The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazwati mohd zain, 2019-12-15 05:16:15

eBook GP II

eBook GP II

GALAH PANJANG

MAZWATI MOHD ZAIN 0

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1. Pengenalan Mengenai Galah Panjang 2

2. Tujuan Permainan 5

3. Bilangan Pemain 8

4. Gelanggang Galah Panjang 9

5. Masa Permainan 12
6. Cara Permainan Galah Panjang 14

7. Syarat Permainan 19

8. Penutup 20

MAZWATI MOHD ZAIN 1

"GALAH PANJANG "

1. Pengenalan Mengenai Galah Panjang

sumber : http://traditionalgamescct.blogspot.com/2013/03/galah-panjang.html

Galah panjang adalah merupakan salah satu
daripada permainan tradisional popular yang
terdapat di Malaysia selain teng teng, tarik upih,
sepak raga, batu seremban dan lain-lain lagi.

MAZWATI MOHD ZAIN 2

Galah Panjang ini tidak diketahui daripada
mana asal usulnya, tetapi permainan ini dipercayai
telahpun bermula seawal tahun 1960-an.

Sama seperti permainan teng teng, Galah
Panjang juga merupakan satu aktiviti yang
dilakukan di luar rumah. Permainan ini hanya
memerlukan satu kawasan yang berkeluasan
sederhana.

Lakaran gelanggang menggunakan tali, tepung,
kapur atau cat boleh dibuat sama ada di atas
kawasan tanah kosong, di padang, kawasan yang
berturap ataupun bersimen.

MAZWATI MOHD ZAIN 3

Bagi kanak-kanak,, kebiasaannya mereka
hanya melorek garisan di atas tanah tersebut.

sumber : http://sekolahkuasiqs.blogspot.com

Galah Panjang merupakan satu bentuk
permainan yang memerlukan ketangkasan setiap
pemainnya untuk melintasi barisan penghalang
yang berada di atas garisan-garisan gelanggang.

MAZWATI MOHD ZAIN 4

2. Tujuan Permainan

Permainan Galah Panjang merupakan satu
aktiviti yang agak lasak yang memerlukan setiap
pemain berlari dan bergerak dengan pantas.

Permainan ini bertujuan untuk menguji
kecekapan setiap pemainnya untuk melepasi setiap
halangan yang ada.

sumber : http://www.stylosport.wordpress.com
MAZWATI MOHD ZAIN 5

sumber :

Ketua kumpulan Perempuh yang dilantik akan
bertindak mengawasi setiap gerakan anak buahnya
daripada menjadi sasaran pihak yang mengawal
gelanggang.

Setiap ahli kumpulan perlu menggunakan
kecekapan dan kepantasan untuk melintasi setiap
halangan yang berada di atas garisan gelanggang
tersebut.

MAZWATI MOHD ZAIN 6

sumber :

Sekiranya ahli Kumpulan Perempuh bijak
dalam mengatur strategi, mereka boleh memenangi
permainan ini dengan mudah.

MAZWATI MOHD ZAIN 7

3. Bilangan Pemain

Galah Panjang merupakan satu permainan
secara berkumpulan dan tidak boleh dimainkan
secara individu. Terdapat 2 kumpulan utama di
dalam permainan ini, iaitu satu kumpulan sebagai
Perempuh, mana kala satu lagi sebagai Kumpulan
Pertahanan. Pada kebiasaannya setiap kumpulan
terdiri daripada 4 hingga 10 orang pemain.

Permainan Galah Panjang ini boleh disertai oleh
sesiapa sahaja, sama ada golongan kanak-kanak

MAZWATI MOHD ZAIN 8

mahupun orang dewasa, tanpa mengira jantina
sama ada lelaki ataupun perempuan.

sumber : http://nenekcbongkok3.blogspot.com/2013/03/permainan-keenam.html

4. Gelanggang Galah Panjang

Istimewanya permainan Galah Panjang tidak
memerlukan sebarang peralatan yang khusus.

MAZWATI MOHD ZAIN 9

Hanya perlu sediakan sebuah lakaran
gelanggang seperti rajah berikut:

sumber : http://ceriacerdascerdik.blogspot.com/2012/08/permainan-galah-panjang.html

Tidak ada ukuran spesifik yang ditetapkan bagi
gelanggang Galah Panjang, tetapi anggaran lebih
kurang 6 hingga 8 meter lebar, sementara jarak
bagi setiap garisan lintang gelanggang adalah di
antara 3 hingga 4 meter.

