Tahniah!!!
Slide lengkapdan telahdimurnikan
Teruskanusaha andasemua
Untuk kecemerlanganpada masa akandating..
STANDARD KANDUNGAN
• Melakukan kemahiran asas sepak takraw dengan
lakukan yang betul
• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan
prinsip mekanik dalam kemahiran sepak takraw
• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan
keselamatan
• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan
semasa melakukan aktiviti fizikal.
Pengenalan Permainan Sepak Takraw
• Sepak Takraw dimainkan oleh tiga orang atau regu dua kumpulan
• Permainan ini ialah permainan kategori jaringan.
• Mulanya, permainan ini dikenali sebagai sepak raga bulatan
• Sepak Takraw melibatkan pelbagai kemahiran servis
• Kini, permainan ini telah mengalami pelbagai perubahan dari segi peraturan
permaianan.
• Permainan ini juga boleh dimainkan oleh golongan wanita.
Sejarah Permainan Sepak Takraw
❖Sepak takraw tidak mempunyai rekod bertulis bagi membuktikan permulaan
❖Sepak takraw hanya dimainkan di Asia tenggara dan bermain menggunakan bola
rotan.
❖ Bola dikatakan sepak raga berasal di dari Negara Malaysia.
❖Peraturan yang diperkenalkan ialah sepak raga dimainkan dalam satu gelanggang yang
direntang dengan jaring.
❖Permainan sepak raga jaring juga dimainkan di beberapa negara di Asia. Permainan ini
dikenali sebagai “takraw” di negara Thailand.
❖Pada tahun 1965, buat pertama kalinya sepak raga jaring diterima sebagai acara
Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur.
❖ Pertukaran nama sepak raga kepada sepak takraw dengan sendirinya telah
menukarkan nama persatuan samada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
❖PSRM telah menjadi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).
❖Pada 25 hingga 28 Jun 1980 pula, telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw Asia
Pertama di Kuala Lumpur.
❖Sukan ini merupakan gabungan antara sukan bola tampar dan bola sepak dan
sangat popular di Thailand, Kemboja, Malaysia, Laos, Filipina, dan Indonesia.
Gelanggang bermain Sepak Takraw
Peralatan untuk Bermain Sepak Takraw
Bola sintetik Kasut Bola rotan
Jaring
Kemahiran Melakukan Servis Sepak Sila
• Bola mesti diservis oleh tekong ke dalam petak gelanggang lawan.
• Terdapat dua jenis servis dalam permainan servis sepak sila dan sepak kuda.
• Perbezaan antara kedua-dua jenis ini adalah dari segi bahagian kaki yang
digunakan semasa melakukan servis.
• Servis sepak sila menggunakan bahagian dalam kaki sementara servis sepak
kuda menggunakan bahagian kekudakaki.
Teknik lakuan
Latih Tubi Servis Sepak Sila
1.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertiga.
2.Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi permainan
sebenar.
3.Kumpulan yang melakukan servis sepak sila yang melepasi jaring
ke gelanggang kumpulan lawan akan diberi satu mata.
4.Tukar giliran murid untuk melakukan servis.
5.Kumpulan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira
pemegang
Kemahiran Peringatan/Langkah keselamatan
1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum
memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan
selepas menamatkan setiap aktiviti
2.Pastikan kawasan permainan selamat
Kemahiran Servis Sepak Kuda
• Memberikan dengan aksi plantar fleksi kaki dan
bahagian kekura ketika fasa kontak bola-kaki
•Bahagian anatomi kaki tersebut memberi permukaan kontak
yang lebih luas berbanding permukaan kontak servis sepak sila
•Secara teknikal,mekanik servis sepak kuda memberi kelebihan
respons dalam aspek-aspek kestabilan kontak bola-kaki dan
halaju bola pascakontak
Servis Sepak Kuda
Latih Tubi Servis Sepak Kuda
1.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
bertiga
2.Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi permainan
sebenar
3.Kumpulan yang melakukan servis kuda dan melepasi jaring
ke gelanggang kumpulan lawan akan diberi satu mata.
4.Tukar giliran murid-murid untuk melakukan servis.
5.Kumpulam yang berjaya mendapat masa terbanyak dikira
pemegang
Langkah keselamatan Servis Sepak Kuda
1. Lakukan senaman memanaskan badan sebelum
memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan
selepas menamatkan setiap aktiviti.
2.Pastikan kawasan permainan selamat.
