1 Universiti Sultan Zainal Abidin
2 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 5 MAKLUMAT KORPORAT 23 BICARA SEKAPUR SIREH 29 BAB 1 PELAN STRATEGIK UniSZA 2020-2022 39 BAB 2 GRADUAN HOLISTIK BERCIRI KEUSAHAWANAN, KESUKARELAWANAN DAN SEIMBANG 61 BAB 3 AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN 91 BAB 4 PEMANTAPAN TADBIR URUS 99 BAB 5 KECEMERLANGAN BAKAT 109 BAB 6 KERJASAMA DAN HUBUNGAN LUAR 117 BAB 7 PENYELIDIKAN DAN INOVASI 129 BAB 8 PENERBITAN 135 BAB 9 INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN 155 BAB 10 KAMPUS LESTARI 163 BAB 11 WAKAF, KEBAJIKAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN 173 BAB 12 ANALISIS KEWANGAN 179 PENYATA KEWANGAN
3 Universiti Sultan Zainal Abidin
4 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 GEMINIDS METEOR SHOWER Balai Cerap KUSZA-UniSZA
5 Universiti Sultan Zainal Abidin MAKLUMAT KORPORAT
6 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 BULAN DAN BINTANG Melambangkan kebesaran Islam yang menjadi junjungan, pegangan dan cara hidup warga UniSZA PERISAI Bermaksud pertahankan Islam dan ilmu bagi mengekalkan UniSZA menjadi khazanah gedung ilmu yang terunggul dan dirujuk KITAB Membawa maksud penerokaan dan penyebaran ilmu demi kegunaan sejagat berdasarkan kepada Kalamullah yang bersifat suci, bersih, bertamadun serta kesesuaian penggunaannya di sepanjang zaman UNSUR BUNGA GEOMETRIK (CORAK ARABESQUE) Merupakan kesinambungan daripada logo KUSZA terdahulu yang diolah semula selari dengan peredaran zaman dan merupakan corak asas seni bina Islam. Gabungan bentuk lapan kelopak ini melambangkan teras perpaduan dan integriti masyarakat UniSZA. Lapan bucu bintang melambangkan lapan nilai murni yang diterapkan di UniSZA yang menjadi garis panduan hidup untuk berjaya di dunia dan akhirat. Nilai-nilai murni tersebut ialah Ilmu, Iman, Amal, Syaja’ah, Qana’ah, Istiqamah, Toleransi dan Muafakat HITAM Melambangkan keteguhan dan ketegasan PUTIH Melambangkan kesucian, bersih, jujur dan tulus WARNA KUNING Melambangkan kemuliaan, kemegahan dan kebijaksanaan KELABU Melambangkan keseimbangan BUNGA PAGI Melambangkan asas budaya Melayu yang subur serta menggambarkan institusi ilmu yang bernaung di bawah Raja Berdaulat dan baginda ditaati sepanjang masa IKATAN TIGA DI BAWAH BUNGA PAGI Melambangkan ikatan perpaduan antara tiga kaum yang utama di Malaysia
7 Universiti Sultan Zainal Abidin FALSAFAH VISI MISI MOTO Menjadi Peneraju Kepada Universiti Islam Integrasi Kontemporari Membentuk insan holistik menerusi pendidikan cemerlang dan penyelidikan berimpak tinggi berasaskan pengalaman pintar untuk melestrasikan masyarakat. Ilmu Demi Faedah Insan Integrasi Kecemerlangan Islam dan Kontemporari demi Manfaat Ummah BIDANG TUJAHAN Pertanian Lestari Peradaban Islam Sains Kesihatan NILAI TERAS Amal Ilmu Iman Akhlak
8 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 CANSELOR
9 Universiti Sultan Zainal Abidin KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH NUR ZAHIRAH D.K., D.M.N., S.S.M.Z.,S.S.M.T., D.K (Kedah) Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand) Sultanah Terengganu
10 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 YBHG. TAN SRI DATO’ DR. MOHD YUSOFF BIN HJ. MD NOR P.S.M., J.M.N., K.M.N., P.P.T., S.S.A.P., D.S.S.A., S.P.M.T., P.P.M.T. PRO CANSELOR
11 Universiti Sultan Zainal Abidin PRO CANSELOR YANG MULIA TUNKU DATUK NOORUDDIN BIN TUNKU DATO’ SERI SHAHABUDDIN P.S.D.
12 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 YBHG. TAN SRI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH PENGERUSI LPU
13 Universiti Sultan Zainal Abidin YBHG. PROFESOR DR. FADZLI BIN ADAM NAIB CANSELOR
14 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Canselor Naib Canselor Pengarah Kampus Besut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Bendahari Pro Canselor Lembaga Pengarah Universiti Perpustakaan Al-Watiqhu Billah Unit Audit Dalam Unit Risiko Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti Pusat Pengurusan Harta Benda Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan Pusat Islam UniSZA Penerbit UniSZA Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian Pusat Pembangunan Holistik Pelajar Pusat Pengurusan Makmal Berpusat Pusat Sukan dan Rekreasi Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Pusat Kesenian dan Warisan Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam Pusat Alumni Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri Pejabat Wakaf dan Endowmen Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin Pusat Pengurusan Bakat & Latihan Pusat Antarabangsa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) CARTA ORGANISASI
15 Universiti Sultan Zainal Abidin Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan Pendaftar Fakulti Sains Sosial Gunaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti Perubatan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Fakulti Informatik dan Komputeran Fakulti Farmasi Fakulti Undang-Undang, dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Fakulti Biosumber dan Industri Makanan Fakulti Sains Kesihatan Pusat Pengajian Siswazah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Penasihat Undang-Undang
16 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI Wakil Kementerian Pengajian Tinggi Wakil Senat Wakil Swasta Naib Canselor UniSZA Wakil Masyarakat Wakil Swasta Wakil Berpengetahuan dan Berpengalaman Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA Wakil Kementerian Kewangan Malaysia Wakil Swasta Wakil Alumni YBhg. Tan Sri Che Khalib bin Mohamad Noh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam YBhg. Puan Roslinda binti Ulang YBhg. Prof. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil YBhg. Dato’ Yusoff bin Muhamad YBhg. Datuk Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor YBhg. Dr. Apli bin Yusoff YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee YBhg. Senator Dato’ Haji Hussain bin Awang
17 Universiti Sultan Zainal Abidin Pengarah Kampus Besut Pendaftar Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Menjalankan Fungsi Bendahari Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Naib Canselor Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan Penasihat Undang-Undang Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam YBrs. Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman YBrs. Encik Ismail bin Musa YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas YBrs. Encik Suhaili bin Mohd YBhg. Dato’ Prof Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din YBrs. Encik Mohd Fuad bin Husaini YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Ghazak PENGURUSAN TERTINGGI
