The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Neela Ramasamy, 2024-04-25 09:51:59

TAKLIMAT DISIPLIN MERENTAS DESA 2024

TAKLIMAT DISIPLIN MERENTAS DESA 2024

TAKLIMAT DISIPLIN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2024


D I S I P L I N SEBELUM KEJOHANAN


1. PAKAIAN • Murid diwajibkan memakai baju mengikut rumah sukan masing – masing. Baju PJ atau baju T-shirt lain adalah tidak dibenarkan. • Seluar - Seluar Track sekolah CBN sahaja dibenarkan. ( penolakkan mata boleh dibuat sekiranya murid tidak mengikut peraturan pemakaian)


1. PAKAIAN samb. • Tudung – murid dibenarkan memakai tudung putih atau hitam sahaja.( bercorak adalah tidak dibenarkan ) • Kasut – Murid dibenarkan memakai kasut sukan. • Tights / Leggings – Murid hanya dibenarkan memakai tights paras lutut ke bawah semasa larian. Selepas larian tamat sila pakai semula seluar trek.


2. Murid tidak digalakkan membawa beg, telefon dan lain – lain seumpamanya kerana segala peralatan yang dibawa adalah di bawah tanggungjawab murid bukan sebagai sebagai bebanan sekolah. 3. Murid dinasihatkan untuk membawa bekalan air kosong yang mencukupi kerana cuaca yang panas untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 4. Murid dinasihatkan mengambil sarapan di rumah, sebelum kejohanan untuk mengelakkan sebarang kesulitan seperti kes pitam, pengsan dan sebagainya. 5. Murid yang menaiki bas perlu berkumpul di hadapan AIA pada jam 6.30 pagi.


6. Setelah sampai di lokasi kejohanan , semua murid mesti berkumpul mengikut rumah sukan masing- masing berhadapan dewan astaka


D I S I P L I N SEMASA KEJOHANAN


1. Murid perlu berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan dan mematuhi segala arahan lalu lintas daripada guru/ pengawas/ QM. 2. Jangan berbual - bual semasa larian sama ada dengan kawan atau orang yang tidak dikenali( orang awam). 3. Murid tidak dibenarkan turun untuk menghampiri tasik atau bersiarsiar sepanjang kejohanan merentas desa berlangsung. 4. Semasa berlari, jangan menolak atau bergurau senda dengan rakan anda. ( ikut laluan paling kiri) 5. Apabila lagu Negaraku dan sekolah dimainkan , semua murid perlu berdiri tegak dan menyanyi bersama- sama dengan penuh semangat.


D I S I P L I N SELEPAS KEJOHANAN


1. Semua murid yang menyertai kejohanan wajib menghabiskan larian ke garisan penamat 2. Selepas selesai larian, murid perlu berkumpul/ berada mengikut rumah sukan masing – masing untuk majlis penyampaian hadiah/ penutup kejohanan. 3. Murid tidak dibenarkan pulang awal selagi kejohanan belum selesai. 4. Selepas selesai kejohanan, murid yang menaiki bas perlu berkumpul di hadapan astaka untuk mengelakkan kes keciciran bas.


AMARAN/ PERINGATAN!!! BARANGAN LARANGAN 1. Semua murid diingatkan untuk TIDAK MEMAKAI BARANGAN BERHARGA untuk menjamin keselamatan murid. Murid juga dilarang memakai sebarang perhiasan tanpa apa-apa keperluan. 2. Murid dilarang membawa alat elektronik seperti ear phone, headphone dan MP3 dengan tujuan untuk berhibur ketika kejohanan merentas desa.


BARANGAN LARANGAN 3. Murid dibenarkan untuk membawa telefon bimbit . Pihak sekolah bersetuju untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit untuk memberi kemudahan kepada murid bagi menghubungi ibu bapa apabila sudah tamat kejohanan. Pihak sekolah tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab ke atas kes kehilangan telefon bimbit dan harta benda murid. Oleh itu, murid-murid perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas harta benda masing-masing.


Click to View FlipBook Version