The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU INI ADALAH PANDUAN SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Esther Toihin, 2021-11-10 22:48:10

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

BUKU INI ADALAH PANDUAN SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2021

Keywords: BUKU PENGURUSAN SK RANGALAU 2021

Isi Kandungan MUKA SURAT

BIL PERKARA

1 PENGENALAN SKR

1.1 Selamat Datang Ke SKR
1.2 Kata Aluan Guru Besar : Sejambak Bicara
1.3 Lokasi Sekolah/ Sejarah Sekolah
1.4 Pelan Kawasan & Bangunan Sekolah
1.5 Pengurusan & Kepimpinan Organisasi
1.6 Barisan Guru & Kakitangan SKR

2 DASAR PENDIDIKAN NEGARA

2.1 Falsafah Pendidikan & Rukun Negara
2.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
2.3 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia & 6 Aspirasi Murid
2.4 Konsep PPPM
2.5 KPM Melangkah Ke Hadapan

3 OBJEKTIF & HALA TUJU SKR

3.1 Visi, Misi, Moto, Slogan & Matlamat Sekolah
3.2 Objektif Sekolah & Piagam Pelanggan
3.3 Keterangan Logo & Lagu Sekolah
3.4 Dasar, Hala Tuju & Peraturan Sekolah

4 PENGURUSAN AM

4.1 Keberadaan Guru, Kakitangan & Enrolmen Murid SKR 2021
4.2 Maklumat Guru & Kakitangan SKR
4.3 Senarai Guru Kelas 2021
4.4 Senarai Penilai PBPPP 2021
4.5 Senarai Pencerapan Guru SKR 2021
4.6 Senarai Penyemakan Fail Rekod Mengajar Guru 2021
4.7 Jadual Semakan Buku Latihan Murid oleh Pentadbir

5 TAKWIM PERANCANGAN SKR

5.1 Kalender & Tarikh Pembayaran Gaji 2021
5.2 Penggal Persekolahan Tahun 2021
5.3 Takwim Peperiksaan & Pentaksiran Sekolah 2021
5.4 Analisis Minggu Persekolahan 2021
5.5 Takwim Perancangan Bulanan SKR 2021

Isi Kandungan MUKA SURAT

BIL PERKARA

6 PENGURUSAN & PENTADBIRAN

6.1 Carta Organisasi Pengurusan SKR
6.2 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 2021

7 PENGURUSAN KURIKULUM/ AKADEMIK

7.1 Dasar Kurikulum SKR 2021
7.2 Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum SKR
7.3 Carta Organisasi Panitia MataPelajaran 2021
7.4 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum SKR 2021
7.5 Takwim Perancangan Tahunan Kurikulum 2021

8 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

8.1 Dasar Pelaksanaan Pengurusan HEM
8.2 Takwim Tahunan Unit HEM 2021
8.3 Amalan Budaya Murni SKR
8.4 Carta Organisasi Unit HEM SKR 2021
8.5 Jawatankuasa Pengurusan Unit HEM SKR 2021
8.6 Senarai Guru Bertugas Mingguan SKR 2021

9 PENGURUSAN KOKURIKULUM

9.1 Akta Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Sekolah
9.2 Dasar Kokurikulum Sekolah/Gerak Kerja Kokurikulum 2021
9.3 Carta Organisasi Unit Kokurikulum SKR 2021
9.4 Jawatankuasa Pengurusan Unti Kokurikulum SKR 2021

10 AKTIVITI SKR

10.1 Analisis
10.2

11 PENUTUP & PENGHARGAAN





Bismillahirahman nirrahim.
Assalamualaikum wbt. Salam Pemacu Perubahan, SAKURA HEBAT Katakan TIDAK kepada
nombor 57. Katakan YA kepada nombor 10. Syukur kehadirat Allah atas kurnianya Buku
Pengurusan Sekolah, Sekolah kebangsaan Rangalau, Kota Belud 2021 ini telah siap dengan
jayanya. Buku ini merupakan julung-julung kali dinukilankan secara lengkap dengan kerjasama
semua pihak. Ucapan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada barisan pentadbir, guru-
guru dan semua staff serta PIBG di sekolah ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, usaha
ini mungkin tidak akan Berjaya. Buku ini terhasil dengan mengambil kira semua elemen agar
buku ini boleh dijadikan sumber rujukan lengkap berkaitan dengan pengurusan sekolah.

Sepanjang tahun 2020 norma baharu mengubah cara kita mengurus dan
melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik lain dari kebiasaan. Selain itu juga setiap
warga SAKURA telah menghadapi dan melalui perubahan cara bertindak selaras dengan
kehendak KPM. Norma baharu ini terhasil dari musibah yang menimpa dunia sekarang ini.
Namun memberi PELUANG dan RUANG yang tidak kita sedari, kejayaan demi kejayaan yang
mulai tercorak oleh kita walau setapak demi setapak melangkah. Kerjasama yang jitu itu
memerlukan semua bergerak dan bertindak segera agar kita melangkah seiring ke hadapan.

