KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
CONVENT BUKIT NANAS KUALA LUMPUR BERHAD
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-34
TARIKH : 15 NOVEMBER 2022
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN PERPADUAN
SMK CONVENT BUKIT NANAS
1
PK07- LAMPIRAN 1
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-20780559
Fax : 03-20317679
Ruj. Kami : CBN.800-2/7/1( )
Tarikh : 08 November 2022
Kepada :
Pengarah,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Jalan Semantan, Bukit Damansara,
50490 Wilayah Persekutuan,
KUALA LUMPUR
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN CONVENT BUKIT NANAS KUALA LUMPUR BERHAD
KALI KE-34
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK
Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur Berhad yang ke-34 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 15 November 2022
Masa : 7.30-8.30 pagi
Tempat : Dewan Perpaduan SMK Convent Bukit Nanas
Pengerusi : Pn Rosemand A/P A. Lawrence
Pakaian : Formal
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
3.1. Perutusan Pengerusi
3.2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2019
3.3. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan 2019, 2020 & 2021
3.4. Pembentangan dan Penerimaan Akaun Penamat bagi Tahun Perakaunan
Berakhir pada 31 hb Ogos 2019, 31 hb Ogos 2020 dan 31 hb Ogos 2021
3.5. Perlantikan Ahli-Ahli Lembaga Koperasi Sesi 2022/2023
3.6. Perlantikan Juruaudit Dalaman dan Luar
3.7. Penutup
Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
2
Sekian, terima kasih
Saya yang menurut perintah,
szam.....................
(SITI ZAHARAH BINTI ABD MAJID )
Setiausaha
Koperasi SMK Convent Bukit Nanas KL Bhd.
3
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT
NANAS
KUALA LUMPUR BERHAD KALI KE-34
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2018
3. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan 2019, 2020 dan 2021
4. Pembentangan dan Penerimaan Akaun Penamat bagi tahun perakaunan
berakhir pada 31 hb Ogos 2019, 31 hb Ogos 2020 dan 31 Ogos 2021
5. Perlantikan Ahli-Ahli Lembaga Koperasi Sesi 2022/2023
6. Perlantikan Juruaudit Dalaman dan Luar
7. Membincang dan Meluluskan Usul(Jika Ada)
8. Penutup
4
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT NANAS
KUALA LUMPUR BERHAD
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-33
HARI : KHAMIS
TARIKH
TEMPAT : 27 JUN 2019
MASA : DEWAN PERPADUAN, SMK CONVENT BUKIT NANAS
: 7.30 – 8.30 PAGI
AGENDA MESYUARAT
1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Puan Rosemand memberikan kata-kata aluan dan ucapan kepada murid-murid
dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli lembaga koperasi dan semua
pemegang saham yang hadir ke mesyuarat Agung Tahunan ke-33. Beliau
memulakan ucapannya dengan sejarah penubuhan koperasi sekolah pada 13 April
1987. Beliau menerangkan bahawa koperasi merupakan satu badan yang ditubuhkan
melalui sumbangan oleh semua guru dan murid sekolah SMK Convent Bukit Nanas
yang membayar saham sebanyak RM10 sejak mula bersekolah di sini iaitu daripada
tingkatan 1. Seterusnya, beliau menunjukkan minit mesyuarat kepada murid-murid
dan guru-guru yang hadir ke mesyuarat itu.
Makluman
2 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Agong telah dibentangkan oleh Nur Salsabila Zulaikha Binti
Shaharoom Shah dari kelas 4E selaku Naib Bendahari Lembaga Koperasi.
2.2 Batrisyia Najihah dari kelas 5N telah mencadangkan agar minit mesyuarat
diluluskan dan disokong sebulat suara oleh semua ahli koperasi yang hadir.
Makluman
3 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 2018
3.1 Laporan tahunan telah dibentangkan oleh Puan Shahrul binti Darus selaku
Setiausaha Lembaga Koperasi.
3.2 Nur Arysa Qistina binti Ahmad Nizam dari kelas 5E telah mencadangkan agar
menerima laporan tahunan 2018 diterima dan disokong sebulat suara oleh semua ahli
koperasi yang hadir.
