yang akan bertanding pada bulan November nanti apabila lagu rasmi temasya tersebut telah dilancarkan di sini hari ini. Yang Berhormat Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyempurnakan pelancaran tersebut setelah hampir 30 tahun temasya ini dianjurkan oleh pihak KEMAS. Lagu ini hasil ciptaan Amir Jahari atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah bin Jahari yang juga alumni TABIKA KEMAS yang bergiat aktif dalam industri hiburan di Malaysia. Penghasilan lagu tema Hari POTENSI KEMAS akan menjadi identiti dan akan berkumandang pada Hari POTENSI KEMAS Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 3-5 November 2023 di Dataran Kemerdekaan Bandaraya Shah Alam nanti. Menurut Datuk Rubiah, KEMAS telah merangka Program Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi KEMAS LANCAR LAGU TEMA HARI POTENSI TEKS: UKK & FOTO : PADZLUDDIN (KEMAS KELANTAN) 25 KURSUS MEDIA KREATIF UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK) KEMAS TAHUN 2023 Teks/ Foto: UKK menghadapi cabaran Revolusi Industri yang semakin berkembang pesat. Program ini juga seiring dengan pembelajaran abad ke-21. “KEMAS telah menjalankan kerjasama strategik dengan TELEKOM Malaysia bagi membekalkan talian internet di bandar dan luar bandar bagi memastikan pengajaran kanak-kanak di TABIKA KEMAS adalah berkualiti”. Tambah beliau, sebanyak 51 buah TABIKA KEMAS di Sarawak telah menerima manfaat dari kerjasama strategik ini. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Hari POTENSI KEMAS Peringkat Negeri Sarawak tahun 2023. “KEMAS dalam perancangan untuk membekalkan peralatan digital seperti televisyen pintar, komputer riba dan akses internet ke TABIKA seluruh negara secara berfasa. Di Sarawak ini, sebanyak 13 buah komputer riba telah dibekalkan kepada Pendidik Masyarakat TABIKA”. Semoga kursus ini memberikan manfaat yang besar kepada para peserta & Jabatan lantas mencapai objektif penganjuran.
“ : ” FOTO: UKK 26 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023/ 1445H PERINGKAT KEBANGSAAN, PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) Foto: UKK, Sinar Harian
strategi memperkasa komuniti luar bandar atau pun desa dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah. “Program hari ini telah menampakkan hasilnya dan selaras dengan hala tuju KKDW melalui games changers, melahirkan modal insan luar bandar yang komprehensif”. PUTRAJAYA, 27 Sept. - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mengibarkan bendera kejohanan Hari POTENSI KEMAS di puncak Gunung Kinabalu 1 Oktober nanti. Ekspedisi yang diketuai oleh Encik Mohd Ali Hanapiah Abu Hassan, Pengarah KEMAS Negeri Selangor bersama 10 orang kakitangan KEMAS Negeri Selangor akan berlepas dari KLIA pada 29 September 2023 dan akan memulakan pendakian pada 30 September. Ekpedisi dijangka tiba di puncak Gunung Kinabalu pada 1 Oktober 2023. Selain menjalankan aktiviti rekreasi yang mencabar ketahanan fizikal dan mental, ekspedisi ini juga membawa misi KEMAS untuk mencapai kejayaan di mata dunia dengan simbolik mengibarkan bendera KEMAS di puncak Gunung Kinabalu. HARI POTENSI KEMAS : EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU TEKS: UKK & FOTO : KEMAS SELANGOR 27 Simbolik penyerahan bendera Hari Potensi KEMAS ini telah disempurnakan oleh Datuk Ahmad Kamal Idris Bin Mohd Nawawi, Ketua Pengarah KEMAS diserahkan kepada Mohamad Nurizman Abdullah Penolong Pengarah KEMAS Negeri Selangor sebagai tanda membawa semangat dan cita-cita seluruh warga KEMAS untuk berusaha mencapai kejayaan dan keunggulan dalam kerjaya. KEMAS akan menganjurkan Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan pada 3-5 November 2023 bertempat di Dataran Kemerdekaan Bandaraya Shah Alam Selangor. Program ini bakal menghimpunkan hampir 800 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS dari seluruh negara dengan menampilkan keupayaan kanak-kanak bertanding dalam Acara Bakat bagi tahun ini. IPOH, 17 Okt. - Festival Kesenian Islam (iFEST) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 Tahun 2023 meriah dengan penyertaan lebih 500 orang terdiri daripada peserta Kelas Pembangunan Insan KEMAS, peserta program dibawah seliaan KEMAS dan masyarakat setempat yang diadakan selama 3 hari bermula 15 Oktober hingga 17 Oktober 2023, bertempat di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru, Ipoh, Perak. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berhasrat menonjolkan kesenian berteraskan Islam serta mengembalikan dan mengangkat pelbagai kesenian Islam yang popular ketika zaman Rasulullah agar tidak hilang ditelan zaman secara pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan. “KEMAS mempunyai seramai 28,183 orang peserta yang melibatkan sebanyak 1,355 buah kelas dan seramai 246 orang KEMAS TERUS DAMPINGI GOLONGAN BELIA SERTAI KELAS PEMBANGUNAN INSAN Teks: UKK Pemaju Masyarakat Pembangunan Insan di seluruh Malaysia yang bergerak aktif dalam aktiviti pembangunan insan”. “Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan, kerana KEMAS masih lagi relevan dan mampu memberi pendidikan tidak formal yang terbaik untuk masyarakat desa”. YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian di Majlis Perasmian Penutupan Festival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Dewan Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak hari ini. Tambah beliau, ini selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB), teras ketiga: Modal Insan Berkualiti, ternyata Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) melalui KEMAS telah dapat mencapai hasrat kerajaan dalam
28 JOHOR JUARA KESELURUHAN iFEST KEMAS 2023 FOTO: UKK KEMAS NEGERI Johor tampil Juara keseluruhan Festival Kesenian Islam (iFEST) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 Tahun 2023 .
