The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Britney, 2021-04-09 11:55:39

NOVEL SINOPSIS HEMPASAN OMBAK

Hempasan ombak

Tugasan Unit Plan 1 Bahasa Melayu:

NOVEL SINOPSIS HEMPASAN
OMBAK

NAMA : Britney Poh Yen Nee
GURU : Cikgu Sa’adiah
KELAS : 3 Inquirer
SEKOLAH : SMK PANTAI

Bab 1 : WARISAN?

Sejak Haji Badrul meninggal dunia akibat kanser dalam perut, Farid harus
mewarisi perniagaan Perusahaan Batik Nusantara. Pada hari pertama
berada di dalam pejabat syarikat yang terletak tidak jauh dari rumah
Farid. Hal ini demikian kerana banyak tugas arwah ayahnya yang
tertangguh di samping kewangan syarikat yang tidak kukuh dan masalah
ejen yang tidak mahu membayar hutang.Tomsiah adalah kerani syarikat
yang berkerja lebih 10 tahun di syarikat tersebut. Menurut Tomsiah,
kewangan syarikat masih mampu membayar gaji pekerja yang
berkurangan. Tomsiah mencatat nombor telefon dan menyerahkan
nombor tersebut kepada Farid. Tomsiah meminta Farid menghubungi
nombor itu sekiranya dia perlukan penjelasan yang lebih mendalam.
Farid segera menghubungi nombor tersebut menerusi telefon.

Bab 2 : Mengapai Awan

Farid kemudian melawat bengkel untuk melihat
proses penghasilan batik. Pak Nik adalah seorang
pekerja syarikat yang menerangkan keadaan
syarikat iaitu batik keluaran syarikat yang kurang
laku dan sebuah syarikat yang mahu
melumpuhkan syarikat mereka. Tomsiah pula
menunjukkan bil hutang yang perlu dijelaskan
dengan segeranya untuk mengelakkan dendaan
samah daripada mahkamah kepada Farid.Farid
menimbangkan kemungkinan untuk menjual
harta syarikat seperti lori dan dua buah van bagi
menyelesaikan hutang tersebut.

Bab 3 : Titian Niaga

Farid berasa kurang selera untuk makan kerana
memikirkan masalah kedudukan syarikat yang tidak
stabil. Farid menceritakan masalah situasi syarikat
tersebut kepada ibunya. Pada pandangan Farid,
syarikat tidak akan mampu membayar hutang
kepada ejen pembekal bahan - bahan mentah
sekiranya gagal mengutip hutang daripada ejen
yang menjual batik syarikat. Lotfi menyalahkan
dirinya yang lumpuh hingga menyebabkan dia tidak
mampu membantu menguruskan syarikat ayahnya.
Pada waktu malam, Hajah Zaoyah iaitu ibu kepada
Farid bercadang mahu menggadaikan emas dan
tanah miliknya.

Bab 4 : Azam Usahawan Muda

Farid meluahkan keinginan untuk memperbesarkan
bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin
kukuh. Kemudian, Farid teringat rakannya, Abdul
Kabeer yang berjaya membangunkan kedai kain
walaupun tidak mempunyai ilmu berkaitan dengan
perniagaan.Begitu juga dengan Chew Teck Heng
yang hanya menjual mi, tetapi mampu mencapai
untung yang besar. Kejayaan mereka memberi
sesuatu yang dapat membangkitkan semangat
kepada Farid untuk berusaha memajukan syarikat.
Pada pandangan Farid, sekiranya tujuan penubuhan
syarikat tidak diubah, jumlah pengeluaran juga tidak
akan bertambah.

Bab 5 : Langkah Pertama

Farid mengunjungi pejabat firma pemborong binaan
Nadi zaman kepunyaan Mokhsein, iaitu bekas pekerja
ayahnya pada suatu ketika dahulu. Mokhsein bekerja
dengan arwah Haji Badrul lebih 10 tahun. Mokhsein
meninggalkan Syarikat Batik Nusantara ketika syarikat
sudah mendapat tempat dalam pasaran kerana dia
mahu memulakan perniagaan sendiri. Farid mula
membincangkan tentang keaadan aliran tunai
syarikatnya yang tidak lancar. Mokhsein memaklumkan
bahawa terdapat sebuah syarikat di Kuala Terengganu
yang mahu memonopoli pengeluaran batik. Mokhsein
kemudian menerangkan keperluan Farid menjalankan
'Strategi terkunci' jika mahu kukuh kembali. Mokhsein
berjanji untuk membantu Farid sekiranya Farid
menghadapi sebarang masalah.

