The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E Akhir Tahun 2023 merupakan keluaran Pergigian Daerah Maran. Karya ini dihasilkan oleh pegawai-pegawai pergigian. Moga-moga Karya ini akan memberi manfaat kepada pembaca untuk lebih bermotivasi dalam menjaga kesihatan mulut

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PT Promosi 12, 2023-12-05 23:44:58

E Buletin Akhir Tahun 2023

E Akhir Tahun 2023 merupakan keluaran Pergigian Daerah Maran. Karya ini dihasilkan oleh pegawai-pegawai pergigian. Moga-moga Karya ini akan memberi manfaat kepada pembaca untuk lebih bermotivasi dalam menjaga kesihatan mulut

Keywords: Maran,Pergigian

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran


Senarai Kandungan PERKEMBANGAN PKPD MARAN Unit Promosi PKPD MARAN PENGLIBATAN PKPD MARAN BAHAGIAN ILMIAH Sekapur Sireh Penulis-penulis 02 03 05 13 29 37 1


Sekapur Sireh DR. ZUANA LISMA BT OMAR PEGAWAI PERGIGIAN DAERAH MARAN Segala puji bagi ALLAH SWT Pentadbir seluruh Alam, Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. penghulu segala Rasul, pembawa rahmat seluruh alam. Alhamdulillah tiada kata yang dapat diungkapkan kecuali syukur kehadirat Tuhan yang Maha Esa kerana telah memberikan keizinan penerbitan E-buletin Maran edisi Akhir tahun 2023. Inisiatif ini dilakukan untuk memberi pengetahuan kepada seantero masyarakat Malaysia terutamanya penduduk Maran di samping melalui bersemuka di klinik gigi. Terbitan kali ini menggabungkan berita tentang perkembangan di PKPD maran, Aktiviti Promosi yang dilakukan daripada PKPD Maran, Penglibatan PKPD Maran, dan sedikit ilmiah. Moga-moga E-Buletin ini akan memberi manfaat kepada pembaca bukan sahaja dari sudut kesihatan gigi, malah kesihatan keseluruhannya. 2


DR. CHONG SIN YING KP PEKAN TAJAU 3


4


PERKEMBANGAN PKPD MARAN 5


01 Kelab Kebajikan & Rekreasi Daerah Maran 02 Kursus Basic Life Support (BLS) 03 Bengkel Promosi Maran 2023 01 Kelab Kebajikan & Rekreasi Daerah Maran 02 Kursus Basic Life Support (BLS) 03 Bengkel Promosi Maran 2023 Kandungan 6


Kelab Kebajikan & Rekreasi Daerah Maran 01 Kelab kebajikan merupakan kelab yang ditubuhkan pada tahun 2016 dan dianggotai oleh semua ahli Pergigian Maran. Kelab kebajikan ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ahli kelab yang berdaftar sekiranya menghadapi sebarang bencana atau kematian. Selain itu, kelab ini bertujuan utk meraikan sambutan hari kelahiran, persaraan dan lain-lain. Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan telah diadakan pada 25 Oktober 2023 dan dihadiri oleh sebahagian ahli Pergigian Maran. Mesyuarat ini turut membincangkan cadangan-cadangan serta usul berbangkit bagi tahun  2023/2024. 7


Antara Hasil dapatan mesyuarat Agong kali ini adalah pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi serta ahli jawatankuasa setiap klinik. Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan mengenai yuran tahunan baharu sebanyak RM35 setahun serta Hari Keluarga Pergigian Maran yang bakal diadakan kelak. 8


Kursus Basic Life Support (BLS) 02 Pada 13 September 2023 telah diadakan kursus Basic Life Support bagi daeran Maran untuk sesi 2023. Kursus ini diadakan bertempat di Dewan Jururawat,Hospital Jengka. Seramai 30 orang peserta telah terlibat dalam program ini iaitu terdiri dari kalangan pegawai pergigian,jururawat pergigian, pembantu pembedahan pergigian, pembantu perawatan kesihatan serta pemandu kenderaan. Objekif umum kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan resusitasi pesakit secara efisien.Objektif utama kursus ini pula menyasarkan pembelajaran yang diberikan adalah komprehensif untuk memperbaiki dan meningkatkan perawatan kecemasan petang. Kursus ini juga turut dijalankan untuk meningkatkan kebolehan menilai,memulih dan menstabilkan pesakit semasa berada di luar kawasan hospital. Kursus ini dimulai dengan pendaftaran peserta,diikuiti dengan pengenalan kepada CPR,One Men CPR + AED,Adult Foreign Body Obstruction & CPR,Infant CPR sebelum peserta diiuji dengan Ujian Praktikal dan Ujian Teori pada sebelah 9