PUTRAJAYA, 22 Okt. - Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Tahun 2023 telah pun melabuhkan tirainya hari ini. KEMAS mencapai sasaran dengan memperoleh 6 pingat menerusi acara Karom dengan menghadiahkan 1 pingat Emas, manakala pingat Perak bagi sukan Golf, Perbarisan Kontinjen dan 2 pingat Gangsa bagi acara Ping Pong dan Bowling Kategori Wanita sekaligus dinobatkan tempat ketiga bagi Kejohanan MAKSPEN XIV Tahun 2023 yang telah diadakan pada 19 hingga 22 Oktober 2023 di Putrajaya. Tahniah dan terima kasih buat seluruh kontinjen KEMAS bagi semua acara yang telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam kejohanan ini. KEMAS RANGKUL TEMPAT KE-3 MAKSPEN XIV TAHUN 2023 TEKS/ FOTO: UKK & MEDIA RASMI MAKSPEN 29 Emas tunggal untuk kontinjen KEMAS di Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya disumbangkan oleh pasukan KAROM.
SHAH ALAM, 3 Nov. - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) cipta 2 Malaysia Book of Records di Hari POTENSI KEMAS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 November 2023 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor. Program Arkitek Cilik KEMAS bersama Agola mencipta rekod “Largest Children Participation In A Building Block Event” dengan melibatkan 3,000 orang kanakkanak TABIKA KEMAS Negeri Selangor manakala Selawat Perdana mencipta rekod “Largest Children Participation In A Selawat Recital” dengan penglibatan 2,000 kanak-kanak TABIKA KEMAS seluruh negara. Kanak-kanak TABIKA KEMAS berselawat secara serentak selama lebih kurang 3 minit (Selawat Badriyyah) bersama tetamu jemputan termasuk jemputan khas iaitu YBhg Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan kali ke-18 dengan tema 'Mencorak Sahsiah Generasi Era Digital Merentas Seni' bertujuan mencungkil bakat dan minat, memupuk nilai murni, membentuk keyakinan diri, kreativiti dan estetika serta menghargai warisan budaya dalam kalangan kanak-kanak selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Pendidikan Awal Kanak-Kanak terus diberi perhatian kerajaan menerusi belanjawan 2024, apabila sebanyak RM586 juta akan diperuntukkan melalui KKDW kepada KEMAS. KEMAS CATAT DUA REKOD DALAM MBOR TEKS/ FOTO: UKK DAN MEDIA RASMI POTENSI 30 “Peruntukan ini bagi menaik taraf premis KEMAS, pembinaan TABIKA dan TASKA baharu serta pelaksanaan Program PraTahfiz KEMAS dengan sasaran melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang tahun 2026,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut. Hari POTENSI TABIKA KEMAS mula dilaksanakan pada RMKe-6 iaitu bermula 1991, diikuti 1997, 2002 dan 2004. Hari POTENSI dijadikan aktiviti ko-kurikulum TABIKA yang dilaksanakan secara tahunan dan melibatkan 3 peringkat iaitu Daerah/ Parlimen, Negeri dan Kebangsaan. Bagi Acara Bakat melibatkan pertandingan Bilal Cilik, Ustazah Junior, Pidato, Story Telling, Tarian, dan Digital Hero. Wakil MBOR menyampaikan sijil kepada Ketua Pengarah KEMAS sambil disaksikan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
31 JOHOR JUARA KESELURUHAN HARI POTENSI KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE18 TAHUN 2023 FOTO: MEDIA RASMI POTENSI Johor tampil juara keseluruhan Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan kali ke-18 tahun 2023. Tabika KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat Paya Keladi, Pulau Pinang dianugerahkan sebagai Johan Pintar Botani bagi tahun 2023.