Bab 6 : Ilham daripada Zuraida

Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan
Banggol sejak tujuh tahun lalu. Sejak dari bangku sekolah
lagi dia membantu ibunya, seorang janda anak lima
dengan berniaga. Sebelum mendapat sebuah gerai,
Zuraidah berniaga menjual minuman dan makanan
ringan tanpa lesen selama tiga tahun sehingga diburu
oleh penguat kuasa. Farid yang merupakan rakan sekelas
Zuraida ketika berada di tingkatan satu hingga tingkatan
lima di Sekolah Menengah Seri Budiman datang
berkunjung ke gerai Zuraida untuk bertanyakan khabar.
Zuraida menjelaskan bahawa dia menggunakan modal
semula jadi yang dia miliki, iaitu kesabaran dan bermanis
muka ketika melayani pelanggan. Setelah tiga jam
bersembang, Farid kembali ke Pejabatnya.

Bab 7 : Batik, Cinta

Seminggu kemudian, Farid berkunjung lagi di gerai Zuraida. Dia
mengajak gadis itu makan tengah hari. ketika mereka berdua
makan di Restoran Mali, gerai pakaian tersebut dijaga oleh Adik
Zuraida, Zaharah. Dalam perbualan, Zuraida terasa bangga
terhadap Farid kerana Farid sahaja yang menjadi pengarah
syarikat daripada seramai 40 orang murid Tingkatan 5 Sastera
1.Seterusnya, Zuraida berjanji untuk membantu Farid dengan
menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa
mengenakan sebarang wang upah. Kain batik di gerainya
berjaya dijual lebih daripada 400 helai pada setiap bulan.
Namun Zuraida mencadangkan agar Farid mengeluarkan batik
bercorak baharu dan moden untuk menarik perhatian
pembeli.Pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu juga
boleh melihat proses penghasilan batik selain membeli untuk
dibawa pulang ke negara asal mereka.

Bab 8 : Corak Baharu

Farid asyik membelek-belek dan meneliti sampel corak batik asli di meja
pejabatnya. Dalam pertemuan ketiga dengan Zuraida, gadis itu
mencadangkan dia mengeluarkan batik, canting iaitu batik lukis. Idea
tersebut mendapat respon positif daripada Tomsiah.Kos bahan mentah
agak tinggi kerana pembuatannya perlu dilakukan di atas kain sutera. Farid
bertemu dengan Mokhsein untuk meminta pandangan dan penilaiannya.
Mokhsein meneliti kertas kerja "Projek Pembesaran Nusantara" yang
disediakan oleh Farid.Dia mengagumi usaha yang dilakukan oleh Farid
kerana hutang - hutang syarikat dapat dikutip secara maksimum dan
modal turut bertambah hasil jualan kenderaan,gadaian tanah, serta barang
kemas. Projek itu kemudian akan menjadi rantai ekonomi dan
meningkatkan martabat industri kampung. Mokhsein menasihati Farid
supaya mengikuti program latihan yang dapat diperoleh menerusi khidmat
nasihat daripada MARA dan MIDA. Mokhsein berjanji akan membantu
Farid dalam aspek pemasaran. Dia juga akan menguruskan perihal tenaga
pengajar batik moden.Oleh itu, Farid telah melaburkan modal sebanyak
ribu ringgit untuk membina bangsal batik tambahan.

Bab 9 : Batik Sumber Rezeki

Mokhsein di undang untuk merasmikan bangunan
bangsal batik moden. Majlis dijalankan secara
sederhana dengan diiringi doa selamat dan jamuan
makan yang turut dihadiri oleh 200 orang penduduk
kampung. Pada hari tersebut,Haritini Noor, adik sepupu
kepada Mokhsein turut hadir. Hartini Noor diberi
tanggungjawab untuk mereka corak batik,selain
membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik
canting. Mokhsein mencadangkan agar Farid mencari
pekerja tempatan sebagai tambahan kepada 50 orang
pekerja.Akhirnya,tujuh orang pekerja batik moden
sudah diperoleh dengan bantuan drebar van iaitu Atan.
Hartini Noor menghabiskan masa selama lapan jam di
bengkel menghasilkan corak batik moden yang banyak.

