ISU DAN
CABARAN
BAHASA
MELAYU DI
MALAYSIA DAN
PERINGKAT
ANTARABANGSA
NAMA : FATHIN SUMAYYA
H BINTI MOHD HUSAIN
OPSYEN : BAHASA MELAYU (SK)
KELAS : BAHASA MELAYU 5
SUBJEK : BMM 1074 (SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Isu dan Cabaran Bahasa
Melayu di Malaysia
Pada masa ini, bahasa Melayu menghadapi cabaran
yang sengit terutamanya dalam abad ke-21.Pada
dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
perlembagaan negara iaitu Perkara 152 yang menyatakan
bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Namun,
Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah amat
terbuka dan hal ini menyebabkan status dan kedudukan
bahasa di negara ini ditafsir secara berbeza . Tambahan
pula, terdapat segelintir pihak yang cuba
memperjuangkan bahasa selain bahasa kebangsaan
dalam sistem pendidikan dengan hanya mengambil kira
pengecualian di fasal 152 (1)(a) dan 152 (1)(b) yang tidak
melarang sesiapa untuk menggunakan atau mengajar
bahasa lain dan hak kerajaan Persekutuan dan hak
kerajaan negeri bagi meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa lain.
Dalam menghadapi cabaran ini, kerajaan berperanan
penting untuk memartabatkan bahasa kebangsaan melalui
pengukuhan dasar yang telah digubal. Dasar dan polisi
harus dilaksanakan dengan lebih tegas dalam memastikan
bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan oleh seluruh
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
bahasa serta lapisan masyarakat. Zainal Kling (2010)
menyatakan bahawa sebagai seorang warganegara, setiap
individu perlu memartabatkan bahasa kebangsaan
walaupun mereka mempunyai budaya tersendiri
berasaskan identiti etnik masing-masing. Hal ini demikian
kerana semua rakyat terikat oleh sistem kenegaraan yang
menjadi wadah kepada kewarganegaraan atau kerakyatan
mereka.
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM
PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan satu alat yang berpengaruh
dan berkesan dalan perkembangan bahasa Melayu di
negara ini.Usaha memperkukuh kedudukan bahasa
Melayu dalam bidang pendidikan dilaksanakan melalui
beberapa dasar dan program seperti Dasar Bahasa
Kebangsaan, dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
DASAR BAHASA
KEBANGSAAN
Dasar Bahasa Kebangsaan ditubuhkan pada 1970-an
bagi menyokong matlamat pembangunan negara yang
meletakkan perpaduan sebagai jaminan kejayaan.
Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa
Melayu secara rasminya diisytiharkan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Dasar Bahasa
Kebangsaan merupakan dasar yang berkait rapat dengan
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa
Kebangsaan di mana fokus utama dasar-dasar ini adalah
untuk untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan.
Dasar ini digubal selaras dengan kedudukan Bahasa
Melayu yang menjadi bahasa rasmi dalam Perlembagaan
Persekutuan.Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagai mana
yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh
Parlimen. Bahasa Melayu mesti digunakan dalam segala
urusan rasmi kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan
mahu pun negeri dan bahasa Inggeris hanya digunakan
dalam situasi tertentu.
Penggubalan dasar ini juga adalah kerana
Bahasa Melayu dilihat semakin terpinggir pada
hari ini. Fenomena globalisasi dan perebutan
peluang ekonomi di persada antarabangsa telah
menjadikan kedudukan bahasa Inggeris semakin
kukuh. Bahasa Inggeris dikatakan sebagai
"bahasa kemajuan" iaitu untuk mencapai
kemajuan ekonomi serta sains dan teknologi,
bahasa Inggeris perlu dikuasai manakala Bahasa
Melayu dianggap sebagai "bahasa rasmi" dan
"bahasa perpaduan". Melihatkan fenomena ini,
maka wajarlah Dasar Bahasa Kebangsaan digubal
agar kedudukan dan keistimewaan Bahasa
Melayu dikekalkan di negara ini.
Objektif Dasar
Bahasa Kebangsaan
01
Membentuk
perpaduan rakyat
Malaysia
Memartabatkan
02
bahasa
kebangsaan kita
03 Menjadikan bahasa
Melayu sebagai
lambang identiti
rakyat Malaysia.
dasar memartabatkan bahasa melayu dan
memperkukuh bahasa inggeris
Dasar MBMMBI ialah dasar kementerian Pelajaran
Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta
memastikan murid boleh menguasai bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan
betul.Dasar MBMMBI ini dilaksanakan kerana
pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bhasa Inggeris (PPSMI) secara
bangkit semula.
