1 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Raybell Engineering Sdn Bhd
Lot 9679 G, Desa Aman Batu 11, Sungai Buloh, 47000 Selangor
ISI KANDUNGAN
PEMACU BIL 14
2Isi Kandungan 7Kata Alu Aluan
4Nota Editor &
Presiden PPKMM
Sidang Redaksi Barisan Exco & AMKT
Kata Alu Aluan
Ketua Pengarah 9sesi 2020-2022
6Kastam
BERITA UTAMA BERITA UTAMA BERNITEAGEDRAILAM
34Perlis
12Menelusuri Sejarah 100 26Mesyuarat Exco/AMKT Selangor
bil 1/2021 36 42P.Pinang
thn Marin bhg 2 39 43PerakJohor
Bot Ronda Laju Baharu
21Persidangan Perkemas Kesiapsiagaan
PPKMM kali ke 10 29Unit Marin
49Pahang
INFORMASI ILMU
51Pembuatan bot 55Brainstorming
60Peranan PTP bhg 2
traditional di TRG
77KEBAJIKAN
53LATIHAN
Bacaan Surah Yassin
Webinar Unit Marin
79TAERRTPIKILEILH
72PSSTLDM bhg 2
BULETIN PEMACU BIL 14 2
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
3 BULETIN PEMACU BIL 14 Heng An Logistics
No 18 Lorong Peria, Taman Radzi,
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
41200 Klang, Selangor
PENAUNG Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
TN SYED MUHAMMAD BIN SYED SALIM
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah
KETUA EDITOR kepada sidang redaksi Buletin PEMACU Bil 14 yang
TN MOHAMAD MAHIZAM BIN MD ISA telah berusaha dengan gigih untuk menerbitkan
Buletin ini.
SIDANG EDITOR
EN HARDINATA BIN FATTAH Penerbitan Buletin Bil 14 ini adalah bertujuan
EN MOHD ALI BIN ABDULLAH untuk menyalurkan infomasi serta berita kejayaan
EN NORARNIZAM BIN ARSHAD dan penglibatan ahli-ahli Persatuan Pegawai Kastam
Marin Malaysia (PPKMM) sepanjang tahun 2021.
PEREKA GRAFIK Dengan penerbitan PEMACU Bil 14 ini ia dapat
EN MUHAMMAD SUHAIB BIN AB RAFFAR menunjukkan perjalanan dan perkembangan
ahli-ahli PPKMM di seluruh negara.
EDARAN
EN ZULKIFLE BIN SULAIMAN Saya mewakili sidang redaksi Buletin PEMACU
berharap dengan penerbitan Bil 14 ini dapat
KETUA PEGAWAI PERHUBUNGAN memberi informasi serta perkongsian kejayaan
AWAM (PPKMM) demi kejayaan yang dicapai oleh ahli-ahli
TN HJ MAHAT BIN SALLEH PPN PPKMM. Dikesempatan ini, saya ingin memohon
maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan
dalam penerbitan Buletin ini. Saya akhiri ucapan
dengan serangkap pantun...
Sidang Nota
Redaksi Editor
PERINGATAN Gelombang lautan kami redah,
SEGALA MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI DALAM Panas, hujan & embun jadi peneman,
BULETIN INI TIDAK DIBENARKAN UNTUK Ceritera PEMACU kami persembah,
DIPETIK ATAU DITERBITKAN SEMULA TANPA Marin maju terus ke hadapan
KEBENARAN BERTULIS DARIPADA SIDANG REDAKSI.
DICETAK OLEH DITERBITKAN OLEH
CDS STUDIO (001950874-M)
LOT 5791-A9, TAMAN SRI REKO, JALAN REKO, PERSATUAN PEGAWAI KASTAM MARIN MALAYSIA
43000 KAJANG SELANGOR.
201-2B, JALAN KASTAM,
42000 PORT KLANG SELANGOR BULETIN PEMACU BIL 14 4
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Dapatkan berita terkini Persatuan Pegawai
Kastam Marin Malaysia dengan melayari laman
sesawang www.PPKMM.com.my
5 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Kata Alu-Aluan
KPKeeantsugtaaamrah
DATO’SRIABDULLATIF BINABDULKADIR
KETUAPENGARAH KASTAM MALAYSIA
Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera.
Terlebih dahulu diucapkan syabas perkhidmatan kita berjalan dengan cekap
dan tahniah kepada Sidang Redaksi dan berkesan selaras dengan slogan kita,
Majalah Pemacu Bil Ke 14 atas kejayaan “Berkhidmat Memakmurkan Negara”.
menerbitkan majalah yang istimewa ini. Tahun 2021 ini merupakan tahun yang
Terima kasih kerana memberi kesempatan sangat mencabar bagi kita semua. Pandemik
untuk saya mencoretkan sepatah dua kata COVID-19 yang melanda bukan sahaja
dalam majalah ini. Penerbitan majalah memberi kesan negatif yang besar kepada
seperti ini adalah manifestasi komitmen dan negara ini, malahan telah menjejaskan
kerjasama padu di kalangan ahli-ahli kehidupan seharian hampir semua negara di
persatuan dalam menjayakan aktiviti serta dunia ini. Kita perlu menerima hakikat
hal ehwal kebajikan ahli. bahawa virus ini sudah wujud dikalangan
Dalam memastikan pencapaian visi komuniti kita dan amalan normal baharu
“Kastam Peneraju Kemakmuran Negara” merupakan kaedah terbaik dalam
yang didokong Misi “Memungut Hasil memastikan kita memenangi peperangan
Negara, Memberi Fasilitasi Perdagangan melawan musuh ‘halus’ ini. Walaupun kita
Dan Menguatkuasakan Undang-Undang sentiasa sibuk bertugas dan menjalankan
Demi Kemakmuran Negara”, Jabatan perlu rondaan di perairan negara, kita hendaklah
bertindak secara strategik untuk mencapai sentiasa mengamalkan kebersihan dan
kecemerlangan yang diharapkan oleh rakyat kesihatan kendiri yang tinggi serta sentiasa
dan pemegang taruh (stakeholders). mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh
Bagi merealisasikan pencapaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga
hasrat ini, penglibatan semua pihak secara Majlis Keselamatan Negara.