Makluman
5
4 MEMBENTANG DAN MENERIMA AKAUN-AKAUN PENAMAT BAGI
TAHUN 2018
4.1 Akaun penamat telah dibentangkan oleh Puan Shahrul binti Darus.
Makluman
4.2 Dalam pembentangan tersebut, beliau telah menyatakan bahawa pendapatan
koperasi sekolah pada tahun 2018 telah meningkat iaitu RM 92933.15 berbanding
tahun 2017 apabila koperasi memperoleh RM 76149.00. Pendapatan meningkat
disebabkan koperasi telah membuat pelbagai jenis jualan seperti jualan pada Hari
Graduasi dan Hari Koperasi Sekolah.
Makluman
4.3 Setiausaha juga mengumumkan perbelanjaan koperasi pada tahun 2018 telah
meningkat daripada RM 81,996.66 kepada RM 100,574.00. Manakala keuntungan
bersih pada tahun 2018 telah menurun kepada RM 21,706.62 berbanding tahun
2017 di mana keuntungan sebanyak RM 23,165.29 diperoleh.
Makluman
4.4 Setiausaha juga telah mengumumkan bahawa sebanyak 10% dividen akan diberikan
kepada semua pemegang saham dan sebanyak 10% honorarium pula akan diberikan
kepada semua Ahli Lembaga Koperasi dan 10% akan disalurkan ke Tabung
Keceriaan & Infrastruktur, Tabung Derma, Tabung Kurikulum, Tabung
Kokurikulum dan Tabung Kebajikan untuk tahun ini.
Makluman
4.5 Laporan akaun penamat bagi tahun perakaunan berakhir 31 Ogos 2018 telah
dicadangkan oleh Nur Adina binti Zahrulkamar dari kelas 5E untuk diterima dan
disokong sebulat suara oleh semua ahli koperasi yang hadir.
Makluman
5 MEMBENTANGKAN ANGGARAN BELANJAWAN BAGI TAHUN 2019
5.1 Anggaran Belanjawan telah dibentangkan oleh Puan Shahrul binti Darus. Anggaran
jumlah pendapatan keseluruhan pada tahun 31 Ogos 2019 adalah sebanyak RM102
700. Seterusnya, anggaran keuntungan dijangkakan sebanyak RM28 900.
5.2 Puan Shahrul binti Darus telah mencadangkan anggaran belanjawan bagi tahun
berakhir pada tahun 31 Ogos 2019 diterima dan disokong oleh semua ahli koperasi
yang hadir.
Makluman
6
6 MELANTIK AHLI-AHLI LEMBAGA KOPERASI BAGI SESI 2018/2019
6.1 Ahli-ahli yang telah dilantik adalah seperti berikut :-
Pengerusi : Puan Rosemand A/P Lawrence
Naib Pengerusi : Puan Goh Geok Hoon
Setiausaha : Puan Shahrul binti Darus
Naib Setiausaha : Nur Adina binti Zahrulkamar
Bendahari : Puan Punitha A/P Somasundram
Naib Bendahari : Nur Salsabila Zulaikha binti Shahroom Shah
AJK Guru : Puan Nor Ashah binti Mohamed Den (Locker)
Puan Nur Izzati binti Muhaiyadin (Stok dan Belian)
Puan Nor Anis Wahida binti Yusoff (Stok dan Locker)
AJK Pelajar : Fatin Athira binti Tarmizi
Norfarisha Binti Mohd Shahrul Watt
Nur Insyirah binti Mohd Suhaimi
Nurul Nadia binti Mohd Rafi
Aliah Farzana binti Bashier
Adibah Nurbatrisyia binti Resman
6.2 Semua AJK yang dilantik diterima sebulat suara oleh semua ahli koperasi yang
hadir.
Makluman
7 MELANTIK JURUAUDIT DALAMAN
7.1 Juruaudit dalaman Koperasi SMK Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur
Berhad bagi sesi 2018/2019 terdiri daripada 2 orang guru dan 3 orang murid.
Guru : Puan Noraini binti Mat Noor
Puan Fatihah binti Abdul Rashid
Pelajar: 1) Wong Hoi Kei (5E)
2) Jace Ang (5E)
3) Nuhaa Safiah binti Monarizzal (4N)
7.2 Semua juruaudit dalaman yang dilantik diterima sebulat suara oleh semua pemegang
saham yang hadir.
Makluman
7
8 MEMBINCANG DAN MELULUSKAN USUL(jika ada)
8.1 Sarah (3C) mencadangkan agar kurangkan harga barang contohnya gam dan baju
dan membuka koperasi selepas waktu persekolahan.
