MODUL BERFOKUS PBD KBAT
GEGAR MINDA (FASA 2) PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2
STANDARD KANDUNGAN (SK) : 1.15 MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT (SURAH ALI
IMRAN AYAT 133-136
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) : 1.15.5 MENJELASKAN SYARAT TAUBAT YANG DITERIMA
OLEH ALLAH SWT
__________________________________________________________________________________________
Tahap penguasaan TP 3 – Mengaplikasi kefahaman ayat.
Jelaskan empat syarat taubat.
1. Ingat kepada Allah dengan rasa menyesal atas dosa yang dilakukan
2. Beristighfar memohon keampunan kepada Allah
3. Berhenti daripada melakukan dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi
4. Jika dosa berkaitan dengan orang lain, maka hendaklah meminta maaf daripadanya, memulangkan hak
atau hartanya dan meminta supaya dihalalkan.
STANDARD KANDUNGAN (SK) : 1.15 MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT (SURAH ALI
IMRAN AYAT 133-136
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) : 1.15.6 MENGHURAIKAN PENGAJARAN AYAT DAN
MENGHUBUNGKAITKANNYA DENGAN KEHIDUPAN
__________________________________________________________________________________________
Tahap penguasaan TP 4 – Menganalisis kefahaman ayat serta mengamalkannya.
Terangkan dua pengajaran ayat surah Ali Imran ayat 133-136
1. Sebagai umat Islam kita hendaklah segera bertaubat serta melakukan amalan soleh agar menjadi orang
yang bertakwa
2. Kita hendaklah membelanjakan harta ke jalan Allah seperti bersedekah sama ada ketika dalam
keadaaan senang mahupun susah
3. Kita hendaklah menahan kemarahan agar pergaduhan dapat dielakkan
4. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita agar hidup lebih harmoni
5. Kita hendaklah sentiasa memohon keampunan Allah dengan berzikir dan beristighfar serta berazam
tidak melakukan dosa lagi
STANDARD KANDUNGAN (SK) : 1.15 MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT (SURAH ALI
IMRAN AYAT 133-136
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) : 1.15.6 MENGHURAIKAN PENGAJARAN AYAT DAN
MENGHUBUNGKAITKANNYA DENGAN KEHIDUPAN
_________________________________________________________________________________________
Tahap penguasaan TP 5 - Menilai kefahaman ayat serta mengamalkannya secara beradab.
Imam al-Nawawi pernah berkata: “Seseorang itu hendaklah berwaspada terhadap bahaya menangguhkan
taubat kerana Allah SWT akan mencabut nyawa seseorang hamba-Nya tanpa sebarang tanda atau amaran.
Berdasarkan kata-kata Imam al-Nawawi di atas, apakah akibat terhadap seseorang yang tidak bertaubat dan
hidup dalam keadaan lalai.
- Seseorang itu berterusan dalam keadaan berdosa kerana dosa tidak akan diampunkan oleh Allah tanpa
dipohon dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh oleh hambaNya. Orang yang dosanya tidak
diampunkan oleh Allah SWT kehidupannya tidak tenteram dan sentiasa keluh kesah. Oleh itu, setiap
muslim wajib memohon keampunan Allah pada setiap masa kerana kematian semakin menghampiri
kita
STANDARD KANDUNGAN (SK) : 2.5 MENCARI YANG HALAL
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) : 2.5.3 MENJELASKAN MAKSUD HALAL, HARAM DAN
SYUBHAH BESERTA CONTOH.
__________________________________________________________________________________________
Tahap penguasaan TP 4 – Menganalisis kefahaman hadis serta mengamalkannya
Islam melarang umatnya mengambil makanan yang haram dan syubhah.
Terangkan perkara syubhah yang sering dilakukan oleh masyarakat kita hari ini
- Membeli produk makanan luar negara yang tidak mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM
STANDARD KANDUNGAN (SK) : 2.5 MENCARI YANG HALAL
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) : 2.5.4 MENERANGKAN HIKMAH MENJAUHI PERKARA
HARAM DAN SYUBHAH.
__________________________________________________________________________________________
Tahap penguasaan TP 5 - Menilai kefahaman hadis serta mengamalkannya secara beradab.
Makanan yang halal dapat menjamin kewarasan dan kecerdasan akal fikiran.
Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
-Makanan yang halal seperti sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi zat-zat dan vitamin yang amat
diperlukan oleh tubuh badan dan akal fikiran manusia. Pengambilan makanan yang halal dan berkhasiat dapat
membantu menguatkan ingatan seseorang. Oleh itu, kita hendaklah mengambil makanan yang halal, agar dapat
memelihara kesihatan tubuh badan dan akal fikiran.
- Makanan yang halal tidak mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti arak dan dadah.
Pengambilan makanan yang halal menjamin kewarasan akal daripada mabuk dan gila kerana tidak mengambil
perkara yang ditegah oleh syarak tersebut. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mencari yang halal agar hidup
sejahtera di dunia dan akhirat
STANDARD KANDUNGAN (SK) : 3.7 BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB SUCI YANG
DITURUNKAN ALLAH SWT
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) : 3.7.4 MENJELASKAN KEISTIMEWAAN AL-QURAN
BERBANDING KITAB SAMAWI YANG LAIN.
__________________________________________________________________________________________
Tahap penguasaan TP 3 - Mengaplikasi keimanan kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah SWT.
Jelaskan dua keistimewaan al-Quran berbanding kitab samawi yang lain.
- Kandungan al Quran lengkap dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat .
- Terpelihara sehingga kiamat
- Al-Quran menasakhkan kitab-kitab terdahulu
-
STANDARD KANDUNGAN (SK) : 3.7 BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB SUCI YANG
DITURUNKAN ALLAH SWT
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) : 3.7.7 MENGHURAIKAN HIKMAH BERIMAN KEPADA AL-
QURAN DAN MENGHUBUNGKAITKANNYA DENGAN
KEHIDUPAN
__________________________________________________________________________________________
Tahap penguasaan TP 4 – menganalisis keimanan kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah SWT serta
mengamalkannya secara beradab.
Terangkan dua hikmah beriman kepada al-Quran
- Dapat menjaga jiwa, keturunan dan harta kerana al-Quran melarang perbuatan yang merosakkan seperti
membunuh
- Dapat meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana al-
Quran menjelaskan bahawa Allah mengutuskan nabi sebagai rahmat ke seluruh alam
- Dapat membentuk masyarakat yang berperibadi mulia kerana al-Quran mengajar manusia perkara yang
membawa kebaikan dan melarang melakukan perkara yang membawa keburukan
- Merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan menjaga hubungan baik dengan bukan Islam
- Dapat meningkatkan ekonomi negara kerana al-Quran menggalakkan manusia bekerja mencari rezeki
yang halal
- Negara aman maju kerana al-Quran menyeru manusia melakukan perbuatan yang makruf dan menjauhi
perbuatan yang mungkar.
STANDARD KANDUNGAN (SK) : 3.7 BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB SUCI YANG
DITURUNKAN ALLAH SWT
STANDARD PEMBELAJARAN (SP) : 3.7.8 MEYAKINI DAN MENGHAYATI AJARAN AL-QURAN
SECARA BERADAB DAN ISTIQAMAH
__________________________________________________________________________________________
Tahap penguasaan TP 5 - Menilai keimanan kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah SWT serta
mengamalkannya secara beradab.
Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah menurunkan al-Quran untuk panduan manusia
menjalankan kehidupan.
Ramalkan perkara yang akan terjadi kepada manusia jika Allah SWT tidak menurunkan kitab kepada para
rasul.
- Manusia berakhlak mazmumah, bertindak mengikut hawa nafsu kerana tidak ada panduan yang
menerangkan perkara yang boleh membawa kebaikan dan perkara yang boleh membawa keburukan.
Hal ini akan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat dan negara tidak aman. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa berpegang teguh dan menagamalkan ajaran yang terkandung al-Quran agar
kehidupan sentiasa diredhai oleh Allah SWT.
- Masyarakat hidup berpecah belah dan bermusuhan antara satu sama lain kerana manusia tidak ada
panduan batas-batas pergaulan dalam hidup bermasyarakat. Hal ini menyebabkan kehidupan
masyarakat menjadi mundur dan tidak dapat membina kemajuan negara. Oleh itu, kita hendaklah
sentiasa berpegang teguh dan menagamalkan ajaran yang terkandung al-Quran agar kehidupan sentiasa
diredhai oleh Allah SWT.