18 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) YBhg. Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) YBrs. Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman Pengarah Pejabat Pengarah Kampus Besut YBrs. Dr. Nooraihan binti Ali Menjalankan Tugas Dekan Pusat Pengajian Siswazah YBrs. Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi YBrs. Prof. Ts. Dr. Saiful Bahri bin Mohamed Dekan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi YBrs. Prof. Madya Dr. Mazuri binti Abd. Ghani Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan YBrs. Prof. Madya Dr. Nazli bin Ismail @ Nawang Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa SEKSYEN 22(1)(B) PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN SEKSYEN 22(1)(C) PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN YBrs. Prof. Dr. Ahmad Puad bin Mat Som Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Khamsah Suryati binti Mohd Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid bin Awang Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran YBrs. Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff Dekan Fakulti Perubatan YBrs. Prof. Dr. Sakinah binti Harith Dekan Fakulti Sains Kesihatan YBrs. Prof. Dr. Lua Pei Lin Dekan Fakulti Farmasi YBhg. Prof. Madya To’ Puan Dr. Nizaita binti Omar Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan YBrs. Prof. Madya Dr. Zarina binti Mohamad Pengarah Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian YBrs. Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany Pengarah Pusat Perancangan Strategik, dan Pengurusan Sistem Kualiti YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor binti Wan Shamsuddin Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik YBrs. Prof. Ts. Dr. Mokhairi bin Makhtar Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan PENGERUSI YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam Naib Canselor AHLI SENAT
19 Universiti Sultan Zainal Abidin YBrs. Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol Pengarah Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan Pelaburan dan Jaringan Industri YBrs. Prof. Dr. Hafizan bin Juahir Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur YBrs. Prof. Madya Dr. Adel M Abdulaziz al-Geriani Pengarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam YBrs. Dr. Wan Hishamudin bin Wan Jusoh Pengarah Penerbit UniSZA YBrs. Prof. Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud Pengarah Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan Encik Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee Pengarah Pusat Antarabangsa YBrs. Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawanan dan Jaringan Pintar YBrs. Dr. Akila bin Mamat Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar YBrs. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif Pengarah Hospital Pengajar UniSZA YBrs. Ts. Dr. Zarizal bin Suhaili Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat SEKSYEN 22(1)(D) PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN YBrs. Prof. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam YBrs. Prof. Dr. Abdul Rahim Wong Fakulti Perubatan YBrs. Prof. Dr. Nyi Nyi Naing @ Syed Hatim Noor Fakulti Perubatan YBrs. Prof. Dr. Col (B) Wan Pauzi bin Wan Ibrahim Fakulti Perubatan YBrs. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan YBrs. Prof. Dr. Nasir bin Mohamad Fakulti Perubatan YBrs. Prof. Dr. Zainudin bin Awang Fakulti Perniagaan dan Pengurusan YBrs. Prof. Ts. Dr. Marzuki bin Ibrahim Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi SEKSYEN 22(1)(E) PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN YBrs. Prof. Madya Dr. Nalini A/P Arumuragam Fakulti Biosumber dan Industri Makanan AHLI EX-OFFICIO: Encik Suhaili binti Mohd Menjalankan Fungsi Bendahari Puan Norulhuda binti Makhtar Menjalankan Fungsi Ketua Pusatakawan Encik Mohd Fuad bin Husaini Penasihat Undang-Undang
20 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam Naib Canselor YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff bin Abd Ghadas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Encik Ismail bin Musa Pendaftar Encik Suhaili bin Mohd Bendahari Encik Mohd Fuad bin Husaini Penasihat Undang-Undang Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman Pengarah Pejabat Pengarah Kampus Besut Encik Muzafar bin Mohd Din Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM) YBrs. Dr. Nooraihan binti Ali Menjalankan Tugas Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) YBrs. Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) YBrs. Prof. Ts. Dr. Saiful Bahri bin Mohamed Dekan Fakulti Reka Bentuk Inovasi dan Teknologi (FRIT) KETUA-KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB YBrs. Prof. Madya Dr. Mazuri binti Abd. Ghani Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaa (FPP) YBrs. Prof. Madya Dr. Nazli bin Ismail @ Nawang Dekan Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) YBrs. Prof. Dr. Ahmad Puad bin Mat Som Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Khamsah Suryati binti Mohd Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid bin Awang Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) YBrs. Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff Dekan Fakulti Perubatan (FP) YBrs. Prof. Dr. Sakinah binti Harith Dekan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) YBrs. Prof. Dr. Lua Pei Lin Dekan Fakulti Farmasi (FF) YBrs. Prof. Madya Dr. To’ Puan Dr. Nizaita binti Omar Pengarah Fakulti Pengajian Umum Pendidikan Lanjutan (FUPL) Puan Norulhuda binti Makhtar Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) Encik Ir. Mohd Hassan bin Ahmad Pengarah Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB) YBrs. Prof. Madya Dr. Zarina binti Mohamad Pengarah Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR)