Jawapan :
Harga gam dan baju adalah berpatutan dan membuka koperasi selepas waktu
persekolahan akan dipertimbangkan
8.2 Nur Alisya Damia binti Zukhairi (3R) mencadangkan agar menjual makanan seperti
aiskrim, keropok, gula-gula, biskut.
Jawapan :
Makanan yang dicadangkan adalah makanan tidak berkhasiat.
8.3 Liyana (4N) mencadangkan menjual “correction tape” dan menyediakan
perkhidmatan fotostat.
Jawapan :
Akan dipertimbangkan dan perkhidmatan fotostat dikendalikan oleh Pusat Sumber.
8.4 Nursyafiera Azwyn Mohd Shahril (4S) mencadangkan agar koperasi menjual lebih
banyak makanan.
Jawapan :
Makanan tidak dibenarkan dijual di koperasi.
9 PENUTUP
9.1 Puan Rosemand mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir dan
memberikan kerjasama yang baik dalam bersama-sama menjayakan mesyuarat pada
tahun ini dengan lancar dan sempurna. Beliau memberikan cadangan agar
meletakkan Smart Screen pada bahagian belakang Dewan Perpaduan supaya murid
yang duduk di bahagian belakang dewan dapat melihat dengan lebih jelas. Akhir
sekali, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat ditingkatkan dan berfungsi untuk
pelajar dan sekolah.
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-33 ini telah ditanggguhkan pada pukul 8.30 pagi.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…adina……. (SHAHRUL BINTI DARUS)
Setiausaha
(NUR ADINA BINT ZAHRULKAMAR)
Naib Setiausaha
Disahkan oleh,
(ROSEMAND A/P A. LAWRENCE)
Pengerusi
8
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT
NANAS KUALA LUMPUR BERHAD SESI 2018 / 2019
LAPORAN TAHUNAN
PENGENALAN
Koperasi Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur Berhad telah didaftarkan
pada 13 April 1987 ( Bil. Daftar KO-OP, Sek. No.586 ). Langkah pertama yang diambil ahli
jawatankuasa adalah untuk memperkenalkan dan menjual saham-saham kepada para pelajar serta
guru-guru sekolah. Pada awal tahun 1986, satu bilik koperasi telah disediakan untuk memusatkan
aktiviti-aktiviti koperasi seperti jualan harian dan juga menempatkan barang-barang jualan.
LEMBAGA
Ahli-ahli Lembaga Koperasi telah dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
Pengetua sekolah dipertanggungjawabkan menjadi Penaung Lembaga Koperasi. Ahli-ahli lembaga
yang lain terdiri daripada guru dan pelajar.
Berikut adalah Ahli-ahli Lembaga Koperasi sesi 2018/2019:
Pengerusi : Puan Rosemand A/P A. Lawrence
Naib Pengerusi : Puan Goh Geok Hoon
Setiausaha : Puan Shahrul binti Darus
Naib setiausaha : Nur Adina Binti Zahrulkamar
Bendahari : Puan Punitha A/P Somasundram
Naib bendahari : Nur Salsabila Zulaikha Binti Shaharoom Shah
AJK Guru : Puan Nor Ashah bt Mohamed Den (Loker)
Puan Nur Izzati binti Muhaiyadin (Saham)
Puan Nor Aniswahida binti Yusoff (Loker )
Puan Nurul Noraina Binti Md Noor (Belian)
Puan Noraini Binti Mohd Hol (Stok)
Puan Nazeema Binti Jafar Ali
AJK Pelajar : Nur Insyirah Binti Mohd Suhaimi
: Norfarisha Binti Mohd Shahrul Watt
Fatin Athira Binti Tarmizi
Aliah Farzana Binti Bashier
Nurul Nadia Binti Mohd Rafi
Adibah Nurbatrisyia Binti Resman
Nathalie Lee
Juruaudit Dalaman : Guru :
1) Puan Noraini binti Mat Noor
2) Puan Nur Fathihah binti Abdul Rashid
9
AKTIVITI KOPERASI BAGI SESI 2018 /2019
1. Jualan Harian di Kedai Koperasi
Kedai Koperasi masih menjual buku peraturan CBN, buku ko-kurikulum CBN,
pakaian PJK dan pelbagai keperluan pelajar CBN boleh didapati di koperasi
sekolah.
