The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Rancangan KilangTauhu Ikhwan Kluang..

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rpukluang, 2023-12-21 01:19:08

Kertas Rancangan KilangTauhu Ikhwan Kluang..

Kertas Rancangan KilangTauhu Ikhwan Kluang..

KERTAS RANCANGAN PERKILANGAN DAN PEMASARAN TAUHU IKHWAN I. Tujuan Menyediakan Kertas Rancangan Perniagaan Dan Pemasaran Kilang Tauhu Ikhwan Kluang untuk tujuan memohon menyertai Program Agropreneur Muda anjuran Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia 2020. 2. Latar belakang projek / perniagaan 2.I Pengenalan Kilang Tauhu Ikhwan Kluang ialah sebuah kilang yang menjalankan pembuatan dan pengedaran produk tauhu keeping serta produk-produk lain yang berasaskan kacang soya seperti air soya dan taufufa Premis kilang yang dipilih terletak di lokasi yang agak strategik di kawasan rumah kedai iaitu di No 19, Jalan Suria 2, Taman Matahari , 86000 Kluang, Johor. Mula tertubuhnya syarikat ini, pemiliknya telah menimba ilmu dan pengalaman untuk melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan pembuatan dan pemasaran tauhu yang sewajarnya daripada beberapa buah kilang milik bumiputera di sekitar negeri Johor dan Kedah. Beliau juga telah mempunyai pengalaman berniaga produk-produk berasaskan kacang soya sebelum menceburi sendiri bidang pemprosesan ini.


Peluang yang saya perolehi berkhidmat sambil belajar di Kilang Tauhu Ikhwan Kluang ini telah memupuk minat dan membina semangat saya untuk lebih mendalami dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dengan sebanyak-banyak mengenai selok belok indusrti asas tani dan pemasarannya khususnya produk-produk berasaskan kacang soya Di Kilang Tauhu Ikhwan Kluang tempat saya berkhidmat menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman sekarang ini sudah terdapat beberapa peralatan dan mesin yang diantaranya seperti berikut: 1. Mesin kisar kacang soya 2. Mesin perah dan tapis kacang soya yang sudah dikisar 3. Boiler untuk masak dengan wap panas 4. Burner diesel untuk panaskan air di dalam boiler 5. Mesin cetak tauhu 6. Compreseer angin Ini adalah sebahagian daripada usaha dan prasana dalam mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang usahawan yang berdaya saing, cekap, bijak dan berkaliber di masa hadapan. Hasrat untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan produk berasaskan kacang soya dan tauhu yang suci dan halal khasnya bagi pelanggan beragama Islam dan amnya untuk seluruh kategori masyarakat telah menjadi pendorong kepada saya untuk menceburi bidang pemprosesan makanan yang kebanyakannya dipelopori oleh bukan bumiputera. . Inilah adalah suatu tuntutan fardu kifayah yang menjadi tanggungjawab saya untuk memenuhi keperluan asas masyarakat terutama yang beragama Islam. Seterusnya, saya juga dapat menyumbang ke arah peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perkilangan yang mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain. Ini juga dapat mengurangkan peratus kemiskinan dalam Negara.


2.2 Latarbelakang Pengusaha 2.2.1 Nama Perniagaan : Perusahaan Tauhu Dan Soya Ikhwan 2.2.2 Alamat Berdaftar : No 19 , Jalan Suria 2, Taman Matahari , 86000 Kluang, Johor Darul Takzim. 2.2.3 Alamat Perniagaan : No 19, Jalan Suria 2, Taman Matahari, 86000 Kluang , Johor Darul Takzim. 2.2.4 Nama Pemohon : Muhammad Umar bin Ahmad Basri 2.2.5 No KP Pemohon : 900405-08-6193 2.2.6 No. Telefon : 013-9313755 2.2.7 No. Daftar Perniagaan : 202003228342 (LA0023591-D) 2.2.8 Tarikh Pendaftaran : 3 September 2020 2.2.9 Aktiviti Perniagaan : Membuat dan mengedar tauhu 2.2.10 Nama Pemilik : Muhammad Umar Bin Ahmad Basri 2.2.11 No. Kad Pengenalan: 900505-08-6193