21 Universiti Sultan Zainal Abidin YBrs. Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany Pengarah Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Sistem Kualiti (SPaQM) YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor binti Wan Shamsuddin Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik (COMAE-i) YBrs. Prof. Ts. Dr. Mokhairi bin Makhtar Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) YBrs. Prof. Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud Pengarah Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) YBrs. Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol Pengarah Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri (P4P) YBrs. Prof. Dr. Hafizan bin Juahir Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) YBrs. Prof. Madya Dr. Adel M Abdulaziz Al Geriani Pengarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) Encik Shamree bin Indanan Menjalankan Fungis Pengarah Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) YBrs. Dr. W. Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail Pengarah Keloj Kediaman dan Kesihatan Pelajar (KKKP) YBrs. Prof. Madya Dr. Engku Muhammad Tajuddin B. Eng. Ali Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen (WAKAF) YBrs. Dr. Wan Hishamudin bin Wan Jusoh Pengarah Penerbit UniSZA YM Syed Mohd Azmi bin Syed Ab.Rahman Pengarah Pusat Alumni (PA) Encik Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee Pengarah Pusat Antarabangsa (IC) YBrs. Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) Encik Mohd Sayuti bin Yahya Pengarah Pusat Islam (PI) YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT) YBrs. Prof. Madya Dr. Sahar Sa’di bin Hashim Pengarah Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) YBrs. Dr. Akila bin Mamat Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) YBrs. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif Pengarah Hospital Pengajar UniSZA YBrs. Ts. Dr. Zarizal bin Suhaili Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) Encik Riduan bin Mohamed Arof Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) Encik Abdul Hadi bin Nayan Ketua Unit Audit Dalam UniSZA (UAD) Encik Baharin bin Salim @ Abdullah Ketua Unit Risiko (UR)
22 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022
23 Universiti Sultan Zainal Abidin BICARA SEKAPUR SIREH
24 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Limpah syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas segala kurnian-Nya, UniSZA sekali lagi berjaya menerbitkan buku Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UniSZA 2022. Lembaga Pengarah Universiti (LPU), amat yakin dan optimis dengan kemampuan UniSZA untuk mempersadakan kedudukannya sebagai salah sebuah universiti terbaik di Malaysia. Pengalaman lalu, kemampuan kini dan keazaman yang tinggi adalah sebaik-baik taruhan untuk warga Abidin mempersadakan moto sucinya ‘Ilmu Demi Faedah Insan’. Sebagai sebuah Universiti Islam Integrasi Komprehensif (UNIK), UniSZA amat komited untuk merealisasikan Dasar Pendidikan Tinggi Nasional. Ini terbukti dengan kejayaannya merealisasikan objektif Pelan Strategik UniSZA 2020-2022 (Graduan Kalis Masa Hadapan, Wira Komuniti, Penyelidikan Kelas Dunia dan Universiti Tersohor di Peringkat Global) dari masa ke semasa. LPU dengan ini mengucapkan syabas di atas perancangan, pendekatan dan usaha yang dilakukan oleh UniSZA demi melonjakkan kebitaraannya. Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UniSZA 2022 ini, melaporkan pencapaian gemilang meski dunia masih dibayangi trauma pandemik Covid-19. Berbekalkan daya fikir yang positif, UniSZA berjaya menjadikan pandemik Covid-19 sebagai ‘booster’ yang meransang proses digitalisasi pendidikan di daerah ini. Bahkan ia bersedia untuk menjadi sebuah universiti yang kalis masa depan. Inilah rahmah di sebalik musibah. Peluang di sebalik halangan. Amnya prestasi pendapatan dan perbelanjaan UniSZA sepanjang tahun 2022 adalah stabil. Strategi dan tindakan yang diambil merangkumi langkah penjanaan pendapatan dan perbelanjaan berhemah menunjukkan UniSZA proaktif menyahut seruan Pelan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 agar institusi pendidikan tinggi bergerak secara lebih mandiri. Justeru tidak hairanlah dalam suasana ekonomi yang suram UniSZA tetap rancak dengan pelbagai perancangan mahupun pelaksanaan. Bahkan sebagaimana biasa, ia tidak berkira untuk membantu golongan BICARA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI Sekapur Sireh
25 Universiti Sultan Zainal Abidin yang berkeperluan, khasnya golongan B40. Antara inisiatif yang dibuat adalah dengan melupuskan hutang yuran pengajian, membekalkan sejumlah peranti kepada siswa, menyediakan menu Keluarga Malaysia dan lain-lain lagi. InsyaAllah resmi berbudi warga sendiri dan komuniti sekitar akan diteruskan lagi di era pasca Covid-19 ini. UniSZA, dilihat sudah memulakan usahanya untuk melakukan ‘lompatan saujana’ dengan meneruskan tradisi pembelajaran sepanjang hayat dan gagasan Flexible Education With Soul (FlexS) yang diwarisinya. Ini diterjemahkan oleh UniSZA dalam usahanya menyahut seruan Kementeri Pendidikan Tinggi, agar memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar di UniSZA melalui inisiatif Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) dan Micro Credential (MC). Insyaallah UniSZA sedang berada dalam landasan yang betul untuk terus melonjakkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi pilhan antarabangsa yang tersohor. Begitupun UniSZA tidak berpuas hati dengan pencapaiannya ini. Ia perlu bergerak lebih pantas kerana dunia pendidikan tinggi global dan teknologi maklumat sedang menuju ke era Revolusi Industri 5.0. Revolusi Industri 4.0 seolah sedang mengucapkan ‘sayonara’nya. Trafik perjalanan ilmu global makin rancak. Walaupun Malaysia telah lama menjadi destinasi pendidikan tinggi, tapi kini mula ditinggalkan oleh negaranegara yang mempunyai visi pendidikan yang lebih radikal. UniSZA sebagai contoh harus mempunyai perancangan pemasaran untuk menarik seramai mungkin pelajar dan bakat dari Afrika, Timur Tengah, bahkan Asia Tengah. Sebenarnya kita telah bermula tetapi perlu lebih menyala. Dalam masa yang sama, UniSZA tidak boleh berkira-kira untuk meransang mobiliti bakat-bakatnya untuk menyeberangi benua mencari kebijaksanaan sejagat, sekaligus menjadi duta yang berani memasarkan kearifan setempat di peringkat antarabangsa. Sebagai komiti yang dipertanggungjawabkan menganggotai Lembaga Pengarah Universiti, kami penuh yakin seraya sentiasa mendukung aspirasi UniSZA untuk menjadi sebuah Universiti Integrasi Islam Komprehensif yang terunggul. Namun ia bukan hasrat mudah, ia perlu dilakukan dengan terancang dan teliti. Demi