The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU HAINI POM POM, 2020-12-14 07:42:56

RAGBI SENTUH

RAGBI SENTUH













Ahli Kumpulan:
Lee Jin Yi
Kok Cern Hann

Diong Qiao Jing Disemak oleh
Pn Haini
Darren Bong Guru PJPK 2B (2020)
Kerk Hong Qing
Kyra Qistina Chong

KANDUNGAN










2 Kandungan

3 Pengenalan – Apa itu Ragbi Sentuh

4 Jumalah pemain

5 Tempoh permainan

6 Ukuran padang ragbi sentuh

7 Alat peralatan utama

8 Permulaan permainan

9 Kaedah penilaian

10 Penaliti

11 – 15 Lateral pass

16 – 19 Try and Touch

20 – 21 Prinsip umum permainan

22 Pengadil

23 - 28 Peraturan

29 – 36 Kecederaan dalam ragbi sentuh

37 – 38 Rawatan awal

PENGENALAN - APA ITU RAGBI SENTUH










 Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana ia
digunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby.



 Anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermain dengan beberapa orang rakan.

Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dan tidak
berbahaya.



 Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau mudadan
lelaki mahupun perempuan.



 Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asas
larian(running), pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberi

sokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asas serangan(attack) dan
pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera kerana permainan ini memang tidak

berbahaya.

JUMLAH PEMAIN















 Pasukan boleh terdiri daripada maksimum

pemain sehingga 14 pemain, iaitu 6
pemaindi atas padang pada satu-satu

masa.




Pemain-pemain Ragbi Sentuh Malaysia
 Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri

daripada 8 hingga 10 orang pemain untuk
penglibatan maksimum dan aktiviti kepada

setiap pemain.

TEMPOH PERMAINAN





















 Tempoh permainan boleh divariasikan supaya

sesuai dengan keadaan tempatan.






 Tapi sebagai panduan cuba 2 x 10 minit

UKURAN PADANG RAGBI SENTUH

ALAT PERALATAN UTAMA















Alat peralatan




utama








Kasut Body

Bola ragbi Boots

ragbi armor

PERMULAAN PERMAINAN













setelah disentuh jika sentuhan dianggap terlalu kuat
pasukan yang memenangi balingan syling hukuman /penalti akan diberikan kepada

akan memilih kawasan padang atau sebanyak 6 kali pihak yang melakukan sentuhan.pasukan

pasukan mana yang akan memulakan bola perlu
permainan dengan “tab” dari tengah diserahkan ke yang mendapat hukuman perlu kembali
10 meter ke berlakang untuk
kawasan padang . pihak lawan yang
bertahan meneruskan permainan.














“DUMMY HALF” boleh
jika disentuh ketika membawa
bola,bola akan diserahkan kepada membawa bola tetapi tidak
dibenarkan untuk
pasukan yang bertahan dan disentuh ketika membawa

dimulakan dengan”rollball”
bola.

KAEDAH PENILAIAN













 Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di


tanah selepas garisan skor pihak lawan.Satu skor bernilai 5

mata.Orang yang mengambil peranan “DUMMY HALF”(orang yang

menerima bola dari pihaklawan untuk memulakan permainan) boleh


melepasi garisan skor pihak lawan,tetapi tidak boleh skor.

PENALTI










 Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus


mundur 10 meter.Penalti diambil dengan menempatkan bola


di tanah,melepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki dan


mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.Setelah

skor dibuat oleh mana-mana pasukan,permainan akan


dimulakan semula dengan “tab” di tengah padang oleh


pasukan non-scoring.

LATERAL PASS -



PENGENALAN







 Menggunakan dua


kemahiran
Kemahiran





Menghantar





Dua kemahiran




Kemahiran




Menangkap

LATERAL PASS -



KEMAHIRAN MENGHANTAR








 Bertujuan agar bola mudah diterima oleh rakan sepasukan dalam
keadaan yang sempurna dan boleh dilakukan secara berterusan.



 Hantaran yang betul ialah hantaran ke arah sisi atau ke belakang sahaja.



 Hantaran bola ke hadapan adalah salah.



 Pemain berpeluang menghantar bola ke ruang kosong supaya rakan

sepasukan dapat menangkap bola dengan kemas.

LATERAL PASS -



KEMAHIRAN MENANGKAP








 Pemain perlu menguasai kemahiran menangkap dalam pelbagai situasi
permainan.



 Tangkapan bola yang baik dapat melancarkan pergerakan dan memudahkan

strategi pasukan dilaksanakan.



 Pemain perlu bijak membuat keputusan untuk membantu rakan sepasukan.