Lantaran terhasilnya buku Pengurusan Sekolah yang dirancang dalam buku ini adalah
memungkinkan proses penambahbaikan KECEMERLANGAN SEKOLAH khususnya untuk
murid. Adakah akan dapat mencapai sasaran? Hanya Tuhan yang maha Esa sahaja
mengetahui dan menentukannya. Kita sebagai Khalifah di bumi ini berdoa dan berusaha
sebaik mungkin agar apa yang kita hajati tercapai. Setiap musibah yang kita hadapi ada
hikmah di sebaliknya. Jalankan Amanah dan tanggungjawab sesuai dengan MOTO Sekolah
Berilmu, Beramal, Berjaya.

Sekian, Terima Kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-10”

Saya yang menjalankan Amanah,

PN. NORAINI HJ ATOH
GURU BESAR
SK RANGALAU, KOTA BELUD
SABAH



Sekolah Kebangsaan Rangalau, Kota Belud terletak di Kampung Rangalau lebih kurang 7 kilometer dari
Pekan Kota Belud dan 85 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Pada tahun 1963 sekolah ini mula beroperasi
sebagai sekolah pondok kerana bangunan yang kecil dan berdindingkan buluh serta beratapkan rumbia yang dibina
oleh beberapa orang Kampung Rangalau. Antara guru-guru yang menerajui sekolah ini adalah Puan Winie yang
berasal dari Kampung Kelawat pada tahun (1963-1964), Encik Kumil berasal dari Ranau dan Encik Suali Liman
berasal dari Kampung Melangkap Kapa, Kota Belud (1965).

Pada tahun 1965, sekolah ini ditubuhkan dengan satu bangunan berdindingkan papan di bawah pentadbiran
sepenuhnya Pejabat Pelajaran Kota Belud dan terdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996/500. Sekolah ini mula
beroperasi sebagai Sekolah Kebangsaan dengan keluasan 3.11 ekar atau 1.02 hektar yang disumbangkan oleh Puan
Gurindi (anak jati Kampung Rangalau).

Pada tahun 1970, sekolah ini ditambah satu lagi bangunan dan berlantaikan papan (masih digunakan
sehingga kini) dengan saiz bangunan 40 x 30 kaki dibahagi kepada tiga bahagian, dua bilik darjah dan bilik kecil
untuk pentadbiran sekolah. Murid-murid berasal dari Kampung Rangalau, Kampung Lasau Tintapon, Kampung
Dimala, Kampung Bakilong dan Kampung Pirasan.

Sekitar tahun 1980, sekolah ini ditambah satu bangunan lagi dengan pembahagian dua bilik darjah dan satu
bilik pusat Pentadbiran. Pentadbiran sekolah ditadbir dengan tujuh orang guru termasuk guru besar dengan anggaran
murid lebih dari 100 orang sahaja.

Pada 6 Februari 2003, bangunan konkrit dengan empat bilik darjah dirasmikan dan digunakan bagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid seramai 69 orang dan 14 orang guru termasuk Guru Besar, 2 orang kerani dan
2 orang pekebun/pembersihan. Bangunan ini digunakan sebagai bilik Pusat Sumber, bilik Pendidikan Agama Islam,
bilik Pusat ICT dan dua bilik darjah.

Pada tahun 2008, para ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Rangalau telah bergotong-royong membina satu
bangunan untuk bengkel kemahiran hidup yang kini telah diubahsuai menjadi bangunn kantin dan stor peralatan
pengajaran dan pembelajaran. Bersebelahan bangunan ini ada sebuah bangunan kecil telah dibina sebagai stor
perkebunan sekolah. Bahan-bahan mentah untuk membina bangunan ini adalah sumbangan daripada ibubapa.
Pembinaannya dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara bergotong-royong. Pada tahun berikutnya,
iaitu 2009 pihak sekolah telah membina satu bangunan khas untuk kelas pemulihan juga hasil sumbangan ibu bapa
murid Sekolah Kebangsaan Rangalau yang kini masih digunakan.

Pada bulan Mac 2010, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Berjaya didaftarkan dengan nombor
pendaftaran 00919/2010. PIBG pada masa ini diterajui oleh Encik Sehing Masilang (anak jati Kampung Rangalau)
yang banyak menyumbang idea supaya sekolah mencapai kemajuan dari segi Ko-Kurikulum, akademik dan
prasarana sekolah.