Secara kesuluruhannya kursus Basic Life Support CPR ini sedikit sebanyak telah mendedahkan kakitangan pergigian daerah Maran kepada kes-kes dalam dunia perubatan. Oleh itu,jika terdapat sebarang kecemasan yang berlaku berhampiran dapatlah kakitangan pergigian daerah Maran untuk membantu menstabilkan pesakit sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. 10


Bengkel Promosi Maran 2023 03 Pada 12 September 2023, Bengkel Penghasilan Bahan Promosi telah diadakan di Dewan Kemasyarakatan Jengka. Bengkel ini adalah bertujuan untuk menghasilkan bahan pendidikan kesihatan pergigian untuk kegunaan klinik-klinik di daerah Maran dan Unit Promosi Daerah Maran. Bengkel ini disertai oleh Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian di daerah Maran. 11


Setiap kumpulan telah berjaya menghasilkan bahan promosi dengan penuh kreativiti dan keunikan masing masing. Antara tajuk yang diberi ialah bahan promosi untuk toddler dan pra sekolah, sekolah rendah dan menengah, ibu mengandung serta outreach. Dalam pada itu, untuk memeriahkan lagi situasi bengkel ini, penghasilan bahan promosi ini dijadikan sebagai satu pertandingan antara kumpulan dan hadiah untuk tiga tempat pertama juga disediakan. Bahan-bahan promosi ini dijadikan medium dalam memastikan penyampaian pendidikan kesihatan pergigian kepada sasaran masyarakat dengan lebih terkesan. 12


Unit Promosi PKPD MARAN 13


Kandungan Bulan Malaysia sihat sejahtera 01 (Wellness month) Sambutan Hari kesihatan 02 Pergigian Bersama iGG Program outreach orang asli 03 Kg. Bangas 05 Karnival Kekal Sihat 06 Tadika Angkat Transforming With 1 Smile 04 Together (TWIST) 2023 14


Bulan Malaysia sihat sejahtera 01 (Wellness month) merupakan satu inisiatif dibawah Agenda Nasional Malaysia Sihat(ANMS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup yang sihat dengan pendekatan the whole nation. Wellness month diaspirasi untuk mengukuhkan jalinan kerjasama diantara rakan strategik, dimana semua pihak, termasuk pihak KKM (peringkat kebangsaan, negeri dan daerah) bersama rakan strategik ANMS dari pelbagai agensi kerajaan lain, swasta dan NGO dan komuniti berganding bahu dalam merancang dan melaksanakan program/ aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan meluas demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Bulan Malaysia sihat sejahtera (Wellness month) 15


Program ini juga telah diperluaskan ke peringkat sekolah sekolah di seluruh Malaysia dengan kerjasama dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dengan nama kembara Wellness month peringkat sekolah bagi mencapai objektif agenda ANMS dalam kalangan generasi muda di seluruh Malaysia. Pada 27 September 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Chedung Jaya, Maran telah dipilih sebagai salah satu destinasi bagi siri kembara Wellness Month di negeri Pahang . Seramai 280 pelajar dan staff sekolah telah terlibat dengan program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut termasuk aktiviti interaktif seperti roda wellness, soft archery , dan permainan video game console yang telah disediakan oleh pihak ANMS. Antara topik kesihatan pergigian yang diketengahkan pada program kali ini adalah pemakaian fake braces, penjagaan kesihatan pergigian dan penyakit pergigian. Adalah diharapkan agar program ini dapat diteruskan bagi tahun berikutnya bagi melahirkan generasi muda yang sihat sejahtera secara menyeluruh. 16