holistik amat diharapkan. Adalah menjadi Akhir kata, saya menyeru semua
hasrat Pengurusan Tertinggi Jabatan agar pihak yang terlibat dengan Unit Marin JKDM
pihak Persatuan Pegawai Kastam Marin ini sama ada pegawai, anggota, persatuan
Malaysia (PPKMM) sentiasa menyokong dan pihak yang berkepentingan untuk
dan memberi kerjasama yang padu sama-sama menjayakan Visi dan Misi
terhadap strategi dan program yang telah Jabatan dengan menghayati lirik lagu
dirancang oleh Jabatan. Kita perlu bergerak Kastam yang sering kita laungkan; Berjasa
seiring dan sejalan dalam memastikan Pada Nusa! BULETIN PEMACU BIL 14 6
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Kata Alu-Aluan
Presiden
PPKMM
TN SYED MUHAMMAD BIN SYED SALIM
PRESIDEN
PERSATUAN PEGAWAI KASTAM MARIN MALAYSIA
Assalamualaikum W.B.T dan yang sentiasa dekat di hati antara satu sama lain
Selamat Sejahtera. walaupun secara fizikal kita terpisah akibat
daripada wabak ini.
Alhamdulillah, pertamanya marilah kita
mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tahun 2021
nikmat dan limpah kurnia-Nya kita diberikan merupakan tahun yang amat mencabar bagi kita
nafas dan peluang untuk bertemu lagi pada semua. Walau pun pada awalnya kita menjangka
penerbitan majalah kali ini. Tidak dilupakan pandemik COVID-19 ini dapat diatasi pada tahun
marilah kita mengucapkan selawat dan salam ke ini, namun keadaan sebaliknya yang berlaku.
atas junjungan kita Amirul Mukminin Nabi Kemunculan varian-varian baru terutamanya
Nuhammad s.a.w serta ahli-ahli keluarga varian Delta ternyata telah membadai seluruh
baginda. dunia dan menyebabkan penyakit ini berjangkit
dengan lebih pantas dan mudah. Jumlah
Pada kesempatan ini saya sekali lagi ingin kematian akibat penyakit ini di seluruh negara
mengucapkan syabas dan tahniah kepada juga telah bertambah mendadak dan
sidang redaksi majalah kali ini serta semua membimbangkan kita semua. Diberitakan
pihak yang telah bertungkus lumus dalam usaha bahawa terdapat pegawai JKDM yang terkorban
murni menjayakan penerbitan majalah pemacu akibat virus yang amat merbahaya ini dan tidak
kita kali ini. Walaupun pada ketika ini kita masih kurang juga ramai pegawai kita yang telah
lagi menghadapi pandemik COVID-19 serta dijangkiti. Walaupun dunia sudah menemui
Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang vaksin bagi COVID-19 ini, namun kemunculan
penuh mencabar kerana pergerakan kita yang varian-varian baru ini menyebabkan
terbatas, kita masih berjaya untuk menerbitkan kemerebakan virus menjadi pantas dan ganas di
majalah PEMACU yang disayangi ini. Kejayaan seluruh dunia. Rantau Asia Tenggara kini antara
menerbit majalah kali ni adalah manifestasi rantau yang paling terjejas teruk akibat
kerjasama erat dan perpaduan sesama COVID-19 malahan negara jiran kita kini menjadi
kepimpinan tertinggi dengan ahli persatuan pusat penyebaran wabak ini.
7 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, keluarga. Hasil pengorbanan tuan-tuan semua
walaupun vaksin bagi melawan penyakit ini kita dapat lihat dengan penghasilan kes-kes
sudah ditemui, kita tidak seharusnya berasa yang tinggi pada tahun ini walaupun dalam
selesa dan lalai dalam menghadapi wabak ini. keadaan pergerakan yang terbatas ini. Syabas
dan tahniah saya ucapkan dan hanya Allah s.w.t
Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, sahaja yang mampu membalas pengorbanan
walaupun vaksin bagi melawan penyakit ini dan kebaikan tuan-tuan semua.
sudah ditemui, kita tidak seharusnya berasa
selesa dan lalai dalam menghadapi wabak ini. Perancangan kita untuk membuat sambutan
Kunci kejayaan untuk kita menentang musuh besar-besaran Ulang Tahun Penubuhan Unit
kecil ini adalah kawalan kendiri dan pematuhan Marin JKDM yang kita rancang sejak akhir tahun
SOP. Saya sedar bahawa kita sebagai antara 2019 pada tahun ini sekali lagi tertangguh akibat
petugas-petugas barisan hadapan, kita tidak pandemik ini. Namun saya berharap tahun 2022
pernah berehat daripada menjalankan memberi memberi sinar baru buat kita semua.
tanggungjawab kita dalam mengawal Dengan perlaksanaan program vaksinisasi yang
keselamatan ekonomi di kawasan perairan begitu tinggi di seluruh negara, kita dijangka
negara. Kawasan perairan negara ini perlu dijaga mencapai tahap herd immunity menjelang
dan dikawal pada setiap masa 24 jam sehari dan Oktober tahun 2021. Maka dengan ini kita
7 hari seminggu. Ini menyebabkan banyak perancangan aktiviti yang akan dibuat
pegawai-pegawai kita adalah antara golongan oleh persatuan pada tahun 2022 nanti. Dalam hal
paling berisiko terdedah penyakit ini. Semasa ini juga saya ingin memaklumkan persatuan tidak
menjalankan rondaan dan pemeriksaan kapal di pernah berehat dan duduk diam di dalam
laut, kita banyak berhadapan dengan menjaga kebajikan ahlinya. Saya mohon maaf
kapal-kapal dan krew-krew negara asing kerana persatuan tidak dapat turun padang
terutama negara-negara jiran yang kini juga teruk berjumpa dengan ahli seperti mana sebelum ini
dilanda COVID-19 terutama jenis varian yang kerana kawalan pergerakan oleh kerajaan.