merealisasikan kecemerlangan ini pihak pengurusan tertinggi UniSZA harus mengamalkan ‘Good Governance” secara konsisten dan saksama. Justeru ia harus diyakini oleh warganya dan masyarakat awam sebagai ‘qudwah hasanah’ yang berani melaksanakan transformasi secara berhemah berbekalkan nilai tinggi ‘ikhlas, integriti, istiqamah dan inovatif’. Jika ini berlaku, warganya akan bergerak sederapselangkah dengan memaknakan seribu barakah. Insyaallah, pada tahun-tahun mendatang UniSZA mampu melakukan pecutan lestari - terbang tinggi menggapai rahmah Ilahi, bersama-sama menjayakan Gagasan Masyarakat Madani. Akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jentera Universiti yang dipimpin oleh Naib Canselornya, YBhg Prof. Dr. Mohd Fadzli bin Adam. Semua tanpa terkecuali daripada Pengurusan Tertinggi UniSZA, ahli-ahli Senat, para pegawai, staf akademik, staf pelaksana dan semua warga ‘Dataran Abidin’ atas sumbangan dalam menjayakan segala misi, program dan aktiviti UniSZA sepanjang tahun 2022. Saya dan ahli Lembaga Pengarah Universiti dengan sekudus nurani mendoakan agar UniSZA terus gemilang seraya mengucapkan ucapan setulus hati “ Terima kasih daun keladi, sama berjariah menerus budi’. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YBhg. Tan Sri Che Khalib bin Mohamad Noh
26 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, ke hadrat Allah S.W.T kita panjatkan syukur. Dialah jua melimpahkan rahmat untuk disempurnakan penerbitan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan UniSZA 2022 ini. Inilah refleksi dan bukti kepada usaha jerih serta hasil komitmen setiap warganya, sekaligus lakaran ‘road map’ untuk UniSZA bergerak ke hadapan merealisasikaan misi dan visinya sebagai sebuah Universiti Islam Integrasi Komprehensif (UNIK), Setahun berlalu, pelbagai kejayaan diraih demi memastikan UniSZA bergerak sebagai ‘Universiti Rakyat’. Antaranya dengan membuka peluang lebih besar kepada masyarakat melalui inisiatif Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) dan Micro Credential (MC) . Kerjasama strategik dilaksanakan dengan institusi kewangan, filantropi dan industri demi mendanai pelbagai bentuk bantuan kepada komuniti dan golongan yang memerlukan khasnya B40 termasuklah dengan mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar yuran pengajian universiti. Sepanjang 2022 juga UniSZA terus unggul dengan meraih pelbagai geran penyelidikan serta jalinan industri pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Ia diikuti dengan penghasilan penerbitan dan inovasi untuk dimanfaatkan seraya mempersadakan BICARA NAIB CANSELOR Sekapur Sireh UniSZA ke tahap universiti berkelas dunia. Ini berjalan serentak dengan proses berterusan transformasi bakat UniSZA di bidang akademik mahu pun pengurusan. Sebagai contoh, seramai 17 (tujuh belas) staf berpotensi dalam Tabung Bakat UniSZA dikenalpasti untuk diprofilkan oleh Higher Education Leadership Academy (AKEPT). Pencapaian ini membuktikan bahawa UniSZA meneruskan tradisi ilmu yang membangunkan ‘manusia dan pengetahuan’ seiringan.
27 Universiti Sultan Zainal Abidin Dalam masa yang sama, UniSZA turut merancakkan lagi pembangunan infrastuktur dan infostrukturnya untuk muncul sebagai “wireless campus’ yang sememangnya adalah tuntutan kepada realiti pendigitalan sejagat. Ini memerlukan komitmen setiap warganya sama ada pada peringkat pengurusan, akademik mahupun mahasiswa untuk lebih ‘berani berevolusi’ memanfaatkan cabaran peradaban ‘kecerdikan buatan’ yang kian mara. Ini adalah cabaran buat seluruh warganya, tiada yang terkecuali. Justeru keperluan untuk mengembeling ‘semangat kebersamaan’ warga ‘Dataran Abidin’ pada era ini lebih mendesak daripada era-era yang berlalu. Alhamdulillah, apa yang dicapai setakat ini adalah sejajar dengan ‘Pelan Strategik UniSZA’. Begitupun beberapa perubahan drastik yang berlaku memerlukan untuk kita tampil lebih fleksibel dan dinamik termasuklah menyemak semula teras pelan strategik yang ada. Apatah lagi dengan mengambiil kira 11 agenda utama Kementerian Pendidikan Tinggi sebagaimana yang disuarakan dalam perutusan Yang Amat Berhormat Menteri Pendidkan Tinggi Malaysia. Akhir kata, saya dengan penuh taazim mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Lembaga Pengarah Universiti, pegawai utama universiti, ahli Senat, pegawai kanan, staf akademik, staf pentadbiran, dan seluruh warga UniSZA atas segala usaha dan pengorbanan. Bersama senafas mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. Alhamdulillah. Marilah kita teruskan gema kebersamaan yang sudah sekian lama kita nikmati : Bahtera sudah tersedia di pelabuhan Angin dingin mualat bertiupan Layar meriah gah berkibaran Arah darat seiya ditentukan Menunggu pakat dayung di tangan Dengan Basmalah.., ayuh! Kita teruskan “Ilmu Demi Faedah Insan” Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Profesor Dr. Fadzli bin Adam
28 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022
29 Universiti Sultan Zainal Abidin 1 BAB PELAN STRATEGIK UniSZA 2020-2022
30 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2020-2022 telah dilancarkan pada 1 Mac 2020. Ia mencerminkan semangat dan kesungguhan UniSZA untuk memperkasa aktiviti yang dimuatkan dalam PSU agar selaras dengan ekosistem pendidikan tinggi negara. Pelan strategik ini disusun berlandaskan empat Objektif Strategik (Strategic Objectives) dan 13 Objektif Operasi (Operational Objectives). Masing-masing berperanan sebagai paksi utama dalam merangka langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Objektif strategik ini bertujuan memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti dalam agenda PSU 2020-2022 dengan berfokus kepada pemantapan struktur dan kualiti pengurusan universiti, peningkatan kualiti penyelidikan dan inovasi, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memperkasakan hubungan antara universiti dengan komuniti sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Empat Objektif Strategik yang menjadi landasan utama PSU 2020-2022 digambarkan dalam Rajah 1.1. PSU ini dapat memperkukuh keternampakan dan kedudukan UniSZA dalam arena pendidikan tinggi serta membawa impak positif kepada masa depan universiti dan komuniti. Rajah 1.1: Empat Strategi Utama Pelan Strategik Universiti. Pelan strategik ini disusun berlandaskan empat Objektif Strategik (Strategic Objectives) dan 13 Objektif Operasi (Operational Objectives).
