KIT PERSEMBAHAN DIGITAL
BAHASA
KIASAN
Sistem Bahasa dan Isu Kesantunan Berbahasa
Apa itu kiasan?
Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan
mengiaskannya kepada perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkan
bandingannya atau tidak.
Kiasan digunakan untuk:
Menambahkan kejelasan perkara yang diperkatakan
Mengelakkan sesuatu perkara yang tidak manis daripada disebut secara terus
terang
Menguatkan maksud yang diperkatakan agar dapat menarik perhatian khalayak
JENIS-JENIS BAHASA KIASAN
Kiasan Kiasan Kiasan
Asal Sandar Berangkap
Kiasan Kiasan Kiasan
Berpindah Terus Berbunga
Kiasan Kiasan Kiasan
Pemanis Melompat Melarat
Kiasan Kiasan
Permanusiaan Berkacau
KIASAN ASAL
Menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan
sesuatu yang lain sebagai perbandingan.
Menggunakan kata bandingan: Bagai, macam,
seperti, umpama, laksana
Contohnya: Pahit bagai hempedu , Matanya merah
seperti biji saga
KIASAN BERPINDAH
Tidak menggunakan kata- kata perbandingan
Kata yang hendak dibandingkan dengan perkara atau benda
yang hendak dibuat perbandingan
Terbahagi kepada 7 jenis:
1. Kiasan Sandar
2. Kiasan Terus
3. Kiasan Berangkap
4. Kiasan Berbunga
5. Kiasan Pemanis
6. Kiasan Melompat
7. Kiasan Melarat
KIASAN SANDAR
Susunan kata yang mengaitkan sesuatu perkara, misalnya
perlakuan individu kepada benda lain yang mempunyai
persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan
Misalnya, Orang tua itu tidur- tidur ayam. (Mengaitkan
cara orang tua itu tidur seperti cara ayam tidur, iaitu tidur
yang tidak nyenyak)
Contohnya: Diam ubi, Jinak lalat, Mandi kerbau
KIASAN TERUS
Susunan kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara dengan
dikaitkan terus kepada benda lain tetapi mempunyai makna yang berbeza
daripada makna asal perkataan itu sendiri.
Misalnya, Ramli merupakan ayam tambatan pasukan bola sepak sekolahnya.
(Ramli dikiaskan terus sebagai ayam tambatan kerana dia merupakan orang
harapan pasukan bola sepak sekolahnya)
Contoh lain: Puteri lilin, Kutu embun, Pisau pencukur
KIASAN BERANGKAP
Susunan kata yang digunakan untuk menunjukkan perbandingan
secara berirama atau mempunyai pertentangan bunyi antara
perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
Misalnya, lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya.
(Maksudnya, setiap orang mempunyai kegemaran atau kesukaan
yang berbeza)
Contoh lain: Terima kasih daun keladi, kalau boleh hendak lagi.
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
KIASAN BERBUNGA
Susunan kata yang menggambarkan sesuatu maksud
dengan menggunakan perkataan yang berbunga- bunga
atau indah, seolah- olah seseorang itu sedang melihat
lukisan yang cantik.
Contohnya: Canai fikiran, Lautan air mata, Api
peperangan, Selimut kemalasan
KIASAN PEMANIS
Susunan kata yang digunakan untuk
memperkatakan sesuatu yang kurang elok
jika disebut secara terus terang.
Contohnya: Datang bulan, Orang rumah,
Berbadan dua
KIASAN MELOMPAT
Susunan kata yang menyatakan sesuatu dengan
melangkah (meninggalkan) satu tingkat daripada
perkara yang sebenarnya.
Contonya: Menjahit baju (menjahit kain untuk dijadikan
baju), Menanak nasi (memasak beras untuk dijadikan
nasi), Mencucuk atap (mencucuk daun untuk dijadikan
atap)
KIASAN MELARAT
Susunan kata yang menyimpang jauh
daripada maksud asal sesuatu perkataan itu.
Contohnya: Ringan kepala, Tubuhnya melidi,
Badannya membadak
KIASAN PERMANUSIAAN
Bentuk bahasa yang memberikan sifat atau perlakuan
yang lazimnya hanya dimiliki atau dilakukan oleh manusia
kepada objek yang tidak bernyawa.
Secara lazimnya, kiasan ini bermaksud mengorangkan
sesuatu benda.
Contonya: Ombak memukul pantai, Angin senja membelai
rambutku, Burung- burung menyanyi dengan riang
KIASAN BERKACAU
Susunan kata yang menimbulkan kekeliruan kerana
mengandungi fakta- fakta yang bertentangan antara
satu sama lain.
Contonya: Diam seribu bahasa (tidak bercakap), Jika
diikutkan hati, budak itu kutelan hidup- hidup (marah),
Ketika terserempak dengan lembaga itu terasa mahu
aku masuk ke perut ibuku (takut)
TAMAT