The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (25%) KPPB

KESANTUNAN BERBAHASA MEMBENTUK KOMUNIKASI DINAMIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 841-10-alyaa, 2023-02-27 11:01:13

TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (25%) KPPB

TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (25%) KPPB

KESANTUNAN BERBAHASA MEMBENTUK KOMUNIKASI DINAMIK

TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF (MPU3112M)


Ahli Kumpulan NURUL ALYAA SOLEHAH BINTI MOHD ROZALI 2021212350308 NUR ADILAH AZRA BINTI TAJUDDIN 2021212350301 NUR ARIFAH BINTI NORDIN 2021212350304


Pengenalan Kesantunan Bahasa Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara kita


Pendapat para tokoh tempatan dan dunia "Kesantunan menurut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung kepada pendengar." “Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.” “Kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.” ASMAH HAJI OMAR (2000) FRASER DAN NOLAN (1981) LAKOFF (1957)


Keterangan kepada pendapat para tokoh Berdasarkan pentakrifan beberapa tokoh diatas, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan merupakan kata-kata yang sesuai,tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga hati dan air muka pendengar. Kesantunan dalam berbahasa juga boleh diwujudkan dengan mementingkan budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas serta berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan masyarakat sejagat yang bertanggungjawab.


Kesantunan Non Verbal


Definisi: Kesantunan non-verbal ialah komunikasi yang merujuk kepada merujuk kepada gerak laku dan mimik muka yang dapat difahami.Komunikasi ini terdiri daripada beberapa cara iaitu bahasa tubuh ataupun gerakan anggota badan, mimik muka, gerakan mata, dan gerakan tangan. Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. Kegagalan dalam meenggambarkan bahasa tubuh yang tepat dan sesuai -> menjadikan lawan bicara kita ragu dengan mesej yang cuba kita sampaikan. Menurut Zainal Abidin Kasim (1990) :


Fungsi Kesantunan Non Verbal Pengulangan Mengulang semula idea yang telah di ungakapkan secara verbal Penggantian Menjadikan simbol atau lambang sebagai pengganti verbal Kontradiksi Menggunakan pesan non verbal untuk menolak suatu peasanan yang di sampaikan melalui verbal Pelengkap melengkapkan dan menyatukan bahasa bukan verbal Penegasan mengukuhkan bahasa bukan verbal


Contoh yang di amalkan oleh masyarakat malaysia: Gerakan tangan yang dapat difahami oleh masyarakat Contoh 1.Meletakkan jari telunjuk pada di depan mulut sebagai arahan untuk tolong senyap atau diam 2.Mengangkat satu tangan kepada pengguna jalan raya sebagai ucapan terima kasih 3. menuding kepada sesuatu semasa bercakap atau berinteraksi


C o n t o h y a n g d i a m a l k a n o l e h m a sy a r a k a t m a l a y s i a: G e r a k a n b a d a n y a n g m e m p u n y a i m a k s u d y a n g d a p a t d i f a h a m i m a sy a r a k a t C o n t o h 1.M e n u n d u k k a n k e p a l a d a n m e m b o n g k o k k a n b a d a n s e d i k i t a p a b i l a l a l u d i h a d a p a n o r a n g y a n g l e b i h t u a s a m b i l m e l u r u s k a n t a n g a n k e b a w a h 2.M e l e t a k k a n t a n g a n k a n a n d i a t a s d a d a d a n m e n u n d u k k e p a l a s e d i k i t u n t u k m e n g a l u - a l u k a n s e s e o r a n g


Contoh yang di amalkan oleh masyarakat malaysia: Mimik muka untuk menggambarkan emosional seseorang individu Contohnya,menunjukkan ekspresi suram apabila berasa sedih dan menunjukkan ekspresi ceria apabila berasa gembira Pergerakan mata Contohnya,apabila seseorang tidak memandang mat alawan bicaranya,ini bermaksud individu tersebut berasa malu dan tidak yakin


Kesantunan Verbal


Definisi: " Pengucapan bersuara untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan tindakbalas terhadap sesuatu isu dan perosalan lantas memperlihatkan identiti seseorang" Menurut Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusuf (2000): Komunikasi lisan Bahasa sapaan Protokol kata panggilan 3 bahagian kesantunan verbal


a) Komunikasi Lisan "Komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka" Formal Tidak formal Boleh mengeratkan silaturahim antara manusia/ menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia SULAIMAN, SALLEH DAN AZLINA (2002) TUJUAN JENIS KOMUNIKASI LISAN "Bahasa merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk komunikasi" Pearson. J. C. dan Nelson. P. E. (2000)


Jenis Komunikasi SECARA FORMAL Perbualan dengan kawan dan keluarga Mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga, pengucapan awam SECARA TIDAK FORMAL


b) Bahasa Sapaan Mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan cakap Bahasa sapaan yang tidak tepat boleh mengundang situasi konflik Penggunaan bahasa sapaan mempunyai kaitan yang erat dengan ciri kesantunan dalam masyarakat Formal Tidak formal (tidak wajar dicampuradukkan) PERANAN BAHASA SAPAAN JENIS BAHASA SAPAAN Merujuk kepada perbendaharaan kata dan ungkapan yang betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi Berkait rapat dengan kata nama ganti diri yang perlu disesuaikan dengan masyarakat penutur


