The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Simple Green and Beige Vintage Illustration History Report Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairunnas.yunus, 2022-10-03 11:54:31

Simple Green and Beige Vintage Illustration History Report Presentation

Simple Green and Beige Vintage Illustration History Report Presentation

NAMA : MOHAMAD HAIRUNNAS
BIN MOHAMAD YUNUS
UNIT: BMMB1
ANGKA GILIRAN :
2022152310005
NAMA PENSYARAH : DR. ABDUL
KARIM BIN MANSOR

e-Portfolio
BMMB 1074

1.0 PENGENALAN

Sebad yang lalu, Bahasa Melayu melalui 3 peringkat perkembangan iaitu Bahasa
Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno
membangun maju pada zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga
abad ke ke-13. Pada era kini, kemajuan kerajaan tersebut dibuktikan apabila Bahasa
Melayu menjadi lingua franca dan bahasa dalam sistem pentadbiran.

Seterusnya, pada abad ke-14 hingga aband ke-19 menjadi permulaan untuk bahasa
Melayu Klasik. Pada zaman ini, Bahasa Arab mempengaruhi Bahasa Melayu kerana
tersebarnya ajaran Islam di seluruh Nusantara. Bahasa Melayu membangun maju
pada era kerajaan Melayu Melaka iaitu pada tahun 1403 sehingga tahun 1511.
Penemuan batu-batu bersurat menjadi bukti Bahasa Melayu digunakan.

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Bahasa
Melayu Moden berasaskan pembaharuan daripada Abdullah bin Abdul Kadir
atau Abdullah Munsyi. Beliau melakukan pembaharuan melalui penghasilan
karyanya. Melayu menjadi konsep yang meluas dan memerlukan masa yang
panjang untuk dirungkaikan.

Zuber Usman berpendapat bahawa Melayu berasala daripada perkataan
"Himalaya" dan seterusnya disingkatkan menjadi "Malaya". perkataan ini
seterusnya berkembang menjadi Melayu. "Hima" yang terdapat dalam
perkataan "Himalaya" membawa maksud salji manakala "alaya" bermaksud
tempat. Namun ada pengkaji yang mengatakan bahawa oerkataan Melayu
berasal daripada perkataan "Malaiyur-Pura". perkataan tersebut membawa
maksud kota malaiyur atau kota gunung. Dari situ perkataan malaiyur menjadi
malaiyu, malayu dan melayu. Asal usul perkataan Melayu masih lagi tidak
dapat disahkan dengan jelas oleh sejarawan, tetapi terdapat bukti yang cuba
dikaitkan dengan asal-usul Bahasa Melayu.

Tuntasnya, Bahasa Melayu melalui banyak perkembangan dengan banyak
peringkat dan fasa yang seterusnya diakhiri dengan Bahaa Melayu Moden.
Dalam tugasan ini, saya akan menerangkan dengan terperinci tentang
peringkat-peringkat yang dilalui oleh Bahasa Melayu.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN

SISTEM EJAAN RUMI

Sebelum kedatangan Islam, Tradisi Tulisan seperti Kawi, Batak,
Lampung dan Rencong agak membangun dan memakai lambang suku
kata dan lambang baris untuk menampakkan kelainan bunyi. Walau
bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi dikaji dengan terpeinci kerana
melibatkan masyarakat hari ini. Para sarjana Barat menjumpai potensi
pada Bahasa melayu lalu mereka menyusun perkataan-perkataan
Melayu menjadi bentuk yang lebih praktikal. Antonio Pigafetta dan
Ferdinand Magellan telah menyusun 426 kata Itali-Melayu. Para
pengembara juga mencuba untuk mentraslinterasikan ejaan Jawi ke
ejaan Rumi menggunakan perkataan-perkataan Latin dan menimbulkan
kerumitan apabila tidak mengetahui ejaan Jawi yang sebenar. hal
sedemikian berlarutan kerana pengkajian sistem ejaan mengelirukan
pengkajian bunyi.

Pada zaman penjajahan Portugis dan Inggeris, sistem ejaan rumi telah
disogokkan daripada masyarakatnya, tetapi penduduk pada era itu telah
mempunyai sistem ejaan Jawi yang lengkap. Sistem ejaan Bahasa Melayu
terus membangun dan melahirkan leksikografi yang berbentuk daftar kata,
glosari dan kamus Melayu asing. Van Ophusyen memperkenalkan aksara rumi
dalam alam Melayu. Beliau merupakan seoran pentadbir Belanda pada tahun
1901. Beberapa orang sarjana Eropah menggunkan huruf rumi dalam usaha
menulis Bahasa Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Mereka
mengkaji tatabahasa Melayu. Pakatan Belajar ialah usaha untuk menggalakkan
penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dan di sekolah.

Pengetahuan Bahasa (PBMPB) ditubuhkan di Melaka pada tahun 1888. Ia
diteruskan oleh Maktab Pergurusn Perempuan Melaka pada tahun 1900.
Usaha tersebut dipertimbangkan dengan menubuhkan Maktab perguruan
Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1922.