Sambutan Hari kesihatan 02 Pergigian Bersama iGG Pada 30 September 2023 bertempat di Padang Tras, Bentong telah diadakan Sambutan Hari Kesihatan Pergigian Bersama Ikon Gigi (iGG) Negeri Pahang. Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Young Syefura binti Othman, Ahli Parlimen Bentong yang diiringi oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Pergigian) Dr. Wan Salina binti Wan Sulaiman. Pergigian Daerah Maran telah membawa seorang Ikon Gigi, Puan Shariah Binti Abdul Kassim @ Hasan ke program tersebut. Pergigian Daerah Maran turut menggalas tanggungjawab selaku Ahli Jawatankuasa bagi pertandingan Dental Explorace yang diketuai oleh Dr Bahijah binti Muhammad Zubir selaku Penyelaras Promosi Daerah Maran. 17


Bukan itu sahaja, pentauliahan Ikon Gigi juga turut diadakan. Daerah Maran telah diwakilkan oleh Ikon Gigi Klinik Pergigian Hospital Jengka, Puan Shariah Binti Abdul Kassim @ Hasan untuk menerima pentauliahan tersebut. Secara keseluruhannya, program Hari Kesihatan Pergigian Bersama Ikon Gigi Negeri Pahang telah mencapai objektifnya yakni mendekatkan masyarakat umum tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang dan telah dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Dental Explorace, Pertandingan Action Song, Pertandingan Mewarna, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran, Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian, Persembahan iGG & Action Song, Permainan Interaktif serta Cabutan Bertuah. 18


Program outreach orang asli 03 Kg. Bangas Program Outreach Orang Asli merupakan sebuah program kesihatan yang mensasarkan golongan masyarakat orang asli di bawah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah. Membawa tema ‘Keluarga Sihat, Komuniti Bahagia’, Pejabat Kesihatan Daerah Maran pada hari Sabtu 14 Oktober 2023 telah mengadakan Program Outreach Orang Asli Daerah Maran tahun 2023 bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg Orang Asli Bangas. Bagi memeriahkan lagi program tersebut, Pejabat Pergigian Daerah Maran turut dijemput menyertai booth pameran dan aktiviti. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Sahrol Azmi Bin Termizi selaku pakar perubatan kesihatan awam juga merangkap pegawai kesihatan daerah Maran, program ini berlangsung meriah bermula 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Penduduk orang asli Kg Bangas tidak melepaskan peluang hadir memberi sambutan hangat menyertai pelbagai aktiviti seperti senamrobik, pertandingan mewarna, aktiviti kitar semula barangan ‘Trash To Cash’ dan kuiz kesihatan. 19


Penduduk juga memanfaatkan peluang untuk mendapatkan saringan kesihatan NHSI, saringan kanser pangkal rahim, demonstrasi bantuan awal kecemasan (CPR) serta pemberian imunisasi pneumokokal secara (catch-up) oleh pihak PKD. Turut menjadi perhatian penduduk adalah aktiviti sukaneka, pertandingan memasak secara sihat, pertandingan pakaian tradisional dan cabutan bertuah. Pihak Pergigian Daerah Maran telah menyertai booth dan pameran pergigian dengan fokus topik kanser mulut dengan masyarakat orang asli selaku kumpulan sasaran topik ini. Perkongsian ilmu dan rawatan diharapkan serba sedikit dapat memberi kesedaran dan manfaat buat masyarakat setempat. Turut terlibat pada program ini ialah agensi dari JAKOA daerah maran, SWcorp daerah Maran dan kumpulan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dengan anggaran kehadiran seramai 200 orang penduduk, program ini telah mencapai objektifnya dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan buat masyarakat orang asli. #koinaksihat #keluargasihatkomunitibahagia #kamisediamembantu 20


Transforming With 1 Smile 04 Together (TWIST) 2023 Program TW1ST atau dikenali sebagar Transforming With 1 Smile Together merupakan program tahunan yang diadakan oleh Bahagian Promosi Daerah Maran bersama Kolej Komuniti Pahang. Pada 25 Oktober 2023 Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang telah menjemput Pejabat Pergigian Daerah Maran sebagai Penceramah Program Kesedaran Kesihatan dan Pemeriksaan Pergigian peringkat Kolej Komuniti. Seramai 250 orang pelajar serta 50 orang staf kolej komuniti telah terlibat dalam memeriahkan lagi program ini. Pejabat Pergigian Daerah Maran telah menghantar sebanyak 15 orang ahli jawatankuasa bagi menjayakan program ini. Terdapat pelbagai program yang telah dijalankan oleh pihak pergigian antaranya ceramah kesihatan pergigian, pameran kesihatan, sesi pemeriksaan gigi serta rawatan. Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat penglibatan yang memberangsangkan daripada warga kolej komuniti ini. 21


