TENG-TENG: PERMAINAN
TRADISIONAL MALAYSIA
Amylda binti Mohamed Ambia Putra - 2 Jaya
PENGENALAN
Teng-teng atau juga dikenali sebagai
Ketinting ialah satu permainan
tradisional di Malaysia yang sering
dimainkan oleh kanak-kanak.
Permainan ini lebih gemar dimainkan
oleh kanak-kanak perempuan kerana ia
tidak lasak dan tidak menggunakan
tenaga yang banyak.
- Di kampung-kampung, gelanggang dibuat
dengan menggoreskan garisan di atas tanah
sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan
kanak-kanak yang berada di kawasan taman
perumahan atau di kawasan pekan yang tiada
halaman bertanah. Mereka akan menggunakan
kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat
dilukiskan di atas jalan bertar.
- Teng teng dimainkan oleh sekumpulan
kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang
setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan
jumlah pemain bagi setiap gelanggang.
- Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam
satu gelanggang, ianya akan mendatangkan
kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng
teng.
GELANGGANG DAN GUNDU
Gelanggang
- Gelanggang teng teng hanya dilukiskan
petak-petak di atas tanah sahaja.
- - Terdapat sembilan petak-petak kosong
bagi satu gelanggang.
Gundu
- Gundu atau buah ialah objek berbentuk
leper sebesar separuh tapak tangan yang
diperbuat daripada apa sahaja, seperti
pecahan pinggan, kepingan besi atau
batu yang leper.
- Gundu ini adalah sebagai tanda bagi
para pemain untuk menggerakkan
kedudukan mereka di petak-petak
gelanggang.
MEMBINA RUMAH
Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak
semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara
membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang
kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah
ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah
jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap
pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak
rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak
dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
CARA BERMAIN
- Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan
pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai
li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua,
ketiga dan seterusnya.
- Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu
ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu
juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan
seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak
masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia dianggap mati
dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.
- Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan
sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki.
Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana
gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat
terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga
dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan
ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
- Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya
di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan
kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu
pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya
sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak
pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan
penamat.
- Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu
berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak
lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya
mengambil alih permainan.
CARA MENENTUKAN PEMENANG DAN PEMATI
Pemenang Pemati
Pemenang adalah pemain Pemain dikira mati sekiranya buah
yang memperoleh rumah dilontar atau terkena pada
gariasan petal. Pemain juga
terbanyak.
dianggap mati apabila memijak
dua belah kaki serentak ke dalam
sayap.
TERIMA KASIH
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by
Flaticon, and infographics & images by Freepik