merbahaya Delta. Justeru itu, saya memohon agar ahli-ahli
sentiasa berhubung dengan saya atau AMKT
Justeru itu saya menyeru semua anggota seluruh negara untuk menyampaikan apa-apa
PPKMM seluruh agar sentiasa berhati-hati dan permasalahan yang dihadapi agar kami PPKMM
berwaspada ketika menjalankan tugas. Semai di dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
dalam pemikiran masing-masing untuk sentiasa
mengutamakan pematuhan SOP. Jangan Akhir kata dari saya, semoga tuan-tuan semua
sesekali kita lalai dan alpa kerana kelalaian terus tabah menghadapi ujian dan cabaran yang
tersebut boleh mengundang padah bukan sahaja mendatang ini dan melihat semua sebagai
pada kita diri sendiri malahan kepada ahli-ahli hikmah untuk kita semua kembali kepada
keluarga yang amat kita cintai. pencipta kita Allah s.w.t. Sesungguhnya setiap
ujian ada hikmahnya, setiap yang pahit itu pasti
Pada kesempatan ini juga saya ingin tabik dan ada manisnya serta setiap terowong yang gelap
hormat pada semua anggota Kastam Marin pasti ada cahaya dihujungnya. Kita mungkin
seluruh negara yang tidak gentar, komited dan belum menang di dalam peperangan melawan
berdedikasi menjalankan tugas mengawal COVID-19 ini, namun kita sedang memenangi
keselamatan ekonomi negara walaupun tugas ini setiap pertempuran dan akhirnya kita pasti
amat berat dan sentiasa memberi ancaman berjaya, InshaAllah.
keselamatan nyawa kepada tuan-tuan dan
Sekian, terima kasih. BULETIN PEMACU BIL 14 8
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
BARISAN EXCO & AMKT
PERSATUAN PEGAWAI KASTAM
SesiMARIN MALAYSIA
2020 2022
TIMB. PRESIDEN S/U AGUNG
EN HARDINATA BIN FATTAH EN ZULKIFLE BIN SULAIMAN
Pegawai Kastam Kanan 6012 Pegawai Kastam Kanan 7450
NAIB PRESIDEN PEN. S/U AGUNG
EN FAIRUS BIN HASSAN EN NORARNIZAM BIN ARSHAD
Pegawai Kastam Kanan 6032 Pegawai Kastam Kanan 11237
PRESIDEN BENDAHARI
TN SYED MUHAMMAD BIN SYED SALIM PN RASIDAH BINTI ABDUL RASHID
Pegawai Kastam Kanan 6818 Pegawai Kastam 12924
NAIB PRESIDEN
TN HJ JUMAAT BIN KIMSIN
Penolong Penguasa Kastam
9 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
JOHOR KEDAH PAHANG
EN MOHD ALI BIN ABDULLAH EN MOHD FADLY BIN JOHARI EN ABDUL RAZAK BIN SAIRI
Pegawai Kastam Kanan 5946 Pegawai Kastam Kanan Pegawai Kastam Kanan 6423
JOHOR SELANGOR TERENGGANU
EN AHMAD ROSLEE BIN KHALIL EN RIDZUAN BIN KHAMIS EN MUHAMAD ISA BIN SEMAN
Pegawai Kastam Kanan Pegawai Kastam Kanan 6880 Pegawai Kastam Kanan
JOHOR SELANGOR KELANTAN
EN SHAHRIZAL BIN MAHAT EN ZAHALAN BIN ZAKARIA EN ABDUL AZIZ BIN DOLLAH
Pegawai Kastam Kanan 7448 Pegawai Kastam 12926 Pegawai Kastam Kanan
JOHOR SELANGOR SABAH
EN MOHAMED WAZIR BIN WAHAB EN MOHD NASZERI BIN SAPUAN EN AHMAD SHAH BIN ABDUL KADIR
Pegawai Kastam Kanan 5959 Pegawai Kastam Pegawai Kastam Kanan 8421
JOHOR PERLIS SARAWAK
EN ABDUL HALIM BIN SULEIMAN EN AMER BIN ABDUL RAHMAN EN ROSELAN BIN ZAILANI
Pegawai Kastam Kanan 5937 Pegawai Kastam Kanan 6867 Pegawai Kastam Kanan 1000
P.PINANG PERAK W.P.LABUAN
EN MOHD ZAINI BIN MD SAAD EN KAMARUISAH BIN MD YUSOF EN TOM JUNIOR
Pegawai Kastam Kanan 5993 Pegawai Kastam Tinggi II 6416 Pegawai Kastam Kanan
P.PINANG N.SEMBILAN
EN MOHD ZAKI BIN AWANG KECHIL EN NAZRIL BIN MD YUSOOF
Pegawai Kastam Kanan 6886 Pegawai Kastam Kanan 7568
P.PINANG MELAKA
EN RASHIDI BIN AHMAD EN NOOR SHAHALZIMAN BIN SHAHAL
Pegawai Kastam Kanan 6036 Pegawai Kastam Kanan 11238
KEDAH
EN ZULKURNAIN BIN BUSU
Pegawai Kastam Kanan 5986
BULETIN PEMACU BIL 14 10
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
MENELUSURI SEJARAH 100 TAHUN KASTAM MARIN JKDM
BAHAGIAN 2
Konsep & Idea : Tn Syed Muhammad bin Syed Salim, Presiden PPKMM
Penulis : Tn Mohamad Mahizam bin Md Isa, PKPK II JKDM Zon Tengah
Fasa Mencabar Unit Marin JKDM
Permulaan awal kewujudan APMM sebagai agensi tunggal di laut telah memberi
impak yang agak besar kewujudan Unit Marin di dalam Jabatan kastam Diraja
Malaysia ini. Terdapat segelintir pihak yang mula mempertikai dan mempersoalkan
kewujudan unit marin di dalam jabatan sedangkan peranan ini sudah dijalankan oleh
agensi yang berkaitan itu. Malahan ada juga suara-suara sumbang yang mula
mengatakan kewujudan Unit Marin JKDM sudah tidak relevan kerana saiz pasukan
yang semakin mengecil dan peranan yang bertindan dengan APMM. Kewujudan
Unit marin di dalam jabatan dianggap tidak lagi memberi nilai ekonomi kepada hasil
jabatan. Perkara ini berlaku kerana kos untuk penyelenggaraan dan pembaikan
bot-bot jabatan ini menelan kos yang bernilai jutaan ringgit sedangkan hasil
langsung yang disumbangkan semula adalah rendah. Juga terdapat perkhabaran
bahawa pihak APMM akan mengambil alih pangkalan-pangkalan marin yang sedia
ada bagi menjimatkan kos kerajaan untuk membina pangkalan baru.
Selain daripada kewujudan APMM yang mengambil peranan Unit marin sebagai
agensi penguatkuasaan di laut, di dapati juga bahawa pada ketika itu jumlah
perolehan kes-kes yang dilakukan oleh unit mula menunjukkan tren penurunan.