 Pemain hendaklah menumpukan perhatian kepada rakan sepasukan di

samping mencari ruang untuk membebaskan diri daripada pihak lawan

supaya bola hantaran dapat ditangkap dengan baik.

LATERAL PASS -



CARA BERMAIN








 murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertiga.


 murid menggunakan kemahiran menghantar dan menangkap bola.



 murid membuat hantaran ke belakang.



 murid yang menangkap bola perlu melepasi pihak lawan tanpa disentuh

dan membawa bola ke garisan gol pihak lawan untuk melakukan try.


 setiap try diberi lima mata.



 jika disentuh atau bola yang dikawal terjatuh, kupulan akan bertukar

peranan.



 kumpulan yang melakukan try terbanyak dikira pemenang

LATERAL PASS -



PERINGATAN








 lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti
dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.








 pastikan kawasan permainan selamat.

TRY AND TOUCH -



PENGENALAN








 Try ialah lakuan dalam permainan ragbi untuk mendapatkan mata.


 Apabila try berjaya dilakukan, lima mata akan diberikan kepada kumpulan yang

membawa bola melepasi pertahanan lawan dan meletakkan bola ke kawasan in-
goal pihak lawan dengan tangan.



 Try boleh dilakukan secara:


→ Bounce try: sisi badan dijatuhkan bersama bola dan touch down ke kawasan in-

goal.



→ Dive: melompat ke hadapan bersama bola dan touch down dalam kawasan in-
goal.



→ Touch down: membawa bola ke kawasan score line dengan membengkokkan
lutut dan merendahkan badan dan gunakan kedua-dua tangan bagi menyentuh

bola ke kawasan in-goal

TRY AND TOUCH -



KEMAHIRAN MENGACAH








 Menggunakan satu kemahiran, iaitu kemahiran mengacah.


 bertujuan mengelakkan diri dan menembusi benteng pasukan lawan yang

paling hampir.



 Pemain yang melakukan kemahiran mengacah perlu menukar arah

pergerakan apabila menghampiri pemain lawan dengan menggunakan

pergerakan badan dan menukar langkah.



 Pergerakan ini dilakukan bagi mengelirukan pemain lawan.


 Pemain perlu bergerak ke arah ruang yang jauh daripada pihak lawan

sambil meningkatkan kelajuan bagi mendapatkan kelebihan ruang untuk

melakukan try.

TRY AND TOUCH -



CARA BERMAIN


















Permainan dijalankan
Murid-murid dibahagikan dengan mengaplikasikan Kumpulan yang berjaya

kepada dua kumpulan kemahiran yang telah mendapat skor

bertiga. terbanyak dikira sebagai
dipelajari. pemenang.

TRY AND TOUCH -



PERINGATAN
















Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan

setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan


setiap aktiviti.
Peringatan




Pastikan kawasan permainan selamat.

PRINSIP UMUM PERMAINAN











→ Maju:
Ketika menyerang: Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih

daripada pasukan bertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu

membawa bola menghampiri garisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal
yang dicipta oleh pasukan menyerang akan menambah lagi peluang untuk

bergerak ke hadapan dan seterusnya menghampiri garisan skor pihak bertahan.

Dalam pertahanan: Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk
memintas masa dan ruang pihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk

mengelakkan pasukan menyerang dari menghampiri dan menguasai kawasan skor.

PRINSIP UMUM PERMAINAN











→ Menyokong(support) pembawa bola pada setiap masa:
Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang

mempunyai pilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan.

Sokongan yang rapat juga bermaksud kawasan tanah sendiri tidak harus hilang

ketika membuat hantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan. Ingat,
hantaran langsung ke sisi dibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan.



→ Penukaran pemain sebanyak mungkin:
Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama ada

menang atau kalah. Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan anda

menyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain.




Apabila anda telah membuat skor(touch down), idea yang baik adalah dengan

menukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan.

PENGADIL











 Seperti di dalam permainan, peranan pengadil sangat penting untuk memastikan
bahawa peraturan-peraturan yang ditetapkan diikuti oleh pemain-pemain

supaya semua pemain berpuas hati.


 Siapapun boleh menjadi pengadil ragbi sentuh pada peringkat sosial dengan

menyediakan asas-asas peraturan yang mudah untuk difhami.



 Pengadil harus mampu mengendalikan permainan di padang
dengan tegas tapi mesra.



 Persatuan pengadil dan juga kelab-kelab ragbi di kawasan anda adalah tempat
yang terbaik untuk mendapatkan pengadil dan untuk mendapatkan rujukan dan

pendapat.