Sistem ejaan baharu yang dibuat MPSI ialah sistem ejaan sekolah atau dikenali
sistem ejaan Za'ba. Za'ba mengarang buku yang bertajuk (a) ilmu Bahasa
Melayu Penggal (1926) ( b) Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941) (c) Daftar
Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949). Za'ba kemudiannya menjelaskan sistem Ejaan
Sekolah dalam buku "Pedoman Bahasa Melayu, Penggal i, ii dan iii".
Seterusnya ia digunakan di negara ini sehingga ejaan baru diisytiharkan pada
tahun 1972.

Sistem Ejaan Sekolah menjadi tidak saintifik dan mengandungi beberapa
kelemahan kerana sistem ini hanya didasarkan kepada pengamatan umum dan
terdapat pengaruh huruf Arab ke huruf Rumi.

Setelah dua tahun menjalankan kajian iaitu pada tahun 1959, perundingan
diadakan dan perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu
dengan negara Republik Indonesia termaktub. Penubuhan Jawatankuasa
Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu di bawah kepimpinan Tuan Syed Nasir
bin Ismail dan Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah kepimpinan Dr.
Slametmuljaha, lalu terhasilnya Ejaan Malindo. Malang sekali usaha tersebut
terbantut kerana tercetusnya konfrantasi dan disambung semula pada tahun
1966.

Kolonel WahjuSukatijo memimpin deleglasi kebudayaan dari Indonesia pada
Disember 1966 dan mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta
mengesyorkan kerajaan agar Ejaan Malindo dilaksanakan. Begitu juga dengan
istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia diselaraskan. Sistem Ejaan
Malindo dikemukakan dengan menyediakan kertas kerja, namun sistem ejaan
tersebut perlu diperbaiki sebelum dilaksanakan di kedua-dua negara.

Seterusnya, beberapa jawatankuasa telah dilibatkan untuk menyusunatur
perundangan itu. Dato Hussain Onn merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
menandatangani satu kenyataan dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk melaksanakan ejaan baharu itu. Kedua-
dua negara itu mengisytiharkan sistem ejaan tersebut pada 16 Ogos 1972. DBP
menerbitkan sebuah risalah yang bertajuk "Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia" untuk kegunaan orang ramai. Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia
dibentuk untuk mengatasi masalah kecil yang timbul.

Pada Akhirnya, Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia dibentuk pada 29 Disember
1972. Keseluruhan masalah yang berkaitan sistem ejaan baharu itu
dibincangkan dalam persidangan-persidangan majlis tersebut. Majlis
Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonsia-Malaysia berjaya mengeluarkan
pedoman umum ejaan yang lengkap iaitui "Pedoman Umum Ejaan Bahasa
Malaysia" setelah melalui perbincangan sebanyak lima kali dan diterbitkan
pada 5 disember 1974.

2.1 PERANAN DEWAN
BAHA(SDABPD)ADNAPLUASMTAKA

MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai pustaka ialah
sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk
menggerak dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
adalah membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang
termasuk sains dan teknologi. Hanya perkataan- perkataan daripada Bahasa
Inggeris yang diguna pakai untuk membuat sesuatu penemuan atau
penciptaan yang baru dalam bidang perubatan. Pihak Dewan Bahasa dan
pustaka (DBP) memainkan peranan penting dalam memperkaya bahasa
kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu agar lebih banyak lagi perkataan dapat
dihasilkan dan digunakan dalam bidang-bidang yang kian membangun seperti
bidang sains dan teknologi.

Seterusnya, memajukan bakat kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan.
Menurut sumber yang diperoleh daripada Berita Harian, DBP menggiatkan
program dari masa ke masa untuk melahirkan dan memupuk penulis muda.
Tujuan pelaksanaan program ini untuk melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan
ini. DBP memakai cara penganugerahan bagi menggalakkan para sasterawan
menceburi bidang ini. DBP amat penting dalam penyusunan rancangan
memupuk bahasa sastera dengan baik. Contohnya, mencetak, menerbitkan,
membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan
lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.

Selain itu, DBP penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku,
risalah-risalah, kamus-kamus serta pelbagai bentuk bahan ilmiah. Hal ini
kerana, ia merupakan sebuah organisasi penerbitan terbesar yang ada di
Malaysia. Hal ini diperkatakan sebegitu kerana pihak DBP banyak mencetak
dan menerbitkan buku- buku untuk sekolah-sekolah seperti buku rujukan dan
buku teks. Ia menjadi sangat penting bagi murid-murid sekolah menengah dan

DBP bergerak aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa
Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Ini bermaksud tanggungjawab DBP penting
dan memberi kesan yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan
industri percetakan negara. Dato' Dr. Sulaiman Hj. Daud iaitu Menteri
Kehakiman Malaysia berkata DBP 20 tahun yang lalu berjaya menerbitkan
tidka kurang 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Dengan ini, DBP
menjadi medium penterjemahan karya-karya asing.