Dalam program ini, beberapa sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr Nur Afini Husna dari Klinik Pergigian Pekan Awah dan Dr Muhammad Rahimi dari Klinik Pergigian Bandar Jengka. Selain itu, 3 ‘portable dental chair’ telah dipasang bagi tujuan pemeriksaan pergigian serta rawatan pergigian. Pameran kesihatan pergigian juga telah diadakan dengan topik-topik yang menarik seperti fake braces, penjagaan kesihatan pergigian, bahaya rokok, penyakit- penyakit pergigian serta banyak lagi bagi memberikan kesedaran tentang kepentingan kesihatan pergigian kepada semua warga kolej komuniti. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mengukuhkan lagi pentingnya kesedaran kesihatan pergigian bagi rakyat Malaysia khususnya warga Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang. 22


05 Karnival Kekal Sihat Pada 18 November 2023, telah berlangsung Karnival Kekal Sihat anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Maran yang bertempat di Dewan Taman Jengka Impian, Bandar Jengka. Karnival yang bertemakan “ Kekal Sihat Moh Belaka Weh” ini telah dihadiri seramai 800 lebih penduduk setempat dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Karnival ini dimulakan dengan kuliah maghrib pada 17 November yang bertajuk “Jasmani & Rohani Sihat Mengundang Rahmat” oleh Ustaz Amirul Farhan bin Wahi, Al Fadhil Qadhi Daerah Maran. 23


Karnival dimulakan seawal jam 8 pagi dengan acara senamrobik dan diikuti dengan “Berjalan 10000 Langkah’. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan pada hari tersebut antaranya pameran interaktif kesihatan dan dari jabatan kerajaan (AADK, PDRM, PAIP, PPAP, SWCorp), program derma darah, pemeriksaan kesihatan PEKA B40, trash to cash, sukan rakyat, pertandingan mewarna, kuiz kesihatan dan lain-lain. Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran tidak melepaskan peluang untuk terlibat sama di dalam karnival bagi pemeriksaan pergigian yang dijalankan di dalam klinik pergigian bergerak, pameran interaktif dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang berbahagia Puan Halimah-Tus-Saadiah binti Mohd Halim, Ketua Penolong Pegawai Daerah Maran. 24


06 Tadika Angkat Program Kesihatan Pergigian, melalui insiatif Tadika angkat merupakan Program yang diperkenalkan oleh Matron Hazian, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran, bagi memastikan pencegahan karies gigi dapat dicegah dari peringkat awal. Program ini bukan sahaja berfokus dalam memberi didikan kesihatan gigi kepada kanak-kanak, malah kepada ibu bapa dan guru-guru tadika. Inisiatif ini dilakukan supaya penjagaan kesihatan mulut kanak-kanak dapat dijaga oleh semua pihak. Pada tahun ini, tiga tadika angkat dapat diwujudkan iaitu (1) Tadika Kemas Paya Pasir, (2) Tadika Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Bandar Jengka dan (3) Tabika Perpaduan Taman Sri Chedong. Harapannya, Program yang diperkenalkan ini dapat membantu dalam mencapai 100% bebas karies dalam kalangan masyarakat Malaysia. 25


Tadika Kemas Paya Pasir Tadika Kemas Paya Pasir Diketuai oleh JP KP Pekan Tajau 31/10/2023 26


Tadika Pusat Kegiatan Masyarakat Bandar Jengka Tadika Pusat Kegiatan Masyarakat Bandar Jengka Diketuai oleh JP KP Hospital Jengka 16/9/2023 27


Tabika Perpaduan Taman Sri Chedong Tabika Perpaduan Taman Sri Chedong Diketuai oleh JP KP Maran 5/12/2023 28


PENGLIBATAN PKPD MARAN 29


Kandungan 01 Majlis Tilawah Peringkat Negeri Pahang 02 Pertandingan TikTok sempena minggu Kesihatan Pergigian Peringkat Negeri Pahang 03 KIK & Inovasi 2023 Peringkat Negeri Pahang 30