Bab 10 : Maafkan Aku, Eda

Farid mengunjungi Zuraida di gerai pakaiannya namun
Zuraida bersikap dingin kerana rasa cemburu akan
kehadiran Hartini Noor di syarikat batik miliknya itu. Farid
menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang
dengan pereka bentuk dalaman dan bekerja selama
sebulan sahaja di syarikatnya. Kemudian, Farid mengajak
Zuraida mengelilingi beberapa negeri untuk melaksanakan
strategi pemasaran. Farid mahu memperkenalkan dan
melantik ejen baharu untuk memasarkan batik keluaran
syarikatnya. Zuraida berkunjung ke bengkel pada hari yang
berikutnya. Zuraida melihat kerja - kerja mencanting di
bengkel.Zuraida berasa kagum melihat hasil kerja seni
Hartini Noor yang mempunyai pelbagai corak dan pelbagai
kegunaan seperti, skarf,sapu tangan,alas meja, sarung
kusyen, dan lain-lain.

Bab 11 : Bara Dendam

Mukhtar berasa marah apabila mendapat laporan daripada
ejennya di Seremban bahawa batik keluarannya bercorak
lama. Sebelum ini, batiknya dilaporkan tidak dapat dijual di
Johor Bahru. Modal sudah banyak dikeluarkan, stor batik
masih banyak yang tidak dijual, dan ejen penjual pula diberi
keuntungan jualan sebanyak 35 peratus. Jika masalah itu
tidak diselesaikan, Syarikat Batik Rajawali akan bankrap.
Selama ini Mukhtar telah berjaya memecahkan monopoli
batik keluaran syarikat Batik Nusantara. Menurut seorang
ejennya. Jika syarikat mereka memberi komisen sebanyak
50 peratus sekalipun, batik tidak dapat dijual kerana
pengguna lebih tertarik dengan batik bercorak baharu.
Mukhtar yakin bahawa batik pilihan pengguna sekarang
ialah keluaran pesaingnya, iaitu syarikat Batik Nusantara.

Bab 12 : Samseng

Farid mendapat panggilan daripada Zuraida. Zuraida meminta Farid
datang ke gerainya kerana mahu berbincangkan hal yang penting.
Apabila Farid tiba di gerai Zuraida, gadis itu meminta Farid ke
rumahnya untuk membincangkan hal tersebut. Farid dalam keadaan
tertanya-tanya akur sahaja dan membawa Zuraida ke rumahnya di
Kampung Tanjung.Setelah menikmati hidangan yang disediakan,
Zuraida menceritakan tentang ugutan bapa saudaranya yang
melarang dia menjual batik moden keluaran syarikat Farid. Zuraida
meluahkan perasaan serba salahnya. Pada masa yang sama,ibu
Zuraida menyatakan kepercayaannya terhadap hubungan antara
Farid dengan Zuraida. Mahmood merupakan pekerja Mukhtar
mencari Azmi dan Masri di bengkel membuat batik moden
kepunyaan Farid. Mahmood berasa tidak puas hati kerana dua orang
lelaki itu telah meninggalkan syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri
memberikan alasan bahawa mereka meninggalkan syarikat Batik
Rajawali kerana mereka masih belum menerima bayaran gaji
walaupun sudah bekerja selama dua bulan.

Bab 13 : Api!

Ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, seisi rumah Hajah
Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Penghuni
rumah terjaga apabila mendengar bunyi tersebut. Apabila
mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden sedang
dijilat api.Mereka berasa terkejut. Farid berusaha
memadamkan kemaraan api dengan menggunakan alat
pemadam api,tetapi gagal. Jiran tetangga datang dan cuba
untuk membantu.Menurut Farid terdapat banyak tong gas di
dalam bengkel itu. Pasukan bomba dan penyelamat datang
untuk memadamkan api tersebut. Kakitangan Tenaga Nasional
Berhad juga datang untuk memutuskan bekalan elektrik bagi
mengelakkan litar terbakar dan api merebak ke seluruh
bangunan. Akhirnya, bengkel hangus dijilat api dan lebih 75
peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik
musnah. Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti
biasa memandangkan bengkel batik asli tidak terjejas.