3. Rancangan Pengurusan / Rancangan Organisasi Carta organisasi syarikat. 3.1 Bilangan Pekerja 3.1.1 Pengurusan Pentadbiran / Organisasi / Kewangan = 1 Orang 3.1.2 Pegawai Operasi / Pemprosesan = 2 Orang 3.1.3 Pegawai Pemasaran / Pekerja Sambilan = 1 Orang Jumlah = 4 Orang Sahaja Pengurus Pentadbiran, Merangkap Pengurus Organisasi Dan Pegawai Kewangan Encik Muhammad Shukri Bin Abdullah Pegawai Pemasaran Faqih Bin Shariman Pegawai Operasi Muhd Umar Bin Basri Staff Amin Bin Jamaluddin


3.2 Bayaran Imbuhan Kepada Kakitangan 3.2.1 Cuti Sakit Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecederaan dan kemalangan semasa bekerja, syarikat akan memberi gaji cuti bergaji dan memberi rawatan perubatan secara percuma. 3.2.2 Cuti Tahunan Pihak pentadbiran memberi cuti tahunan kepada pekerja selama dua minggu atau 14 hari untuk setahun. 3.2.3 Kenaikan Gaji Pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik dan memuaskan akan diberikan kenaikan gaji. Pihak pengurusan juga memberi bonus pada setiap hujung tahun bergantung kepada peratus keuntungan yang diperoleh dari perniagaan yang dijalankan. 3.2.4 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) Pihak pengurusan mewajibkan pekerja mendaftar dalam KWSP Sebagai simpanan untuk masa depan pekerja. 3.2.5 PERKESO Pihak pengurusan mencarumkan Perkeso dan caruman SIP (Skim Insuran Pekerja) kepada kakitangannya.


4. Rancangan Pemasaran 4.1 Sasaran pasaran. Memasarkan tauhu sekitar kedai-kedai runcit, pasaraya, kedai makan dan restoran sekitar Kluang. Selain itu sasaran pasaran juga diluaskan lagi kepada kedai-kedai di sekitar Felda Timur / Barat / Ulu Dengar, Bandar T6, Simpang Renggam dll. Menjual sendiri di pasar malam atau pasar pagi atau pasar tani yang dikelolakan oleh FAMA. Juga mengambil tempahan pelanggan untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis makan malam, majlis hari jadi, majlis kahwin dan sebagainya dari sekitar Daerah Kluang. Sekiranya ada tempahan dari luar kawasan Kluang, pihak kami akan cuba memenuhi permintaan pelanggan dengan dengan terma dan syarat tertentu.


4.2 Saiz pasaran Jumlah penduduk sekitar Daerah Kluang sekitar 100,000 orang. Diandaikan sepanjang Kilang Tauhu Ikhwan Kluang beroperasi 5% daripada saiz pasaran akan membeli dan berbelanja sebanyak 10 keping tauhu yang nilai bersamaan RM 4 seminggu. 5% x 10,000 x RM 4.00 = RM 2 000.00 / seminggu = RM 8 000.00 / sebulan 4.3 Strategi pemasaran 4.3.1 Produk Memastikan keenakan dan kelembutan tekstur Tauhu sentiasa dalam tahap yang memuaskan hati pelanggan. Mempelbagaikan lagi produk berkaitan tauhu dan berasaskan kacang soya seperti air soya, taufufa, fucuk dan tauhu lampung pada masa hadapan.