Jumlah perolehan kes-kes di laut seperti penyeludupan rokok dan dagangan lain
semakin mengecil dan tidak seperti keadaan sebelumnya. Terdapat 2 faktor utama
permasalahan ini berlaku. Faktor yang pertama adalah kekurangan pengetahuan
dan pengalaman kerja berkaitan penguatkuasaan. Seperti mana yang kita ketahui
sebelum ini, pegawai-pegawai kastam marin baru sahaja bertukar daripada Skim
Perkhidmatan Gred A kepada Gred W.
Gambar : Penyerahan bot-bot kepada APMM 12BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Maka pegawai-pegawai di dalam pasukan hanya mahir dalam hal-hal yang
berkaitan pengendalian bot dan enjin sahaja. Mereka kurang terdedah kepada
pengetahuan dan kerja-kerja penguatkuasaan yang sebelum ini dilakukan oleh
Pegawai Kastam Penguatkuasaan yang mengikuti rondaan di laut. Selepas
berlakunya pertukaran Skim Perkhidmatan W ini, semua tugas-tugas
penguatkuasaan laut dijalankan dan dikendalikan sepenuhnnya oleh Pegawai
Kastam Marin. Suasana yang baharu bagi pegawai-pegawai pasukan marin ini
menyebabkan mereka kurang mahir dan keyakinan diri semasa menjalankan
tugas-tugas penguatkuasaan di laut kerana kekurangan pengetahuan dan maklumat
berkaitan perundangan, prosedur, aspek teknikal percukaian dan sebagainya.
Pendek kata, kekurangan pengalaman dan pengetahuan berkaitan penguatkuasaan
perkastaman di laut menyebabkan rondaan-rondaan di laut kurang efektif dan
berkesan. Kehadiran bot-bot jabatan kurang memberi impak kepada
penguatkuasaan undang-undang di perairan negara.
Faktor kedua ketika yang menyumbang kepada permasalahan yang berlaku adalah
berkaitan arahan Kabinet yang memutuskan bahawa hanya APMM yang akan
menjadi agensi penguatkuasaan tunggal di laut. Maka keadaan ini telah
menyebabkan timbulnya kekeliruan terhadap peranan agensi-agensi
penguatkuasaan yang lain seperti JKDM, Pasukan Polis Marin, Jabatan Laut,
Jabatan Perikanan dan sebagainya. Bot-bot peronda jabatan tidak lagi menjalankan
rondaan secara aktif kerana bimbang tindakan tersebut bertentangan dengan
arahan Mesyuarat Kabinet ketika itu. Atas kekeliruan ini, Unit Marin jabatan kurang
aktif menjalankan tugas penguatkuasaan di laut yang seterusnya menyumbang
kepada kejatuhan pemerolehan kes. Keadaan ini menyebabkan presepsi negatif
tentang kerelevanan kewujudan Unit Marin di dalam jabatan semakin bertambah.
Gambar : Antara bot-bot JKDM yang diserahkan kepada kepada APMM
14BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Namun dalam masa berlalu, keadaan semakin berubah menjadi semakin baik
kepada unit ini. Walaupun pada mulanya kerajaan memutuskan bahawa APMM
sebagai agensi tunggal di laut, polisi dan dasar ini semakin berubah. Kerajaan sedar
dan mengiktiraf peranan dan keperluan agensi-gensi penguatkuasaan laut yang lain
termasuk JKDM dalam mewujudkan maritim negara yang selamat dan aman.
Pemerintah sedar bahawa tugas menjaga dan mengawal keamanan dan
keselamatan wilayah perairan negara yang seluas 614,000 km persegi adalah suatu
tugas yang berat yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak. Walaupun APMM
adalah agensi tunggal di laut, namun agensi lain juga perlu dilibatkan bagi
memastikan kawalan yang lebih menyeluruh terhadap perairan negara. APMM kini
daripada menjadi agensi tunggal kepada konsep lead agency penguatkuasaan di
laut. Jabatan-jabatan lain termasuk JKDM masih relevan dalam mengawal
keselamatan maritim dengan penumpuan terhadap kepakaran bidang
masing-masing. Kewujudan pelbagai agensi penguatkuasaan di laut bukan sahaja
mewujudkan konsep check and balance di dalam masyarakat maritim, malahan
pendekatan ini juga mengggalakan perlaksanaan Strategi Lautan Biru ( Blue
Oceans Strategy ) yang menjadi pendekatan utama kerajaan dalam menyampaikan
perkhidmatan awam kepada rakyat terutama masyarakat maritim.
Selain peranan Unit Marin yang semakin jelas dan relevan, kewujudan pasukan ini
juga mendapat sokongan pihak pengurusan tertinggi jabatan. Pengurusan tertinggi
jabatan menyedari bahawa unit Marin perlu digerakkan seiring dengan
cawangan-cawangan lain di dalam jabatan. Semua cawangan perlu dimajukan
bersama bagi memastikan visi untuk menjadi pemungut hasil bertaraf dunia
tercapai. Mereka sedar bahawa kewujudan Unit Marin yang efektif dan cekap akan
mewujudkan sistem kitaran dan sokongan yang yang mantap di dalam Jabatan bagi
memastikan pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang untuk memakmurkan
negara. Kesungguhan dan keprihatian pengurusan tertinggi dalam
mempertahankan kewujudan Unit marin ini dapat dilihat dengan beberapa inisiatif
dan pembaharuan (pembaharuan dan inisiatif akan dibincangkan di dalam bab
seterusnya). Dengan sokongan padu pihak pengurusan tertinggi jabatan serta
inisiatif Unit Marin Ibu Pejabat, Dengkil dan juga idea serta input daripada Persatuan
Pegawai Kastam Marin Malaysia, kini kewujudan Unit Marin JKDM menjadi semakin
relevan dan kini menjadi antara unit / cawangan yang paling berdaya saing di dalam
jabatan mahu pun agensi-agensi penguatkuasaan maritim yang lain di negara ini.
15 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Unit Marin di Arena Antarabangsa: OP PATKOR KASTIMA dan LIMA
Penglibatan sesebuah organisasi di peringkat antarabangsa merupakan kayu
pengukur kejayaan bagi sesebuah organisasi. Pengikitirafan di peringkat
antarabangsa dan bukan setakat di peringkat negara merupakan pencapaian yang
membanggakan dan peringkat tertinggi bagi kejayaan sesebuah organisasi.