PIBG sekolah yang diterajui oleh Encik Maikol Gindol mendapat peruntukan dewan terbuka daripada
Parlimen 169 Kota Belud YB Dato’ Abdul Rahman Bin Haji Dahlan dan dirasmikan pada 8 Februari 2012 oleh
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud.

Pada masa ini, bangunan yang telah dibina pada tahun 1980 telah diubahsuai menjadi pusat pentadbiran dan
bilik guru sepenuhnya. Terdapat kemudahan lain seperti padang kecil, stor Pendidikan Jasmani dan pondok
pengawal keselamatan sekolah.

Harapan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Rangalau dan masyarakat setempat agar sekolah ini mencapai
kejayaan yang cemerlang meliputi aspek Ko-kurikulum, akademik dan sebagainya serta dapat bersaing dengan
sekolah-sekolah cemerlang yang terdapat dalam daerah Kota Belud. Selain itu, sekolah ini dapat melahirkan
generasi atau pelajar-pelajar yang hebat, berketrampilan dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.



















Motto
“Berilmu, Beramal

Bejaya”

Slogan

Sekolah Kebangsaan
Rangalau No. 1

Menerajui Perubahan

Matlamat sekolah ini adalah
untuk memberi didikan kepada
murid di sekolah ini secara
menyeluruh dan seimbang
sebagai pendidikan asas yang
meliputi aspek intelek, rohani,
jasmani, bakat, akhlak,
bertanggungjawab, taat setia,
berdisipin dan bersepadu.

1. M e m b e r i p e n e k a n a n k e p a d a
pencapaian kurikulum dan
kokurikulum.

2. Menyediakan suasana sekolah yang
kondusif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

3. Meningkatkan potensi bakat murid,
keupayaan dan profesionalisme staf.

4. Mengamalkan hubungan erat antara
warga sekolah dan masyarakat

5. Melaksanakan dasar-dasar yang
dirancang oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

1. Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan
sekolah.

2. Memberi perkhidmatan pendidikan dan layanan
kepada pelanggan dan murid.

3. Memberi peluang kepada semua murid meningkatkan
potensi diri dalam semua aktiviti sekolah.

4. Setiap aduan akan disiasat dan diberi maklum balas
dalam tempoh kurang daripada tiga hari bekerja.

5. Setiap cadangan/ usul yang munasabahakan
dipertimbangkan oleh pihak sekolah.

6. Memberi peluang kepada staf sekolah untuk
meningkatkan profesionalisme melalui latihan dari
masa ke semasa.

7. Memastikan setiap arahan pihak Kementerian
Pendidikan diambil tindakan selewat-lewatnya sehari
selepas surat/arahan diterima.

MAKSUD SIMBOL PADA LOGO SEKOLAH

GUNUNG : Menunjukkan semangat juang

yang tinggi dikalangan murid.

BUKU : Gedung segala ilmu.

PADI : Segala ilmu yang ditimba membawa

kearah kejayaan.

TULISAN JAWI : Sekolah Kebangsaan

Rangalau

WARNA

KUNING : Melambangkan kekayaan ilmu.

BIRU MUDA DAN BIRU MUDA:

Melambangkan keamanan dan kedamaian setiap
warga sekolah.

HIJAU : Melambangkan keindahan dan
ketenangan persekitaran sekolah.

PUTIH : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan
keluhuran budi.

MAKSUD WARNA PADA BENDERA SEKOLAH

OREN :- dan kerjasama yang erat

Melambangkan kehangatan persahabatan
antara warga negara.

BIRU TUA :-
Melambangkan keamanan dan kedamaian setiap warga sekolah.

SK RANGALAU :-
Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Rangalau
Kami sanjung budimu
Mendidik kami sehingga berjaya
Menjadi orang berguna

Baktimu akan kami kenang
Berkat hidup yang berkekalan
Berkat doa ibu bapa guru
Kejayaan pasti tercapai

Berilmu beramal berjasa
Panduan hidup kami
Berdisiplin amalan mulia
Wawasan Negara

Baktimu akan kami kenang
Berkat hidup yang berkekalan
Berkat doa ibu bapa guru
Kajayaan pasti tercapai

Berilmu beramal berjasa
Panduan hidup kami
Berdisiplin amalan mulia
Wawasan Negara
Wawasan Negara

Pencipta Asal :- Cikgu Halimah Musaat
Susunan Muzik : Cikgu Leonard Mikerichie Madrin (2021)



1. PENDAHULUAN

1.1 Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan Sekolah Kebangsaan Rangalau, Kota
Belud, Sabah di tahap cemerlang, dihormati dan disegani.

1.2 Oleh itu, setiap guru haruslah menjalankan tugas kurikulum, kokurikulum dan memantapkan
sahsiah murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.

