PENDAHULUAN Guru merupakan agen utama dalam mendidik dan memberi ilmu kepada murid – murid. Guru juga berperanan dalam membentuk tingkahlaku dan sahsiah diri. Dalam menyampaikan ilmu, sikap penyayang kepada murid perlu ada dalam diri guru dan menganggap murid sebagai anak kita. Justeru pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran KPPM Bilangan 4 tahun 2012 bertarikh 8 Februari untuk melaksanakan Amalan Guru Penyayang yang bertujuan agar guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah serta memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya. Amalan ini perlukan dilakukan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah Justeru pada tahun ini , program amalan guru penyayang diteruskan dengan beberapa aktiviti dalam amalan ini telah akan dilaksanakan antaranya menyambut kehadiran murid ke sekolah serta memberi penghargaan dan ucapan Hari Lahir kepada murid.
MATLAMAT Membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah. Menjadikan guru sebagai contoh tauladan kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan. Memupuk semangat cinta dan sayang kepada murid dan sekolah. 1. 2. 3. OBJEKTIF Mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara murid, guru dan pertadbir Memupuk semangat kasih dan sayang antara guru, murid dan seluruh warga sekolah. Melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi serta menerapkan budaya salam. Pada akhir program, murid akan dapat: 1. 2. 3.
SASARAN Semua murid SK Taman Bunga Raya (1) Semua guru SK Taman Bunga Raya (1) 1. 2. METODOLOGI Mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar (pentadbir dan guru bertugas mingguan) Guru dan murid menyampaikan sesuatu perkongsian, kisah tauladan atau nasihat yang bermanfaat di tapak perhimpunan. Menyambut dan meraikan hari lahir murid di tapak perhimpunan. Memberi penghargaan kepada murid yang hadir awal ke sekolah.
PELAKSANAAN (SEPANJANG TAHUN DAN BERTERUSAN) Tarikh : 26 Jun 2023 Hari : Isnin Tempat : Dataran Ilmu Zalinah Zubir SKTBR(1) Masa : 7.20am – 9.00am (Sesi Pagi) 5.30pm – 6.20pm (Sesi Petang) Anjuran:Unit Hal Ehwal Murid & Unit Bimbingan dan Kaunseling Tema : “Guru Penyayang, Murid Cemerlang”
ATURCARA PROGRAM
AJK INDUK PROGRAM Pengerusi En Firdaus bin Abu Hanifah ( Guru Besar) Naib Pengerusi Pn. Siti Hadijah binti Ibrahim (GPK Kurikulum) En. Mohamed Asri bin Abu Bakar (GPK HEM) En. Sulaiman bin Samaie (GPK Kokurikulum) Pn. Rustazah Salwa binti Hassan Basri (GPK Pendidikan Khas) Pn Ruzita binti Saidon (GPK Petang) Penyelaras En. Syed Nabil Basyir bin Ahmad Rostam Setiausaha Pn. Satvinder Kaur a/p Jujar Singh Bendahari Pn. Shalihatun binti Selamat
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENUTUP Semoga Program Guru Penyayang peringkat SK Taman Bunga Raya (1) sesi 2023/2024 ini dapat mencapai objektif di samping menerapkan amalan norma baharu dalam setiap aktiviti. Diharapkan juga program ini mendapat kerjasama yang padu daripada semua pihak dalam usaha bersama untuk menyemai rasa seronok dan dihargai dalam diri murid.