PERATURAN AM UNTUK PANDUAN GURU
1. KEHADIRAN BERTUGAS:
1.1. Semua guru dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya
10 minit sebelum waktu rasmi bermula 7.45 pagi.
1.2. Semua guru hendaklah merakamkan waktu hadir setiap kali
datang dan balik setiap hari.
1.3. Jadual waktu mengajar mestilah dipatuhi seperti ditetapkan oleh
pihak sekolah.
1.4. Guru-guru yang tidak dapat hadir dan terpaksa datang lewat
hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar.
Guru-guru mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah
secepat mungkin.
2. TIDAK HADIR BERTUGAS
2.1. Guru yang tidak hadir bertugas dikehendaki memberitahu Guru
Besar menurut kaedah:
2.1.1 Ketidakhadiran pada tarikh yang telah diketahui
lebih awal, sama ada atas sebab peribadi, kursus atau
sebab arahan pihak yang diluluskan, hendaklah
dimaklumkan selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh
berkenaan.
2.1.2 Ketidakhadiran secara mengejut, sekalipun
mendapat cuti sakit, hendaklah diberitahu dengan segera
pada hari itu juga dengan apa-apa cara sekalipun.
2.2. Guru yang tidak dapat hadir bertugas bukan kerana cuti sakit
atau arahan pihak atasan yang diluluskan, dikehendaki
memohon cuti dengan mengisi Borang Permohonan Cuti secara
atas talian.
2.3. Borang Permohonan Cuti hendaklah diisi sebelum tarikh cuti
yang dikehendaki. Pengecualian boleh dibenarkan atas sebab
kecemasan sahaja dan ia boleh diuruskan kemudian pada hari
pertama kembali bertugas.
2.4. Adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah
dihabiskan di hospital atau rumah sendiri sahaja melain
ditetapkan sebaliknya oleh pegawai perubatan.
3. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH
3.1. Seseorang guru yang perlu/dikehendaki meninggalkan kawasan
sekolah dalam waktu persekolahan, sama ada untuk tempoh
tertentu atau tidak akan kembali lagi ke sekolah pada hari itu,
dikehendaki memohon kebenaran daripada Guru Besar.
3.2. Setelah menyempurnakan perkara 3.1. di atas, guru berkenaan
perlulah menyempurnakan pula butiran berkaitan dalam Buku
Keluar dalam waktu bertugas sebelum meninggalkan kawasan
sekolah.
3.3. Semua guru dan kakitangan tidak dibenarkan untuk keluar
makan di luar kawasan sekolah kecuali dengan kedaan kantin
sekolah ditutup atau meraikan tetamu yang datang.
4. KEHADIRAN KE KELAS
4.1. Guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu pengajaran yang
ditetapkan dan mengajar di kelas tanpa melengahkan masa.
Kelewatan boleh dibenarkan: tidak lebih dari 5 minit untuk masa
perjalanan jika waktu sebelumnya guru berkenaan mengajar di
kelas lain.
4.2. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas awal sebelum waktu
pengajaran tamat.
4.3. Guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas untuk satu
tempoh tertentu dalam waktu pengajaran walaupun pelajar-
pelajar telah diberikan kerja tertentu.
4.4. Guru dikehendaki menggunakan sepenuhnya waktu pengajaran
untuk menyampaikan pengajaran dan mengendalikan gerak
kerja pelajaran serta melibatkan diri bersama pelajar hingga ke
akhir waktu pengajaran.
5. TUGAS GURU MATAPELAJARAN
5.1. Mengajar matapelajarn yang ditetapkan untuknya mengikut
kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan pekeliling yang sedia
ada.
5.2. Memahami dan mematuhi kehendak-kehendak yang terkandung
di dalam pekeliling Kementerian Pendidikan Bil. 256 dan Akta
Pendidikan.
5.3. Sentiasa mengemaskan Fail / Buku Rekod Mengajar dan
dihantar pada setiap hari Jumaat kepada Guru Besar atau GPK
sebelum pulang ke rumah untuk semakan.
5.4. Persedian mengajar mestilah disediakan dan ditulis sebelum
masuk kelas untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran.
5.5. Memiliki, memahami dan boleh membuat tafsiran kandungan
sukatan mata pelajaran yang sah, mengikut keadaan semasa.
5.6. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan-
arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta
boleh menentukan objektif yang harus dicapai dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5.7. Sentiasa berusaha untuk mengetahui maklumat dan
perkembangan terkini tentang aspek-aspek penting berhubung
dengan subjek yang diajar bagi membantu meningkatkan
pencaoaian sekolah dari sudut akademik pelajar.