1.3 Setiap guru harus tahu mengenai visi dan misi sekolah sebagai institusi masyarakat.
1.4 Sehubungan itu, risalah ringkas ini diharapkan dapat menerangkan secara ringkas mengenai

pengurusan harian sekolah. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, biasakanlah diri
berbincang dengan rakan-rakan dan selesaikan secara professional. Ketua-ketua Panitia, Guru
Bimbingan, Guru Penolong Kanan dan Guru Besar sendiri sentiasa bersedia membantu. Polisi
kita adalah telus dan terbuka.
1.5 Pastikan guru-guru sentiasa merujuk kepada pekeliling-pekeliling Kementerian, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Buku Panduan Tugas Sekolah dan Buku Panduan
Pelajar Malaysia agar kita sentiasa berada di landasan yang betul.

2. SIKAP GURU

2.1 Guru harus mempunyai ‘high expectation’ terhadap setiap murid. Kita harus menganggap
bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk berjaya dalam banyak bidang. Terpulang
kepada guru untuk mencungkil potensi mereka.

2.2 Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat ‘hidden curriculum’.
2.2.1 Kita adalah ‘role model’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita. Apa yang kita

lakukan memberi impak/kesan kepada murid.
2.2.2 Nilai-nilai murni keagamaan dan moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah. Semua

murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada proses pendidikan. Tidak
ada murid yang dinafikan hak untuk menerima pendidikan untuk semua.

3. KEMAHIRAN GURU

3.1 Kita perlu menjadikan diri pakar bukan sahaja dalam subjek atau ‘content’ malah pakar
untuk menjadikan pelajar kita ‘learners for life’(mengajar atau mendidik).

3.2 Kita harus sentiasa mengamalkan TQM dengan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kita
menyampaikan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara objektif dan berkesan. Oleh itu
kita perlu perbetulkan,perbaiki,menyusun dan mempelbagaikan kaedah,misalnya :-
3.2.1 Teknik bahasa merentas kurikulum
3.2.2 Teknik PdPc ‘brain storming’
3.2.3 Teknik berasaskan ‘research;/Kajian Tindakan
3.2.4 Teknik Putaran (ajar-uji-ajar semula-uji semula)
3.2.5 Teknik ’peer-group’/rakan sebaya
3.2.6 Penggunaan BBM yang menarik dan berkesan
3.2.7 Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI)
3.2.8 Pendidikan Abad Ke-21 – Berpusatkan murid dan guru menjadi pemudahcara.

4. PROFESIONALISME GURU
4.1 Iklim

4.1.1 ‘High Expectations dan low stress’ -Best learning (Study Hard,Study Smart)
4.1.2 Suasana yang supportif / mendorong / kondusif, pujian untuk kejayaan.

4.2 Pengurusan
4.2.1 Memahami matlamat sekolah.
4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan berhikmah.
4.2.3 Menepati masa.
4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan hendaklah diambil
tindakan dengan segera.
4.2.5 Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan hendaklah diserahkan kepada pejabat
untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan
difailkan.
4.2.6 Menyertai/menjalani kesemua program sekolah dan menjalankan kesemua aktiviti
kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang dan gemilang.

4.3 Penampilan

4.3.1 Cara penampilan yang kemas dan lengkap. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani
dibolehkan memakai pakaian sukan sepanjang hari dengan syarat memakai:
a) T-Shirt Berkolar
b) Seluar Sukan (Track Bottom)
c) Kasut Sukan
d) Stokin

4.3.2 Kasut bertutup dan bertumit,tanda nama,tali leher dan pemakaian aksesori yang minimum.
4.3.3 Gaya komunikasi.

a) Bahasa ilmu, terang, mudah difahami.
b) Tiada slangga/loghat kenegerian.
c) Lembut.
d) Tiada labeling.
4.3.4 Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan diri
4.3.5 Semua guru memakai baju beruniform pada hari perhimpunan Kokurikulum.

4.4 Kerahsiaan
4.4.1 Segala maklumat yang dibincang oleh / dengan pihak pengurusan sekolah adalah ditakrifkan

sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan di tempat-tempat umum
seperti kantin, tempat letak kereta, di tempat menunggu dan rehat dalam kawasan sekolah dan
kepada / dengan yang tidak berkenaan.

4.5 Etika Guru
4.5.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan seperti jualan lang-

sung, promosi barangan, insurans dan lain-lain. Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari
arahan ini.
4.5.2 Guru tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah.
4.5.3 Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waktu rehat dan waktu tidak
mengajar sahaja.

5. TUGAS GURU

5.1 Guru Bertugas

5.1.1 Guru bertugas mingguan mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia perjalanan sekolah 15
minit lebih awal sebelum loceng berbunyi dan mengelolakan Perhimpunan Pagi (7.20 pagi pada hari
isnin) dan pergerakan murid (senyap dan tersusun). Waktu pulang guru bertugas ialah pada jam 1.20
petang kecuali hari jumaat.