Sesebuah organisasi yang berjaya adalah organisasi yang menjadikan standard
antarabangsa sebagai sasaran pencapaian organisasi. Malahan JKDM sendiri
pernah menjadikan perkhidmatan bertaraf dunia sebagai visi utama jabatan.
Sebagai unit penguatkuasaan yang mengawal keselamatan ekonomi di laut yang
merentasi sempadan, Unit Marin JKDM adalah antara komponen utama jabatan
yang sering terlibat di dalam aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan
kawalan sempadan di peringkat antarabangsa. Operasi PATKOR KASTIMA dan
LIMA adalah contoh utama penglibatan secara langsung unit ini di peringkat
antarabangsa.
Operasi PATKOR KASTIMA atau ringkasan kepada Patroli Terkoordinasi Kastam
Indonesia Malaysia adalah merupakan operasi bersama antara dua pentadbiran
kastam negara Malaysia dan Indonesia bagi mengawal dan menguatkuatkuasaan
undang-undang perkastaman di perairan Selat Melaka. Pentadbiran kastam negara
Malaysia sudah tentu diwakili oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
manakala negara jiran Indonesia diwakili oleh Direktorat Jenderal Bea dan Cukai
(DJBC). Menyedari bahawa Selat Melaka adalah laluan perdagangan maritim yang
tersibuk dan terpenting di dunia, kedua-dua sedar dan setuju bahawa suatu tindakan
yang komprehensif perlu di ambil bagi memastikan laluan perdagangan laut ini
sentiasa lancar dan aman untuk melancarkan perjalanan ekonomi antara hemisfera
barat dan timur. Ketiadaan tindakan yang konkrit dan bersungguh di kalangan dua
negara Nusantara ini sudah pasti akan membuka ruang dan peluang kepada kuasa
luar dan anasir negatif untuk bertapak di Selat Melaka dan sekali gus mencabar dan
mencabuli kedaulatan Malaysia dan Indonesia yang mempunyai kabsahan terhadap
Selat Melaka ini.
16BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Perancangan perlaksanaan operasi PATKOR KASTIMA telah bermula sejak tahun
1979 lagi dengan usul ini telah dikemukakan semasa pertemuan bilateral antara
kedua negara di Jakarta pada tahun 11 Mei 1979. Namun demikian, operasi ini
hanya menjadi kenyataan pada 1994 melalui terhasilnya satu Perintah Tetap
Operasi yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pentadbiran kastam melalui suatu
pertemuan yang berlangsung di Johor Baharu, Malaysia. Hasilnya telah
berlangsung Operasi PATKOR KASTIMA buat julung kalinya pada tanggal 30 Julai
1994 dengan Majlis Perasmian berlangsung di Tanjung Balai Karimun, Indonesia
manakala Majlis Pentutup di Tanjung Puteri, Johor Baharu, Malaysia.
Walaupun objektif perlaksanaan ini adalah baik untuk mengawal keselamatan
ekonomi Selat Melaka, namun ia bukanlah satu tugasan yang mudah. Pada
peringkat awal operasi ini berlangsung, ia nampak kurang memberi impak seperti
yang diharapkan. Masih banyak ruang pembaikan yang perlu dilakukan terutama
berkaitan aspek komunikasi, logistik dan koordinasi bagi memastikan objektif
operasi tercapai sepenuhnya. Perkara ini dapat dilihat melalui statistik perolehan kes
sepanjang operasi ini berlangsung. Pada permulaan operasi ini jumlah kes yang
diperolehi adalah sangat rendah. Ada ketikanya tiada kes yang berjaya diperolehi
walaupun operasi telah berlangsung 2 ke 3 minggu. Keadaan ini menyebabkan
terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan operasi ini adalah untuk ‘bercuti
semata-mata dan tidak bersunguh-sungguh dalam menjalankan tugas mengawal
perairan negara. Operasi ini jua dianggap tidak ekonomik kepada kewangan
kerajaan kerana memberikan hasil pulangan yang diharapkan oleh pelbagai pihak.
Namun demikian, keadaan ini semakin berubah menjadi lebih baik. Dengan usia
operasi PATKOR KASTIMA ini yang sudah mencecah 25 tahun, sudah tentu banyak
pembaharuan dan penambahbaikan yang telah dilakukan. Operasi ini dilaksanakan
secara lebih profesional dan tersusun dengan memfokuskan kepada impak dan
pencapaian hasil. Kematangan dalam mengharungi tempoh hampir 3 dekad ini
menjadikan operasi ini berjalan dengan lebih baik dan berkesan. Perkara ini dapat
dibuktikan melalui kualiti dan impak yang diperolehi melalui operasi yang dijalankan.
Apabila operasi ini berlangsung, banyak perolehan kes yang berjaya diperolehi dan
tidak sepi dan sunyi seperti mana operasi sebelum ini. Begitu juga faedah jaring
komunikasi yang terjalin antara JKDM dan DJBC melalui operasi ini telah
dimanfaatkan sepenuhnya. Terdapat banyak juga kes-kes dan tangkapan yang
diperolehi adalah melalui pertukaran maklumat dan informasi antara kedua-dua
negara. Keberadaan agensi perkastaman kedua-dua negara ini dalam mengawal
Selat Melaka tidak lagi dilihat melalui prespektif negatif persaingan dan perebutan
kuasa yang lebih menekankan kerahsian dan menaikkan imej sendiri semata-mata.
Sebaliknya pendekatan yang lama sudah diganti dengan perkongsian maklumat dan
bersifat lebih terbuka dengan melihat bahawa kawalan dan penjagaan keselamatan
ekonomi di Selat Melaka adalah tanggungjawab kedua-dua negara. Kerjasama dan
perkongsian sumber sudah pasti membuahkan hasil yang menguntungkan
kedua-kedua belah pihak yang berjiran ini.
17 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi atau bahasa
Inggerisnya Langkawi International Maritime and Aerospace) atau lebih dikenali
sebagai LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan
penerbangan komersil dan pertahanan. LIMA merupakan acara dwi-tahunan yang
diadakan pada bulan Mac, setiap tahun ganjil di pulau Langkawi, Kedah. Pameran
ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara
biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang berdekatan
dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala bagi segmen maritim
pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah.