Kemahiran Penerangan Tiga Lawan Kaki
•Terdapat tiga kemahiran menerima servis:
-menggunakan bahagian kaki
-menggunakan paha
-menggunakan kepala
•Bahagian anggota badan yang digunakan bergantung
kepada ketinggian kedudukan bola yang diterima
Menerima servis menggunakan kaki
Menerima servis menggunakan paha
Menerima servis menggunakan kepala
Cara Bermain Tiga Lawan Tiga
1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil bertiga.
2. Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi permainan
sebenar.
3. Kumpulan yang Berjaya menerima servis bola dengan kaki,
kepala atau paha akan menerima satu mata.
4. Kumpulan yang Berjaya mendapat mata terbanyak dikira
sebagai pemenang.
Langkah Keselamatan Tiga Lawan Tiga
• Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan
setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan
setiap aktiviti .
• Pastikan kawasan permainan selamat.
Kemahiran Menimang Bijak Kawal
• Digunakan apabila pemain menerima servis yang dilakukan oleh tekong
kumpulan penyerang.
• Kemahiran ini dilakukan dengan menggunakan kaki, paha atau kepala .
• Pemilihan anggota badan yang digunakan untuk menimang bola
bergantung kepada kedudukan hantaran bola .
• Kepala digunakan sekiranya kedudukan hantaran bola yang tinggi . Paha
atau kaki digunakan untuk menimang kedudukan yang rendah .
• Pemain boleh menggunakan bahagian dalam kaki atau kekura kaki
untuk menimang bola .
Gambar Teknik Lakuan
• Menimang bola
menggunakan paha .
Gambar Teknik Lakuan
• Menimang bola
menggunakan
bahagian dalam
kaki .
Cara bermain
• 1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan berempat. Buat satu bulatan.
• 2. Gunakan sepak sila untuk menimang dan mengumpan bola. Murid 1 membaling
bola kepada murid 2 untuk memulakanpermainan.
• 3. Permainan dijalankan sebanyak tiga pusingan selama 5 minit bagi setiap pusingan.
• 4. Setiap sentuhan mendapat satu mata.
• 5. Jika bola jatuh ke tanah, murid boleh memulakan kembali menimang bola jika
tempoh lima miinit belum tamat
• 6. Kumpulan yang mengumpul mata paling banyak ialah pemenang.
Serang Tepat
KEMAHIRAN MENYERANG:
1. Stratergi menyerang dalam sepak takraw melibatkan kemahiran menimang,
mengumpan, melibas dan menanduk.
2. Servis yang diterima akan ditimang dan diumpan menggunakan kemahiran
sepak sila, seterusnya akan dilibas menggunakan kaki.
3. Pelbagai jenis Teknik melibas boleh dilakukan seperti libas gunnting, libas
sisi dan libas menapak.
Cara bermain serang tepat
• 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertiga
• 2. Murid 1 menimang bola dan menghantar kepada murid 2
• 3. Murid 2 mengumpan kepada murid 3
• 4. Murid 3 akan menyerang dengan menggunakan kemahiran melibas ke arah petak
markah pihak lawan dalam situasi permainan
• 5. Mata dikumpul mengikut bola yang jatuh pda patah markah
• 6. Kumpulan yang mandapat mata tertinggi dikira pemenang
Kemahiran serangan menanduk
• Digunakan sebagai strategi menyerang dalam permain sepak takraw
• Pemain perlu menguasai kemahiran menanduk untuk memastikan bola jatuh
ke dalam gelangang lawan
Serangan menanduk
Cara bermain serangan menanduk
• Murid-murid dibahagi kepada kumpulan ketiga
• Setiap pasukan boleh membuat tiga sentuhan
• Sentuhan ketiga peru melepasi jaring kepada pihak lawan dengan melakukan kemahiran
menanduk sahaja
• Pemain boleh menggunakan semua kemahiran asas sepak takraw yang dipelajari
• Mata dikira apabila pasukan dapat mematikan bola ke gelangang lawan dengan kema
hiran menanduk
• Kumpulan yang mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang
Kemahiran Bertahan
• Mengadangbola ialah kemahiran yang digunakan bagi memastikan
libasan yang dibuat oleh pihak lain.
• Mengadang bola boleh dilakukan dengan menggunakan kaki atau badan.
• Pastikan adangan kaki yang digunakan tepat mengadang bola yang direjam.
• Pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan.
Gambar Jom Bertahan
Cara bermain jom bertahan
• 1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertiga.
• 2. Kedua-dua kumpulan akan bermain sepak takraw.
• 3. Kumpulan yang melakukan adangan bola dengan kaki atau
badan akan mendapat satu mata.
• 4. Kumpulan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira
sebagai pemenang.
Disemak dan dimurnikan oleh :
CgHaini (Guru PjPK 2B)