5.8. Menghadiri kursus, seminar, taklimat dan mesyuarat yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Memberi taklimat
kepada guru-guru mata pelajaran yang lain, Guru Besar atau
GPK sekembalinya dari kursus, seminar, taklimat dan
sebagainya.
5.9. Sentiasa mempunyai sikap pro-aktif, semangat dan motivasi
yang tinggi untuk mencari jalan dan langkah-langkah yang
sewajarnya dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar bagi
mata pelajaran berkenaan.
5.10. Memberi kerjasama dengan unit-unit lain dengan berkongsi idea
atau memberi cadangan yang bernas bagi membentuk satu
kumpulan kerja yang jitu untuk kebaikan pelajar dan sekolah.
5.11. Sentiasa berusaha untuk menggunakan ABM dan bahan
mengajar yang bersesuaian. Membuat semakan dan
penandaan buku latihan atau buku amali pelajar.
5.12. Menjalankan pentaksiran tentang tahap pencapaian pelajar dan
merekodkan markah yang diperoleh.
5.13. Melakukan kelas bimbingan atau pemulihan bagi pelajar-pelajar
yang masih lemah dalam prestasi pencapaian akademik
mereka.
5.14. Memberi cadangan yang sesuai kepada AJK kelas bahan-
bahan yang sesuai untuk ditampal disudut mata pelajaran atau
membawa bahan-bahan untuk ditempatkan di sudut mata
pelajaran di dalam kelas.
6. FAIL/BUKU REKOD PENGAJARAN
6.1. Semua guru dikehendaki menyempurnakan Fail/Buku Rekod
Pengajaran dan sentiasa membawa fail/buku tersebut semasa
pengajaran di kelas.
6.2. Fail/Buku Rekod Pengajaran hendaklah diserahkan kepada
Guru Besar setiap hari Jumaat atau hari sebelumnya jika cuti
jatuh pada hari Jumaat. Rancangan harian serta butir-butir
pengajaran untuk hari pertama minggu berikutnya
disempurnakan sebelum penyerahan.
6.3. Fail/Buku Rekod Pengajaran yang telah disempurnakan
hendaklah dihantar pada 22 Januari 2021(Jumaat).
6.4. Semua butiran berhubung maklumat guru, jadual waktu
persendirian dan kelas, sukatan pelajaran, rancangan
pengajaran tahunan, rancangan pengajaran harian, nama
pelajar dan keputusan ujian atau peperiksaan perlu
dilengkapkan.
7. BORANG MAKLUMAT DIRI
7.1. Semua guru hendaklah menyempurnakan segala maklumat
berkaitan dalam Borang Maklumat Diri yang disediakan oleh
pihak sekolah.
7.2. Guru yang baru melaporkan diri dikehendaki mendapatkan
borang tersebut di pejabat sekolah. Guru yang sedang
berkhidmat dan telah mengisinya dikehendaki menambah
maklumat terkini sekiranya ada.
7.3. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengetahui dan
memberi maklumat tepat tentang butiran oeribadi
danperkhidmatannya.
8. PUNGUTAN WANG
8.1. Guru yang tertentu adalah dibenarkan memungut wang
daripada pelajar berupa Yuran PIBG . Resit rasmi penerimaan
wang hendaklah dikeluarkan dan diserahkan kepada pelajar.
Wang kutipan pada hari berkenaan hendaklah diserahkan
kepada Bendahari PIBG pada hari itu juga.
8.2. Sebelum kutipan wang daripada pelajar untuk maksud selain
daripada yang telah diluluskan seperti derma, pembelian buku
dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran
daripada Guru Besar.
9. PEMBELIAN BARANG
9.1. Semua guru matapelajaran hendaklah berurusan dengan Ketua
Panitia untuk sesuatu barang keperluan matapelajara.
9.2. Ketua Panitia perlu berbincang terlebih dahulu dengan Guru
besar sebelum sesuatu pembelian dilakukan.
9.3. Setiap pembelian mestilah dibuat melalui Nota Minta dan
Borang Pesanan Tempatan (Local Order) yang ditandatangani
ole Guru Besar.
9.4. Pembelian barang tanpa pengetahuan atau melalui Guru Besar
TIDAK AKAN DIBAYAR OLEH PIHAK SEKOLAH.
