The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadhirahnur04, 2024-06-21 20:22:46

REFLEKSI KAJIAN SOAL SELIDIK

REFLEKSI KAJIAN SOAL SELIDIK

REFLEKSI KAJIAN SOAL SELIDIK Carta menunjukkan tentang keputusan soal selidik Kursus Integriti dan Anti Rasuah. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana peserta memberi respon terhadap situasi yang diberi berkaitan nilai integriti dalam setiap individu. Majoriti peserta yang menjawab soal selidik ini berumur 21-25 tahun sebanyak 72.4% manakala sebanyak 24.7% peserta yang menjawab soal selidik ini yang berumur 15- 20 tahun. Seterusnya, hanya segelintir sahaja yang menjawab soal selidik ini dalam lingkungan umur 26-30 dan 30 tahun keatas. Carta menunjukkan tentang keputusan soal selidik Kursus Integriti dan Anti Rasuah. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana peserta memberi respon terhadap situasi yang diberi berkaitan nilai integriti dalam setiap individu. Majoriti peserta yang menjawab soal selidik ini berbangsa Melayu sebanyak 89.3% . Selain itu, peserta yang berbangsa Cina dan India juga turut menjawab soal selidik ini. Manakala terdapat juga lain-lain bangsa turut memberi respon terhadap soal selidik ini.


Berdasarkan carta pai di atas menunjukkan bahawa seramai 412 responden telah menjawab soalan kaji selidik tentang tanggungjawab responden terhadap tugasan diberi. Soalan kaji selidik mengkaji tentang adakah responden mengambil kesempatan terhadap ahli kumpulannya untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Berdasarkan soalan yang pertama, majoriti responden menyatakan neutral sebanyak 27.9%. Hal ini demikian kerana, situasi ini sering dihadapi oleh pelajar setiap kali menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Responden yang menyatakan dekat dengan diri saya sebanyak 26%. Selain itu, responden yang menyatakan sangat dekat dengan diri saya adalah sebanyak 20.6%. Seterusnya, responden yang menyatakan tidak dekat dengan diri saya adalah sebanyak 14.3%. Manakala, responden yang menyatakan sangat tidak dekat dengan diri saya adalah sebanyak 11.2%. Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir daripada mereka yang tidak mengalami situasi seperti ini. Oleh itu, nilai integriti haruslah diterapkan dalam diri setiap individu.


Berdasarkan carta pai di atas menunjukkan bahawa seramai 412 responden telah menjawab soalan kaji selidik tentang usaha dalam mendapatkan peluang pekerjaan di salah satu syarikat. Namun, setelah diteliti anda tidak layak dan tidak memenuhi syarat bagi jawatan tersebut lalu menghubungi saudara anda yang merupakan kakitangan syarikat tersebut untuk membolehkan anda diterima untuk jawatan yang anda minati. Soalan kaji selidik mengkaji tentang adakah responden menghubungi salah seorang ahli keluarga yang merupakan kakitangan syarikat tersebut untuk mendapatkan jawatan tertentu. Berdasarkan soalan yang kedua, majoriti responden menyatakan bahawa sangat tidak dekat dengan diri saya sebanyak 37.6%. Hal ini merupakan responden mempunyai integriti yang tinggi dalam diri. Selain itu, responden yang menyatakan tidak dekat dengan diri saya sebanyak 30.3%. Seterusnya, responden yang menyatakan neutral adalah sebanyak 21.1%. Manakala, terdapat juga beberapa responden yang menyatakan dekat dengan diri saya dan hanya segelintir sahaja yang menyatakan sangat dekat dengan diri saya. Kesimpulannya, majoriti responden mempunyai sikap integriti yang tinggi dalam diri mereka untuk bersaing secara adil bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan.


