The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazwati mohd zain, 2019-12-16 02:56:19

eBook GP 3

eBook GP 3

GALAH PANJANG

MAZWATI MOHD ZAIN 0

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1. Pengenalan Mengenai Galah Panjang 2

2. Tujuan Permainan 5

3. Bilangan Pemain 7

4. Gelanggang Galah Panjang 9

5. Masa Permainan 12

6. Cara Permainan Galah Panjang 13

7. Syarat Permainan 19

8. Penutup 20

MAZWATI MOHD ZAIN 1

"GALAH PANJANG "

1. Pengenalan Mengenai Galah Panjang

sumber : http://traditionalgamescct.blogspot.com/2013/03/galah-panjang.html

Galah panjang merupakan salah satu
daripada permainan tradisional popular
yang terdapat di Malaysia selain teng
teng, tarik upih, sepak raga, batu
seremban dan lain-lain lagi.

MAZWATI MOHD ZAIN 2

Permainan Galah Panjang merupakan
satu permainan di luar rumah, yang
memerlukan kawasan yang lapang dan
sederhana luasnya.

Gelanggang Galah Panjang boleh
dibuat dengan menggunakan tali,
tepung, kapur atau cat - di atas tanah,
di padang, kawasan yang berturap
ataupun bersimen.

MAZWATI MOHD ZAIN 3

Bagi kanak-kanak, mereka hanya
melorek garisan di atas tanah
tersebut.

sumber : http://sekolahkuasiqs.blogspot.com

Galah Panjang merupakan satu
bentuk permainan yang memerlukan
ketangkasan bagi setiap pemainnya.

MAZWATI MOHD ZAIN 4

2. Tujuan Permainan

Permainan Galah Panjang juga
merupakan aktiviti yang agak lasak dan
memerlukan setiap pemain berlari serta
bergerak pantas.

Ia bertujuan untuk menguji
kecekapan setiap pemainnya untuk
melepasi setiap halangan yang ada.

sumber : http://www.stylosport.wordpress.com

MAZWATI MOHD ZAIN 5

Ketua Kumpulan Perempuh bertindak
untuk mengawasi setiap gerakan anak
buahnya daripada menjadi sasaran
Kumpulan Pertahanan.

Setiap ahli kumpulan lain perlu cekap
dan pantas untuk melintasi setiap
halangan yang ada.

sumber : https://www.thestar.com.my/news/community/2014/09/19/traditional-games-get-thumbs-up-
majority-of-poll-respondents-keen-to-see-their-revival-in-schools

MAZWATI MOHD ZAIN 6

Jika ahli Kumpulan Perempuh bijak
mengatur strategi, mereka boleh
memenangi permainan ini dengan
mudah.

3. Bilangan Pemain

Galah Panjang merupakan
permainan berkumpulan dan tidak boleh
dimainkan secara individu.

Terdapat 2 kumpulan utama iaitu
Kumpulan Perempuh dan Kumpulan
Pertahanan.

MAZWATI MOHD ZAIN 7

Mana kala bilangan ahli bagi setiap
kumpulan adalah di antara 4 hingga 10
orang pemain.

Sesiapa sahaja boleh bermain Galah
Panjang, sama ada kanak-kanak
ataupun orang dewasa, lelaki mahupun
perempuan.

sumber : http://nenekcbongkok3.blogspot.com/2013/03/permainan-keenam.html

MAZWATI MOHD ZAIN 8

4. Gelanggang Galah Panjang

Galah Panjang tidak memerlukan
sebarang peralatan khas.

Hanya sediakan sebuah lakaran
gelanggang seperti rajah berikut:

sumber : http://ceriacerdascerdik.blogspot.com/2012/08/permainan-galah-panjang.html

MAZWATI MOHD ZAIN 9

Anggaran lebar gelanggang adalah 6
hingga 8 meter, sementara jarak bagi
setiap garisan lintang gelanggang
adalah di antara 3 hingga 4 meter.

Ada 2 lajur gelanggang Galah
Panjang dan jumlah garisnya pula
bergantung kepada berapa bilangan
pemain.

sumber : nickoclixn.blogspot.com

MAZWATI MOHD ZAIN 10

Jika pemain berjumlah 8 orang
gelanggang akan mempunyai 3 baris.

