The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shafini Tahir, 2020-10-18 10:50:04

Modul Pembelajaran Sejarah Tahun 6

Perayaan di Malaysia

Keywords: 20 October 2020

Masa : 60 minit

Objektif: Diakhir pembelajaran murid akan dapat,

i. Menyenaraikan 5 perayaan di Malaysia.
ii. Menerangkan 3 tujuan sambutan perayaan di Malaysia.
iii. Menyenaraikan 3 kepentingan menghormati perayaan orang lain.

Contoh RPH
https://docs.google.com/document/d/1c3d0KXKvvfD7GG0vOvn2f52Yi
SyHAX3nITECmxXnj7g/edit#heading=h.bwmf9z4ygtmk

Konsep Utama:

i. Mengenalpasti perayaan utama yang disambut di Malaysia.

ii. Berbangga dengan kepelbagaian perayaan yang disambut oleh setiap
warganegara Malaysia.

Arahan :
Baca petikan tentang sambutan perayaan di Malaysia dan jawab soalan yang diberikan.

 Malaysia terkenal dengan negara yang mempunyai penduduk
yang berbilang kaum.

 Kaum Melayu, Cina dan India merupakan kaum utama.

 Kewujudan kaum dan agama yang berbilang menyebabkan
wujudnya pelbagai budaya dan perayaan di Malaysia.

 Hari Raya Aidilfitri disambut oleh
penganut beragama Islam.

 Disambut pada 1 Syawal Tahun
Hijrah setelah anak bulan dapat
dilihat pada penghujung bulan
Ramadhan.

 Amalan kunjung mengunjung dan
rumah terbuka mengeratkan
hubungan masyarakat tanpa
mengira bangsa.

 Pelbagai juadah tradisional
disediakan seperti ketupat,
lemang, nasi himpit dan rendang.

 Amalan tradisi yang sentiasa
diamalkan pada hari raya adalah
memberi duit raya kepada kanak-
kanak.

 Tahun Baru Cina disambut secara
besar-besaran oleh masyarakat
Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun
baru menurut kalendar mereka.

 Pada malam Tahun Baru Cina,
semua ahli keluarga akan
berkumpul beramai-ramai untuk
makan bersama. Tujuannya
adalah untuk mengeratkan
jalinan hubungan sesama
keluarga.

 Ahli-ahli keluarga yang telah
berumahtangga akan memberi
‘angpau’ kepada saudara mara
dan sahabat yang belum
berumahtangga.

 Penutup kepada perayaan Tahun
Baru Cina ialah perayaan Chap
Goh Meh.

 Deepavali atau Diwali disambut
oleh masyarakat Hindu dan
dirayakan pada bulan gelap
Aippasi.

 Ia menandakan kemenangan

oleh kuasa kebaikan terhadap

kuasa kejahatan secara

simboliknya ditujukan dalam erti

cahaya yang menerangi

kegelapan.

 Mandi dengan minyak sebagai
tanda menyucikan tubuh.

 Memasang pelita di hadapan
rumah .

 Melukis ‘Rangoli’ di hadapan
rumah dengan menggunakan
beras.

 Bersembahyang di kuil dan
berkunjung ke rumah keluarga
dengan membawa manisan.

 Pesta Kaamatan atau nama lain
iaitu (Tadau Kaamatan) atau di
dalam bahasa Kadazan "Magavau"
merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati "Bambazon"
iaitu untuk menghormati semangat
padi.

 Perayaan ini adalah amalan secara
tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak
zaman berzaman pada tanggal 30
Mei setiap tahun.

 Perayaan "Magavau" ini biasanya

diadakan selepas selesai

menuai padi.

 Antara sambutan menarik yang
diadakan ialah persembahan dan
pertandingan tarian Sumazau,
pertandingan nyayian Sugandoi
dan pertandingan ratu cantik atau
‘Unduk Ngadau’.

 Hari Gawai Dayak merupakan

pesta tahunan yang disambut

oleh pribumi di Sarawak

terutamanya Iban, Bidayuh dan

Orang Ulu pada 31 Mei dan

1 Jun.

 Merupakan hari menyambut
tahun baru yang menandakan
telah berakhirnya musim menuai
padi dan bermulalah musim
menanam padi yang baru.

 Mengadakan upacara Ranyai
sebagai tanda kesyukuran.

 Memakai pakaian tradisional.

 Menghidangkan makanan

tradisional dan air tuak.

 Mengadakan pertandingan

Kumang dan Keling

[ pertandingan perempuan cantik
dan lelaki perkasa ].

 Hari Krismas atau juga dikenali

sebagai Hari Natal ialah perayaan

terbesar untuk penganut

agama Kristian, disambut setiap

tahun pada tarikh 25 Disember.

 Adat resam moden perayaan ini

termasuk pemberian hadiah

sambutan keagamaan di gereja,

dan peragaan pelbagai hiasan,

termasuk pokok Krismas

dan lampu hiasan.

 Bungkusan-bungkusan hadiah
diletakkan di bawah pokok untuk
dibuka pada hari tersebut .

 Christmas Carol dinyanyikan di
rumah-rumah penganut Kristian
oleh kumpulan koir yang
diundang.





DAHULU JENIS SEKARANG
PERAYAAN
Ucapan dihantar
Ucapan raya ditulis HARI RAYA AIDILFITRI melalui media sosial
pada kad dan dihantar

melalui pos

Makan besar di rumah TAHUN BARU CINA Kebanyakan makan
besar di restoran
Rangoli dihasilkan DEEPAVALI
dengan tepung Rangoli dihasilkan
dengan beras atau
hampas kelapa yang

berwarna-warni

31  Melambangkan keistimewaan budaya
kita sebagai sebahagian identiti negara.
2
Menzahirkan semangat
kekitaan dan mengeratkan

silaturahim

 Mempamerkan sikap mesra dan
keprihatinan masyarakat.

Semua masyarakat di Amalan kunjung
Malaysia meraikan mengunjung dan
ziarah-menziarahi di
perayaan tanpa mengira antara satu sama lain
budaya dan agama

Tradisi balik kampung apabila Tetamu dijamu
menyambut perayaan dengan

pelbagai juadah
tradisional

 Kepelbagaian kaum mewujudkan
kepelbagaian perayaan.

 Memupuk nilai-nilai murni dengan
amalan kunjung-mengunjung.

 Mewujudkan suasana yang aman
dan harmoni di kalangan masyarakat
Malaysia.

https://youtu.be/U0HKTEAaw5k

1) Penutup Tahun Baru Cina adalah perayaan

____________________________.

2) Perayaan Pesta Kaamatan adalah untuk menghormati
___________ padi.

3) Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pelbagai juadah
dihidangkan seperti lemang, ________________ dan
_______________.

4) _______________ adalah lukisan yang dibuat menggunakan beras.

5) Perayaan Krismas disambut pada tanggal ________________ setiap
tahun.

6) Pertandingan Kumang adalah pertandingan

________________________ dan pertandingan Keling adalah

pertandingan ____________________ yang diadakan sempena

Pesta Gawai.

7) Tujuan masyarakat Cina berkumpul pada malam Tahun Baru
Cina adalah untuk ___________________ jalinan hubungan
sesama keluarga.

8) Amalan tradisi yang biasanya diamalkan sempena Hari Raya
Aidilfitri adalah pemberian __________________.

9) Perayaan Gawai disambut oleh kaum _____________,
____________ dan __________________.

10) Senaraikan 5 perayaan utama di Malaysia.
a) _________________________
b) _________________________
c) _________________________
d) _________________________
e) _________________________

Ujian Online










Click to View FlipBook Version