The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alashuk43, 2022-04-19 04:53:05

Tugasan 2 PSVK3033 Portfolio

Tugasan 2 PSVK3033 Portfolio

Penghargaan

Buat pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana dengan bekalan waktu yang diberikan, dapat jua saya
siapkan tugasan kerja kursus 2 bagi subjek PSVK3033 Pengajian Dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah iaitu sebuah portfolio mengenai cara-cara pengurusan bahan dan sumber serta inventori
dan susun atur bilik pendidikan seni visual, dengan mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran menyelesaikan

masalah, kemahiran saintifik dan pemikiran kreatif dalam bidang keguruan.



Dengan ini saya, Muhammad Shukri Aiman bin Suhaimi amat berbesar hati dan ingin mengucapkan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih buat puan pensyarah akademik, Puan Fazidah Mohd Gani yang banyak

membimbing serta memberikan tunjuk ajar dalam subjek ini. Jasa puan amatlah kami hargai sebaiknya. Berkat
bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan saya berhasil untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
pada kali ini mengikut kriteria yang ditetapkan.


Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak ibu bapa dan ahli keluarga yang memberikan sokongan moral
kepada saya sepanjang laporan projek pendawaian ini disiapkan. Kepada rakan-rakan yang saya kasihi, saya
juga ingin turut mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik semasa dalam
perbincangan untuk menghasilkan tugasan kerja kursus ini demi memastikan portfolio yang dihasilkan

menepati kehendak kerja kursus. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses penghasilan portfolio ini. Tanpa
sokongan dan bantuan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan kerja kursus ini dengan
jayanya.

page 01

Isi Kandungan

page 02

PSVK3033
Pengajian Dan Pengurusan Kurikulum
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

Pengurusan
Bilik Seni

Disediakan oleh:
Muhammad Shukri Aiman bin Suhaimi

page 03

Pengenalan

Pengurusan bilik seni merupakan salah satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni dan juga dalam
melaksanakan proses pengajarannya. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni,
kita hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini dengan sentiasa
berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai di dalam Bilik Seni. Hal ini demikian kerana
guru perlu mengetahui cara dan kaedah menguruskan bilik pendidikan seni
visual. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan
menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada
seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-
contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan
dalam bilik seni.Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun
mengikut jenisnya seperti unsur seni, menggambar atau melukis, warna,
lukisan alam semulajadi, seni huruf dan sebagainya.

Guru-guru pendidikan seni terutamanya seperti guru panitia atau guru kanan
juga perlu mewujudkan bilik seni yang mempunyai standard tertentu.
Standard yang dimaksudkan ialah bilik seni mempunyai fasiliti yang lengkap,
menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan
bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah
awarna dinding, papan buletin, cahaya, bahan pameran khas, zon kerja dan
stor penyimpanan.

page 04

Aspek-aspek yang perlu di beri
perhatian dalam bilik seni

1 Warna Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna terang-
nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar.

2 Papan Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat
untuk menyampaikan maklumat.

3 Cahaya - menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar.
4 Bahan Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi yang boleh

membangkitkan rasa ingin tahu.

5 Zon Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka –
meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai antara pelajar.

6 Stor Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan
dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.

page 05

Penerangan dokumen/
buku daftar yang terdapat

di bilik seni

page 06

Penerangan dokumen/ buku daftar yang terdapat di bilik seni

1. Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual Antara contoh pelan bilik Pendidikan Seni Visual

yang perlu ada dalam sesuah bilik seni itu sebagai
rujukan.
Pelan bilik seni merupakan cadangan
menunjukkan keadaan sebuah bilik seni page 07
yang sesuai. Sesebuah bilik seni yang
berorganisasi hendaklah. memiliki pelan bilik
agar ianya dapat berfungsi sebagai rujukan
untuk para guru dan murid yang ingin
megetahui tentang susunan dalam bilik seni
secara lebih mendalam. Pelan bilik seni kuga
bertujuan untuk menunjukkan susun atur
dalam bilik Pendidikan Seni Visual.