31 Universiti Sultan Zainal Abidin PENCAPAIAN Empat Strategi Utama bagi PSU 2020-2022 telah dirangka untuk membantu memenuhi matlamat dan visi universiti. Ia dirancang secara khusus untuk memperkukuh kedudukan UniSZA sebagai institusi pendidikan yang berdaya saing dan berkualiti tinggi, manakala 13 Objektif Operasi yang telah ditetapkan adalah untuk memastikan inisiatif dan program yang efektif serta efisien dapat dilaksanakan berdasarkan pengoperasian definisi Strategi Utama. Pelaksanaan Pelan Strategik UniSZA 2020-2022 perlu dijamin keberkesanannya melalui penetapan operasi yang jelas seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.1. Sasaran operasi ini dirancang untuk memastikan inisiatif dan program yang dilaksanakan dapat merealisasikan matlamat dan visi universiti serta memenuhi kehendak dan keperluan pemegang taruh. Penekanan yang dominan kepada pengurusan strategik dan tindakan bersepadu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dan kejayaan universiti pada masa hadapan. Jadual 1.1: Perincian Strategi Utama Pelan Strategik UniSZA 2020-2022 Semua aktiviti yang tersenarai dalam PSU 2020 - 2022 dipantau dan dinilai secara suku tahunan. Pelaporan secara sistematik menggunakan Sistem Pemantauan Pelan Strategik (Strategic Plan Monitoring System) membantu pemantauan status pelaksanaan PSU 2020- 2022. Rajah 1.2: Sistem ADAMS bagi pemantauan PSU. No. Strategic Objective Operational Objectives S1 Future Proof Graduates OP1 : Future Ready Curriculum OP2 : Comprehensive and Sustainable Learning Ecosystem OP3 : Flexible Education with Soul (FlexS) OP4 : Industry-Ready Graduates OP5 : Active and Effective Student Empowerment S2 Community Heroes OP6 : Establishment of Community Development Hub OP7 : Sustainable community-based Research Projects S3 World Class Research OP8 : Internationally-preferred Researchers OP9 : Quality Industrial Collaborative Research OP10: High-quality Research Output S4 Globally Recognized University OP11: Competency-based Talent Development OP12: Internationally-recognized Programmes OP13: Strategic Collaboration with Global Partners
32 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Untuk memperkukuh kualiti akademik dan meningkatkan penglibatan komuniti serta meningkatkan reputasi global universiti, Pelan Strategik UniSZA 2020-2022 menetapkan strategi yang utama. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, UniSZA berjaya merangka dan melaksanakan 13 Objektif Operasi (OP) sepanjang tahun 2022. Pada akhir tahun 2022, UniSZA berjaya mencapai 93% pelaksanaan aktiviti berasaskan Objektif Strategik dengan peratusan pencapaian bagi Future Proof Graduates (S01) sebanyak 93%, Community Heroes (S02) sebanyak 99.5%, World Class Research (S03) sebanyak 96% dan Globally Recognized University (S04) sebanyak 84%. Ia digambarkan dalam jadual di bawah: Jadual 1.2: Pencapaian Aktiviti. Pencapaian paling konsisten dalam setiap suku tahunan bagi tahun 2022 adalah berasaskan Objektif Operasi OP07 Sustainable Community-based Research Projects di bawah penyelarasan Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT). Selain itu, Objektif Operasi OP08 Internationally-preferred Researchers di bawah penyelarasan Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) turut mencapai perkara yang sama. Objektif Operasi bagi OP07 dan OP08 adalah seperti berikut: OP07 • To provide internal KTP grants; • To empower community social enterprise; • To ensure all community clusters gain benefits (Agricultural Community, Youths, Senior Citizen, Drug Addictions, The Aborigine, Child Education, OKU). OP08 • To empower UniSZA Research Groups & SIGs; • To strengthen UniSZA young researchers through Malim Sarjana Program; • To increase researcher visibility; • To increase external grant; • To enhance grant management among PI; • To utilize national & international MoA/MoU; • To increase research collaboration. Kod. Objektif Strategik Peratusan Pencapaian (%) S01 Future Proof Graduates 93 S02 Community Heroes 99.5 S03 World Class Research 96 S04 Globally Recognized University 84 Pencapaian keseluruhan Pelan Strategik Tahun 2022 93% UniSZA berjaya merangka dan melaksanakan 13 Objektif Operasi (OP) sepanjang tahun 2022.
33 Universiti Sultan Zainal Abidin Selain daripada PaKaT dan CREIM, Pusat Tanggungjawab (PTj) lain turut berjaya melakar kejayaan dalam pelaksanaan aktivti yang dirancang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3. Walaupun menghadapi pelbagai kekangan dan cabaran, universiti ini mampu menanganinya. Rajah 1.3: Pencapaian Berasaskan Objektif Operasi. LANGKAH KE HADAPAN Proses gerak kerja bagi memantapkan PSU dalam rangka meningkatkan reputasi dan keterlihatan UniSZA di dalam dan di luar negara telah bermula pada bulan Januari 2022. Memandangkan PSU ini telah berada pada tahun akhir pelaksanaan, ia perlu digubal bagi tahun seterusnya iaitu bagi menyediakan kesinambungan PSU 2020-2022 kepada Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023 - 2030. Gerak kerja penyediaan PSU 2023 -2030 ini melibatkan perbincangan serta perjumpaan bersama semua pemegang taruh UniSZA yang terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Tertinggi, staf pentadbir dan akademik, wakil persatuan dan wakil pelajar. Beberapa siri bengkel telah dilaksanakan bagi menilai semula strategi sedia ada. Siri bengkel ini boleh dilihat melalui kronologi proses penyediaan PSU 2023-2030 seperti dalam Jadual 1.3 berikut: 120 100 80 60 40 20 0 OP01 OP02 OP03 OP04 OP05 OP06 OP07 OP08 OP09 OP10 OP11 OP12 OP13 100 80 9498 9499 100100 87 100 85 75 93 33
34 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Jadual 1.3: Kronologi Proses Penyediaan Maklumat PSU 2023-2030. Hasil daripada pengumpulan maklumat kaji selidik dan dapatan daripada bengkel bersiri, penyediaan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 dimuktamadkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 3/2022, 30 Jun 2022. Mesyuarat ini telah meluluskan Penetapan Hala Tuju Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 seperti Jadual 1.4. No. Strategic Objective Operational Objectives 1 14 Februari 2022 Perbincangan dan perjumpaan bersama wakil persatuan dan pelajar. 2 27 Februari 2022 Kaji selidik berkenaan jangkaan, idea, kekuatan dan kelemahan (sasaran: semua staf, pelajar & stakeholder) 3 16 Mei 2022 Bengkel Penggubalan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 bersama Ahli Pengurusan Tertinggi 4 22 Mei 2022 Pra Bengkel Analisa SWOT serta Portfolio Pengurusan 5 24-25 Mei 2022 Bengkel Penggubalan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 Bersama Task Force 6 30 Mei 2022 Bengkel Penggubalan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 Bersama Pakar 7 4 Jun 2022 Retreat Pelan Strategik UniSZA bersama Lembaga Pengarah Universiti 8 9 Jun 2022 Bengkel Pemurnian Kerangka Pelan Strategik UniSZA Bersama Task Force 34
