PAKAIAN TRADISIONAL
PEREMPUAN KAUM-
KAUM DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH : CHONG XUEN JIUN
Isi Kandungan
01 Pakaian Tradisional Orang Cina
~ Ceongsam
02 Pakaian Tradisional Orang Melayu
~ Baju Kurung
03 Pakaian Tradisional Orang Iban
~ Ngepan
Pakaian Tradisional Orang Cina -- Cheongsam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai
pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan
semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh
wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai
pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju
tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong
sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam
dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China
pada tahun 1911.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke
paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja
tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam
dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
Pakaian Tradisional Orang Melayu -- Baju Kurung
Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju
Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju
Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai
Baju Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia, Brunei,
Singapura, Thailand dan Indonesia. Terdapat dua jenis baju kurung
iaitu Baju Kurung Teluk Belanga Johor dan Baju Kurung Cekak
Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat
tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri
majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia,
secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai
pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah
dan menengah. Baju kurung Melayu cantik bergaya.
Pakaian Tradisional Orang Iban -- Ngepan
Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada
tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang
merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang
dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi
berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga
memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain
selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi
oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
Sekian, terima kasih!