Kedai Koperasi dibuka setiap hari dalam dua sesi. Sesi pertama melibatkan para
pelajar Tingkatan 1-3 dan sesi kedua melibatkan para pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Berikut adalah waktu operasi Kedai Koperasi Sekolah Menengah Convent Bukit
Nanas Berhad :
Sesi Pagi : Rehat Pertama : ( Menengah Rendah)
Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi – 10.20 pagi
Rehat Kedua : ( Menengah Atas)
Isnin hingga Jumaat : 10.30 pagi – 10.50 pagi
2. Cenderamata CBN
Cenderamata CBN terdiri daripada ‘mug’, ‘pen holder’, buku catatan, , beg kitar
semula CBN, ‘face towel CBN’ , ‘First Day Cover’ dan botol air. Kesemua
cenderamata ini masih lagi dijual di Kedai Koperasi.
3. Bayaran Kemasukan Ahli-ahli Baru
Bermula tahun 1998, semua pelajar dari Tingkatan 1 telah digalakkan menjadi ahli
koperasi. Bayaran kemasukan ahli-ahli baru telah ditetapkan untuk menggalakkan
pelaburan serta menambahkan modal Koperasi. Bayaran tersebut adalah seperti yang
tercatat di bawah :
Yuran masuk : RM 1.00
Satu unit syer (RM3) : RM 9.00
( Minimum 3 syer )
JUMLAH _________
RM10.00
4. Penyewaan ‘Locker’
Penyewaan ‘locker’ kepada para pelajar daripada semua tingkatan masih dijalankan
seperti biasa pada tahun ini. Kadar yang dikenakan adalah sebanyak RM 30 sebagai
deposit dan sewa untuk satu tahun adalah RM 70 sahaja. Wang deposit akan
10
dipulangkan balik kepada para pelajar sebaik sahaja mereka memulangkan kunci
pada akhir tahun. Sehingga sekarang koperasi SMK Convent Bukit Nanas Berhad
mempunyai sebanyak 360 buah loker.
5. Sumbangan
Koperasi sekolah juga banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam
pelbagai aspek antaranya
1. Menjelaskan yuran sumbangan PIBG kepada murid-murid yang kurang
berkemampuan
2. Sumbangan cenderahati kepada guru-guru sempena Hari Guru dan Jamuan
Akhir Tahun
3. Sumbangan Hadiah sempena Sukan Sekolah
4. Sumbangan hadiah Hamper Kokurikulum
5. Sumbangan Plaque Kepada Pengawas Sekolah
6. Sumbangan Hamper Hari Sukan Negara
Penutup
Jumlah jualan pada tahun ini amat memuaskan. Pihak Lembaga Koperasi akan meneruskann
tanggungjawab dan mencuba sedaya upaya demi meningkatkan lagi hasil jualan dan memenuhi
keperluan semua warga CBN.
Disediakan oleh,
(SHAHRUL BINTI DARUS)
Setiausaha
Disemak oleh,
(ROSEMAND A/P A. LAWRENCE)
Pengerusi
(PUNITHA A/P SOMASUNDRAM)
Bendahari
11
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT
NANAS KUALA LUMPUR BERHAD SESI 2019 / 2020
LAPORAN TAHUNAN
PENGENALAN
Koperasi Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur Berhad telah didaftarkan
pada 13 April 1987 ( Bil. Daftar KO-OP, Sek. No.586 ). Langkah pertama yang diambil ahli
jawatankuasa adalah untuk memperkenalkan dan menjual saham-saham kepada para pelajar serta
guru-guru sekolah. Pada awal tahun 1986, satu bilik koperasi telah disediakan untuk memusatkan
aktiviti-aktiviti koperasi seperti jualan harian dan juga menempatkan barang-barang jualan.
LEMBAGA
Ahli-ahli Lembaga Koperasi telah dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
Pengetua sekolah dipertanggungjawabkan menjadi Penaung Lembaga Koperasi.