Setiap kali berlangsungnya acara ini secara dwi-tahunan, pihak JKDM juga tidak
melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan pameran ini. Saban tahun
jabatan akan menghantar pasukan dari Cawangan Perhubungan Awam dan Unit
Marin untuk terlibat di dalam acara ini. Bagi Cawangan Perhubungan Awam, mereka
akan pasukan untuk mengadakan booth pameran berkaitan kerjaya dan peranan
JKDM dan bagi Unit Marin mereka akan terlibat dalam segmen maritim dengan
mempamerkan aset-aset laut yang dimiliki.
Namun dalam hal ini, kita ingin memperkatakan tentang peranan yang dimainkan
oleh Unit Marin di dalam pameran yang bertaraf dunia ini dan sejauh manakah
peranan yang dimainkan dalam menjadikan perkhidmatan kastam kita bertaraf
dunia. Seperti mana Operasi PATKOR KASTIMA, penglibatan awal Unit Marin
JKDM di dalam Pameran LIMA tidaklah begitu menyerlah. Akibat kekangan dan
permasalahan tertentu, kebiasaanya Unit Marin JKDM hanya terlibat di dalam
pameran aset laut dan fleet sahaja. Tidak seperti agensi maritim yang lain seperti
APMM, TLDM dan PPM (Pasukan Polis Marin) yang terlibat secara besar-besaran
melalui jumlah penglibatan keanggotaan dan aset yang besar dan juga pertunjukan
demontrasi hebat pasukan-pasukan khas laut mereka, penyertaan JKDM dianggap
kecil kerana hanya terlibat di dalam booth pameran dan juga fleet review yang
sekadar menayangkan aset laut milik JKDM dengan jumlah yang sangat kecil. Para
pengunjung pameran LIMA kurang mengenali pasukan Unit Marin JKDM berbanding
dengan pasukan-pasukan yang cukup gah seperti PASKAL (TLDM), STAR (APMM)
dan UNGERIN (PPM). Penonjolan imej sesebuah pasukan adalah sesuatu yang
perlu dititik beratkan bagi menjamin kerjasama orang awam dan kelancaran tugas
ketika di lapangan. Kepercayaan dan keyakinan masyarakat perlu diraih bagi
memastikan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan di laut dapat dijalankan dengan lebih
berkesan.
18BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Penganjuran Pameran LIMA pada tahun 2019 telah mencatatkan sejarah yang
tersendiri. Ternyata pihak pengurusan jabatan semakin sedar bahawa pameran
LIMA adalah salah satu platfom terbaik untuk mempromosikan JKDM dan Unit Marin
JKDM dan sekali gus dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan jabatan
kepada rakyat. Pameran LIMA tahun 2019 menyaksikan kesungguhan jabatan
dengan penglibatan aset dan anggota jabatan yang lebih besar berbanding
sebelumnya. Aset-aset laut jabatan tidak sekadar terlibat di dalam fleet review
semata-mata, malahan Unit Marin juga telah memainkan peranan yang besar di
dalam pertunjukan segmen maritim. Melalui pertunjukan ini, Unit Marin berjaya
menunjukkan keupayaan dan ketangkasan anggota dan pengendalian aset semasa
menjalankan tugas di laut. Ini sekali gus memberikan keyakinan orang ramai
terhadap pasukan ini yang setanding dengan pasukan senior lain seperti TLDM,
APMM dan PPM. Ia juga membuka mata banyak pihak kepada Unit Marin yang
sebelum ini tidak begitu dikenali. Selain melakukan pertunjukan di laut, penyertaan
JKDM di pameran LIMA kali ini juga istimewa kerana buat pertama kalinya Pasukan
Khas JKDM, Customs Contraband Enforcement Team (CCET) membuat
penampilan dengan melakukan demonstrasi yang memukau pengunjung. Pameran
LIMA kali ini JKDM boleh berbangga dengan kerana telah menampilkan pasukan
khas yang tersendiri. Pada pameran kali ini, nama JKDM menjadi sebuat dan kenali
oleh orang ramai.
Sesungguhnya penglibatan Unit Marin JKDM di dalam acara antarabangsa seperti
OP PATKOR KASTIMA dan Pameran LIMA adalah platfom terbaik kepada jabatan
dalam menjadikan perkhidmatan jabatan yang bertaraf dunia. Peningkatan imej
dikalangan awam dan masyarakat antarabangsa adalah indikator penting dalam
mencapai hasrat ini. Maka dalam hal ini Unit Marin JKDM sentiasa memainkan
peranan yang penting dan signifikan di dalam menaikan imej jabatan melalui kaca
mata antarabangsa dengan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Unit Marin JKDM Masa Kini – Era Kebangkitan Marin
Mensyukuri dan menghayati atas kepercayaan dan peluang yang diberikan oleh
Pengurusan Tertinggi Jabatan untuk terus berbakti kepada jabatan dan negara, Unit
Marin JKDM mula mengatur dan menyusun langkah dan strategi untuk
memperkasakan peranannya...
(BERSAMBUNG DI BAHAGIAN 3)
BULETIN PEMACU BIL 14 20
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
PERSIDANGAN
PERWAKILAN TAHUNAN KE -10 &
PEMILIHAN AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI
PERSATUAN PEGAWAI KASTAM MARIN MALAYSIA
SESI 2020-2022
oleh : Muhammad Suhaib bin Ab Raffar, PiK(M)12177 JKDM Johor
Pada 19 Disember 2020 telah Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tn Wan
dilangsungkan Persidangan Perwakilan Apandi Bin Wan Hassan, Timbalan
Tahunan Ke -10 dan Pemilihan Ahli Majlis Pengarah Kastam Caw. OMKS Ibu Pejabat.
Kerja Tertinggi Persatuan Pegawai Kastam
Marin Malaysia bagi Sesi 2020-2022 Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan tidak
bertempat di Z-Hotel, Johor bahru. banyak perubahan daripada pucuk pimpinan
apabila Tn Syed Muhammad bin Syed Salim
Program ini juga dilangsungkan secara atas sekali lagi di pilih secara majoriti untuk
talian disebabkan negara ini masih didalam menerajui barisan kepimpinan PPKMM dan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi terdapat juga muka-muka baharu di lantik
memutuskan rantaian Pandemik COVID-19 sebagai exco dan AMKT untuk menerajui
yang menimpa di seluruh dunia ketika ini. barisan kepimpinan kali ini.