Berdasarkan carta pai di atas menunjukkan bahawa seramai 412 responden telah menjawab soalan kaji selidik tentang seorang peniaga yang dalam proses bersaing mendapatkan tender projek untuk syarikatnya. Dia telah memberikan hadiah kepada kakitangan yang bertanggungjawab memilih syarikat yang layak memperoleh tender tersebut. Soalan kaji selidik mengkaji tentang adakah responden menerima hadiah daripada seorang peniaga dalam mendapatkan tender projek untuk syarikatnya. Berdasarkan soalan yang ketiga, majoriti responden menyatakan sangat tidak dekat dengan diri saya sebanyak 37.9%. Hal ini kerana, responden mempunyai etika yang berintegriti dalam menguruskan perniagaan. Responden yang menyatakan neutral sebanyak 24.3%. Selain itu, responden yang menyatakan tidak dekat dengan diri saya adalah sebanyak 22.1%. Seterusnya, responden yang menyatakan dekat dengan diri saya adalah sebanyak 11.2%. Manakala, hanya segelintir sahaja responden yang menyatakan sangat dekat dengan diri saya. Hal ini demikian kerana responden sangat memahami etika yang berintegriti tinggi dalam perniagaan. Oleh itu, amalam rasuah dalam perniagaan dapat dikurangkan dalam urusan pernigaan.


Berdasarkan carta pai di atas menunjukkan bahawa seramai 409 responden telah menjawab soalan kaji selidik tentang seorang pekerja yang menguruskan proses pemilihan dan panggilan calon bagi beberapa jawatan dalam sebuah syarikat. Dia memilih calon untuk sesi temu duga yang mempunyai latar belakang agama dan bangsa dengannya walaupun terdapat calon-calon lain yang sama kelayakan dengan calon pilihannya. Soalan kaji selidik mengkaji tentang adakah responden memilih calon untuk sesi temu duga yang mempunyai latar belakang agama dan bangsa. Berdasarkan soalan yang keempat, majoriti responden menyatakan sangat tidak dekat dengan diri saya sebanyak 34.2%. Hal ini kerana responden memahami dalam memilih calon yang berintegriti bukan sahaja memilih calon yang mempunyai latar belakang agama dan bangsa yang sama. Responden yang menyatakan tidak dekat dengan diri saya sebanyak 27.9%. Selain itu, responden yang menyatakan neutral adalah sebanyak 24%. Seterusnya, terdapat beberapa responden yang menyatakan dekat dengan diri saya. Manakala, hanya segelintir sahaja responden yang menyatakan sangat dekat dengan diri saya. Hal ini demikian kerana, responden memahami dalam pemilihan calon yang mempunyai etika integriti yang tinggi dan dapat menjalankan tugasan dengan adil.


Berdasarkan carta pai di atas menunjukkan bahawa seramai 410 responden telah menjawab soalan kaji selidik tentang seorang staf yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan syarikat. Pada masa yang sama, dia menghadapi masalah kewangan kerana ahli keluarganya mempunyai penyakit kritikal dan memerlukan kos rawatan yang tinggi dan di luar kemampuan ekonominya. Meskipun mempunyai rasa bersalah namun dia terpaksa mengambil komisyen tanpa pengetahuan pihak syarikat sewaktu menguruskan aliran tunai syarikatnya bagi menampung kos perubatan ahli keluarganya. Dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan hanya menggunakan duit komisyen tersebut untuk tujuan kos perubatan sahaja. Soalan kaji selidik mengkaji tentang adakah responden mengambil komisyen tanpa pengetahuan pihak syarikat sewaktu menguruskan aliran tunai syarikatnya bgai menampung kos perubatan ahli keluarganya. Berdasarkan soalan yang kelima, majoriti responden menyatakan sangat tidak dekat dengan diri saya sebanyak 54.6%. Hal ini kerana responden mempunyai sikap integriti yang tinggi dalam diri mereka. Responden yang menyatakan tidak dekat dengan diri saya sebanyak 22.2%. Selain itu, responden yang menyatakan neutral adalah sebanyak 16.3%. Seterusnya, terdapat beberapa responden yang menyatakan sangat dekat dengan diri saya. Manakala, hanya segelintir sahaja responden yang menyatakan dekat dengan diri saya. Oleh itu, hal ini dapat mengelakkan perbuatan songlap wang syarikat tanpa pengetahuan rakan sekerja yang lain. Seterusnya, hal ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya mempunyai sikap integriti yang tinggi dalam diri setiap individu.


Click to View FlipBook Version