Berikut adalah Ahli-ahli Lembaga Koperasi sesi 2019/2020:
Pengerusi : Puan Rosemand A/P A. Lawrence
Naib Pengerusi : Puan Goh Geok Hoon
Setiausaha : Puan Nurul Noraina binti Md Noor
Naib setiausaha : Nur Salsabila Zulaikha Binti Shaharoom Shah
Bendahari : Puan Nur Izzati binti Muhaiyadin
Naib bendahari : Adibah Nurbatrisya binti Resmah
AJK Guru : Puan Nur Izzati binti Muhaiyadin (Pengurus
Stok )
Nazeema binti Jafar Ali (Pengurus Jualan)
Cik Lam Hui Chia (Pengurus Loker )
Rafeah binti Hj Nordin
Siti Hajar Aisyah binti Roslin
AJK Pelajar : Aliah Farzana binti Bashier
: Dayana Sofiea Binti Azman
: Nur Insyirah Bt Mohd Su
: Nathalie Lee
: Nurul Nadia Bt Mohd Rafi
: Nur Nisa Adlin Bt Ahmad Redzuan
: Noor Natasha Bt Shakil Allahi
Juruaudit Dalaman : Guru :
1) Puan Noraini binti Mat Noor
2) Puan Nur Fathihah binti Abdul Rashid
12
AKTIVITI KOPERASI BAGI SESI 2019/2020
6. Jualan Harian di Kedai Koperasi
Kedai Koperasi masih menjual buku peraturan CBN, buku ko-kurikulum CBN,
pakaian PJK dan pelbagai keperluan pelajar CBN boleh didapati di koperasi sekolah.
Kedai Koperasi dibuka setiap hari dalam dua sesi. Sesi pertama melibatkan para
pelajar Tingkatan 1-3 dan sesi kedua melibatkan para pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Berikut adalah waktu operasi Kedai Koperasi Sekolah Menengah Convent Bukit
Nanas Berhad :
Sesi Pagi : Rehat Pertama : ( Menengah Rendah)
Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi – 10.20 pagi
Rehat Kedua : ( Menengah Atas)
Isnin hingga Jumaat : 10.30 pagi – 10.50 pagi
(sebelum arahan PKP dilaksanakan)
Bermula dari 18 Mac 2020, setelah arahan PKP berkuat kuasa kesemua operasi di
Koperasi ditangguhkan dan koperasi ditutup sepenuhnya. Barangan bagi murid baharu
(tingkatan 1) pembelian dilakukan secara dalam talian melalui Jotform. Bagi tempahan
murid dari tingkatan 2 hingga 5, tempahan dilakukan dengan menggunakan borang
tempahan kelas yang diwakilkan kepada guru kelas masing-masing.
7. Cenderamata CBN
Cenderamata eksklusif 120TH tahun CBN sempena Karnival CBN terdiri daripada
‘hoodie CBN’, ‘jacket CBN’, CBN Harods bag, payung 120th tahun, stress ball, dan
key chain . Kesemua cenderamata ini masih lagi dijual di Kedai Koperasi.
(sebelum arahan PKP dilaksanakan)
8. Bayaran Kemasukan Ahli-ahli Baru
Bermula tahun 1998, semua pelajar dari Tingkatan 1 telah digalakkan menjadi ahli
koperasi. Bayaran kemasukan ahli-ahli baru telah ditetapkan untuk menggalakkan
pelaburan serta menambahkan modal Koperasi. Bayaran tersebut adalah seperti yang
tercatat di bawah :
Yuran masuk : RM 1.00
Satu unit syer (RM3) : RM 9.00
( Minimum 3 syer )
JUMLAH _________
RM10.00
13
9. Penyewaan ‘Locker’
Penyewaan ‘locker’ kepada para pelajar daripada semua tingkatan masih dijalankan
seperti biasa pada tahun ini bermula pada Januari 2020. Kadar yang dikenakan
adalah sebanyak RM 30 sebagai deposit dan sewa untuk satu tahun adalah RM 70
sahaja. Wang deposit akan dipulangkan balik kepada para pelajar sebaik sahaja
mereka memulangkan kunci pada akhir tahun. Sehingga sekarang koperasi SMK
Convent Bukit Nanas Berhad mempunyai sebanyak 360 buah loker.
10.Sumbangan
Koperasi sekolah juga banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam
pelbagai aspek antaranya
1. Menjelaskan yuran sumbangan PIBG kepada murid-murid yang kurang
berkemampuan
2. Sumbangan cenderahati kepada guru-guru sempena Hari Guru dan Jamuan Akhir
Tahun
3. Perkhidmatan Air Coway sepanjang tahun serta bayaran penyelenggaraan tahunan
Penutup
Jumlah jualan pada tahun ini kurang memberansangkan kerana pihak Koperasi terikat
dengan situasi COVID-19 dan arahan PKP yang dikuatkuasakan. Pihak Lembaga Koperasi akan
meneruskan tanggungjawab dan mencuba sedaya upaya demi meningkatkan lagi hasil jualan dan
memenuhi keperluan semua warga CBN.