5.1.2 Pada waktu rehat peraturan-peraturan kantin hendaklah dipatuhi.

5.1.3 Murid beratur (tertib,senyap dan tidak berebut-rebut) semasa membeli makanan. Baca doa makan da-
lam keadaan senyap dan tertib.

5.1.4 Masukkan pinggan,mangkuk,sudu garpu ke dalam tempat disediakan.

5.1.5 Pembuangan sampah oleh murid dikawal/sentiasa bersih dan ceria.

5.1.6 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kelas pada waktu rehat).

5.2 Bangunan

5.2.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan
bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Lapor segera
sekiranya ada bahagian bangunan, peralatan dan lain-lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada
pihak pengurusan. Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria (rondaan).

5.3 Pengurus Kelas / Guru Kelas

5.3.1 Pengurus kelas adalah orang paling tepat mendisiplinkan murid dalam kelasnya.

5.3.2 Kenali semua murid anda.

5.3.3 Ketahui latar belakang, kemampuan dan masalah mereka.

5.3.4 Cuba terangkan dengan baik visi dan aspirasi sekolah agar mereka dapat memahami dan menjadi
supportif.

5.3.5 Laporkan masalah murid anda kepada mereka yang berkenaan kepada guru bimbingan, badan
kebajikan, GPK HEM atau kepada Guru Besar.

5.3.6 Galakkan mereka membina ‘self respect’ dan ‘respect for others’.

5.3.7 Galakkan mereka bersiap sedia menghadapi PdPc, membuat kerja rumah, tabiat kerja dan kemas.

5.3.8 Galakkan murid-murid aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti harian sekolah.

5.3.9 Galakkan murid-murid berbincang mengenai masalah PdPc dengan kawan-kawan dan guru.

5.3.10 Pastikan penampilan diri menepati peraturan sekolah.

5.3.11 Siasat ketidakhadiran murid dan ambil tindakan sewajarnya.

5.3.12 Pastikan murid-murid menceria dan membersihkan kelas serta persekitaran kelas setiap masa.

5.3.13 Suarakan ‘expectation’ anda kepada murid berkaitan kemajuan, pencapaian pelajaran, tingkah laku
dan nilai murni ( kaitan dengan pengalaman semasa).Contohnya :- cara penjimatan air dan bekalan
elektrik sekolah, budaya memberi salam, menjaga harta benda orang lain.

5.3.14 Anda harus tegas, rasional, berhemah, berwibawa dan berketerampilan pada setiap masa.

5.4 Guru Subjek / Matapelajaran

5.4.1 Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda.
5.4.2 Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas. Gunakan BBM secara

berkesan.
5.4.3 Menepati masa, riang, tegas dan adil.
5.4.4 Murahkan pujian.

5.4.5 “ Class Control”.

5.4.6 Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan PdPc subjek anda.
5.4.7 Kerja Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak segera

setiap masa. Waktu lapang / free period- Rujuk Pekeliling Bil 3/1981.

6. PENGURUSAN TUGASAN GURU

6.1 Rutin Harian

6.1.1 Waktu 7.20 pagi hingga 1.10 petang (Isnin – Khamis) dan 7.20 pagi hingga 11. 40 pagi (Jumaat) ialah
waktu persekolahan rasmi.

6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan berkesan bagi menjana
‘core business’.

6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal dan masuk ke kelas masing-masing tepat pada waktunya.
Mereka yang lewat dikehendaki memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar.

6.1.4 Buku kedatangan hendaklah ditandatangani sebaik sahaja sampai ke sekolah dan ditandatangani
waktu balik. Jadikan amalan seharian guru.

6.2 Perhimpunan Mingguan
6.2.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Perhimpunan diadakan setiap minggu iaitu pada

hari Isnin, 7.20 pagi - 7.50 .
6.2.2 Perhimpunan rasmi dikendalikan oleh Guru Bertugas dan Pengawas.
6.2.3 Tentatif ialah seperti berikut:

1. Bacaan doa.
2. Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku, Negaraku, Lagu Sekolah.
3. Bacaan Ikrar.
4. Laporan Guru Bertugas Mingguan (Minggu sebelumnya).
5. Taklimat Guru Disiplin / Guru Bimbingan /Hem
6. Penyampaian hadiah / sijil (jika ada).
7. Ucapan dan amanat Guru Besar.
8. Bersurai.

6.2.4 Perhimpunan wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar/ GPK
sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan.