KUALA LUMPUR, 7 Nov. – KEMAS dan Yayasan Pahang menandatangani Memorandom Perjanjian bagi melaksanakan Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS dalam majlis yang diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kampung Sri Batu, Kuala Lumpur. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin alMustaffa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyaksikan majlis yang penuh bersejarah ini. Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS bertujuan memperkasakan lagi Modul Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) yang KEMAS -YAYASAN PAHANG METERAI PERJANJIAN LAHIRKAN HUFFAZ CILIK TEKS: UKK FOTO: MUHAMAD_JIMMY (KEMAS PAHANG) 32 mula dilaksanakan sejak tahun 2017. Ianya sebahagian dari pengukuhan pendidikan al-Quran dalam melahirkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan alQuran bagi surah-surah juzu’ amma dan surah pilihan (Juzuk 30) dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur seawal usia 5 hingga 6 tahun lagi.
33 JOHOR BAHRU, 12 Nov. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan melaksanakan Transformasi TVET KEMAS 2.0 mulai Januari 2024 sebagai langkah ke arah memperkasa Pendidikan Kemahiran melibatkan Akademi Kemahiran dan Kelas-Kelas Kemahiran 5 Bidang utama sedia ada. Ianya disokong melalui pelancaran Modul 5 Bidang Kemahiran utama iaitu Jahitan, Masakan, Dandanan Diri, Literasi Komputer dan Seni Tangan. Modul 5 Bidang Kemahiran utama ini dihasilkan dengan kerjasama daripada Pengarah KEMAS Negeri, Ketua-Ketua Bidang Kemahiran dan Pemaju Masyarakat Kemahiran KEMAS. Pelancaran Transformasi TVET KEMAS 2.0 diadakan di Program Digital Gen-Z dan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 10 hingga 12 November 2023 bertempat di Padang A, Angsana Mall. - KEMAS Negeri Sabah - KEMAS Negeri Terengganu - KEMAS Negeri Perak - KEMAS Negeri Terengganu - Puan Nur Zulaikha binti Zakaria, IKON KEMAS Negeri Buletin KEMAS Kedah KEMAS LAKSANA TRANSFORMASI TVET 2.0 Teks: UKK & Foto : Amir Othman (KEMAS Terengganu) KEMAS Negeri Terengganu dianugerahkan Anugerah WINS Keseluruhan Terbaik bagi tahun 2023.
34 LENSA KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD) 2023 FOTO: UKK
LUBOK ANTU, 26 Nov. - Hari Pengukuhan Literasi Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Rh Dundang, Kandis, Lubok Antu pada 24 hingga 26 November 2023 yang lalu. Program bertujuan memantau penguasaan Membaca, Mengira dan Menulis (3M) bagi bekas para peserta Kelas PLF, LEADS dab PLFV2.0 setelah selesai mengikuti kelas. Disamping itu juga, program bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan Kelas PLF, LEADS dan PLFV 2.0 ini serta impaknya kepada masyarakat pedalaman di Negeri Sabah & Sarawak dan memastikan bekas peserta Kelas PLF, LEADS dan PLFV2.0 tidak kembali buta huruf selepas menamatkan pembelajaran. PUTRAJAYA, 25 Nov. – Tabung Air Mata Palestin Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah berjaya mengutip dana berjumlah RM 386,637.25 yang melepasi sasaran awal sebanyak RM170,000.00. Terdahulu KEMAS telah melancarkan Tabung Air Mata Palestin semasa Majlis Penutupan Festival Kesenian Islam KEMAS Peringkat Kebangsaan (iFEST) di Pusat Konvensyen Casuarina Meru pada 17 Oktober lepas. Tabung Air Mata Palestin telah dipanjangkan kepada semua kakitangan KEMAS, peserta Kelas Kemahiran KEMAS, Kelas Bina Insan KEMAS, Jawatankuasa Aktiviti KEMAS dan ibu bapa TABIKA KEMAS serta TASKA KEMAS di peringkat daerah dan Parlimen. Kutipan dana bagi tabung tersebut adalah sebagai usaha dalam menyalurkan sumbangan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan pelbagai bentuk bantuan ketika ini. KEMAS LEPASI SASARAN KUTIPAN TABUNG AIR MATA PALESTIN TEKS/ FOTO: UKK 35 HARI PENGUKUHAN LITERASI PERINGKAT KEMAS NEGERI SARAWAK Teks/ Foto: KEMAS SARAWAK