Seramai 30 orang ahli PPKMM daripada Berikut adalah senarai penuh Exco dan
negeri Johor telah hadir dan 60 orang ahli AMKT bagi sesi 2020-2022. Diharapkan
seluruh negara telah menyertai secara semua yang terpilih dapat menjalankan
maya. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung tanggungjawab yang diamanahkan dengan
ini telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Sazali sebaik-baiknya demi menaikkan martabat
bin Mohamad Pengarah Kastam Negeri ahli-ahli PPKMM kursusnya bagi
Johor. meningkatkan prestasi kerja didalam
21 BULETIN PEMACU BIL 14 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
BARISAN EXCO DAN AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI
PERSATUAN PEGAWAI KASTAM MARIN MALAYSIA
SESI 2020-2022
BIL NAMA EXCO/AMKT
1 EN. SYED MUHAMMAD BIN SYED SALIM PRESIDEN
2 EN. HARDINATA BIN FATAH TIMBALAN PRESIDEN
3 EN. FAIRUS BIN HASSAN NAIB PRESIDEN (SEMENANJUNG)
4 TN HJ JUMAAT KIMSIN NAIB PRESIDEN (BORNEO)
5 EN. ZULKIFLE BIN SULAIMAN SETIAUSAHA AGUNG
6 EN NORARNIZAM BIN ARSHAD PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
7 PN RASIDAH BINTI ABDUL RASHID BENDAHARI AGUNG
8 EN. AHMAD ROSLEE BIN KHALIL AMKT JOHOR
9 EN. MOHD ALI BIN ABDULLAH AMKT JOHOR
10 EN. MOHAMED WAZIR BIN WAHAB AMKT JOHOR
11 EN. SHARIZAL BIN MAHAT AMKT JOHOR
12 EN. ABDUL HALIM BIN SULEIMAN AMKT JOHOR
13 EN. MOHD ZAINI BIN MD SAAD AMKT PULAU PINANG
14 EN. MOHD ZAKI BIN AWANG KECHIL AMKT PULAU PINANG
15 EN. RASHIDI BIN AHMAD AMKT PULAU PINANG
16 EN. AMER BIN ABDUL RAHMAN AMKT PERLIS
17 EN. RIDZUAN BIN KHAMIS AMKT SELANGOR
18 EN. ZAHALAN BIN ZAKARIA AMKT SELANGOR
19 EN. MOHD NASZERI BIN SAPUAN AMKT SELANGOR
20 EN. MUHAMAD ISA BIN SEMAN AMKT TERENGGANU
21 EN. ABDUL AZIZ BIN DOLLAH AMKT KELANTAN
22 EN. KAMARUISAH BIN MD YUSSOF AMKT PERAK
23 EN. ABDUL RAZAK BIN SAIRI AMKT PAHANG
24 EN. NAZRIL BIN MD YUSOOF AMKT NEGERI SEMBILAN
25 EN. NOOR SHAHALZIMAN BIN SHAHAL AMKT MELAKA
26 EN. ROSELAN BIN ZAILANI AMKT SARAWAK
27 EN. TOM JUNIOR AMKT LABUAN
28 EN. AHMAD SHAH BIN ABDUL KADIR AMKT SABAH
29 EN. ZULKURNAIN BIN BUSU AMKT KEDAH
30 EN. MOHD FADLY BIN JOHARI AMKT KEDAH
BULETIN PEMACU BIL 14 22
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Lensa
Mesyuarat
Agung ke-10
23 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
24BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
25 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
MESYUARAT AGUNG KE- 10 SESI 2020-2022
BIL 1/2020
oleh : Norarnizam bin Arshad, PiKK(M)11237 JKDM Johor
Mesyuarat agung ke 10 sesi 2020-2022 bil 1/2020 telah dijalankan di Hotel Z, Johor Bahru.
Mesyuarat ini berlangsung selepas selesai sesi pemilihan dan persidangan perwakilan
tahunan ke 10 sesi 2020-2022. Mesyuarat ini juga dilangsungkan secara atas talian kerana
masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung Pandemik Covid
19. Berikut adalah usul-usul yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli PPKMM diseluruh
Malaysia.
BIL PERKARA
STESEN PULAU PINANG
1. Memohon pihak jabatan agar membuat rayuan kepada pihak yang berkenaan untuk
PPKMM terlibat dalam sama dalam mesyuarat MBJ peringkat pusat.
2. Bekalan bendera di bot jabatan perlu dibekalkan dan diseragamkan semua unit
marin seluruh negara. Pihak ibu pejabat perlu membuat bekalan.
3. Bekalan buku Tide table setiap tahun untuk setiap stesen.
4. Memohon pihak jabatan mengkaji semula perjawatan di dalam unit marin selaras
dengan perkembangan semasa dengan penambahan bot baru.
5. Mencadangkan agar setiap ahli dibekalkan kad ahli.
6. Mencadangkan agar pihak jabatan yang membekalkan peralatan navigasi dan
teknikal diberi latihan atau kursus.
7. Berkaitan dengan elaun kompetensi WK 26 ke atas pegawai kanan yang
mempunyai COC.
8. Waran perjawatan bengkel dan pentadbiran ditambah.
26BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
27 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
BIL PERKARA
STESEN KEDAH
1. Meminta Jabatan menyemak dan mengkaji semula perjawatan Marin dengan
adanya pertambahan bot-bot baru serta menwujudkan jawatan WK28 Marin.
2. Sentiasa kemaskini kursus-kursus kompentensi selaras dengan kehendak Jabatan
Laut ,masih ada lagi anggota Marin yang belum memiliki sijil kompentansi.
STESEN SARAWAK
1. Perjawatan yang tidak di isi oleh 7 stesen yang mempunyai anggota yang sangat
minimum dan menyukarkan untuk melakukan rondaan terutama Stesen Lawas yang
hanya mempunyai 2 anggota.
STESEN PERAK
1. Mohon bot RHIB hitam yang tiada bumbung tu lebih efisyen untuk keje strike di laut.
minima tiga enjin.
2. Program/ kejohanan sukan seperti yang telah dijalankan di Johor pada tahun 2019.
3. Permohonan kursus BT diadakan dengan lebih banyak dan kerap bagi menampung
pertambahan anggota yang baharu.