6.2.5 Guru bertugas bertanggungjawab;-

a) Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal.

b) P.A sistem, muzik iringan, pembaca doa, susuncara (Pastikan ucapan Guru Besar pada susunan
yang terakhir).

c) Semua guru wajib hadir.

d) Merekodkan secara rasmi amanat Guru bertugas, GPK atau Guru Besar.

e) Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar dengan senyap dan
tersusun.

6.3 Cuti Guru / Guru Tidak Hadir Bertugas

6.3.1 Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan)
2002 Bhg.III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan
tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanan tugas-tugasnya. Ketidakhadiran bertugas tanpa
cuti atau sebab munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib
mengikut Peraturan 24.

6.3.2 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan / doktor swasta (tidak melebihi 2
hari).

6.3.3 Cuti Rehat Khas (CRK) dibenarkan atas budi bicara / kebenaran Guru Besar. Guru berhak memohon
tetapi Guru Besar berhak meluluskan / tidak meluluskan permohonan. CRK adalah cuti yang
dirancang.

6.3.4 Cuti Tanpa Rekod (CTR) dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C hendaklah
dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang dipohon.

6.3.5 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru terdekat jika anda kerana
sakit / kursus /bertugas diluar sekolah / kecemasan dengan SEGERA (telefon).

6.3.6 Pastikan tugasan disedia/diberi kepada anda. Setiap lembaran kerja atau tugasan kepada murid
hendaklah diserahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada guru ganti berserta Buku Rekod
Mengajar (BRM).

6.3.7 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah dan mengisi borang permohonan cuti sakit
untuk diserahkan kepada Guru Besar. Guru diwajibkan berjumpa dengan Guru Besar.

6.3.8 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperolehi jika guru ingin keluar dari kawasan sekolah (dalam
waktu bekerja) untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Borang / Buku keluar. Guru-guru
diminta mengawal kekerapan keluar ketika waktu bekerja.

6.3.9 Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau
tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan dengan
memberhentikan segala emolument / gaji / elaun dengan serta-merta (tahan gaji).

6.4 Kehadiran Aktiviti Hari Sabtu

6.4.1 Aktiviti- aktiviti tambahan boleh dilaksanakan pada Hari Sabtu minggu ke-2, ke-4 dan ke-5 (Sabtu
minggu 1 dan 3 tiada sebarang aktiviti dilaksanakan). Guru diwajibkan hadir untuk menjalankan tugas
seperti berikut (sekiranya diadakan);

a) Kelas tambahan

b) Pertandingan / latihan

c) Kursus / Mesyuarat / Taklimat

d) Gerak kerja kemasyarakatan, kerja-kerja sosial, gotong-royong dan lain-lain aktiviti.

6.4.2 Alasan / surat sokongan / Surat Cuti Sakit yang kukuh hendaklah diberi sekiranya tidak dapat hadir pa-
da minggu ke-2, ke-4 atau ke-5. **(Aktiviti hari Sabtu adalah tertakluk pada sebarang pindaan bergan-
tung kepada aktiviti sekolah dan juga cuti umum )

6.5 Baju Uniform / Baju Melayu

6.5.1 Guru-guru diwajibkan memakai pakaian beruniform setiap hari Rabu ( mengikut unit beruniform mas-
ing-masing)

6.5.2 Pemakaian baju melayu bagu guru lelaki Islam digalakkan pada hari Jumaat setiap minggu.

7. TANGGUNGJAWAB / KOMITMEN GURU

7.1 Pentadbiran Kewangan

7.1.1 Pungutan / Bayaran (jika ada) Serah terus wang kepada yang berkenaan. Jangan simpan. Isi resit untuk
murid dengan segera dan serah kepada pejabat. Rekodkan pembayaran dalam buku kedatangan murid
mengikut ruang yang ditetapkan dengan betul. Pastikan bayaran dipungut dan diserahkan segera ke pe-
jabat.

7.1.2 Pembelian Keperluan PdPc Ketua Panitia matapelajaran hendaklah membuat pesanan pembelian ba-
rangan untuk kegunaan PdPc. Pesanan hendaklah melalui Ketua Panitia dan perlu mendapat kelulusan
Ketua Jabatan (Guru Besar). Pembelian bergantung kepada kedudukan kewangan panitia berkenaan.
Ketua Panitia perlu merujuk kepada Ketua Pentadbir Kewangan sekolah dan senarai dokumen yang
diperlukan (wajib lengkap).

7.2 Disiplin Dan Pergerakan Murid

7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang melanggar peraturan/
bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada dikenakan tindakan disiplin.

7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan bilik darjah setiap
masa. Guru yang mengajar waktu akhir sesi mesti memastikan murid-murid membersih dan mengemas-
kan kelas 5 minit sebelum waktu balik.