Bab 14 : Ombak

Penangkapan Mukhtar atas tuduhan membakar bengel kepunyaan Farid
telah disiarkan dalam akhbar. Mukhtar didakwa telah mengupah tiga
orang samseng untuk melakukan perbuatan tersebut. Rayuan Mukhtar
untuk diikat janim telah di tolak oleh hakim. Tiga hari selepas peristiwa
kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari
Singapura. Mokhsein memberitahu bahawa dia juga menerima surat
ugutan yang melarang dia membantu perniagaan Farid.Kemudian
Mokhsein memberitahu khabar gembira kepada Farid mengenai dua buah
butik,iaitu di Singapura dan di Ampang Park mahu melanggani batik
moden keluaran Farid.Dia berjanji akan membantu Farid supaya menjadi
pembekal pakaian siap daripada batik moden. Zuraida pula menjelaskan
bahawa dia telah mengikuti kursus kerana berasa dirinya masih
kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan. Dia mengikuti kursus luar
kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada
setiap hujung minggu.Zuraida mencadangkan agar Farid mengambil
kesempatan untuk menimba ilmu perniagaan memandangkan terdapat
banyak kolej di Kuala Terengganu.

Novel keseluruhan

Sejak Haji Badrul meninggal dunia akibat kanser dalam perut, Farid harus mewarisi perniagaan Perusahaan Batik Nusantara. Pada hari pertama berada di dalam pejabat syarikat yang terletak tidak jauh dari rumah Farid. Hal ini
demikian kerana banyak tugas arwah ayahnya yang tertangguh di samping kewangan syarikat yang tidak kukuh dan masalah ejen yang tidak mahu membayar hutang.Tomsiah adalah kerani syarikat yang berkerja lebih 10 tahun
di syarikat tersebut. Menurut Tomsiah, kewangan syarikat masih mampu membayar gaji pekerja yang berkurangan. Tomsiah mencatat nombor telefon dan menyerahkan nombor tersebut kepada Farid. Tomsiah meminta Farid
menghubungi nombor itu sekiranya dia perlukan penjelasan yang lebih mendalam. Farid segera menghubungi nombor tersebut menerusi telefon.Farid kemudian melawat bengkel untuk melihat proses penghasilan batik. Pak Nik
adalah seorang pekerja syarikat yang menerangkan keadaan syarikat iaitu batik keluaran syarikat yang kurang laku dan sebuah syarikat yang mahu melumpuhkan syarikat mereka. Tomsiah pula menunjukkan bil hutang yang
perlu dijelaskan dengan segeranya untuk mengelakkan dendaan samah daripada mahkamah kepada Farid.Farid menimbangkan kemungkinan untuk menjual harta syarikat seperti lori dan dua buah van bagi menyelesaikan
hutang tersebut.Farid berasa kurang selera untuk makan kerana memikirkan masalah kedudukan syarikat yang tidak stabil. Farid menceritakan masalah situasi syarikat tersebut kepada ibunya. Pada pandangan Farid, syarikat
tidak akan mampu membayar hutang kepada ejen pembekal bahan - bahan mentah sekiranya gagal mengutip hutang daripada ejen yang menjual batik syarikat. Lotfi menyalahkan dirinya yang lumpuh hingga menyebabkan dia
tidak mampu membantu menguruskan syarikat ayahnya. Pada waktu malam, Hajah Zaoyah iaitu ibu kepada Farid bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya.Farid meluahkan keinginan untuk memperbesarkan
bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh. Kemudian, Farid teringat rakannya, Abdul Kabeer yang berjaya membangunkan kedai kain walaupun tidak mempunyai ilmu berkaitan dengan perniagaan.Begitu juga dengan
Chew Teck Heng yang hanya menjual mi, tetapi mampu mencapai untung yang besar. Kejayaan mereka memberi sesuatu yang dapat membangkitkan semangat kepada Farid untuk berusaha memajukan syarikat. Pada
pandangan Farid, sekiranya tujuan penubuhan syarikat tidak diubah, jumlah pengeluaran juga tidak akan bertambah. Farid mengunjungi pejabat firma pemborong binaan Nadi zaman kepunyaan Mokhsein, iaitu bekas pekerja
ayahnya pada suatu ketika dahulu. Mokhsein bekerja dengan arwah Haji Badrul lebih 10 tahun. Mokhsein meninggalkan Syarikat Batik Nusantara ketika syarikat sudah mendapat tempat dalam pasaran kerana dia mahu
memulakan perniagaan sendiri. Farid mula membincangkan tentang keaadan aliran tunai syarikatnya yang tidak lancar. Mokhsein memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli
pengeluaran batik. Mokhsein kemudian menerangkan keperluan Farid menjalankan 'Strategi terkunci' jika mahu kukuh kembali. Mokhsein berjanji untuk membantu Farid sekiranya Farid menghadapi sebarang masalah. Zuraida
berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol selalu tujuh tahun lalu. sejak dari bangku sekolah lagi dia membantu ibunya, seorang janda anak lima dengan berniaga. Sebelum mendapat sebuah gerai, Zuraidah berniaga
menjual minuman dan makanan ringan tanpa lesen selama tiga tahun sehingga diburu oleh penguat kuasa. Farid yang merupakan rakan sekelas Zuraida ketika berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah
Seri Budiman datang berkunjung ke gerai Zuraida untuk bertanyakan khabar. Zuraida menjelaskan bahawa dia menggunakan modal semula jadi yang dia miliki, iaitu kesabaran dan bermanis muka ketika melayani pelanggan.
Setelah tiga jam bersembang, Farid kembali ke Pejabatnya. seminggu kemudian, Farid berkunjung lagi di gerai Zuraida. Dia mengajak gadis itu makan tengah hari. ketika mereka berdua makan di Restoran Mali, gerai pakaian
tersebut dijaga oleh Adik Zuraida, Zaharah. Dalam perbualan, Zuraida terasa bangga terhadap Farid kerana Farid sahaja yang menjadi pengarah syarikat daripada seramai 40 orang murid Tingkatan 5 Sastera