35 Universiti Sultan Zainal Abidin Jadual 1.4: Penetapan Hala Tuju Pelan Strategik UniSZA 2023-2030. **Pertambahan 1 strategi khas – Kemampanan Kewangan yang diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang bersidang pada 10 November 2022. Bil Perkara Keterangan 1 Falsafah Integrasi Kecemerlangan Islam dan Kontemporari demi Manfaat Ummah. 2 Visi Menjadi Peneraju kepada Universiti Islam Integrasi Kontemporari. 3 Misi Membentuk insan holistik menerusi pendidikan cemerlang dan penyelidikan berimpak tinggi berasaskan pengalaman pintar untuk melestarikan masyarakat. 4 Bidang Tujahan Peradaban Islam Sains Kesihatan Pertanian Lestari 5 Strategi Utama 5 Strategi Objektif: • Graduan Kalis Masa Depan • Penyelidikan Berimpak Tinggi • Bakat Berprestasi Tinggi • Pendigitalan Universiti • Hero Komuniti ** 1 Strategi Khas • Kemampanan Kewangan 6 Nilai Teras 4 Nilai Teras: • Ilmu • Iman • Amal • Akhlak 7 Motto Ilmu Demi Faedah Insan
36 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 RUMUSAN Pelan strategik merupakan komponen terpenting dalam usaha merangka dan merancang dasar, menentukan program dan tindakan bagi mencapai matlamat universiti. Pelan strategik mempunyai lima komponen utama yang melibatkan: Penetapan hala tuju; Matlamat jangka panjang; Faktor dalaman dan luaran; Perancangan dan pelaksanaan strategi; Pengukuran pencapaian. Dalam usaha untuk menetapkan pelan strategik yang mantap bagi UniSZA (PSU 2020-2022), empat Objektif Strategik dan 13 Objektif Operasi telah ditetapkan. Hal ini telah menghasilkan 52 inisiatif dengan perancangan 353 aktiviti yang melibatkan semua PTj di UniSZA sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Melalui penglibatan secara menyeluruh, bentuk kerjasama yang mantap akan terbentuk sekali gus menjadikan pelaksanaan 310 aktiviti dapat dilaksanakan. Namun, pandemik COVID-19 yang melanda secara global memberi impak ketara terhadap pencapaian OP 12 (75%) yang secara tidak langsung juga mempengaruhi pencapaian Strategic Objective: Globally Recognized University, dan memerlukan strategi yang efektif dan terukur untuk mengatasi cabaran ini dan membangun kembali reputasi universiti di peringkat global. Walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan terutamanya semasa pandemik COVID-19 yang melanda negara, UniSZA telah berjaya menunjukkan kesungguhan dalam usaha mendidik anak bangsa. Semangat yang tinggi telah ditanam dalam diri semua pihak untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan tujuan meningkatkan prestasi akademik, penyelidikan, penglibatan dalam komuniti serta meningkatkan keternampakan UniSZA di persada nasional dan antarabangsa. Dalam melihat ke hadapan, UniSZA telah mengambil inisiatif dengan gerak kerja penggubalan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030, sepertimana pada Jadual 1.3 yang telah dilaksanakan pada tahun 2022. Pelan ini dihasilkan sebagai tindak balas terhadap keperluan semasa dalam menghadapi cabaran dan persaingan di medan pendidikan tinggi global. Berasaskan usaha menjayakan pelan strategik ini, UniSZA mempunyai matlamat yang jelas untuk terus meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam bidang akademik serta menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat secara menyeluruh. Bagi mencapai matlamat ini, strategi dan tindakan yang mantap dan berkesan telah diambil dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan, kecekapan organisasi, peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, serta pembangunan kebolehpasaran bagi graduan. Harapan UniSZA adalah agar pelan strategik ini dapat memperkasakan lagi kedudukan UniSZA di persada antarabangsa dan menjadikannya sebagai institusi pendidikan terkemuka yang mampu memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi dan kelestarian alam sekitar di peringkat global selaras dengan moto UniSZA Ilmu Demi Faedah Insan. Hal ini telah menghasilkan 52 inisiatif dengan perancangan 353 aktiviti yang melibatkan semua PTj di UniSZA sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
37 Universiti Sultan Zainal Abidin
38 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022
39 Universiti Sultan Zainal Abidin 2 BAB GRADUAN HOLISTIK BERCIRI KEUSAHAWANAN, KESUKARELAWANAN DAN SEIMBANG
40 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN Usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membangunkan sektor keusahawanan dalam kalangan pelajar diterjemahkan melalui Lonjakan Satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pendidikan Tinggi 2015-2025, dengan objektif untuk melahirkan graduan yang holistik berciri keusahawanan dan seimbang. Selaras dengan hasrat KPT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyahut saranan dengan memperkasa penghasilan graduan yang holistik berciri keusahawanan, kesukarelawanan dan seimbang. PENCAPAIAN Terdapat pelbagai aktiviti yang menjurus kepada graduan holistik berciri keusahawanan, kesukarelawanan dan seimbang sepanjang tahun 2022. 1. KESUKARELAWANAN Peranan universiti bukan sahaja mendidik anak bangsa supaya berjaya dalam bidang akademik, malah melangkau kecemerlangan secara holistik dan seimbang. Graduan yang mempunyai ilmu, akhlak dan adab amat penting bagi melahirkan warga Malaysia yang berjiwa mulia dan luhur. Terdapat lebih 100 program di bawah kesukarelawanan yang berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022 dan berikut merupakan lima program paling berimpak yang dilaksanakan iaitu: i. Program Teens Mentoring Teens (TMT); ii. Program Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu & SambutanMajlis Perasmian Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2022 oleh Menteri Besar Terengganu; iii. Misi Bantuan Pasca Banjir, Terengganu; iv. Misi Bantuan Pasca Banjir, Baling Kedah “UniSZA Care Baling”; v. Festival Ramadan 2022. i. Program Teens Mentoring Teens (TMT) Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hah Ehwal Pelajar dan Alumni) (PTNCHEPA), UniSZA telah mengadakan Program TMT pada 21 Oktober 2022 hingga 29 Januari 2023. Gambar 2.1: Program TMT. Terdapat lebih 100 program di bawah kesukarelawanan yang berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022
41 Universiti Sultan Zainal Abidin ii. Program Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu & Sambutan Majlis Perasmian Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2022 oleh Menteri Besar Terengganu UniSZA Kampus Besut dengan kerjasama pihak Jabatan Hutan Negeri Terengganu mengadakan Program Penanaman Pokok di Taman Rimba Ilmu Tanah Bris (TRIBE) selaras dengan sambutan Hari Hutan Sedunia yang berusaha untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan perhutanan. Gambar 2.2: Program Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Terengganu. iii. Misi Bantuan Pasca Banjir Terengganu Jawatankuasa Task Force Banjir UniSZA bergerak secara proaktif dalam menyampaikan bantuan berupa makanan kepada warga UniSZA yang terjejas akibat banjir. vi. Misi Bantuan Pasca Banjir, Baling Kedah “UniSZA Care Baling” Seramai 62 orang sukarelawan UniSZA yang terdiri daripada 22 orang staf dan 40 orang pelajar telah melakukan kerja-kerja pembersihan bersama mangsa banjir yang terjejas di Baling, Kedah. Gambar 2.3: Program Misi Prihatin Pasca Banjir, Sekolah Kebangsaan Alor Lintah, Besut. Gambar 2.4: Misi bantuan Pasca Banjir, Baling, Kedah.