PERATURAN










 Peraturan telah ditetapkan oleh Federation of Interntional Touch (F.I.T) dan

akan digunakan, kecuali terdapat apa-apa perubahan


 Padang ragbi sentuh telah dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa


 Pasukan menyerang harus bermula dengan sekali “tab” di tengah-tengah padang


 Setelah mana-mana pasukan telah melalukan skor, permainan dan setelah gol
masing-masing



 Orang yang mengambil peranan sebagai “dummy half” boleh melebihi garisan
skor (try-line), tetapi tidak boleh lakukam skor.


 Jika “dummy half” disentuh ketika memegang bola, pasukan dummy half akan

hilang giliran. Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball”


 Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola antara 2
kakinya

PERATURAN











 Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6
sentuhan> Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh> 3-langkah atau.

3-saat adalah peraturan untuk ragbi rimau dan bukanlah untuk ragbi sentuh


 Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihak lawan.

Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball”



 Setelah menyentuh pemain menyerang yang memegang bola, semua ahli pasukan
bertahan harus mundur 10 meter dengan kadar yang segera



 Bola ke tanah(Ball to ground): Ketika bola jatuh di tanah, bola akan bertukar
tangan kepada pihak lawan



 Hilang giliran(turn over): Berlaku apabila pasukan menyerang hilang giliran

dengan sebarang sebab. Maka, bola perlu diberi kepada pasukan bertahan

PERATURAN










 Tidak ada kawalan (No control): Ketika bola dilemparkan (Forward pass),

dijatuhkan (dropped), mengetuk/jatuh (knock on), dalam sentuhan (in a
touch). “Rollball” kepada pasukan yang bertahan



 Ketika seseorang diberikan penalti/hukuman, seluruh ahli pasukannya

ketika itu harus mundur 10 meter ke belakang dengan kadar yang
segera. PENALTY/HUKUMAN: Bola di tanah, lepaskan bola, menyentuh

bola dengan kaki anda, angkat bola dan meneruskan permainan


 Jika para pemain bertahan tidak mundur, mereka telah melakukan

kesalahan offside. Maka Penalti/Hukuman diberikan


 Jika sentuhan dianggap terlalu kuat (Penalti/Hukuman akan diberikan)



 Offside: Terjadi apabila pemain bertahan tidak mundur 10 meter
(Penalti/Hukuman diberikan)

PERATURAN










 (Forward Pass) Terlaku ketika bola melepasi di depan pemain yang

membawa/memegang bola (Penalti/Hukuman diberikan)


 (Touch and Pass) Berlaku ketika pemain yang disentuh kemudian terus

membuat hantaran tanpa berhenti (Penalti/Hukuman boleh diberikan)


 Overstep or off the mark: Apabila pemain yang telah disentuh berjalan

meninggalkan tanda di mana mereka disentuh (Penalti/Hukuman boleh
diberikan)



 Voluntary Rollball atau tidak disentuh (no touch): Apabila pemain

tersebut tidak disentuh dan menggulingkan bola antara kaki mereka
(Penalti/Hukuman akan diberikan)



 Lebih dari satu meter: Bola tidak boleh digulingkan lebih dari satu
meter (Penalti/Hukuman akan diberikan)

PERATURAN











 Gembala atau obstruksi (Shepherd or obstruction): Menghalangkan
pihak lawan daripada menyentuh pemain yang memegang bola (Penalti


akan diberikan)


 Deviation: Ketika pemain bertahan membuat pertukaran arah sebelum

berundur 10 meter ke belakang (Penalti/Hukuman akan diberikan)



 Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil,

memukul, melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki

pihak lawan yang sedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat

sin-binned selama 5 minit tanpa penggantian



 Foul play of any nature (pengadil menjadi hakim tunggal) akan
mengeluarkan pemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti

PERATUTRAN











 Sepakan boleh dilakukan, tetapi sepakan tersebut perlulah ditangkap
semula oleh pemain yang menyepak bola tersebut. Jika bola jatuh ke


tanah sebelum berjaya ditangkap, pasukan bertahan akan memulakan
permainan dimana bola tersebut disepak dengan rollball atau dengan tab

di tempat bola tersebut jatuh



 Jika keputusan permainan adalah seri. Masa tambahan akan diberikan,

ketika itu setiap 2 minit seorang pemain akan dikeluarkan sehingga

tinggal 3 orang pemain sahaja di atas padang di mana permainan akan

diteruskan dengan 3 lawan 3

KECEDERAAN DALAM RAGBI SENTUH









 Di dalam permainan ragbi sentuh, keselamatan

adalah ciri-ciri penting yang perlu Headgear
dititikberatkan selain peraturan dan teknik - untuk

permainan. melindungi
kepala

 Sebelum memulakan permainan, seeloknya
peraturan permainan Ragbi perlulah dipelajari
untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik

yang salah semasa bermain di atas padang. Pelindungan
Pelindung badan semasa Pelindung
bahu dan
 Terdapat juga pelindung badan yang boleh gigi bermain dada

dipakai semasa bermain Ragbi. Ragbi









Pelindung
siku dan
lutut

KECEDERAAN DALAM RAGBI SENTUH











 Teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan
parah.



 Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian
dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada

tercedera.



 Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah
anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan

seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti

kecederaan serius patah bahu atau tangan.

JENIS KECEDERAAN















Jenis kecederaan yang

lazim berlaku dalam sukan

ini





Sendi terseliuh Patah – tulang jari
Koyak otot Kecederaan – buku lali dan dan tulang sendi terkeluar

hamstring muka dan kepala - bahu
bahu selangka

KOYAK OTOT HAMSTRING











 Regangan atau koyak pada gentian otot dan tisu sekeliling.


 Rawatan bergantung pada tahap keterukan bermula dari konservatif

sehinggalah pembedahan.



 Terdapat risiiko yang lebih tinggi bagi atlit untuk mendapat strain lagi

sekiranya atlit itu pernah berdepan dengan masalah ini.

KECEDERAAN MUKA DAN KEPALA











 Tahap keterukan selalunya lebih pada posisi pemain hadapan.


 Laserasi dan lebam pada mukaadalah biasa.



 Konkusi pada pemain juga lazim berlaku sehingga rawatan tentang

perkara ini telah dibincangkan di dalam Persidangan Konkusi di Zurich

tahun 2012.

SENDI TERSELIUH – BUKU LALI DAN BAHU











 Buku lali terseliuh adalah jenis kecederaan yang paling kerap berlaku
dalam mana-mana sukan.



 Ligamen lateral yang koyak adalah kecederaan yang tertinggi berlaku .



 Ini membawa risiko tinggi bagi mendapat lagi kecederaan ulanag yang

sama serta boleh mengakibatkan sendi buku lali yang tidak stabil.



 Sendi bahu yang terseliuh selalu berlaku pada sendi akromio-klavikular.


 Ini disebabkan oleh jatuh pada bahu ataupun dirempuh pihak lawan.

PATAH – TULANG JARI DAN TULANG SELANGKA










 Patah pada tulang jari berlaku apabila pemain cuba menangkap bola
tetapi pertembungan berlaku pada hujung jari.

SENDI TERKELUAR - BAHU











 Biasanya berlaku apabila jatuh dengan tangan yang terbuka keluar.
Keadaan ini memerlukan rawatan segera dari doktor.

RAWATAN AWAL











 Tunggu sebentar
→ Pemain harus menentukan samada kawasan yang tercedera itu sakit sedikit, sederhana

atau teruk. Adalah lebih baik jika menunggu sebentar untuk melihat perkembangan
kesakitan itu.



 Periksa kawasan cedera
→Selepas seketika, lihat jika terdapat ciri-ciri lain selain sakit seperti:

① Bengkak
② Perubahan warna kulit

③Tiada pergerakan sendi
④ Kebas atau rasa geli
⑤ Kawasan terlibat terasa panas apabila disentuh

Jika tiada ciri-ciri seperti di atas, cuba
gerakkan tempat tersebut dan sekiranya pemain masih berada di dalam padang, anda

boleh memapah mereka keluar.

RAWATAN AWAL











 R.I.C.E kawasan yang cedera

Langkah R.I.C.E digunakan untuk kecederaan akut. Walaubagaimanapun, ianya boleh juga
digunakan untuk kecederaan kronik atau serius sebelum pemain dikejarkan ke kemudahan

perubatan yang terdekat.
Langkah ini terdiri daripada empat bahagian:
1. Rest (Rehat) – terus menggunakan anggota badan

yang terlibat akan menerukkan keadaan. 2. Ice (Ais) – mengenakan ais atau
bahan sejuk akan mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan kawasan tersebut menjadi

lebih bengkak. 3.
Compression (tekanan) – semasa tidak mengenakan ais, pastikan tekanan diberikan
menggunakan pembalut yang tidak terlalu ketat.

4. Elevation (Angkat) – Angkat anggota badan tersebut dari
paras jantung. Ini akan mengurangkan bengkak. Letak beberapa bantal atau selimut yang

dilipat untuk tujuan ini.


Click to View FlipBook Version