Oleh itu, ilmu luar dapat diadaptasikan dalam bahasa Melayu untuk
memperkayakan perbendaharaannya. Penglibatan para sarjana, pengkritik
dan pemantau bahasa diperlukan agar buku-buku terbitan DBP dapat
dianalisa agar orang ramai dapat menikmati dan memahami intipati buku-buku
yang diterbitkan oleh DBP.

Di samping itu, perlu membakukan ejaan dan sebutan dalam membentuk
istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan peringkat institut
pengajian tinggi (IPT) dijadikan sebagai pelaksanaan dasar baharu. Hal ini
supaya dapat menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP.
DBP menubuhkan Jawatankuasa Istilah (JKI) dengan kerjasama institusi
pengajian tinggi awam dengan tujuan mengumpul, membentuk dan menyebar
istilah Bahasa Melayu dalam bidang sains dan sains gunaan.

Dari sudut lain, DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang
betul. Majoriti rakyat di negara ini menggunakan bahasa rojak dalam
percakapan mereka seharian. Contoh yang paling ketara sekali adalah mereka
menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa seharian. Risalah-risalah dan
notis-notis juga tidak menggunakan konteks Bahasa Melayu dengan betul.
Oleh itu, DBP perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-
masalah yang berleluasa.

DBP harus menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan sejak di bangku
sekolah lagi agar ia dapat digunakan secara meluas. Dalam usaha
memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan, DBP membuat banyak
program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,
pemupukan, penataran, perkhidmatan dan penyebaran. DBP memainkan
peranan yang amat penting iaitu menuju ke arah kemasyarakatan secara
meluas pengguaan Bahasa Melayu.

Kita hendaklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang
cekap dan berkesan dalam semua bidang. Bidang tersebut ialah bidang
pentadbiran negara, bidang pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju.
Tetapi jangan kita lupa bahawa suatu masa dahulu Bahasa Melayu pernah
menjadi lingua franca yang digunakan oleh pedagang, golongan agama dan
golongan pemodal di nusantara. Pada masa kini, Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan sebagainya.

2.2 CABARAN
SISTEM EJAAN
RUMI PADA MASA

KINI

Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara
dibuktikan oleh sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu.
Namun, pada zaman ini kebanggaan terhadap bahasa Melayu semakin semakin
hilang dalam pelbagai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi hari demi hari.
Berikut adalah ringkasa cabaran dan isu yang dihadapi bahasa Melayu pada
masa kini.

Antara cabaran dan isu yang dihadapi ialah munculnya pesaing iaitu bahasa
Inggeris di negara kita sendiri. Ridzuan Kamis (2012) dalam kenyataannya
menyokong bahawa penggunaan bahasa Melayu semakin meningkat dari
tahun ke tahun namun masih lagi tidak boleh dianggap sebagai kuasa bahasa
utama kerana terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris atau erti kata lain
dinafikan hak.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa pengaruh penggunaan bahasa Inggeris
sangat sukar ditepis. kita juga terpaksa menerima kerana bahasa tersebut
merupakan bahasa ilmu dan komunikasi sejak berzaman lamanya. Bahasa
Melayu juga mempunyai kata pinjaman yang diambil daripada bahasa Inggeris.
Antara contoh perkataan ialah catalog (catalog), number (nombor), activity
(aktiviti) dan message (mesej). Hal ini sangat mengecewakan penggunaan
bahasa Melayu semakin berkurang pada masa kini.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh DBP untuk menggalakkan penggunaan
Bahasa Melayu ialah memastikan setiap urusan rasmi negara menggunakan
bahsa Melayu secara sepenuhnya. Selain itu, menguatkuasakan bahasa
Melayu dalam penyiaran dan pengiklanan di dalam negara kita.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa bahasa Melayu telah
melalui banyak perubahan sehingga ke era kini. Pembahagian peringkat
semasa perunahan tersebut ialah Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik
dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Moden banyak dipengaruhi oleh
bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu Klasik wujud selepas Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Klasik wujud selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Ejaan,
penulisan, gaya dan bahasa pada Bahasa Melayu Klasik dipengaruhi oleh
Bahasa Arab.

RUJUKAN

Ahmad Kamal (n.d). KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA
KINI https://www.academia.edu/13588718/KEDUDUKAN_BAHASA
_MELAYU_DALAM_NEGARA_MASA_KINI



Aram.(2013).Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayuhttp://bujangetg.blogspot.com/2013/10/sejarah-perkembangan-
sistem-ejaan-rumi.html

Izzah Zah.(2013).Sejarah Dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-
sistem-ejaan-rumi-b

Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu (2021, November 12). Wikipedia,
ensiklopedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Kongres_Bahasa

Muhammad Al Afzan.(2018).Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam

Memartabatkan Bahasa Melayu

https://cikquafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-

pustaka.html

Muhammad Ariff Ahmad.(1984).Ejaan Rumi Bahasa Melayu. 43-67
https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/-/media/mlc/documents/penerbi
tan_ejaan-r

Muhammad Balehuddin Aman .(n.d). Binopsis sistem ejaan Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka. http://klikweb.dbp.my/?p=6003

Lampiran 1

LAMPIRAN 2


Click to View FlipBook Version