42 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 v. Festival Ramadan 2022 Satu majlis Festival Ramadan 2022 UniSZA telah diadakan pada 26 April 2022 di Masjid UniSZA. Pelbagai sumbangan disalurkan dan turut disempurnakan dalam majlis tersebut ialah gimik penyerahan kenderaan Proton Suprima kepada UniSZA. Gambar 2.5: Gimik penyerahan kenderaan Proton Suprima. 2. KEBOLEHPASARAN GRADUAN Graduan tidak sewajarnya hanya menjadi ‘pencari pekerjaan’ atau job seeker selepas bergraduasi, sebaliknya mereka perlu berubah menjadi ‘pencipta pekerjaan’ atau job creator. Antara elemen penting yang menyumbang peningkatan kebolehpasaran graduan adalah seperti kerjasama bersama industri. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada tahun 2022 sebagai inisiatif yang menjurus kepada peningkatan kebolehpasaran UniSZA antaranya ialah penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan, Industry@Campus serta CEO@ Faculty. Rajah 2.1: Kadar GE dan Kadar Repospons UniSZA 2020-2022. i. Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UniSZA 2022 Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Perasmian Industry@Campus UniSZA Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UniSZA 2022 Peringkat Negeri Terengganu merupakan platform yang membantu para graduan memperoleh kemudahan bagi mendapatkan pekerjaan serta peluang menjadi usahawan melalui sesi temu duga terbuka dan perkongsian keusahawanan yang ditawarkan oleh agensi yang berkaitan. Karnival ini telah menawarkan lebih 1,000 jawatan kosong. Pada majlis ini juga berlangsung Majlis Perasmian Industry@Campus. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada tahun 2022 sebagai inisiatif yang menjurus kepada peningkatan kebolehpasaran UniSZA antaranya ialah penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan, Industry@Campus serta CEO@ Faculty. 2020 2021 2022 84.6 97.94 90.5 96.08 92.7 98.82 Kadar GE Kadar Respons
43 Universiti Sultan Zainal Abidin ii. CEO@Faculty UniSZA Program CEO@Faculty UniSZA telah dijalankan bersama Pharmaniaga Berhad dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak Pengurusan UniSZA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pharmaniaga dan KKM pada 27 September 2022 bagi membincangkan perincian berkaitan program CEO@Faculty. Gambar 2.6: Signing Plaque simbolik Perasmian Gig@Academy UniSZA. Gambar 2.8: Kunjungan hormat Delegasi Urusan Pharmaniaga, ke UniSZA. Gambar 2.7: Kunjungan Hormat Pengurusan UniSZA ke Kementerian Kesihatan Malaysia. 3. KEUSAHAWANAN Pelan Tindakan Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi 2021-2025 menggariskan tiga teras strategi utama bagi mentransformasikan landskap keusahawanan di IPT. Tiga teras tersebut ialah memantapkan ekosistem keusahawanan yang bersinergi dan holistik; memperkasakan jaringan keusahawanan yang berimpak tinggi serta menekankan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan teknologi. Sehubungan itu, pihak UniSZA melaksanakan beberapa inisiatif untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
44 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 i. Program TUBE@ IPT Program TUBE@IPT dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Menteri Pengajian Tinggi (KPT) pada 30 September 2021. Program ini diadakan bagi menandakan kerjasama semua pihak bagi meningkatkan penglibatan graduan dalam bidang keusahawanan serta menangani isu pengangguran yang meningkat sewaktu penguncupan sektor ekonomi akibat pandemik COVID-19. Objektif program TUBE@IPT ialah memupuk dan menanam semangat keusahawanan dalam kalangan siswa dan graduan. Gambar 2.9: Program TUBE@IPT. ii. University for Society (U4S) Zon Timur ‘Memperkasa Komuniti Nelayan di Setiu Terengganu’ Menerusi Teknologi & Eko-Pelancongan. University for Society (U4S) melabuhkan tirainya pada 18 Julai 2022. Kumpulan Penyelidik UniSZA berperanan melaksanakan pemindahan ilmu kepada komuniti nelayan Setiu dengan empat objektif utama iaitu pembangunan rohani, pendidikan, kesedaran terhadap kualiti hidup dan pembangunan prototaip bot patuh syariah mesra pelancong. Gambar 2.10: Buku panduan dihasilkan oleh penyelidik UniSZA.
45 Universiti Sultan Zainal Abidin iii. Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2022 Peringkat Nasional Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) telah memperoleh dana berjumlah RM445,005 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melaksanakan Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) tahun 2022 peringkat nasional. Program ini merupakan latihan dan pertandingan keusahawanan kreatif yang melibatkan tiga fasa iaitu pembetukan idea digital kandungan kreatif, pembangunan projek digital kandungan kreatif dan pertandingan projek digital kandungan kreatif. Program ini mendapat kerjasama daripada 16 rakan strategik melibatkan agensi dan industri kandungan kreatif. Gambar 2.11: Replika bot nelayan daripada UniSZA. Gambar 2.13: Majlis Penutupan Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2022 Peringkat Nasional. Gambar 2.12: Forum inovasi yang diadakan di Bukit Keluang, Beach Resort.