1.Seterusnya, Zuraida berjanji untuk membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa mengenakan sebarang wang upah. Kain batik di gerainya berjaya dijual lebih daripada 400 helai pada
setiap bulan. Namun Zuraida mencadangkan agar Farid mengeluarkan batik bercorak baharu dan moden untuk menarik perhatian pembeli.Pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu juga boleh melihat proses penghasilan
batik selain membeli untuk dibawa pulang ke negara asal mereka. Farid asyik membelek-belek dan meneliti sampel corak batik asli di meja pejabatnya. Dalam pertemuan ketiga dengan Zuraida, gadis itu mencadangkan dia
mengeluarkan batik, canting iaitu batik lukis. Idea tersebut mendapat respon positif daripada Tomsiah.Kos bahan mentah agak tinggi kerana pembuatannya perlu dilakukan di atas kain sutera. Farid bertemu dengan Mokhsein
untuk meminta pandangan dan penilaiannya. Mokhsein meneliti kertas kerja "Projek Pembesaran Nusantara" yang disediakan oleh Farid.Dia mengagumi usaha yang dilakukan oleh Farid kerana hutang - hutang syarikat dapat
dikutip secara maksimum dan modal turut bertambah hasil jualan kenderaan,gadaian tanah, serta barang kemas. Projek itu kemudian akan menjadi rantai ekonomi dan meningkatkan martabat industri kampung. Mokhsein
menasihati Farid supaya mengikuti program latihan yang dapat diperoleh menerusi khidmat nasihat daripada MARA dan MIDA. Mokhsein berjanji akan membantu Farid dalam aspek pemasaran. Dia juga akan menguruskan
perihal tenaga pengajar batik moden.Oleh itu, Farid telah melaburkan modal sebanyak ribu ringgit untuk membina bangsal batik tambahan.Mokhsein di undang untuk merasmikan bangunan bangsal batik moden. Majlis
dijalankan secara sederhana dengan diiringi doa selamat dan jamuan makan yang turut dihadiri oleh 200 orang penduduk kampung. Pada hari tersebut,Haritini Noor, adik sepupu kepada Mokhsein turut hadir. Hartini Noor
diberi tanggungjawab untuk mereka corak batik,selain membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik canting. Mokhsein mencadangkan agar Farid mencari pekerja tempatan sebagai tambahan kepada 50 orang
pekerja.Akhirnya,tujuh orang pekerja batik moden sudah diperoleh dengan bantuan drebar van iaitu Atan. Hartini Noor menghabiskan masa selama lapan jam di bengkel menghasilkan corak batik moden yang banyak. Farid
mengunjungi Zuraida di gerai pakaiannya namun Zuraida bersikap dingin kerana rasa cemburu akan kehadiran Hartini Noor di syarikat batik miliknya itu. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka
bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Kemudian, Farid mengajak Zuraida mengelilingi beberapa negeri untuk melaksanakan strategi pemasaran. Farid mahu memperkenalkan dan melantik ejen
baharu untuk memasarkan batik keluaran syarikatnya. Zuraida berkunjung ke bengkel pada hari yang berikutnya. Zuraida melihat kerja - kerja mencanting di bengkel.Zuraida berasa kagum melihat hasil kerja seni Hartini Noor
