The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nimalavati0315, 2021-12-13 04:01:39

LAPORAN FILEM LEFTENAN ADNAN 2000

LAPORAN FILEM LEFTENAN ADNAN 2000

Keywords: Penghayatan Etika dan Peradaban

LAPORAN
FILEM LEFTENAN ADNAN

WIRA BANGSA

KOD & KURSUS MPU21032 & PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYRAH
JABATAN PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD
NAMA AHLI
KUMPULAN & NO. JKPK
MATRIK
1) KALAI MATHI A/P SHANMUGAM (33DCE19F1105)
PROGRAM 2) NIMALAVATI A/P GANESAN (33DCE19F1024)
KELAS 3) LOGAPRIYA A/P OTHAYAKUMAR (33DCE19F1016)
4) FATIN NADIAH BINTI MOHD FOZEY (33DCE19F1033)
5) NURUL NASUHA BINTI JAMIL (33DCE19F1015)
DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMA

DCE5A

ISI KANDUNGAN

No. Tajuk Muka surat
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Objektif 2
3.0 Tema 2
4.0 Nilai dan Pengajaran 2-3
5.0 Ulasan dan Cadangan 3-4
6.0 Penutup 4-5

i

1.0 Pengenalan

Novel yang kami kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. dalam
pertempuran dengan askar jepun, askar melayu menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota askar melayu, termasuk 7 pegawai
melayu dan 6 orang pegawai british yang dipinjamkan ke rejimen askar melayu telah
terkorban. Antara pegawai askar melayu yang terkorban itu adalah leftenan adnan bin saidi.
Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan
askar melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa. Novel Leftenan Adnan
bermula dengan kisah kehidupan Adnan semasa kecil. Pak Said dan Mak Miah
membesarkan tiga orang anakya iaitu adnan, ahmad dan amarullah. Pak said amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Dia mahu anak-anaknya berbakti kepada
bangsa, agama dan tanah air. Dia juga memastikan keturunannya demi keselamatan
keluarganya. Adnan bersekolah di Sekolah Inggeris. Adnan yang bercita-cita menjadi askar
akhirnya berjaya menjadi askar dalam satu temu duga di port dickson. Adnan menyertai
regimen askar melayu dan berkahwin dengan Sophia serta dikurniakan dua orang anak.
Adnan membawa keluarganya tinggal di Singapura. Pada tahun 1941 jepun mendarat ke
Tanah Melayu. Batalion kedua askar melayu tidak mampu membendung serangan jepun
dan mereka diarahkan berundur dari medan pertempuran. Perang dunia kedua telah
tercetus. Leftenan adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir
Panjang dan Bukit Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun
berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.

Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang
tentera jepun sehingga memaksa tentera jepun berundur. Kedatangan semula pasukan
tentera jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C
berjuang bermati-matian. Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar
melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak Askar
Melayu terkorban sedangkan tentera jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.
Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan. Tentera Jepun kemudiannya
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam
bertubi-tubi oleh setiap tentera jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur. Pada 15

1

Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.
Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah
sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.akhirnya Sophia
berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.

2.0 Objektif

Untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam diri masyarakat Malaysia terhadap
Malaysia.

3.0 Tema

Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan Tanah
Melayu daripada dijajah oleh tentera Jepun.

Leftenan Adnan berani menentang tentera Jepun dengan memimpin tentera Tanah
Melayu. Beliau memupuk semangat patriotik di antara tentera Tanah Melayu terhadap
Tanah Melayu. Walaupun tentera Jepun lebih ramai daripada tentera Tanah Melayu,
Leftenan Adnan tetap memimpin tenteranya menentang tentera Jepun tanpa mengundur
diri. Tentera Tanah Melayu sanggup berkorban dirinya untuk mendapatkan kebebasan
untuh tanah air mereka. Akhirnya, tentera Jepun terpaksa mundur akibat strategi Leftenan
Adnan menentang tentera Jepun.

4.0 Nilai dan Pengajaran

Salah satu nilai yang didapati dari Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah nilai
keberanian. Pengajaran yang dipelajari daripada novel tersebut ialah kita haruslah berjuang
untuk negara kita demi mempertahankan hak-hak kita sebagai warganegara. Misalnya,
moyang Leftenan Adnan yang pernah berjuang bersama Dol Said dengan menentang pihak
Inggeris di Naning pada tahun 1831. Hal ini demikian moyang Leftenan Adnan telah
mengambil risiko dengan berjuang bersama Dol Said walaupun mengetahui risikonya. Hal
ini kerana pihak yang menentang pihak Inggeris pada tahun 1831 ialah akan dilabel sebagai
penderhaka. Walaubagaimanapun, moyang Leftenan Adnan telah berjuang dengan Dol
Said untuk mempertahankan dasar cukai hasil tanaman sendiri pada tahun 1831. Kita

2

mestilah mengambil sejarah moyang leftenan adnan sebagai iktibar dan berkerjasama
antara satu sama lain ketika negara kita dalam situasi yang kritikal. Sebagai contoh, para
ahli ekonomi haruslah berjuang bersama dengan memikirkan sebuah idea yang proaktif
untuk menstabilkan keadaan ekonomi di Malaysia yang merundum sejak tahun 2019
disebabkan oleh virus bernama Covid -19. Para ahli ekonomi harus mencadangkan pihak
kerajaan untuk meminimumkan pelanggan yang boleh duduk dalam restoran, kedai runcit
dan lain-lain dan membuat perniagaan secara online untuk barang-barang ataupun “take
away” untuk makanan. Oleh sebab itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengambil
langkah efektif dengan berkerjasama dengan para ahli ekonomi dengan mematuhi
peraturan yang ditetapkan untuk memajukan ekonomi negara dan mengurangkan kes
COVID-19.

