KOD & KURSUS POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
TAJUK MPU22042- BAHASA KEBANGSAAN A
PENULISAN
NAMA PENSYARAH: PUAN RAIHAN BINTI AHMAD
NAMA PELAJAR & NO. MATRIK: VISHALI A/P VERAN
(16DEM19F2006)
: RAMYASHAMILI A/P KESAVAN
(16DEM19F2007)
: DEVIKA A/P BASKARAN
(16DEM19F2009)
JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KELAS : DEM4A
SESI 1 : 2021 / 2022
ISI KANDUNGAN
BIL FORMAT TAJUK MUKASURAT
KARANGAN
BANJIR 3
1. BERITA-: 4
LAPORAN LAWATAN SAMBIL
2. LAPORAN:- BELAJAR KE PERPUSTAKAAN
AWAM KULIM.
3. SURAT KIRIMAN KUALITI MAKANAN DAN
RASMI PERKHIDMATAN YANG BAIK DI
KANTIN SEKOLAH
5
BERITA
PAHANG, 27 DISEMBER 2021
Satu kejadian banjir kilat yang telah melanda di beberapa bandar iaitu Kuala Sentul, Maran dan
Jerantut. Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai telah dinaiki air sedalam satu meter.
Menurut seorang penduduk di situ, Puan Siti Najwa binti Mansor mengatakan air mula menaik
pada pukul 5 petang. Seperti yang dikatakan hujan turun secara lebat selama 5 jam, ini
menyebabkan air melimpah kerana longkang tersumbat.
Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca utama
berlaku banjir. Semua longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat.
Selain itu, pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan tanah menjadi
lumpur kerana ia terus mengalir ke longkang.
Kejadian itu, mengakitbatkan banyak barangan keperluan rosak. Antaranya termasuklah
perabot, barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya. Semua penduduk menghadapi
kerugian yang besar .
Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir perlu
berpindah ke pusat pemindahan. Pihak berkuasa juga telah menyediakan beberapa pusat
pemindahan di beberapa kawasan. Di pusat tersebut mangsa-mangsa banjir dibekalkan
dengan makanan,pakaian dan selimut.
Selepas beberapa hari, banjir semakin surut. Semua mangsa dibenarkan untuk pulang ke
rumah masing-masing. Mereka terpaksa membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan
sampah sarap.
Pihak kerajaan negeri dan kerajaan memberi pelbagai jenis bantuan seperti wang tunai dan
makanan. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.
Semua mangsa banjir berasa amat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak
kerajaan. Mereka berharap banjir besar seperti tahun ini tidak akan berulang lagi.
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Awam Kulim.
Pada cuti penggal Sekolah Menengah Seri Keladi Kulim, telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Perpustakaan Awam Kulim,di Kedah.
Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 19 Mei 2020 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli
persatuan dan dua orang guru penasihat.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP iaitu
Dewan Bahasa Pustaka kita mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba
pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar. Sebelum bertolak, guru penasihat
kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di
sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolak dari sekolah.
Kami tiba di Perpustakan Awam Kulim tepat pada pukul 11.00 pagi. Rombongan kami
disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam. Beliau memberi penerangan tentang sejarah
penubuhan Perpustakaan dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang
bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah majalah Pelita
Bahasa keluaran DBP secara percuma.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di
bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP
sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan
bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita
Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi
beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila
timbul beberapa kemusykilan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara
buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas
dan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh
pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku
itu dijilid, disusun, dan sebagainya.
Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi
kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak
Perpustakaan itu. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula
bertolak keluar dari perkarangan Perpustakaan tersebut. Lawatan tersebut telah menimbulkan
banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku
bermutu keluaran Dewan Bahasa Pustaka. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan
rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.
Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar.
Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya
membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang
kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan
pengetahuan. Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami,
namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini
menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.
Dilaporkan oleh, 19 MEI 2020
YAASHWIAN
(YAASHWIAN A/L RAJASINGAM)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Seri Keladi Kulim
SURAT KIRIMAN RASMI 31 DISEMBER 2021
DEVIKA A/P BASKARAN,
SMK LUNAS,
09600 LUNAS, KEDAH.
EN RAMLAN BIN PARMIN,
PENGETUA
SMK LUNAS,
09600 LUNAS,
KEDAH.
Tuan,
Kualiti Makanan dan Perkhidmatan yang Baik Di Kantin Sekolah
Sebagai Ketua Pengawas kantin, saya ingin mengadu tentang kualiti makanan dan
perkhidmatan yang kurang baik oleh kantin sekolah kami.
2. Pertama sekali, terdapat beberapa aduan tentang kekurangan variasi dalam makanan.
Menunya sama setiap hari. Akibatnya, pelajar bosan dengan makanan yang sama. Pelajar juga
mengatakan bahawa makanan yang dihidangkan tidak enak dan sejuk. Makanan hendaklah
dimasak dan dihidangkan panas-panas. Tambahan pula, makanan yang dijual adalah tidak sihat.
Ada kalanya ia berminyak dan pada masa lain ia terlalu masin. Dalam jangka masa panjang
kesihatan kita akan terjejas kerana kita mungkin mengalami tekanan darah tinggi atau kolesterol
tinggi. Sesuatu perlu dilakukan tentang keadaan ini.
3. Saya juga menyedari bahawa makanan yang disediakan adalah keadaan yang tidak bersih.
Selalunya makanan yang dimasak dibiarkan tidak bertutup dan sayur-sayuran dibasuh di atas
lantai yang kotor. Baru-baru ini ramai pelajar telah jatuh sakit akibat keracunan makanan.
4. Selalunya kutleri, yang dikatakan pekerja telah dibasuh, berminyak. Ini hanya membuktikan
bahawa kutleri tidak dicuci dengan betul.
5. Beberapa orang pelajar mengadu bahawa pekerja kantin kurang ajar. Mereka menyalak
kepada pelajar tanpa sajak atau alasan. Di samping itu, pekerja tidak berhati- hati apabila
memulangkan wang. Pelajar sering berubah-ubah. Ini mesti berhenti.
6. Satu lagi kritikan saya terhadap pekerja ialah mereka tidak berpakaian dengan betul. Semasa
mengendalikan makanan, pekerja dikehendaki memakai apron, topi dan sarung tangan untuk
memastikan kebersihan sentiasa terjaga.
Kami berharap pihak pentadbiran sekolah akan menerima aduan kami dan mengambil tindakan
yang perlu secepat mungkin.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
DEVIKA
(DEVIKA A/P BASKARAN)