yang mempunyai pelbagai corak dan pelbagai kegunaan seperti, skarf,sapu tangan,alas meja, sarung kusyen, dan lain-lain.Mukhtar berasa marah apabila mendapat laporan daripada ejennya di Seremban bahawa batik
keluarannya bercorak lama. Sebelum ini, batiknya dilaporkan tidak dapat dijual di Johor Bahru. Modal sudah banyak dikeluarkan, stor batik masih banyak yang tidak dijual, dan ejen penjual pula diberi keuntungan jualan
sebanyak 35 peratus. Jika masalah itu tidak diselesaikan, Syarikat Batik Rajawali akan bankrap. Selama ini Mukhtar telah berjaya memecahkan monopoli batik keluaran syarikat Batik Nusantara. Menurut seorang ejennya. Jika
syarikat mereka memberi komisen sebanyak 50 peratus sekalipun, batik tidak dapat dijual kerana pengguna lebih tertarik dengan batik bercorak baharu. Mukhtar yakin bahawa batik pilihan pengguna sekarang ialah keluaran
pesaingnya, iaitu syarikat Batik Nusantara. Ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Penghuni rumah terjaga apabila mendengar bunyi tersebut. Apabila
mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden sedang dijilat api.Mereka berasa terkejut. Farid berusaha memadamkan kemaraan api dengan menggunakan alat pemadam api,tetapi gagal. Jiran tetangga datang dan cuba
untuk membantu.Menurut Farid terdapat banyak tong gas di dalam bengkel itu. Pasukan bomba dan penyelamat datang untuk memadamkan api tersebut. Kakitangan Tenaga Nasional Berhad juga datang untuk memutuskan
bekalan elektrik bagi mengelakkan litar terbakar dan api merebak ke seluruh bangunan. Akhirnya, bengkel hangus dijilat api dan lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah. Farid mengarahkan
pekerja batik asli bekerja seperti biasa memandangkan bengkel batik asli tidak terjejas. Penangkapan Mukhtar atas tuduhan membakar bengel kepunyaan Farid telah disiarkan dalam akhbar. Mukhtar didakwa telah mengupah
tiga orang samseng untuk melakukan perbuatan tersebut. Rayuan Mukhtar untuk diikat janim telah di tolak oleh hakim. Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari
Singapura. Mokhsein memberitahu bahawa dia juga menerima surat ugutan yang melarang dia membantu perniagaan Farid.Kemudian Mokhsein memberitahu khabar gembira kepada Farid mengenai dua buah butik,iaitu di
Singapura dan di Ampang Park mahu melanggani batik moden keluaran Farid.Dia berjanji akan membantu Farid supaya menjadi pembekal pakaian siap daripada batik moden. Zuraida pula menjelaskan bahawa dia telah
mengikuti kursus kerana berasa dirinya masih kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan. Dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap hujung minggu.Zuraida
mencadangkan agar Farid mengambil kesempatan untuk menimba ilmu perniagaan memandangkan terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu.

Sumber rujukan:

Buku :
Buku rujukan Novel Hempasan Ombak

Sumber Internet :
https://banksoalan.online/novel-
hempasan-ombak/


Click to View FlipBook Version