The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Copy of 2024 Galeri Pahang Tenggara @ UNITEN (13)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nora Annuar, 2024-03-27 12:50:05

Copy of 2024 Galeri Pahang Tenggara @ UNITEN (13)

Copy of 2024 Galeri Pahang Tenggara @ UNITEN (13)

Galeri ini terletak di dalam bangunan Information Resource Centre (IRC) Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (UNITEN KSHAS). Inisiatif penubuhan galeri ini bermula pada tahun 2017. Galeri ini memuatkan pelbagai koleksi artifak sejarah bernilai tinggi mengenai pembangunan Wilayah Pahang Tenggara yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


Penubuhan galeri ini bertujuan untuk menyimpan dan memelihara bahan tinggalan berkaitan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang merupakan agensi penting dalam membantu menggerakkan pertumbuhan negeri Pahang suatu ketika dahulu. Ia juga merupakan sumbangan UNITEN kepada negara dengan membantu penyelidik dan pelajar membuat rujukan bahan berkaitan DARA dengan lebih tersusun.


KOLEKSI BAHAN PAMERAN


Pemasyhuran Bandar Muadzam Shah oleh KDYMM Sultan Pahang pada 12 November 1977. KDYMM Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong, KDYMM Tengku Ampuan Pahang selaku Raja Permaisuri Agong dan KDYMM Pemangku Raja Pahang beramah mesra dengan rakyat jelata.


KDYMM Sultan Pahang diiringi KDYMM Tengku Ampuan Pahang berangkat melawat Wilayah Pahang Tenggara. Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu’adzam Shah bersama KDYMM Raja Permaisuri Agong Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad beramah mesra dengan rakyat jelata di Bandar Muadzam Shah pada 27 September 1983.


KDYMM Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong berangkat ke tapak Masjid Al-Muadzam Shah pada bulan September 1983. Perasmian Dewan Besar DARA oleh KDYMM Sultan Pahang pada 28 November 1997.


Perasmian Kilang Minyak Sawit Dara Lam Soon Sdn. Bhd. oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang. Lawatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Ibam, 1977.


KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah beramah mesra dengan rakyat jelata. Lawatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ke Selendang, Rompin pada 14 Ogos 1989.


Bandar Muadzam Shah pada era 1990-an Jabatan Pengangkutan Jalan 1993 Pasar Muadzam Shah 1.11.84 Pejabat Pos Muadzam Shah 1982 Hospital Muadzam Shah 1994


Landskap DARA pada awal penubuhannya di Muadzam Shah Pembinaan kedai makan di lebuh raya (Disember 1985) Lebuh raya Kuantan - Segamat (Disember 1985) Hentian Bas dan Teksi Muadzam Shah


KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN


KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN


Peringkat-peringkat kerja pembinaan Ibu Pejabat DARA


RUANG KERJA PEJABAT DARA


SEKTOR EKONOMI


KAJIAN PELAN INDUK WILAYAH PAHANG TENGGARA BATU JADE KELUARAN DARAJED


DARA D A L A M S E J A R A H 1 9 7 1 - 1 9 9 9


Di Sebalik Tabir Berdiri dari kiri : Ahmad Fakhirudin bin Ibrahim, Mohd Hanif bin Mohd Idris, Dzun Azarif bin Awang Aziz Duduk : Nurul Ain binti Nazeri


SEKALUNG BUDI BEKAS WARGA KERJA & PENGURUSAN LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (DARA)


_________________________________________________ www.uniten.edu.my UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Putrajaya Campus Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Sultan Haji Ahmad Shah Campus (KSHAS) Wisma Sultan Haji Ahmad Shah, 26700 Muadzam Shah, Pahang, Malaysia Tel No : +603-8921 2020 Tel No : +609-455 2020


Click to View FlipBook Version