Contoh bahasa sapaan Sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka Baginda Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim Sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi KATA RUJUKAN KEHORMAT


Contoh bahasa sapaan PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti: Raja: Tengku, Tunku, Engku, Tuanku Bangsawan : En. Megat, Tn. Syed, En. Wan, En. Nik, Abang, Dayang saya kami kita tuan puan beliau GELARAN WARISAN/KETURUNAN Rasmi Tidak rasmi teman (saya) - Perak hangpa (kamu) - Kedah mung (engkau) - Terengganu


Contoh bahasa sapaan Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa. Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional. GELARAN KURNIAAN KERAJAAN GELARAN KURNIAAN IKHTISAS


Contoh bahasa sapaan Penggunaan bahasa sapaan antara ahli keluarga mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan. Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun. KEDUDUKAN DALAM KELUARGA


c) Protokol bahasa panggilan Penggunaan bahasa sapaan Adab berbual Penggunaan bahasa istana Panggilan hormat PENGGUNAAN PROTOKOL BAHASA PANGGILAN PANGGILAN HORMAT MENGIKUT PROTOKOL DALAM UCAPAN RASMI ATAU PENGACARAAN SESUATU MAJLIS Perkataan protokol berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud "pelekat pertama sebagai taraf" pada zaman Yunani Protokol turut didefinisikan sebagai "susunan keutamaan dalam pangkat dan status serta prosedur yang betul dalam pertukaran diplomatik dan dalam upacara-upacara negara"


Contoh protokol bahasa panggilan Turut dikenali sebagai panggilan kehormat Merujuk kepada pangkat atau darjat seseorang Digunakan dalam majlis, penulisan kad undangan, surat rasmi dan teks ucapan Kebiasaannya digunakan dalam situasi rasmi/formal


Kesantunan Penulisan


Definisi : Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya. Kehalusan ketika menggunakan bahasa yang melibatkan penggunaan dan pemilihan kata, frasa, ayat dan ungkapan dalam penulisan sama ada secara formal atau tidak.


Ciri - ciri kesantunan dalam penulisan Gaya bahasa yang indah / bahasa gramatis penggunaan kata sapaan dan kata panggilan yang betul Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks Topik dan isi tidak menyentuh isu sensitif Format yang tepat


Contoh ayat gramatis yang digunakan dalam penulisan :


Contoh kesantunan berbahasa dan kata sapaan dalam surat rasmi & Memo dalam kalangan masyarakat Malaysia : Semoga dengan kehadiran dan diserti doa restu Tuan/Puan, akan menambahkan lagi seri majlis kami ini. …Tuan / Puan / Encik / Cik …Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik …Y.B. / Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik …Tan Sri / Puan Sri/ Dato’/ Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik / Suami / Isteri “Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa…. ” “Yang Berbahagia Dato’ diundang… Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji…. ” “Saya bersetuju untuk meluluskan… ” lebih sopan lagi dengan frasa” Saya tiada halangan meluluskan… ” “Di sini saya kepilkan… ” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini disertakan… ” Dalam kad jemputan atau undangan : Dalam situasi formal :


Contoh pemilihan kata dan ayat sesuai dengan konteks dalam penulisan: Tanah kubur masih basah namun bapanya sudah memikirkan tentang pengganti ibunya. Baginda dimakamkan bersebelahan dengan makam nendanya. Mereka berkumpul di jirat bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lim Kim Leong. Dia menziarahi pusara orang tuanya pada setiap lebaran. Mereka yang terkorban dikebumikan di dalam satu liang lahad. 1. 2. 3. 4. 5. Dalam setiap penulisan memerlukan kesepakatan adab dan adil dengan meletakkan sesuatu kata atau istilah itu betul pada tempatnya. Dalam pemilihan kosa kata bahasa Melayu, terdapat banyak pilihan kata yang sepadan yang dikenali sebagai sinonim Kubur = Makam = Jirat = Pusara = Liang lahat


Dia menjadi janda kaya setelah suaminya meninggal dunia. Beliau merupakan ibu tunggal yang berjaya di bawah Skim Bantuan Usahawan Bumiputera. 1. 2. Janda = Ibu tunggal Dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tempoh hari. Anakanda baginda disahkan mangkat pada pukul 10.00 pagi. Rasulullah wafat di Madinah dan disemadikan di Masjid Nabawi. Semenjak kucing kesayangannya mati, dia tidak lagi seriang dulu 1. 2. 3. 4. Meninggal dunia = Mangkat = Wafat = Mati


Contoh isu-isu sensitif di Malaysia:


Contoh format yang betul dalam penulisan: me mo : s u r at ki r i man r as mi :


Kesimpulan Sebagai kesimpulan, kesantunan berbahasa perlulah sentiasa diamalkan dalam komunikasi seharian oleh masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum agar dapat membentuk komunikasi dinamik dalam komunikasi seharian.


Terima Kasih Di langit ada pelangi, Tak lupa ku kira warnanya, Cukup sekian daripada kami; Terima kasih atas perhatiannya.


Click to View FlipBook Version