Tujuan utama memarta
batkan bahasa Melayu
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang
menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan
bahasa ilmu.Strategi memperkukuh penguasaan inggeris
pula melibatkan penambahbaikan kokurikulum bahasa
Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi
dan berkualiti bagi melaksanakan kukirukulum tersebut.Ini
kerana bahasa inggeris merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan
berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu
untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Matlamat Dasar MBMMBI
Mewujudkan masyarakat yang menguasai
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam
sistem pendidikan negara.Matlamat ini
juga selaras dengan pelaksanaan Dasar
MBMMBI untuk melahirkan murid yang
fasih dan yakin menggunakan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.
Hasil daripada kajian lapangan mendapati murid sukar
memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris.Oleh itu, Kementerian Pelajaran pada 2010
menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada 2011, iaitu
murid tahun satu pada tahun ini mengikuti pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu
sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Melayu
pada tingkatan satu menimbulkan kerisauan ibu bapa
kerana dibimbangi anak mereka yang mengikuti pengajaran
dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam
tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri
dengan peralihan bahasa secara mendadak.
ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU
PADA PERINGKAT ANTARABANGSA
Pada masa ini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang
sengit terutamanya dalam abad ke-21.Pada dasarnya
bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan
negara, iaitu Perkara 152.Pada abad ke-21, bahasa Melayu
yang dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi
cabaran terutamanya dengan bahasa Inggeris di peringkat
global.Bagi memastikan kesinambungan kewujudan dan
kegemilangannya di persada dunia pada hari ini, bahasa
Melayu terpaksa menghadapi cabaran dalam bidang
perdagangan, perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi serta sebagai bahan komunikasi dalam
hubungan diplomatik, ekonomi, pendidikan dan
sukan.Komitmen rakyat Malaysia sangat diperlukan untuk
meneruskan usaha mengantarabangsakan bahasa
Melayu.Semua pihak perlu berusaha dengan pelbagai cara
untuk mengantarabangksakan bahasa Melayu agar bahasa
Melayu mampu menjadi lingua franca seperti zaman
kegemilangannya dahulu.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai
lingua Franca dalam Perdagangan
Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu berupaya
menjadi lingua franca dalam bidang perdagangan.Kenyataan
bahawa bahasa Melayu sebagai lingua franca berdasarkan
penemuan batu bersurat yang tertua, iaitu Batu Bersurat
Kedukan Bukit di Palembang bertarikh 638 Masihi.
Tegasnya bahsa Melayu menjadi lingua franca bagi seluruh
wilayah ini dalam perdagangan dan perhubungan
antarabangsa.
Melihat kepada kedudukan dan cabaran bahasa Melayu kini,
walaupun pernah diangkat sebagai lingua franca dalam
urusan perdagangan namun terhad kepada kawasan di
Nusantara.Hal ini jauh berbeza dengan bahasa Inggeris yang
diangkat sebagai lingua franca sedunia untuk hampir segala
aspek kehidupan manusia.Hakikat ini berasaskan bahasa
Melayu tidak mempunyai sokongan sumber untuk
meluaskan pengaruhnya dari segi geografi dan penggunaan,
sedangkan negara-negara besar sebagai pemain industri
terus menerus membekalkan sumber yang diperlukan
dalam usaha memperluas penggunaan bahasa Inggeris,
bahasa Jerman, bahasa Sepanyol dan bahasa Jepun dalam
urusan perdagangan.Dalam hal ini semakin banyak sumber
untuk menyokong sesuatu bahasa, semakin tinggilah nilai
ekstrinsik bahasa tersebut.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
Dalam era globalisasi kini perkembangan teknologi
telah mengubah hidup manusia kepada semakin
mudah dan moden.Salah satu manfaat teknologi
pada hari ini ialah kemudahan komunikasi.
Bahasa Melayu dalam Ruang Siber
Definisi ruang Menurut Noriah Mohamed
siber (2014), ruang siber
merupakan kacukan ruang
fizikal, mental dan sosial.
Komunikasi dalam ruang siber tidak melibatkan
interaksi bersemuka, justeru menimbulkan
beberapa ciri perbualan bahasa Melayu lisan yang
disebabkan oleh aspek sosial seperti latar
belakang etnik, tempat, pameran yang terlibat,
tempat asal dan sebagainya.
Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa
melalui ruang siber, pengguna bahasa Melayu
tidak boleh merosakkan penggunaan bahasa
Melayu melalui penggunaan singkatan perkataan
seperti 'Akum' (Assalamualaikum), pk (fikir) dan
lain-lain.
Begitu juga dengan penggunaan simbol bukan
verbal bagi menggantikan penggunaan bahasa
badan dalam persekitaran fizikal perlu dielakkan
oleh pengguna bahasa Melayu dalam ruang siber.
Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber
menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara
khususnya ruang sembang siber yang
memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan
tersendiri,yakni bahasa Melayu Internet.Fenomena
ini dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli
dalam bahasa Melayu kerana ayat-ayat yang
terbentuk tidak mematuhi hukum tatabahasa
bahsa Melayu dan kelihatan janggal
Matlamat Bahasa Komunikasi Dalam
Hubungan Diplomatik, Ekonomi,
Pendidikan Dan Sukan
1 HUBUNGAN DIPLOMATIK
Memantapkan pemerintahan dan
pentadbiran serta pembangunan sebuah
kerajaan (Salmah Jan, 2018).
Bahasa Melayu wajar dimartabatkan sebagai bahasa
ASEAN dalam semua urusan rasmi dan tidak rasmi.Hal
ini berdasarkan situasi bahawa pada masa ini, bahasa
Melayu menjadi bahasa pertuturan di kebanyakan
negara ASEAN.Oleh itu bahasa Melayu boleh diangkat
sebagai satu wadah komunikasi serantau negara
ASEAN.Keberadaan bahasa Melayu di rantau ASEAN
dapat menampilkan citra ASEAN sebagai satu jati diri
dengan satu bahasa.Hal ini kerana bahasa bukan hanya
berfungsi sebagai alat komunikasi, tetapi juga
berperanan penting dalam pembentukan semangat
kekitaan, perpaduan dan maruah masyarakat
penuturnya (Shalizaini Uyob & Che Ibrahim Salleh, 2017)
2 EKONOMI
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi
dalam konteks hari ini masih tidak meluas.Hal ini
berlaku dalam lingkungan masyarakat tempatan,
apatah lagi di peringkat antarabangsa.Isu nilai bahasa
Melayu dalam bidang ekonomi yang pelbagai bidang
pecahannya perlu diberi perhatian secara
serius.Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan tiada
nilai ekonomi, tiada nilai komersial dan sukar
digunakan dalam urusan perdagangan.Situasi ini jelas
berlaku di negara ini, sebagai contoh, rancangan
television yang melibatkan perbincangan kewangan
seperti Ringgit Sense Plus, dikendalikan dalam bahasa
Inggeris manakala rancangan yang tidak berkaitan
dengan ekonomi dan kewangan.Keadaan ini seolah-
olah menunjukkan bahasa Inggeris sahaja yang boleh
digunakan untuk urusan ekonomi.
3 PENDIDIKAN
Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa
Inggeris telah menyebabkan pemb elajaran Bahasa Melayu
semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam
memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang
bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas
satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan
terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif
dan inovatif dalam mencari dan mengubah suai pendekatan
agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama
guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa
kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan
kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik
lain.
isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan
dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu.
Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta
guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam
hal ini, banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat
mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan
bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku,
maka akan mewujudkan masalah dalam melahirkan
pelajar yang benar-benar berketerampilan dari aspek
penguasaan bahasanya. Lantaran itu, lahirlah masyarakat
yang makin jahil tentang bahasa ibunda dan bahasa
kebangsaan sendiri.
4 SUKAN
Sukan merupakan antara bahagian penting dalam budaya
masyarakat di Malaysia.Terdapat empat jenis sukan yang
seing disertai oleh rakyat Malaysia iatu sukan tradisional
atau sukan rakyat.
Pencapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat
dinafikan kehebatannya.Namun kedudukan bahasa Melayu
dalam sesi penganjuran sukan-sukan bertaraf antarabangsa
yang berlangsung di negara ini seolah-olah
dipinggirkan.Melihat kepada nama penganjuran sukan
tersebut jelas meminggirkan bahasa Melayu seperti Red Bull
Air Race, Ironman 70.3, Spartan Race, Powerman Asia, Le
Tour de Langkawi, Aquathlon, Putrajaya 100 Miles,
Watergate 16 Hours, Oceanman, MAD Warrior Sprint 2018
dan lain-lain (Muhammad Shahrul Naim, 2018).Pihak
berwajib seperti DBP dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu
bersikap tegas dalam perkara ini dengan menjenamakan
sukan-sukan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan di
Malaysia agar menggunakan bahasa Melayu.
RUJUKAN
Muhammad Shahrul Naim Mohd. Tokiman. (2018). Malaysia Hub Sukan Baharu
Antarabangsa. Utusan Malaysia. Isnin 26 November 2018.
Noriah Mohamed. (2003). Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Salmah Jan Noor Muhammad. (2018). Implikasi Hubungan Diplomatik terhadap
Kerajaan Melaka dan Kedah Berdasarkan Naskhah Melayu Tradisional.
International Journal of the Malay World and Civilisation 6(2)99-108
Shalizaini Uyob & Che Ibrahim Salleh. (2017). Jati Diri Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Asean. Mahawangsa. 4(1)33-48.
Zainal Kling (2010). Kerangka Konsep untuk Paradigma Baru Perpaduan Nasional.
Kertas Prosiding Persidangan Nasional Paradigma Baru Perpaduan Bangsa,
Hotel Grand Season, Kuala Lumpur (11-12 Disember 2010).