46 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 4. LIBATSAMA ALUMNI Alumni UniSZA merupakan satu entiti dan pemegang taruh penting dalam pembangunan holistik alma mater dan masyarakat. Sehingga kini bilangan alumni yang berdaftar adalah seramai 43,234 orang. Berikut ialah bilangan alumni yang berdaftar bagi tempoh lima tahun. Rajah 2.2: Pecahan alumni mengikut negara. Negara Undergraduate Postgraduate Malaysia 40,988 43 Bangladesh 1 8 Indonesia 2 43 Cambodia 1 0 Nigeria 2 1 Saudi Arabia 2 4 Thailand 35 6 Unknown 1 6 Egypt 0 1 Gambia 0 1 Guinea 0 1 Jordan 0 125 Libya 0 13 Nigeria 0 144 Pakistan 0 12 Palestin 0 9 Sudan 0 2 Syria 0 3 Turkey 0 2 Yemen 0 13 Algeria 0 1 Ghana 0 1 India 0 4 Oman 0 1 Trinidad And Tobago 0 1 Tanzania 0 1 Yemen 0 8 Jumlah 41,032 2202 Sehingga kini bilangan alumni yang berdaftar adalah seramai 43,234 orang.
47 Universiti Sultan Zainal Abidin i. Pemantapan Tadbir Urus Sebagai sebuah pusat tanggungjawab, tadbir urus Pusat Alumni bertambah mantap dan berfokus. Mesyuarat berkala dengan fakulti dan persatuan alumni meningkatkan medium perbincangan berkaitan tadbir urus alumni. Gambar 2.14: Mesyuarat Majlis Alumni UA pada 29 Jun 2022 di Universiti Malaysia Sabah (UMS). ii. Meningkatkan Integriti Data Alumni Melalui Aplikasi iAlumni Dalam usaha meningkatkan integriti data Alumni UniSZA, Pusat Alumni telah memperkenalkan aplikasi iAlumni. Penggunaan aplikasi ini akan memudahkan proses pendaftaran dan pengemaskinian data alumni. Gambar 2.15: Aplikasi iAlumni.
48 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 iii. Mempelbagaikan Aktiviti Libatsama Alumni Kepelbagaian aktiviti libatsama alumni membolehkan Pusat Alumni berinteraksi dengan alumni yang berbeza usia, lokaliti, minat dan hobi. Selain itu, pendekatan ini akan membolehkan alumni menyumbang kepada alma mater berasaskan minat mereka. Gambar 2.16: Inaugural Alumni International Symposium iv. Memperkasakan Persatuan Alumni Persatuan alumni ini telah berjaya menjadi penghubung antara alumni dengan fakulti dan UniSZA melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Persatuan Alumni yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) antaranya ialah: • Persatuan Alumni Fakulti Pengajian Kontemporari Islam; • Persatuan Alumni Fakulti Perubatan; • Persatuan Alumni Fakulti Pengurusan dan Perniagaan; • Persatuan Alumni Fakulti Sains Sosial Gunaan; • Persatuan Alumni Fakulti Biosumber dan Industri Makanan; • Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran; • Persatuan Alumni Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi. Gambar 2.17: Mesyuarat Agung Persatuan Alumni UniSZA (PAU). v. Meningkatkan Usaha Penjanaan Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Pusat Alumni untuk menyumbang kepada penjanaan hasil kepada PTj dan UniSZA secara amnya.
49 Universiti Sultan Zainal Abidin Gambar 2.18: Projek Penjanaan Pusat Alumni. 5. PEMBANGUNAN BAKAT, KEPIMPINAN DAN SAHSIAH SERTA BADAN BERUNIFORM (KOKURIKULUM PELAJAR) Pelaksanaan kursus Kokurikulum pada tahun 2022 dilaksanakan berdasarkan enam teras utama kokurikulum melalui 48 kumpulan yang melibatkan seramai 2,119 orang pelajar. Antara program yang dilaksanakan ialah: i. Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor Sukarelawan Siswa Siswi Universiti Awam Zon Timur Tahun 2022 Pada 19 hingga 24 September 2022, seramai 57 orang anggota Kor-SUKSIS (Skuad 19) UniSZA telah berjaya ditauliahkan sebagai Inspektor SUKSIS dalam Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor-SUKSIS Universiti Awam Zon Timur Tahun 2022 yang bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang. Majlis tamat latihan ini telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Aidi bin Ismail, Pengarah JPJKK Bukit Aman. Dalam majlis ini tiga orang pelajar UniSZA menerima anugerah iaitu: Anugerah Pelatih Keseluruhan Terbaik, INSP/KS 84844 Azwandi bin Ujang, Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar, INSP/KS 84846 Haidie bin Wan Hamid dan Anugerah Pelatih Terbaik Akademik, INSP/KS 84881 Nur Izzah binti Zainal Abidin. Gambar 2.19: Anugerah Terbaik Pegawai Kor-SUKSIS UniSZA 2022. Pelaksanaan kursus Kokurikulum pada tahun 2022 dilaksanakan berdasarkan enam teras utama kokurikulum melalui 48 kumpulan yang melibatkan seramai 2,119 orang pelajar.
50 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 ii. 45 Pegawai Kadet PALAPES UniSZA terima watikah pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam (UA) Ke-40 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan pengurniaan watikah tauliah kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dalam Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-40 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 45 pegawai kadet PALAPES UniSZA yang terdiri daripada 21 orang pegawai kadet lelaki dan 24 orang pegawai kadet wanita merupakan antara 1,610 orang penerima yang dikurniakan watikah Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES universiti awam. Gambar 2.20: Pegawai Kadet Terbaik PALAPES. 6. KESENIAN DAN WARISAN Sehingga kini Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) telah berupaya menarik minat mahasiswa dan kakitangan universiti ini untuk mengembangkan bakat seni dan menggunakan masa senggang mereka dengan lebih bermakna, sekali gus dapat melahirkan graduan UniSZA dan kakitangan yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelek serta multi-skill. PKW juga telah membantu memberi nilai tambah dan menghidupkan suasana kampus yang lebih ceria. Sumbangan PKW melalui bidang kesenian, kebudayaan dan warisan diharap akan menjadi pelengkap ke arah memperkasakan UniSZA supaya lebih kompetitif dan cemerlang.