Penerangan dokumen/ buku daftar yang terdapat di bilik seni

2. Buku Stok dan Senarai Inventori




Antara dokumen penting yang perlu

ada dalam bilik seni ialah buku Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam buku
stok dan senarai inventori
pengendalian buku stok yang
Semua alat/bahan yang dibeli akan dicatatkan di dalam Buku
merupakan perkara penting dalam Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit.
Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok pula
pengurusan mata pelajaran perlu diisi dengan lengkap dan kemaskini.
Dua buah buku stok yang boleh digunakan ialah buku untuk
Pendidikan Seni. Ia menjadi mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala
sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan yang
tanggungjawab guru kanan mata bersifat habis guna. Setiap jenis alat dan bahan yang
diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara
pelajaran Pendidikan Seni untuk berasingan agar memudahkan semakan stok pada akhir
tahun yang berkenaan.
menguruskannya dan mengemas kini Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun.
Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan
dokumen tersebut dengan sempurna. bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak
sekolah agar tindakan segera boleh dilakukan.

page 08

Penerangan dokumen/ buku daftar yang terdapat di bilik seni

2. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)



DSKP merupakan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran merupakan
salah satu bahan utama yang perlu disediakan oleh para guru menjelang
bermulanya sesi persekolahan di awal setiap tahun. Dokumen ini menyarankan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih,
menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan pembelajaran secara
konstruktivisme.

page 09

Penerangan dokumen/ buku daftar yang terdapat di bilik seni

2. Rekod Kehadiran Murid



Guru seni perlulah menyediakan borang kehadiran
yang mempunyai senarai nama murid di dalam
kelas untuk memastikan tiada seorang pun murid
yang akan mengalami ketinggalan di dalam
pembelajaran. Selain itu, borang kehadiran ini juga
dapat membantu guru mengenali murid dengan
lebih mudah. Tujuan borang kehadiran murid
kepada guru adalah untuk merekodkan kehadiran
murid yang hadir di dalam kelas Pendidikan Seni
Visual untuk dilaporkan kepada pihak audit.

page 10

Ciri-ciri bilik seni
yang01. kondusif
dan contohnya

page 11

Stor simpananan Sudut pameran

Keselamatan

Suasana bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pencahayaan
Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik
Zon kerja darjah biasa perlulah merangkumi keadaan fizikal dan suasana
pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira untuk menentukan
bilik seni itu berada dalam keadaan yang teratur dan kondusif.
Antara aspek tersebut ialah:

Kebersihan Papan buletin

page 12

page 12
page 13

Contoh Bilik
Seni

page 14

Kedudukan dalam bilik seni disusun Bilik seni ini unik kerana terletak di
secara menegak dan ia membuatkan kawasan yang tertutup namun tetap
bilik seni kelihatan lebih teratur. Meja mempunyai pencahayaan yang baik
pula disediakan untuk kegunaan setiap kerana lampu yang terang. Meja pula
orang murid. Nota seni ditampal pada berbentuk bulat dan bersaiz lebih besar
papan buletin di ruangan hadapan. serta membolehkan tiga hingga empat
murid berkongsi meja yang sama.

page 15

Kedudukan dalam bilik seni mempunyai Rekaan dan susunan bilik seni ini pula
susunan mengikut barisan melajur dan disusun dengan rekaan bentuk huruf C
susunan seperti ini dapat memudahkan jika dilihat dari pandangan pelan.
guru memerhatikan aktiviti yang Kedudukan meja guru pula berada di
dilakukan oleh murid secara lebih kawasan tengah meja-meja murid. Hal
mudah. ini dapat membuatkan murid lebih fojus
kerana berada dalam jarak yang dengan
dengan guru seni.

page 16

Bilik seni ini mempunyai kedudukan Rekaan dan susunan dalam bilik seni ini
tempat duduk dengan empat orang pula sesuai untuk memuatkan murid
pada satu meja. Bilik seni kelihatan ceria yang sedikit sahaja dalam satu-satu
dengan pencahayaan dan pengudaraan masa iaitu antara lima hingga enam
yang baik kerana mempunyai tingkap orang. Walaupun bilik seni ini kecil,
yang boleh dibuka. namun ia tetap dapat menciptakan
suasana yang kondusif kerana
penggunaan warna pada dinding yang
menjadikan bilik seni kelihatan lebih luas.