5.0 Ulasan dan Cadangan

Filem ini telah ditayangkan oleh penonton pada 31 Ogos 2000, bertepatan dengan sambutan
Hari Kemerdekaan Malaysia. Secara keseluruhannya, terdapat banyak penulisan umum
berkaitan industri perfileman Melayu yang dikategorikan kepada beberapa tema. Tema
ialah sejarah perkembangan industri hiburan, tema isu budaya, dan tema ketiga terdiri
daripada karya yang membincangkan filem dari sudut linguistik. Jika bahasa yang
digunakan berkesan dan mampu mempengaruhi jiwa masyarakat, maka tayangan filem
Melayu yang ditayangkan dapat memenuhi tanggung jawab sosialnya sebagai penyebar
informasi. Menurut Awang Sariyan (2006), retorika diartikan sebagai strategi bahasa yang
menekankan pada aspek keberkesanan hubungan antara pengarang dan pembaca. Oleh
karena itu, penelitian ini sangat penting untuk memberikan informasi tentang retorika yang
digunakan untuk mengesankan orang dalam penceritaan sesebuah filem.

Filem ini sebenarnya boleh menunjukkan agenda dalam kehidupan bermasyarakat dan
juga boleh mencipta pendapatan ekonomi negara. Sedikit sebanyak jalan cerita yang
dipaparkan akan mempengaruhi cara masyarakat berfikir. Contohnya, filem patriotik
membolehkan masyarakat memikirkan dan memahami sejarah serta perjuangan yang
berkaitan dengan mempertahankan maruah bangsa, negara dan agama. Aspek retorik filem
turut menyumbang kepada keberkesanan tayangan filem. Justeru, filem ini sebenarnya
memberi impak kepada pengajaran, pembelajaran dan pengalaman penonton. Secara
umumnya, retorik dalam bidang ini dapat menzahirkan semangat perjuangan dan

3

patriotisme melalui skrip yang baik dan berkesan. Transkripsikan keseluruhan skrip filem
untuk mendapatkan data berkaitan penyelidikan. Hasil penelitian menunjukkan bahwa
film-film Leftenan Adnan dapat secara efektif mewujudkan penggunaan retorika. Filem ini
juga memberikan gambaran umum tentang budaya dan sejarah suatu bangsa dan negara.
Penghayatan pesan nilai-nilai patriotisme sosial juga dapat disampaikan kepada penonton
dalam retorika yang jelas.

Penggerak melindungi negara daripada segala bentuk ancaman musuh yang cuba
memusnahkan kedaulatan dan kemerdekaannya. Menurut Kelman (1977), patriotisme
ditakrifkan sebagai idealisme atau sikap dan kepercayaan yang merujuk kepada keterikatan
dan kesetiaan peribadi. Menurut beliau patriotisme adalah ideologi atau sejumlah sikap dan
kepercayaan yang dibentuk bagi individu-individu mencurahkan taat setia dan kecintaan
pada negara. Oleh itu, pengarah filem kreatif boleh mendedahkan perkara ini dalam bentuk
seni lakonan. Justeru, dalam hal ini timbul isu penglibatan masyarakat dalam merancakkan
perjuangan negara merdeka. Semangat ini perlu dipupuk dalam diri anggota masyarakat
agar dapat menjaga negara sekiranya mempunyai unsur negatif. Ciri-ciri bahasa yang boleh
dipupuk ini dipersembahkan kepada masyarakat dalam bentuk filem.

6.0 Penutup

Secara Analoginya, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak perkara yang dapat
disimpulkan daripada novel Leftenan Adnan. Secara keseluruhannya, terdapat dalam nilai
dan pengajaran iaitu kita haruslah berjuang untuk negara kita demi mempertahankan hak-
hak kita sebagai warganegara. Berdasarkan nilai dan pengajaran yang diwujudkan oleh
Leftenan Adnan, hal demikian, jika diterapkan dalam diri kita, ia dapat melaksanakan
tanggungjawab dan obligasi masing-masing dengan baik untuk memacu pembangunan
negara. Secara tuntasnya, nilai keberanian yang di pupuk dalam diri Leftenan Adnan juga
harus dipuji. Beliau juga berani menghadap musuh negara bagi mempertahankan hak
negara. Seterusnya, Leftenan Adnan bersama-sama dengan askar melayu berjuang bermati-
matian sehingga titisan darah yang terakhiruntuk menentang tentera jepun walaupun tanpa
senjata. Sudah terang lagi bersuluh, kita mestilah berani untuk mempertahankan kedaulatan
negara kita.

4

Berdasarkan cambahan minda diatas, konklusi filem yang dapat dibuat ialah sukar untuk
dinafikan bahawa beliau seorang yang bijak. Hal ini menyebabkan Leftenan Adnan bijak
mengesan helah tentera jepun yang menyamar sebagai tentera india yang memakai turban
ketika menyerang askar melayu di Bukit Panjang. Sebagai contoh, kita hendaklah bijak
menggunakan akal fikiran ketika berhadapan dengan situasi genting agar dapat membuat
keputusan yang rasional. Natijahnya, masyarakat yang bijak dan masyarakan yang berani
haruslah dikekalkan serta diterapkan dalam diri supaya dapat menantang yang buruk dan
mempertahankan yang baik.

5


Click to View FlipBook Version