Hobi Saya
Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Setiap orang mempunyai hobi sendiri.
Begitu juga dengan saya.
Hobi saya ialah membaca buku. Sejak saya kecil, ibu saya selalu membacakan buku cerita untuk
saya setiap hari. Ibu juga membawa saya ke perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumah.
Sejak itu, saya menjadikan membaca sebagai hobi saya.
Ibu bapa saya menggalakkan saya supaya membaca setiap hari. Mereka bukan sahaja membeli
pelbagai bahan bacaan untuk saya tetapi juga sering membawa saya ke pameran buku. Mereka
memberi kebebasan kepada saya untuk memilih bahan bacaan yang saya suka.
Saya selalu meminjam buku dari perpustakaan. Kadang-kadang, saya akan bertukar-tukar buku
cerita dengan kawan saya. Ini dapat mengeratkan hubungan kami dan tidak perlu menyusahkan ibu
bapa untuk membeli buku cerita kepada saya.
Sesunguhnya, membaca adalah satu tabiat yang baik dan berfaedah. Dengan membaca, saya dapat
menulis karangan dengan baik. Membaca yang dapat menghiburkan hati dan merehatkan minda
selepas penat belajar.
Kesimpulannya, saya akan mengamalkan hobi ini untuk selama-lamanya kerana memberikan
banyak faedah kepada saya.