page 17

Pelan susun atur
01. bilik seni

page 18

page 19

Penyediaan bilik
darjah untuk

pengajaran dan
pembelajaran
pendidikan seni
visual

page 20

Berdasarkan pelan susun atur bilik seni yang saya hasilkan menggunakan
perisian Powerpoint Presentation, bilik seni tersebut amat sesuai untuk
digunakan sebagai penyediaan bilik darjah untuk pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Hal ini kerana bilik seni yang dilukis
dalam bentuk pelan ini sangat ideal untuk kegunaan guru seni dan murid. Dari
segi pencahayaan, bilik seni ini dilengkapi dengan tingkap di bahagian kiri dan
kanan yang membolehkan udara keluar masuk. Bilik seni ini mempunyai lapan
meja bulat dengan empat kerusi setiap satu meja tersebut untuk kegunaan
murid. Terdapat sinki di ruang belakang bilik seni agar pelajar dapat sentiasa
menjaga kebersihan alat dan bahan seni. Selain itu, Terdapat dua meja besar
untuk meletakkan dan mempamerkan karya yang dihasilkan oleh murid. Di
pintu belakang pula disediakan tong sampah untuk murid membuang sampah.
Terdapat juga almari dan meja yang menempatkan alat dan bahan seni yang
boleh dipinjam oleh murid semasa melakukan aktiviti seni.

page 21

Kesimpulan

Kesimpulannya, pengurusan bilik seni perlu diberi perhatian bagi emngelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku dan juga menciptakan suasana yang
kondusif untuk murid. Pengurusan bilik seni yang berkesan mempunyai impak
secara langsung ke atas proses pembelajaran. Sebagai seorang guru
Pendidikan Seni Visual kita perlu sedar bahawa keselamatan pelajar-pelajar
semasa belajar terletak di bawah tanggungjawab guru dan guru perlu
mengambil langkah awal untuk memastikan bilik seni bukan sahaja selesa
malah selamat serta kondusif untuk digunakan.

Pengurusan yang berkesan adalah dengan memastikan keperluan berkaitan
kriteria-kriteria sesebuah bilik seni dipatuhi dan disediakan. Keperluan bilik
Pendidikan Seni haruslah memperlihatkan bahawa ia merupakan ruang untuk
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sudut-sudut pameran hasil
karya murid, nota berkaitan teknik dan sebagainya perlu disediakan dalam
sesuatu bilik seni. Semoga tugasan pada kali ini dapat membantu guru seni
berusaha untuk mewujudkan iklim studio Pendidikan Seni yang dapat
meningkatkan lagi kreativiti dalam pembelajaran dan pengajaran.

page 22

Rujukan

Bilik pendidikan seni visual. (2018, April 14). e-contoh pelbagai rujukan. https://e-
contoh.blogspot.com/2018/04/bilik-pendidikan-seni-visual.html

Fliphtml5.com. (2021, March 7). Porfolio pelan bilik seni visual. FLIP HTML5 is a Interactive html5 digital
publishing platform that makes it easy to create interactive digital publications, including magazines,
catalogs, newspapers, books, and more online. Create HTML5 flipbook from PDF to view on iPhone, iPad
and Android devices. https://fliphtml5.com/gvyme/dqsi/basic

(n.d.). Neliti. https://media.neliti.com/media/publications/322740-meneroka-kaedah-pengajaran-guru-
cemerlan-5e9cf68d.pdf

Pengurusan Pendidikan Seni. (2015, August 9). dokumen.tips.
https://dokumen.tips/documents/pengurusan-pendidikan-seni.html

Perancangan Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan. (n.d.). Ali Edu Blog.
https://aesnote.blogspot.com/2012/12/perancangan-pengurusan-bilik-darjah.html

page 23

Sekian Terima
Kasih

page 24


Click to View FlipBook Version