STESEN SG PULAI
1. Kenderaan pengangkut minyak telah uzur dan hanya ada 1 sahaja. Bila rosak
bekalan minyak tiada dan rondaan tidak dapat dijalankan
.
2. Cadangan untuk buat bekalan minyak secara kontrak.
STESEN SG RENGIT
1. Buat satu tanda nama bagi membezakan anggota navigasi dan teknikal.
2. Permohonan persediaan tempat kerja, anggota dan bot di stesen Sg Rengit.Tempat
letak bot sempit dan kekurangan anggota. Hanya 5 orang anggota sahaja sukar
untuk buat jadual awasan dan ronda.
28BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
BOT RONDA LAJU BAHARU PERKEMAS
KESIAPSIAGAAN UNIT MARIN KASTAM
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memperolehi sepuluh unit Bot
Ronda Laju jenis Fibre Reinforce Polymer (FRP) yang akan digunakan bagi mempertingkatkan
lagi peranan jabatan dalam mengekang aktiviti penyeludupan di samping bertindak untuk menjaga
sempadan perairan negara. Bot yang dibangunkan oleh MSET Inflatable Composit Corporation
Sdn. Bhd berkuasa 2x350hp bakal diagihkan diseluruh Malaysia yang dijadualkan siap
sepenuhnya hujung tahun 2021. Majlis Penyerahan dan Penerimaan Bot Ronda Laju ini telah
disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Abdul Latif bin Abdul Kadir,
bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, berlandaskan pelaksanaan Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan bagi mencegah penularan Pandemik
Covid-19. Melalui pemerkasaan Bot Ronda Laju ini, JKDM akan terus unggul dalam memainkan
peranan penting menjaga sempadan perairan negara. Di samping itu, JKDM juga sentiasa
bersedia untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain dalam sebarang
operasi bersepadu bagi mempertahan dan menjaga keselamatan perairan negara.
29 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
30BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
31 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
BERITA
NEGERI
32BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
33 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
BERITA NEGERI PERLIS
Pelancaran Operasi Patrura 1
(Ops Patru-Sektor Utara)
oleh : En Amer bin Abdul Rahman, PiKK(M)6817 JKDM Perlis
Pada 23/03/2021 Caw. OMKS Ibu Pejabat JKDM dengan kerjasama Caw. OMKS JKDM
Perlis telah berjaya menganjurkan satu Operasi Laut untuk sektor Utara yang di kenali
sebagai Ops Patrura siri 1/2021. Operasi ini telah dijalankan di Perairan Kuala Perlis. Ops
Patrura siri 1 ini turut melibatkan bot-bot ronda dari pasukan PMK Pulau Langkawi, Kedah,
PMK Weld Quey Pulau Pinang dan PMK Kampong Acheh, Perak. Ops ini bermula dari
23/03/2021 hingga 30/03/2021. Majlis Perasmiaan Ops Patrura 1 ini telah dirasmikan oleh
Ketua Pengarah Kastam Dato’ Sri Abdul Latif Bin Abdul Kadir. Turut hadir dimajlis tersebut
ialah Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Dato’ Abdul Wahabi bin
Abdullah, Pengarah Kastam Negeri Perlis, Pengarah Kastam Negeri Kedah, Pengarah
Kastam Negeri Pulau Pinang dan Pengarah Kastam Negeri Perak.
34BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
35 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
BERITA NEGERI P. PINANG
Aktiviti-aktiviti kebajikan PPKMM Pulau Pinang
oleh : En Mohd Zaki bin Awang Kechil, PiKK (M) 6886 JKDM P. Pinang
Sumbangan daripada pihak PPKMM Caw P.Pinang Terkesan dengan wabak Covid 19 sejak tahun
kepada ahlinya yang melakukan pembedahan jantung 2020?. Rak food bank telah disediakan di ruang
dan ahlinya yang kematian ahli keluarga lobi Kompleks Kastam Seberang Jaya.
Pengerusi dan Setiausaha mewakili pihak Persatuan Pegawai Kastam Marin Pulau Pinang
dalam Mesyuarat MBJ bersama pihak pengurusan JKDM Pulau Pinang.
Menziarahi anak kepada En.Rashidi bin Ahmad AMKT P.Pinang serta menyampaikan sumbangan
kepada beliau yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada bulan Mac 2021. BULETIN PEMACU BIL 14 36
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Tinggal Kenangan, hari terakhir proses perpindahan pejabat dan warga kerja, Wisma Kastam Gat Lebuh
China ke Kompleks Kastam Seberang Jaya. Warga Kastam Marin turut terlibat dalam menjayakan majlis
serta membantu proses pemindahan.
Sumbangan kuih raya daripada Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia kepada anggota yang bertugas
pada hari raya Aidilfitri Tahun 2021
37 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Sebahagian daripada pegawai yang terlibat dalam suntikan vaksin dalam bulan April 2021 di Pusat
Kesihatan Seberang Jaya.
Operasi Sangkar siri 1/2021 telah berjaya dilaksanakan 38BULETIN PEMACU BIL 14
di sekitar Perairan Pulau Pinang bagi meningkatkan
kadar perolehan kes laut terutamanya bagi Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
penyeludupan PATI, rokok dan minuman keras, serta
dadah khususnya di sangkar-sangkar ikan serta
kawasan-kawasan hotspot. Ops ini telah dilaksanakan
pada bulan Jun 2021 dalam tempoh 16 hari telah
berjaya menghasilkan 2 kes laut iaitu PATI dan
Bungkering. Aset yang terlibat dalam operasi ini adalah:
1. Penumpas 051
2. Penumpas 064
3. Penumpas 065
4. Pemintas KG 115
Tahniah dan syabas Kepada Pegawai Memerintah Tn.
Sahiful Helmy bin Rozali serta anggota yang terlibat
secara lansung dan tidak langsung bagi menjayakan
operasi ini.
BERITA NEGERI PERAK
Aktiviti-aktiviti anjuran PPKMM Perak
oleh : En Kamaruisah bin Md Yusof PiKT (M) 6416 JKDM Perak
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia caw Perak telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada
05/05/2021
Pasukan Marin Kastam Lumut menyertai Ops Dindings pada 22/07/2021 hingga 29/07/2021
39 BULETIN PEMACU BIL 14
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia
Pasukan Marin Kastam Lumut menyertai Ops Dindings pada 22/07/2021 hingga 29/07/2021
BULETIN PEMACU BIL 14 40
Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia