The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 邱立铭, 2022-12-26 10:07:55

Kerja Lapangan GEO

Kerja Lapangan GEO

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN:
(TAMAN DATO PENGGAWA BARAT)

DISEDIAKAN OLEH:

QUEE LI MING

TINGKATAN:

2 SAPPHIRE

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

/12/2022

BIL. KANDUNGAN MUKASURA
T

1. PENGHARAGAAN 1
2-4
2. PENDAHULUAN 5

3. OBJEKTIF KAJIAN 7
8
KAJIAN KES 9-10

4. KAWASAN KAJIAN

5. KAEDAH KAJIAN

6. HASIL KAJIAN
i. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau

ii. Mengenal pasti tiga (3) jenis dan contoh Teknologi Hijau
yang terdapat di Taman Dato Penggawa Barat.

iii. Menyeraikan empat (4) kepentingan Teknologi Hijau

iv. Menghuraikan empat (4) punca amalan Teknologi Hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan seharian

v. Mencadangkan empat (4) langkah-langkah atau strategi
yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan Teknologi
Hijau yang sesuai

7. RUJUKAN 11
8. RUMUSAN 12
9. LAMPIRAN 13-16

1.0 .PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya,
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN atas segala bimbangan, tunjuk ajar, tegusan dan
nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas
saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang
telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-
maklumat tentang amalan teknologi hijau di kawasan kajian yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya
kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.

Sekian, terima kasih.

2.0. PENDAHULUAN

Saya,Quee Li Ming merupakan pelajar Tingkatan 2 di SEKOLAH MENEGAH
KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL Johor Bahru. Saya telah memilik tajuk amalan taknologi
hijau kerana tajuk ini memudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan
serta membuat rujukan daripada laman sesawang dan juga buku-buku yang berkaitan.

Kawasan kajian ialah di Taman Dato Penggawa Barat, Johor Bahru, Johor kerana ianya
merupakan kawasan tempat tinggal saya.

Saya menggunakan tiga (3) kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik dan
kaedah rujukan. Saya mengambil masa selama tiga (3) minggu untuk menyiapkan kerja
lapangan saya.

Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini:

Bil. Tarikh Perkara Catatan
Bincang dalam
1. 05/12/2022 i. Menerima taklimat dan tugasan kerja kelas.
lapangan Geografi daripada guru mata
pelajaran. Bincang dalam
kelas.
ii. Berbincang dengan guru bentuk dan
pelaksanaan yang hendak dilakukan. Buat sendiri.

2. 06/12/2022 Pemilihan tajuk kerja lapangan --- Amalan
Teknologi Hijau

i. Merangka perancangan dan jadual kerja
mengenai aktiviti yang hendak dilakukan.

ii. Membuat catatan untuk melaksanakan
tugasan yang diberikan dengan betul.

3. 07/12/2022 i. Mencari maklumat berkenaan amalan
teknologi hijau dalam akhbar, buku-buku
rujukan Geografi dan buku teks.

ii. Melayari internet untuk mendapatkan
lebih banyak maklumat.

4. 10/12/2022 Pergi ke tempat kajian. Buat sendiri.

i. Membuat pemerhatian ke atas kawasan
kajian.

ii. Mengambil gambar jenis-jenis amalan
teknologi di kawasan kajian.

5. 14/12/2022 Merekodkan kajian Buat sendiri.

i. Menyenaraikan maklumat yang diperolehi
semasa membuat pemerhatian di kawasan
kajian.

6. 15/12/2022 Menulis pendahuluan dan penghargaan. Buat sendiri.

7. 18/12/2022 Membuat soal selidk menggunakan aplikasi Buat sendiri.
“Google Form”.

8. 20/12/2022 Memberikan soalan selidik kepada penduduk Buat sendiri.
kawasan kajian.

9. 22/12/2022 Mengumpul dan membuat penulisan Buat sendiri.
berdasarkan kepada semua jawapan
daripada soalan selidik.

i. Membuat Analisa daripada data yang
diperolehi daripada “google form” yang telah
diberikan kepada penduduk kawasan kajian.

ii. Menghasialkan bahan grafik yang sesuai
sama ada graf/carta berdasarkan data yang
diperolehi.

iii. Menulis hasil kajian yang diperolehi.

10. 26/12/2022 Menghantar kerja lapangan. Buat sendiri.

3.0. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat di sekitar Taman Dato Penggawa Barat, Johor Bahru, Johor
bertujuan untuk:

3.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau

3.2 Mengenal pasti tiga (3) jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman
Dato Penggawa Barat.

3.3 Menyeraikan empat (4) kepentingan Teknologi Hijau

3.4 Menghuraikan empat (4) punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian

3.5 Mencadangkan empat (4) langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai

Kajian Kes

--------------------------------------
Taman Dato Penggawa Barat
--------------------------------------

4.0. KAWASAN KAJIAN
Kawasan Taman Dato Penggawa Barat terletak di bahagian tenggara Johor. Lingkungan
kawasan kajian saya adalah lebih kurang 116,186.06 m². Pandang darat fizikal kawasan
ini ialah rumput dan pokok. Pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini pula
ialah petempatan, jalan raya dan banyak lagi.

Peta 1: Peta Daerah Negeri Johor

Peta 2: Peta Lokasi Kawasan Kajian

5.0. KAEDAH KAJIAN
Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting dalam menghasilkan kajian
yang lengkap dan tepat. Melalui kaedah kajian, sesuatu maklumat berkaitan tajuk
kajian akan diperolehi dengan mudah dan lengkap. Antara kaedah yang saya gunakan
dalam menjalankan kajian ini ialah: -

5.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang paling mudah dan cepat.
Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang petempatan di
kawasan kajian saya. Saya telah melawat kawasan kajian saya untuk mengenal
pasti jenis-jenis amalan teknologi hijau yang terdapat di sini.

5.2 Soal Selidik
Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat dengan mengedarkan
borang soal selidik menggunakan ‘google form’ kepada penduduk setempat untuk
mengenal pasti bilangan yang melakukan Amalan Teknologi Hijau di rumah
masing-masing atau di kawasan tempat tinggal mereka.

5.3 Rujukan
Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat rujukan daripada
laman web, buku, majalah, keratan akhbar dan lain-lain dan kaedah ini merupakan
kaedah yang paling sesuai bagi orang yang baru seperti saya dalam menjalankan
kajian lapangan ini.

6.0. HASIL KAJIAN
6.1 Konsep dan definisi Teknologi Hijau

6.1. 1 Wikipedia
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar
untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif
kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia.
6.1.2 Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

6.2 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau
A) Penjimatan tenaga
Contohnya, menggunakan pencahayaan semula jadi semasa waktu siang serta
menutup suis dan cabut plag peralatan elktrik yang tidak digunakan.
B) Penjimatan air
Contohnya, menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci kereta,
halaman rumah dan menyiram tumbuhan.
C) Landskap
Contohnya, menanam pokok-pokok bunga di persekitaran rumah.

6.3 Kepentingan Teknologi Hijau
A) Menjana tenaga.
B) Meningkatkan kualiti hidup.
C) Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.
D) Mengurangkan peningkatan suhu.

6.4 4 punca dan langkah-langkah
A) Punca kualiti udara dirosotkan
Langkah-
Menggunakan kereta hibrid.
Menanam lebih banyak pokok-pokok bunga.
B) Punca sisa yang merata-rata tempat
Langkah-
Meminimumkan penggunaan peralatan pakai buang untuk mengurangkan sisa
pepejal.
C) Punca kos elektrik meningkat
Langkah-
Memasang panel solar.
D) Punca pengangkutan yang akan mencemarkan udara
Langkah-
Mengamalkan penggunaan pengangkutan awam atau perkongsian kenderaan.
Menggalakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki ke sekolah atau pejabat
mengikut kesesuaian.

7.0. RUJUKAN
8.1 Internet

https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

8.2 Buku Teks
Buku Teks Geografi Tingkatan 2

8.0. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya mendapati
beberapa amalan teknologi hijau di kawasan Taman Dato Penggawa Barat, Johor Bahru,
Johor. Antaranya ialah banyak menanam pokok-pokok bunga di sekeliling rumah,
membuka cermin untuk penggunaan pencahayaan semula jadi semasa siang dan lain-
lain. Kajian ini juga membantu saya memahami kesan-kesan yang tidak mengamalkan
amalan teknologi hijau. Contohnya, kualiti udara akan dirosotkan, sisa yang merata-
rata tempat dan sebagainya.

Dengan itu saya berharap kesan-kesan negatif di Taman Dato Penggawa Barat dapat
digurangkan dan akan menjadi lebih baik pada masa yang akan datang.

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe-
rWJ4JUqmAAFUAeSUieKSPVu6bM5HmLj9KcX787WfMK1v-A/viewform?usp=sf_link

ANALISA YANG DIPEROLEHI DARIPADA SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
YANG DIEDARKAN KEPADA 15 RESPONDEN

Bahagian A:
LATAR BELAKANG RESPONDEN



Bahagian B:
JENIS-JENIS AMALAN TEKNOLOGI HIJAU


Click to View FlipBook Version