7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera menggunakan kata-kata kasar dan kesat kepada murid.
Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada Guru Besar / GPK Kurikulum / GPK
HEM dan GPK Kokurikulum. Guru-guru TIDAK DIBENARKAN membuat sentuhan (body contact)
terhadap murid-murid walaupun mereka membuat sebarang kesalahan.

7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan sekolah, bilik pembelaja-
ran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains / Perpustakaan, Bilik Agama dan lain-lain). Guru-guru hen-
daklah sentiasa berada bersama-sama murid.

7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya menjaga keselamatan
diri semasa di sekolah atau di luar sekolah terutama di atas jalan raya.

7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit seperti semput / lelah, gila babi, jantung berlubang (surat
doktor / permohonan ibubapa), tidak sempurna anggota hendaklah mengambil tindakan sewajarnya
(Pengenalan Diri ).

7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar/ GPK.

7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum.

7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru, pastikan murid memakai ‘pas keluar’.

7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’. Murid perempuan
dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh berseorangan).

7.3 Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Ke Sekolah (SPI.BIL1/2019)

7.3.1 Hanya Guru Kelas dan Staf Sokongan sahaja dibenarkan mengemaskini dan mengisi butiran dan ked-
atangan murid ke dalam aplikasi APDM. Kehadiran murid mesti ditanda pada awal pembelajaran se-
tiap hari persekolahan.

7.3.2 Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemaskini dan dilengkapkan dengan tepat dan
betul. Semak, lengkapkan dan cetak kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani dan me-
gesahkan dalam sistem APDM.

7.3.3 Laporkan ke pejabat (GPK HEM) sekiranya terdapat murid yang tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa ken-
yataan untuk tindakan selanjutnya. Pengurus kelas wajib mengeluarkan Surat Pemberitahuan Ketidakh-
adiran Ke Sekolah (rujuk GPK HEM).

7.4 FAIL REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR GURU

7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme, mutu kerja serta taraf seorang
guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan PdPc dan maklumat berkenaan pencapaian serta kemajuan
murid yang diajar.

7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi serta merekod segala maklumat berkaitan PdPc
yang diajar.

7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat pekeliling iktisas, tatasusila profesion, tugas-tugas guru dansukatan
pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan difahami dengan jelas oleh guru.

7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti, sasaran tahun PdPc,
rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti guru / pencapaian / peringkat (di sekolah dan di
luar), penggunaan buku rujukan, perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan
dan pencapaian murid mestilah dilengkapkan dengan kemas mengikut garis panduan yang diberi.

7.4.5 Rancangan Kerja Tahunan boleh difotokopi (mesti jelas) untuk dilekatkan dengan kemas. Walau
bagaimanapun, tulisan tangan yang kemas, komputer dan taip amat digalakkan.

7.4.6 Fail Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar / GPK pada setiap hari Jumaat
sebelum 12.00 tengahari.

7.4.7 Fail rekod Mengajar ini hendaklah ditulis setiap hari sebelum PdPc bermula. Pemantauan
oleh GB / GPK / PPD / JPN / KPM / Nazir boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan guru
bertanggungjawab sepenuhnya jika Fail Rekod Mengajar tidak dilengkapkan.

7.4.8 Pekeliling Iktisas Bil 3/1999

a) Penyediaan Rekod pengajaran dan pembelajaran

b) Rancangan pelajaran tahunan. c) Rancangan pelajaran harian. Hendaklah diurus dengan
sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki.

7.5 Menghadiri Mesyuarat / Taklimat

7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran. Surat pem-
beritahuan / panggilan mesyuarat / memo mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya 3
hari sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan. Catatan
mesyuarat / kehadiran mesti dicatat. Walau bagaimanapun mesyuarat tergempar / mengejut
tetap boleh dijalankan jika terdapat perkara yang amat penting untuk disampaikan kepada
semua guru.

7.5.2 Semua mesyurat yang diadakan di peringkat sekolah / PPD / JPN / Kementerian adalah
wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan /masalah, pengganti perlu dicari. Sila
maklumkan secara rasmi kepada Guru Besar.

7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada GPK /
Guru Besar dalam laporan Minit Curai (format laporan disediakan) dalam masa 3 hari.

7.5.4 Semua setiausaha hendaklah menyiapkan dan mengedarkan minit mesyuarat dalam masa
dua minggu selepas tarikh mesyuarat.

7.6 Kursus-kursus Profesionalisme

7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan dengan
profesion yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, JPN dan PPD yang berkaitan
dengannya. Semua dapatan kursus wajib disebarluaskan kepada rakan sejawatan. Satu
salinan minit curai hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / GPK Kurikulum.

7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan
mengambil / mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian.