Menggunakan kacang soya dan bahan-bahan yang bermutu tinggi bagi meningkatkan kualiti tauhu. Meningkatkan R & D syarikat bagi menambah kualiti dan kuantiti tauhu untuk dipasarkan. Membuat pengiklanan produk secara online seperti facebook dan mengedarkan pamplet dan business card syarikat kepada pelanggan sekitar daerah berdekatan. Memperluaskan pasaran dan perkhidmatan yang disediakan ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti karnival atau expo keusahawanan. Membuka kedai atau kiosk di tempat yang sesuai dan mudah untuk dikunjung oleh pelanggan. Mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan. Memindahkan kilang ke lokasi yang strategik iaitu tempat yang mudah dikunjungi oleh ramai orang. 4.3.2 Harga Memberikan harga potongan menjelang hari hari perayaan atau semasa pembukaan pertama kedai.


Meletakkan harga yang perpatutan dan sesuai dengan kualiti tauhu atau situasi pelanggan. Memberikan harga pengenalan yang jauh lebih murah berbanding harga biasa. 4.3.3 Promosi Menawarkan pakej-pakej atau pek yang menarik dan istimewa. Memberikan tawaran dan harga promosi menjelang hari-hari perayaan atau hari-hari cuti khas. Meletakkan harga pengenalan bagi pelanggan baru. Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan. Strategi promosi secara tidak langsung iaitu konsep “Pelanggan Akan Membawa Pelanggan”. Menyediakan pakej pelanggan ulangan. Pelanggan yang pernah melanggan akan diberikan potongan harga pada perkhidmatan akan datang.


5. Rancangan Operasi 5.1 Perbelanjaan Operasi 5.1.2 Senarai produk yang dihasilkan 5.1.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan Sebulan Bil Bahan Kuantiti Harga / Kuantiti Jumlah 1 Kacang soya 1000 kg RM 2.2 RM 2200 2 Sodium Bonzate 10 kg RM 12 RM 120 3 Garam 20 kg RM 0.70 RM 14 4 Antifoam 3 liter RM 28 RM 84 5 Saiko 25 kg RM 2.4 RM 60 Jumlah Kos Bahan Pembuatan Tauhu Sebulan : RM 2478 Tauhu Keping (Sekeping = RM 0.40) Air Soya Panas / Sejuk (Seliter = RM 2.00) Taufufa (Satu Kontena Saiz 12 = RM2.00)


5.1.4 Senarai Mesin Dan Alat Kelengkapan Bil Bahan Kuantiti Harga / Unit Jumlah 1 Mesin kisar kacang soya 1 RM 1500 RM 1500 2 Mesin perah dan tapis kacang soya 1 RM 2800 RM 2800 3 Boiler 1 RM 10,000 RM 10,000 4 Mesin cetak tauhu 1 RM 15000 RM 15000 5 Compreseer angin 1 RM 1200 RM 1200 6 Burner diesel 1 RM 2500 RM 2500 7 Bekas bekas dan baldi- baldi 30 RM 50 RM 1500 Jumlah keseluruhan Mesin dan Peralatan Tauhu : RM 34500 5.1.5 Status terkini projek / perniagaan Kilang Tauhu Ikhwan Kluang sedang memohon lesen Perniagaan dengan Majlis Perbandaran Kluang. Kilang Tauhu Ikhwan dalam proses untuk berpindah ke bangunan kilang yang lebih berwibawa dan strategik.


5.1.6 Cadangan Penggunaan Melalui Bantuan / Geran IKC / Pembiayaan No. Item Unit Nilai 5.1.6.1 Mesin spin soya 1 buah 5.1.6.2 Compresser angin 1 buah 5.1.6.3 Chiller 3 pintu 1 buah 5.1.6.4 Mesin Kisar Soya 1 buah 5.1.6.5 Mesin Tapis Soya 1 buah 5.1.6.6 Penapis Air 1 buah 6. Rancangan Kewangan 6.1 Cash flow / Aliran tunai untuk tempoh 5 tahun Lampiran 6.1 disertakan


7. Penutup Semoga saya dapat merealisasikan pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang mengikuti Program Agropreneur ini seterusnya dapat lagi meningkatkan kualiti dan pencapaian terbaik sebuah kilang pepmprosesan tauhu yang menawarkan pelbagai produk berasaskan kacang soya untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Ampun Maaf, Sekian Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version