The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sinarothman.work, 2023-12-27 21:09:46

Kertas Kerja Permohonan Smart TV

Kertas Kerja Permohonan Smart TV

Keywords: kertas kerja

___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ DISEDIAKAN OLEH: UNIT ICT SK TANJONG BIDARA DENGAN KERJASAMA: PIBG SK TANJONG BIDARA SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA 78300 MASJID TANAH, MELAKA KERTAS KERJA PERMOHONAN PEMASANGAN 20 UNIT TELEVISYEN SMART TV DI DALAM KELAS


1.0 PENDAHULUAN Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara merupakan tempat para pelajar menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari umur 7 tahun hingga 12 tahun. Bagi memastikan segala ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada pelajar dapat diolahkan maka penggunaan teknologi yang baru serta terkini boleh menarik minat pelajar. Salah satunya penggunaan Smart TV dalam bilik darjah. Selain itu, ia merupakan medium yang boleh menarik minat murid belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Walaubagaimanapun, ini merupakan satu kaedah baru, namun ia mampu memberi peluang kepada guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid selain dapat menarik minat murid. Ini adalah sebagai satu usaha pihak sekolah bagi memastikan penggunaan IT seiring dengan keadaan semasa selain dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 2.0 RASIONAL Rasional penggunaan smart tv adalah seperti berikut: 2.1 Penggantian penggunaan projektor LCD sedia ada: - 20 unit televisyen Smart TV sebagai ganti penggunaan projektor LCD yang kebanyakannya sudah rosak. - Penyediaan projektor LCD yang memakan masa dan juga sering menimbulkan masalah. 2.2 Penggunaan Pendrive USB - Penggunaan pendrive usb yang mudah di mana hanya perlu dicucuk pada Smart TV dan guru boleh terus mengajar. - Tidak perlu membawa laptop kerana guru hanya perlu simpan maklumat untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendrive sahaja. - Selain itu, penggunaan phone dan tablet phone boleh disambung terus ke Smart TV. 2


2.3 Penjagaan Smart TV - 20 unit Smart TV akan ditempatkan di dalam kelas dibahagian atas hadapan kelas. - Setiap guru akan bertanggungjawab untuk menjaga Smart TV bersama alat kawalan TV yang mengajar kelas tersebut. - Guru kelas bertanggungjawab mengeluar dan menyimpan alat kawalan TV. - Hanya guru yang mengajar kelas terbabit akan memasang Smart TV ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. 2.4 Keperluan pelajar - Disebabkan kekurangan projektor LCD maka dengan adanya Smart TV ini dapat menampung kekurangan yang sedia ada. - Sebagai satu alat bantu mengajar guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 3.0 MATLAMAT Kemudahan Smart TV ini dirancang untuk menyediakan bahan/toolkit mengajar bagi semua bilik darjah yang akan menyumbang kepada pendidikan berkualiti yang mampu menghasilkan modal insan bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran kritikal abad ke-21, termasuklah kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) serta pembangunan sahsiah yang holistik dan seimbang. 4.0 ANGGARAN KOS PEMASANGAN SMART TV Dianggarkan sebanyak RM 27 000.00 diperlukan bagi kos membeli dan memasang 20 unit Smart TV di dalam bilik darjah. Harga seunit dianggarkan Smart TV RM 1200.00, dan Braket TV RM 150.00. Bil Barangan Harga Seunit (RM) Kuantiti Jumlah (RM) 1 Smart TV LG 43 inch 1200.00 20 unit 24 000.00 2 Braket TV 150.00 20 unit 3000.00 Jumlah Keseluruhan 27 000.00 3


5.0 PENUTUP Besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan dengan lancar serta mampu memberi impak yang besar dalam kalangan muridmurid. Usaha ini juga diharapkan dapat melahirkan murid – murid yang bukan sahaja cemerlang akademik malahan cemerlang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual juga. Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan permohonan ini agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah . Oleh yang demikian, sokongan dan bantuan daripada pihak-pihak lain samada dari segi moral, nasihat, tenaga, kewangan, dan lain-lain amatlah diperlukan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. 4


Click to View FlipBook Version