7.6.3 Guru-guru / staf perlu memastikan memenuhi kursus sebanyak 7 hari setahun.

7.6.4 Guru-guru hendaklah merekodkan pergerakan setiap kali hadir ke mesyuarat / taklimat /
kursus / bengkel / pertandingan (melibatkan waktu bekerja) ke dalam BPG di pejabat.

8. PENTADBIRAN

8.1 Bilik Pentadbiran

8.1.1 Pejabat Sekolah/Penggunaan Telefon / Kemudahan Hanya untuk urusan rasmi. Sila catat di dalam
buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran panggilan hendaklah dibayar kepada
pembantu tadbir. Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru.Mengikut pekeliling
Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti beri-
kut : penggunaan telefon bimbit semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti
sekolah yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, mengawas
peperiksaan dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.

8.2 Bilik Rehat Guru

8.2.1 Bilik Rehat Guru / Bilik Guru Bilik Rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran
sekolah. Ianya harus memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien
serta berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar. Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah
sentiasa dijaga. Setiap guru hendaklah sentiasa memastikan susunan, kekemasan dan keceriaan serta
mengelakkan keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan / kerja di atas meja.

8.3 Keselamatan / Pelawat Luar

8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat / bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila tanya nama dan
pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan bantuan dengan mesra. Iringi /
tunjukkan mereka arah ke pejabat.

8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan serta melaporkan
dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi
Buku Pelawat Am (Pondok Pengawal). Satu borang kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani
oleh pihak pengurusan sekolah.

8.3.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga / kawan-kawan dan orang luar masuk ke kelas tanpa
kebenaran Guru Besar / GPK.

8.3.4 ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke bilik guru dan lain-lain bilik di bangunan sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar / GPK.

8.4 Kenyataan Media

8.4.1 Kenyataan Media / Media Sosial Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat
sebarang kenyataan kepada media cetak / elektronik mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada
Guru Besar.

8.4.2 Segala urusan surat menyurat perhubungan ke PPD / JPNJ / Kementerian Pelajaran mestilah melalui
dan salinan Guru Besar atau mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.

9. PENUTUP

Risalah Panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, difahami,
diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Rangalau, Kota Belud, Sabah. Komitmen yang tinggi
daripada tuan/ puan amatlah diharapkan agar dapat memahami semua perkara diatas dan seterusnya
menjalankan sesi persekolahan 2021 secara terancang. Kerjasama tuan/puan dihargai dan disanjung
tinggi serta diiringi ucapan ribuan terima kasih.



KELAS GURU KELAS PEMBANTU
GURU KELAS
1 UiTM KAMSIAH YAAKUB VALERIE DAMIN
SABARUDDIN ABD
2 UKM JUATIH ESUN
GHANI
3 UMS HELINAH SHAMSUL OMAR
TINGGALANE SYDENE LABAT

4 USM NABILA FARHANA

5 UPM WAN FARIDAH YOUSUP TUANG

6 UM FAWZIZIAH LANI ESTHER TOIHIN







BIL SPI KENYATAAN

1 SPI Bil 1/1972 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar 1959
(Corporal Punishment Guru Besar ).

2 SPI Bil 5/1977 Tugas-tugas guru dalam cuti penggal (tidak melebihi separuh ).
3 SPI Bil 4/1984 1. Perhimpunan sekolah - Masa dan aturcara - Bukan tempat
untuk menjalankan hukuman memalukan.
4 SPI Bil 3/1981 2. Penggunaan waktu tidak mengajar /waktu luang
(Free Period) oleh guru adalah waktu bekerja.
5 SPI Bil 12/1988 3. Larangan menjalankan jualan terus di sekolah.
6 SPI Bil 8/1988 Keselamatan diri pelajar di sekolah.
7 SPI Bil 13/1988 4 . Pendaftaran murid / Pelajar Baru dan Hari Pertama

Persekolahan.
8 SPI Bil 1/1995 5 . Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikan Jasmani Dan

Kokurikulum.
9 SPI Bil 4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
10 SPI Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.
11 SPI Bil 12/1999 6 . Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Aktiviti yang

diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
12 SPI Bil 6/2000 7 . Menangani masalah keselamatan, dadah dan gangsterism.
13 SPI Bil 13/1998 8. Program membina minat membaca.
14 SPI Bil KP/KPPM/5(49) 9. Pakaian Guru Pendidikan Jasmani.
15 SPI Bil 3/1983& 8/1985 Pakaian murid
16 SPI Bil 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran .Rancangan

Pelajaran Tahunan - Rancangan Pelajaran Harian

‘Diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila di kehendaki
*penalti : Guru
tidak lebih RM5000.00/ 3 bulan penjara. Guru Besar RM 500.00 /3 bulan penjara .


















Click to View FlipBook Version