KUANTAN: Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Peringkat Negeri Pahang Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 1445H / 2023M telah disempurnakan pada 15 Jun 2023 yang lalu di BCIC Lodge, Kuantan oleh Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus merangkap Pengarah Kesihatan Negeri Pahang. Majlis Tilawah ini merupakan acara tahunan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sebagai medan untuk menyebarkan pembudayaan al-Quran dalam kalangan kakitangan KKM Negeri Pahang disamping menghayati, memahami ilmu dan pengajaran daripada kitab suci al-Quran. Dengan bertemakan “Al-Quran Teras Masyarakat Madani”, Majlis Tilawah ini telah berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2023. Seramai 25 orang Qari dan Qariah yang mewakili daerah masing-masing telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Kriteria penjurian adalah dari aspek tajwid, tarannum, fasahah, dan suara. (Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang sewaktu ucapan perasmian penutup) 01 Majlis Tilawah Peringkat Negeri Pahang 31


Pada tahun ini, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Maran telah berjaya menghantar 2 orang peserta lelaki untuk menyertai kursus merangkap pertandingan 3 hari 2 malam ini. Mereka adalah dua orang anggota pegawai pergigian dari Klinik Pergigian Pekan Tajau yang merupakan New Dental Officer pada tahun pertama dan kedua perkhidmatan. Ini merupakan penyertaan sulung bagi kedua-dua peserta iaitu Dr Ahmad Syahir dan Dr Muhammad Syahidi dalam pertandingan MTAQ di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (Sesi fotografi bersama Pengarah Kesihatan Negeri Pahang beserta barisan jemaah hakim dan keseluruhan peserta MTAQ) 32


02 Pertandingan TikTok sempena minggu Kesihatan Pergigian Peringkat Negeri Pahang BENTONG: Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Pergigian Bersama Ikon Gigi (iGG) Negeri Pahang telah disempurnakan pada 30 September 2023 yang lalu di Padang Tras, Bentong oleh Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura Othman diiringi oleh Dr. Wan Salina binti Wan Sulaiman selaku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Pergigian). 33


Pada sambutan kali ini, turut dianjurkan pertandingan video pendek/TikTok Sempena Minggu Keselamatan Pesakit Sedunia 2023 Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Pahang. Bertemakan “Engaging patients for patient safety”, satu penyertaan dari daerah Maran telah berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori pertandingan video TikTok. Penyertaan tersebut merupakan hasil cetusan kreativiti daripada pegawai-pegawai pergigian dari Klinik Pergigian Pekan Tajau yang terdiri daripada New Dental Officer pada tahun pertama dan kedua perkhidmatan. 34


03 KIK & Inovasi 2023 Peringkat Negeri Pahang Pada tahun ini, kumpulan pegawai pergigian daerah Maran telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan Konvensyen KIK peringkat KKM tahun 2023 yang telah berlangsung di AC Hotel, Kuantan. Selain itu, kumpulan ini juga telah bertanding di Konvensyen Inovasi Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 2023 pada bulan Mei yang lalu. Ahli kumpulan Co-Dent telah ditubuhkan oleh pegawai pergigian Klinik Pergigian Hospital Jengka yang dipimpin oleh penyeleras KIK daerah Maran iaitu Dr Chee Xing Ying dan Dr Mohd Fikhry Zil Ikhram bin Jalilluddin. Kumpulan Co-Dent ini telah mempertengahkan projek meraka yang dinamakan sebagai Roda Gigi. Objektif penciptaan Roda Gigi adalah untuk membantu anggota pergigian menyampaikan maklumat dengan lebih seragam, efisien dan menarik dalam meningkatkan kesedaran ibu bapa atau penjaga tentang kesihatan pergigian kanak-kanak. Bentuknya yang menarik dan kecil menjadikan ia sesuai digunakan semasa lawatan ke Klinik Desa dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA). 35


Inovasi merupakan salah satu cara untuk menambahbaik dan meningkatkan efisien kerja-kerja seharian anggota pergigian. Diharapkan daerah Maran berterusan dapat melahirkan anggota-anggota pergigian yang kreatif dan inovatif pada masa hadapan. 36


BAHAGIAN ILMIAH 37


01 Karies Gigi 02 Gigi dicabut, perlukah diganti? 03 Fake dentist/veneer/braces 04 Perkhidmatan di klinik gigi Primer Kandungan 38