Bagi pemain seramai 10 orang,
gelanggang 4 baris akan disediakan.

sumber : http:///www.artculturecompositionphilately.blogspot.com

MAZWATI MOHD ZAIN 11

5. Masa Permainan

Masa permainan diambil

bergantung kepada

sepantas mana pemain

berjaya merempuh atau

melintasi halangan

pihak lawan.

sumber : http://www.themalaysiantimes.com.my/accept-diversity-foster-unity/galah-panjang/

MAZWATI MOHD ZAIN 12

6. Cara Permainan Galah Panjang

sumber : http://www.nkkhoo.com/2013/07/10/malaysian-traditional-game-galah-panjang-or-long-pole/

Gelanggang Galah Panjang akan
dilakar di atas kawasan lapang. Panjang
bagi setiap petak berukuran lebih
kurang 2 meter x 1.5 meter.

MAZWATI MOHD ZAIN 13

Seorang Ketua Kumpulan akan
dilantik di dalam kedua-dua
kumpulan.
Kumpulan mana yang akan menjadi
Pasukan Pertahanan dan Kumpulan
Perempuh gelanggang, ditentukan
melalui undian oleh kedua-dua Ketua
Kumpulan.

MAZWATI MOHD ZAIN 14

Ahli Kumpulan Pertahanan akan
berdiri di atas garisan- garisan untuk
menjaga gelanggang.

Mana kala Ketua Kumpulan
Pertahanan pula akan berada di garisan
tengah, serta bebas bergerak ke mana-
mana garisan, sama ada di depan
ataupun di belakang.

sumber : https://www.viramon.com/news/permainan-tradisional

MAZWATI MOHD ZAIN 15

Sebelum bermula, semua ahli
Kumpulan Perempuh akan berkumpul
di luar gelanggang terlebih dahulu.
Kumpulan Perempuh akan masuk ke
dalam gelanggang sebaik sahaja
Ketua Kumpulan mereka mencapai
atau menyentuh tangan Ketua
Kumpulan Pertahanan.

Ahli Kumpulan Pertahanan pula
akan bersiap sedia di atas garisan bagi
menjaga dan menghalang pihak
perempuh melintasi kawasannya.

MAZWATI MOHD ZAIN 16

Kumpulan Perempuh perlu
berhati-hati agar mereka tidak
disentuh oleh mana-mana ahli
Kumpulan Pertahanan.

Sebaik sampai di garisan akhir, pihak
perempuh perlu berpatah balik ke
garisan permulaan tadi dan menempuh
semula halangan yang sama.

MAZWATI MOHD ZAIN 17

Kemenangan dikira sebaik sahaja
terdapat mana-mana ahli perempuh
berjaya sampai semula ke garisan
permulaan. Permainan kemudian
bertukar tangan dan diteruskan pula
oleh Kumpulan Pertahanan.

MAZWATI MOHD ZAIN 18

7. Syarat Permainan

i. Pemain dalam Pasukan Perempuh
tidak boleh berundur semula ke
belakang, sekiranya telah melepasi
mana-mana garisan gelanggang.

ii. Sekiranya penjaga gelanggang
dapat menyentuh Ahli Perempuh, ahli ini
akan “mati” dan akan keluar
gelanggang.

iiii. Tetapi sekiranya penjaga
gelanggang dapat menyentuh Ketua
Kumpulan, seluruh ahli akan “mati” dan
permainan akan bertukar tangan
kepada Kumpulan Pertahanan pula.

MAZWATI MOHD ZAIN 19

8. Penutup

Adalah penting untuk kita terus
memelihara permainan tradisional
Galah Panjang terutama buat
generasi muda akan datang.

Selain perasaan yang seronok,
penglibatan ramai ahli dalam
permainan Galah Panjang ini juga
akan dapat mengeratkan tali
silaturahim, memupuk ikatan
perpaduan dan kasih sayang dalam
kalangan ahli keluarga, saudara
mara dan juga rakan-rakan.

SEKIAN
TERIMA KASIH.

hakcipta(c)2019
MazwatiZain/MHD

MAZWATI MOHD ZAIN 20


Click to View FlipBook Version