GAGAK DAN MERAK GAGAK DAN MERAK
Pada suatu masa dahulu, di sebuah negeri, semua haiwan berwarna putih termasuklah burung gagak dan merak.
Mereka berdua bersahabat baik. Ke mana sahaja pergi, pasti bersama.
Pada suatu hari, gagak terbang ke arah merak. Dia ternampak seorang lelaki sedang mengecat rumah dengan warna yang cantik.
Lantas, dia menceritakan hal tersebut kepada merak. Merak yang sedang mencari makanan sebagai alas perut terus berasa teruja dan mengajak gagak ke rumah itu.
Setibanya di situ, mereka mengintai orang yang mengecat rumah itu. Orang itu telah tiada, tetapi cat yang digunakan masih ada.
Tanpa membuang masa, merak dan gagak pun pergi ke tempat cat itu untuk mengecat bulu meraka. Mula-mula, gagak mewarnakan bulu merak dengan warna merah, biru dan hijau.
Setelah selesai, mereka kelihatan cantik lalu timbul rasa iri hati dalam dirinya. Dia tidak mahu gagak turut kelihatan cantik sepertinya.
Tiba giliran gagak diwarnakan. Dengan rasa dengki dan iri hati, merak pun mencurahkan cat hitam ke bulu gagak yang malang.
Merak pun terus melarikan diri. Alangkah terkejutnya gagak apabila melihat dirinya berwarna hitam. Dengan perasaan sedih, gagak pun mencari merak sambil memanggilnya.
Kini, merak menjadi haiwan yang paling cantik di dalam hutan. Meskipun gagak yang mewarnakan bulunya menjadi cantik, tetapi merak seorang yang muka tembok dan mengatakan bahawa dia sememangnya cantik sejak lahir.