10. PAKAIAN SEMASA BERTUGAS
10.1. Guru hendaklah sentiasa mematuhi pekeliling dan peraturan
yang dikeluarkan oleh Jabatan atau Kementerian Pelajaran
berhubung dengan pakaian semasa bertugas/mengajar.
10.2. Semua guru lelaki dikehendaki sentiasa berpakaian kemas,
berkemeja, bertali leher atau bush jaket.
10.3. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki
memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
10.4. Guru lelaki dikehendaki memakai kasut kulit atau yang sejenis
dengannya sementara guru perempuan memakai kasut yang
bertumit.
11. PERHIMPUNAN MINGGUAN
11.1. Perhimpunan Mingguan akan diadakan setiap hari Isnin.
11.2. Perhimpunan Mingguan adalah Majlis Rasmi Sekolah yang
Wajib dihadiri oleh semua guru dan pelajar.
11.3. Guru Bertugas Mingguan mestilah sentiasa bersedia dan akan
menguruskan perjalanan majlis semasa perhimpunan dan
merekodkannya dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan.
12. KEHADIRAN PASUKAN LUAR
12.1. Kehadiran pasukan luar ke sekolah untuk tujuan permainan
sukan, lawatan dan sebagianya adalah diuruskan melalui Guru
Besar. Guru yang bertanggungjawab dengan kehadiran
pasukan luar perlu memaklumakan perkara tersebut kepada
Guru Besar.
12.2. Guru bertanggungjawab dikehendaki menemui Guru Besar bagi
membincangkan hal-hal berkaitan dengan kunjungan itu
sebelum tarikhnya.
13. BORANG KEBERHASILAN PBPPP
13.1. Borang Keberhasilan Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) disediakan oleh GPK 1.
13.2. Adalah menjadi tangunggjawab semua guru untuk mengisi
Borang Keberhasilan untuk memastikan prestasi kerja mereka
dinilai.
13.3. Laporan di atas meliputi semua aspek seperti personality,
pergaulan, tangubggjawab, kecekapan menjalankan tugas,
mutu kerja, bersesuaian kenaikan pangkat dan lain-lain aspek
berkaitan perkhidmatan pendidikan.
14. INTERAKSI DENGAN PELAJAR
14.1. Semua guru hendaklah seberapa daya memberi perhatian
kepada anak didk secara individu. Mereka perlu dianggap
sebagai individu yang berbeza di antara satu dengan lain.
14.2. Semua guru adalah pembimbing. Sebarang masalah anak didik
hendaklah diberi perhatian yang bersungguh-sungguh dan
membantu sedaya yang mungkin.
14.3. Semua guru hendaklah sentiasa menggunakan setiap
kesempatan untuk menyedarkan anak didik tentang
tanggungjawab mereka. Menggalakkan mereka menggunakan
masa dengan betul, mendorong mereka berfikir dan
mengeluarkan pendapat-pendapat dan membimbing mereka
dalam berbagai perkara yang berguna.
14.4. Mengelakkan wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap
pelajar atas sebab-sebab keturunan, jantina, hubungan
kekeluargaan, ekonomi dan sebagainya.
15. GURU BERTUGAS MINGGUAN
15.1. Bertugas sebagi pengerusi majlis semasa perhimpunan atau
program-program ‘ad-hoc’ yang berlangsung dalam minggu
mereka bertugas.
15.2. Bertanggungjawab memastikan pelajar berhimpun dengan
senyap dan teratur serta meminta Pengawas menyediakan
kerusi untuk guru sebelum perhimpunan dimulakan dan
dikemaskan semuala selepas perhimpunan.
15.3. Meronda kawasan sekolah pada masa-masa yang sesuai untuk
memastikan dan menentukan kebersihan dan keceriaan kelas,
tandas, kaki lima sekolah, taman, bilik-bilik khas sentiasa
terjaga.
15.4. Menyelia dan meronda kawasan sekolah dari masa ke semasa
bagi memastikan keselamatan pelajar dan harta benda sekolah
sentiasa berada dalam keadaan baik.
15.5. Memastikan keadaan kantin sekolah sentiasa berada dalam
keadaan bersih, teratur dan pelajar-pelajar beradab serta tertib
sewaktu membeli makanan dan minuman semasa rehat.
15.6. Membuat laporan semasa perhimunan mingguan. Skop yang
disentuh hendaklah merangkumi topic kebersihan kelas, tandas,
kawasan sekolah, masalah disiplin, laporan perubatan atau
rawatan pelajar dan cadangan-cadangan yang membina,
nasihat atau motivasi.