Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
Tema Sambutan Hari Guru Tahun 2022
Guru merupakan tunjang terpenting dalam
sistem pendidikan negara. Peranan dan
kefungsian guru bukan sahaja
menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga
memastikan murid yang lahir daripada
sistem pendidikan negara mempunyai
sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui
penjiwaan amalan baik yang diterapkan di
sekolah secara semula jadi.
Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang
dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam
kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.
Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek
nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf “E” pula
bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan, huruf
“H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud
eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi.
SURIANI ALLAND RICE OXLEY
PENGASAS KT TEKNIK 12 LANGKAH
Mula melibatkan diri dengan dunia kajian tindakan secara aktif
pada tahun 2009 selepas beliau menjadi Johan Pertandingan
Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah Rendah peringkat
Kebangsaan Sambutan Hari Guru 2009. Beliau banyak
menghasilkan inovasi yang impaknya dilaporkan melalui kajian
tindakan. Antaranya yang masih digunakan ialah BEST
Handphone Card & Pillow, SPELLY BANGLE, PEMBARIS GIGI
BURUK dan Inovasi Teknik 12 Langkah. Beliau juga aktif
membuat pembentangan di dalam dan luar negara dan
mengikuti pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Antara pencapaian beliau dalam tempoh 3 tahun
terkini ialah mendapat Anugerah Perak di International
Education e-Colloquium 2022 Sarawak, Anugerah Emas di
Webinar Singgahmata #Let’s do INNOVATIONS 2021 Sabah,
Anugerah Khas Pendidikan (Inovasi Pendidikan) Sempena Hari
Guru 2021 Peringkat WP Labuan, Anugerah Khas Pengarah
Pendidikan 2021: Pencipta Teknik 12 Langkah, Anugerah
'Educational Innovation Influencer’ In Conjunction with 4th
International Creativity And Innovation Exhibition & Language
Teaching Seminar 2019 dan Anugerah Khas Pengarah
Pendidikan : Pembentangan kertas Kerja di International
Conference On Educational Measurement & Evaluation, Manila,
Filipina.
HASNAN BIN MD SAAD
IKON GURU PDPR KEBANGSAAN 2021
Mula melibatkan diri secara aktif dalam bidang penulisan kajian
tindakan, penyelidikan dan penghasilan inovasi Pdp sejak tahun 2008.
Gerabak Bahasa merupakan hasil inovasi Pdp pertama dan menjadi
johan guru inovatif dan kreatif guru pendidikan khas pada tahun 2010
sempena sambutan hari guru peringkat W.P. Labuan.
Berpengalaman menyertai persidangan kertas kajian sebagai
pembentang sama ada dalam dan di luar negara. Antaranya Labuan
International Conference Education Research (LICER) tahun (2009 –
2019), The 4th International Conference Asean Comparative Educational
Research Network (ACER-N) Padang, Indonesia (2016), International
Conference On Global Education V di Universiti Ekasakti Padang,
Indonesia (2018).
Antara kejayaan yang pernah dirai sepanjang pelibatan, pingat perak
di E-Compex2017 Kedah Darul Aman, Johan (EMAS) pembentangan
poster inovasi di Persidangan Pendidikan Abad 21 Kebangsaan di
Lahad Datu, Sabah (2019), Ikon Guru Pdp Inovasi 2021 sempena Hari
Guru WP Labuan dan Ikon Guru PdPR Kebangsaan 2021 sempena Hari
Guru Kebangsaan.
Hingga kini beliau telah menghasilkan 13 bahan inovasi Pdp dan 7
kertas kajian yang telah pun dibentangkan. Kini beliau aktif melatih
guru terutama dalam penulisan kajian tindakan dengan menggunakan
Teknik 12 Langkah yang telah diperkenal secara meluas hingga ke
peringkat kebangsaan.
SAMIH KUKUNG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU,
SABAH
Pelibatan aktif penulisan kajian tindakan, penyelidikan dan penghasilan
inovasi bermula pada tahun 2010. Inovasi Roda Minda Samih merupakan
hasil inovasi PdP yang pertama dan mendapat tempat ketiga guru inovatif
kebangsaan. Selain itu pernah menjadi johan guru inovatif sebanyak 3
kali di peringkat negeri W.P Labuan. Sejak mula berkecimpung dalam
dunia penghasilan bahan inovasi di peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa, kini sudah menerima 50 anugerah pengiktirafan.
Berpengalaman dalam bidang penghasilan kertas kajian, paper reviewer,
pembentangan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Antaranya adalah Labuan International Conference on Educational
Research, International Education e-Colloquium Miri, International
Creativity and Innovation Exhibition & Language Teaching Seminar selain
dilantik sebagai juri pertandingan inovasi dan kajian tindakan di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara kejayaan yang
pernah dirai sepanjang pelibatan, Guru Inovatif Negeri dan Kebangsaan,
anugerah Ikon Guru peringkat negeri pada tahun 2016 & 2017, Prasekolah
Cemerlang, JU Terbaik Kajian Tindakan Kebangsaan, Silver Award School
Enterprise Challenge London, Gold Medal 4th International CAIELTS,
Judge’s Choice Award 4th CAIELTS, Influencer Award-4th International
CAIELTS. Hingga kini beliau telah menghasilkan banyak 13 bahan inovasi
PdP lebih 20 kertas kajian yang telah berjaya dibentangkan. Kini beliau
aktif melatih guru, dan bakal guru di institut pendidikan guru dalam
penghasilan bahan inovasi serta penulisan kertas kajian tindakan.