01 Karies Gigi Karies gigi dikenali sebagai ‘gigi berlubang’ di kalangan masyarakat kita. Masalah ini boleh berlaku pada gigi kekal atau gigi susu. Bakteria sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi di rongga mulut dalam bentuk satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak. Perubahan di dalam persekitaran rongga mulut seperti suhu, pH, dan sistem ketahanan badan boleh mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit pergigian. Setiap kali selepas mengambil makanan, bakteria yang ada di dalam plak akan bertindakbalas dengan gula yang ada di dalam makanan untuk menghasilkan asid. Asid yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan gigi dan melembutkannya melalui proses demineralisasi. Demineralisasi adalah suatu proses hilangnya berbagai ion mineral dari lapisan gigi. Sekiranya asid yang terhasil tidak dineutralkan, proses demineralisasi akan berterusan mengakibatkan terjadi karies. BAGAIMANA KARIES TERBENTUK 39


Karies gigi boleh dipengaruhi oleh kekerapan dan jumlah karbohidrat dan gula yang kita ambil. Hampir setiap kali kita makan, asid yang terhasil akan bertindak terhadap gigi kita. Walau bagaimanapun, gigi kita berupaya untuk menahan serangan asid tersebut selagi ianya mempunyai masa untuk pulih dan membaiki kerosakan iaitu selang masa di antara waktu makan dan minum. Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam) Lubang yang ketara Makanan mudah melekat pada permukaan gigi Rasa sakit bila minum air panas dan sejuk TANDA-TANDA KARIES Kurangkan kekerapan mengambil makanan di antara waktu makan utama. Kurangkan makanan bergula & minuman berkarbonat Memberus gigi 2 kali sehari (selepas makan dan sebelum tidur) Gunakan ubat gigi berfluorida bagi membantu menguatkan gigi Gunakan flos bagi pembersihan di antara celah-celah gigi. Pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun CARA-CARA MENCEGAH KARIES 40


02 Gigi dicabut, perlukah diganti? Cabutan gigi adalah langkah terakhir bagi sesuatu rawatan pergigian. Doktor gigi akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan gigi tidak dicabut selagi ianya boleh diselamatkan. Cabutan perlu dilakukan apabila ianya tidak boleh diselamatkan lagi secara tampalan biasa, rawatan korona, rawatan kanal akar atau apabila gigi itu terlalu goyang dan boleh membahayakan pesakit jika tertelan atau memasuki saluran pernafasan. Gigi mempunyai pelbagai fungsi bukan hanya membantu menggigit dan mengunyah makanan, malah gigi turut memainkan peranan penting semasa bercakap dan menyokong banyak aspek struktur wajah serta mencegah gigi lain daripada bergerak. Apabila kehilangan gigi berlaku, keseluruhan keseimbangan ini terganggu dan boleh menyebabkan pelbagai masalah. Kehilangan gigi dapat mempengaruhi kehidupan seseorang seperti tulang rahang cepat mengecut dan seterusnya menjadikan sokongan gigi berkurangan. Kesannya gigi sedia ada menjadi longgar dan mudah tercabut. Susunan gigi yang tidak teratur menjejaskan penampilan dan membuatkan kita tidak selesa ketika makan. Justeru, penggantian gigi yang telah dicabut amat penting agar seseorang boleh bercakap dan tampil di khalayak umum dengan yakin dan dapat menikmati makanan dengan baik. Terdapat beberapa cara untuk menggantikan gigi yang hilang. Pilihan dibuat bergantung kepada beberapa faktor yang sama penting peranannya. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah kos, tempoh ketahanan, keselesaan, estetik, serta kesan terhadap gigi berse belahan dan tisu mulut yang lain. 41