MAZWATI MOHD ZAIN 10

Gelanggang Galah Panjang mempunyai 2 lajur
mana kala jumlah garisnya bergantung kepada
berapa bilangan pemain.

Sumber :

Sebagai contoh, jika pemain berjumlah 8 orang
gelanggang akan mempunyai 3 baris. Bagi pemain
seramai 10 orang, gelanggang 4 baris akan disediakan.

MAZWATI MOHD ZAIN 11

sumber : http:///www.artculturecompositionphilately.blogspot.com

5. Masa Permainan

Masa permainan diambil
bergantung kepada sepantas mana
pemain berjaya merempuh atau
melintasi halangan pihak lawan.

MAZWATI MOHD ZAIN 12

sumber :

Kemenangan dikira apabila terdapat pemain
yang melepasi garisan paling akhir dan telah
berjaya kembali semula melepasi garisan
permulaan tadi.

MAZWATI MOHD ZAIN 13

6. Cara Permainan Galah Panjang

sumber : http://www.nkkhoo.com/2013/07/10/malaysian-traditional-game-galah-panjang-or-long-pole/

Gelanggang Galah Panjang akan dilakar di atas
kawasan lapang. Panjang bagi setiap petak
berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
Seorang Ketua Kumpulan akan dilantik di
dalam kedua-dua kumpulan.

MAZWATI MOHD ZAIN 14

Kumpulan yang akan menjadi Pasukan
Pertahanan dan Kumpulan Perempuh
gelanggang akan ditentukan melalui undian oleh
kedua-dua Ketua Kumpulan.

Ahli Kumpulan Pertahanan akan berdiri di
atas garisan- garisan untuk menjaga gelanggang.

sumber : http://www.heritage.gov.my/index.php/ms/seni-warisan-kebangsaan-objek-
ketara/warisan-tidak-ketara/adat-budaya/permainan-tradisi
MAZWATI MOHD ZAIN 15

Mana kala Ketua Kumpulan Pertahanan pula
akan berada di garisan tengah, serta bebas
bergerak ke mana-mana garisan, sama ada di
depan ataupun di belakang.

sumber : https://www.viramon.com/news/permainan-tradisional

Sebelum permainan dimulakan semua ahli
Kumpulan Perempuh akan berkumpul di luar
gelanggang terlebih dahulu. Permainan bermula
dan Kumpulan Perempuh akan mula masuk ke
dalam gelanggang sebaik sahaja Ketua
Kumpulan mereka mencapai atau menyentuh
tangan Ketua Kumpulan Pertahanan.

MAZWATI MOHD ZAIN 16

Ketika ini ahli Kumpulan Pertahanan bersiap
sedia di atas garisan bagi menjaga dan menghalang
pihak perempuh melintasi kawasannya.

Semua ahli dalam Kumpulan Perempuh perlu
berhati-hati agar mereka tidak disentuh oleh
mana-mana penjaga garisan. Setelah tiba di
garisan akhir, pihak perempuh perlu berpatah
balik ke garisan permulaan tadi dan menempuh
semula halangan yang sama.

MAZWATI MOHD ZAIN 17

Kemenangan kumpulan dikira sebaik
sahaja terdapat mana-mana ahli perempuh
berjaya sampai semula ke garisan permulaan.

Permainan kemudian diteruskan oleh ke
dua-dua kumpulan sehingga masa permainan
tamat atau ada ahli kumpulan yang mahu
berhenti.

MAZWATI MOHD ZAIN 18

7. Syarat Permainan

i. Pemain dalam Pasukan Perempuh tidak
boleh berundur semula ke belakang, sekiranya
telah melepasi mana-mana garisan gelanggang.

ii. Sekiranya penjaga gelanggang dapat
menyentuh ahli perempuh, pemain tersebut
dianggap “mati” dan dikehendaki untuk keluar
gelanggang.

ii. Tetapi jika penjaga gelanggang dapat
menyentuh Ketua Kumpulan Perempuh, maka
seluruh ahli akan “mati” dan permainan akan
bertukar tangan kepada Kumpulan Pertahanan
pula.

MAZWATI MOHD ZAIN 19

8. Penutup

Adalah penting untuk kita terus memelihara
permainan tradisional Galah Panjang, terutama
buat generasi muda akan datang.

Selain merasa seronok , penglibatan ramai ahli
dalam permainan Galah Panjang ini akan dapat
mengeratkan tali silaturahim, memupuk ikatan
perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan ahli
keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan.

SEKIAN
TERIMA KASIH.

@hakcipta
MazwatiZain/MHD ... 2019

MAZWATI MOHD ZAIN 20


Click to View FlipBook Version