Gigi palsu separa adalah gigi palsu yang menggantikan kehilangan beberapa batang gigi di dalam rahang. Gigi palsu penuh adalah gigi palsu yang menggantikan semua gigi asli dan struktur tisu berkaitan pada rahang atas dan bawah. 1. Gigi palsu separa/penuh Jambatan pergigian ini terdiri daripada gigi tiruan atau pontik yang dipateri di antara dua korona bagi mengisi ruang kosong akibat kehilangan gigi. Keduadua korona ini disarungkan pada gigi asli bersebelahan ruang kosong itu. 2. Jambatan gigi tetap (tidak boleh ditanggalkan) Dikenali sebagai jambatan tetap. Prostesis ini sesuai untuk menggantikan kehilangan satu atau lebih gigi. Secara amnya, korona boleh bertahan di antara 5 hingga 15 tahun. 2. Implan Gigi asal terdiri daripada korona (bahagian di atas gusi) dan akar (bahagian yang tersembunyi di bawah gusi, di dalam tulang rahang). Implan akan ditanam di dalam tulang rahang di bawah gusi melalui proses pembedahan kecil yang akan memberikan sokongan untuk gigi palsu baru. Ia berfungsi untuk memegang korona, jambatan atau gigi palsu. Ia diperbuat daripada bahan titanium yang kuat dan serasi dengan tisu badan. 42


03 Fake dentist/veneer/braces Isu “Fake Dentist” masih lagi menular dalam masyarakat masa kini meskipun telah banyak program kesedaran tentang bahaya “Fake Dentist” telah diusahakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. “Fake dentist” tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang pergigian tetapi berani melakukan rawatan pergigian kepada pengguna dengan hanya berbekalkan ilmu yang diperolehi daripada media sosial atau tutorial daripada aplikasi Youtube. Golongan ini biasanya menawarkan rawatan seperti “fake braces” dan “fake veneer” dengan harga yang jauh lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh doktor gigi yang bertauliah. Golongan yang selalu terpedaya atau mudah mempercayai “Fake Dentist” ialah golongan remaja yang menginginkan kecantikan dengan cara yang mudah, cepat dan murah tanpa memikirkan risiko kepada kesihatan diri. “Fake veneer” ialah tampalan yang ditampal pada permukaan gigi tanpa mengambil kira sama ada permukaan gigi “Fake Braces” ialah pendakap gigi palsuyang dipasang pada gigi yang menyerupai pendakap gigi sebenar dengan menggunakangam gam untuk melekatkan “bracket” dan akan memasang dawai dan juga getah. Akan tetapi alat yang digunakan tidak disteril terlebih dahulu dan akan digunakan terus untuk pelanggan seterusnya. 43


Antara bahaya “fake braces” dan “fake veneer.” Sekiranya anda secara tidak sengaja terjebak dengan “fake braces” atau “fake veneer”, anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi yang berdekatan dengan secepat mungkin untuk membuka peralatan atau tampalan tersebut. Radang pada gusi dan tulang boleh terjadi. Kuman pada gusi yang membengkak ini boleh melarat masuk ke saluran darah menyebabkan penyakit injap jantung dan lebih membahayakan sekiranya ia pergi ke otak yang boleh menyebabkan serangan angin ahmar Risiko karies dan infeksi meningkat Pergerakan gigi secara tidak langsung disebabkan oleh tekanan yang terlalu tinggi digunakan. Akibatnya gigi akan bergoyang dan boleh tercabut. Kesan gam yang digunakan pada gigi akan menyebabkan permukaan gigi terhakis. Risiko terkena jangkitan seperti AIDS dan hepatitis apabila alatan yang digunakan oleh “fake dentist” tidak disteril Berkait dengan kanser mulut dan usus 44


04 Perkhidmatan di klinik gigi Primer Penjagaan pergigian merangkumi pelbagai prosedur untuk meningkatkan kesihatan, estetika dan fungsi mulut. Rawatan ini termasuk pembersihan rutin, prosedur pemulihan seperti tampalan dan korona, ortodontik, pembedahan mulut dan penambahbaikan kosmetik yang disesuaikan dengan keperluan dan kehendak pergigian setiap pesakit. Rawatan pergigian primer ditujukan terutamanya kepada kanak-kanak ‘toddler’, kanak-kanak prasekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, ibu mengandung, kanak-kanak istimewa, dewasa dan warga emas. Program ini dilaksanakan untuk memastikan hasil kesihatan mulut yang optimum. 1. Program ‘Toddler’ 2. Perkhidmatan Prasekolah 45


3. Perkhidmatan Pergigian Sekolah 4. Program Antenatal 5. Perkhidmatan Pesakit Luar 6. Perkhidmatan Kanak-kanak Keperluan Khas 7. Perkhidmatan Warga Emas 46


Click to View FlipBook Version