Disediakan oleh,
.……………………………
(SHAHRUL BINTI DARUS)
Setiausaha
Disemak oleh,
(ROSEMAND A/P A. LAWRENCE)
Pengerusi
(IZZATI MUHAIYADIN )
Bendahari
14
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT NANAS
KUALA LUMPUR BERHAD SESI 2020/2021
LAPORAN TAHUNAN
PENGENALAN
Koperasi Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur Berhad telah didaftarkan
pada 13 April 1987 ( Bil. Daftar KO-OP, Sek. No.586 ). Langkah pertama yang diambil ahli
jawatankuasa adalah untuk memperkenalkan dan menjual saham-saham kepada para pelajar serta
guru-guru sekolah. Pada awal tahun 1986, satu bilik koperasi telah disediakan untuk memusatkan
aktiviti-aktiviti koperasi seperti jualan harian dan juga menempatkan barang-barang jualan.
LEMBAGA
Berikut adalah Ahli-ahli Lembaga Koperasi sesi 2020/2021:
Pengerusi : Puan Rosemand A/P A. Lawrence
Naib Pengerusi : Puan Goh Geok Hoon
Setiausaha : Puan Nurul Noraina binti Md Noor
Bendahari : Cik Sasikala a/p Balachanthra
AJK Guru : Cik Roslyati binti Rosli (Loker)
Puan Arina Syahmi binti Salleh
(Pengurus Stok )
Nazeema binti Jafar Ali (Pengurus Jualan)
Cik Lam Hui Chia (Pengurus Loker )
Rafeah binti Hj Nordin (AJK Saham)
Siti Hajar Aisyah binti Roslin (AJK Loker)
En Yong Foo How (Pengurus Belian)
Shalini a/p Perumal Kuvaindan (AJK Saham)
Bagi tahun 2020/2021 tiada lantikan murid dibuat kerana situasi semasa akibat COVID-19 dan
arahan PKP yang berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 maka guru mengambil alih sepenuhnya tugasan
mengendalikan tempahan dan urus niaga.
AKTIVITI KOPERASI BAGI SESI 2020/2021
1. Jualan Harian di Kedai Koperasi
Bermula dari 18 Mac 2020, setelah arahan PKP berkuat kuasa kesemua operasi
di Koperasi ditangguhkan dan koperasi ditutup sepenuhnya. Barangan bagi murid baharu
(tingkatan 1) pembelian dilakukan secara dalam talian melalui Jotform. Bagi tempahan
murid dari tingkatan 2 hingga 5, tempahan dilakukan dengan menggunakan borang
tempahan kelas yang diwakilkan kepada guru kelas masing-masing.
15
2. Cenderamata CBN
Tiada cenderamata terbaru pada tahun ini kerana operasi Koperasi ditutup
sepenuhnya.
3. Bayaran Kemasukan Ahli-ahli Baru
Bermula tahun 1998, semua pelajar dari Tingkatan 1 telah digalakkan menjadi ahli
koperasi. Bayaran kemasukan ahli-ahli baru telah ditetapkan untuk menggalakkan
pelaburan serta menambahkan modal Koperasi. Bayaran tersebut adalah seperti yang
tercatat di bawah :
Yuran masuk : RM 1.00
Satu unit syer (RM3) : RM 9.00
( Minimum 3 syer )
JUMLAH _________
RM10.00
4. Penyewaan ‘Locker’
Penyewaan ‘locker’ kepada para murid ditangguhkan kerana murid diminta untuk
membawa balik kesemua buku yang berada di loker. Bayaran yang dibuat pada sesi
2019/2020 dibawa pada sesi 2020/2021.
5. Sumbangan
1) Perkhidmatan Air Coway sepanjang tahun serta bayaran penyelenggaraan
tahunan
2) Lain-lain sumbangan - Koperasi sekolah tiada memberikan sumbangan
kerana arahan PKP dikuatkuasakan.
Penutup
Jumlah jualan pada tahun ini kurang memberansangkan kerana pihak Koperasi terikat
dengan situasi COVID-19 dan arahan PKP yang dikuatkuasakan. Pihak Lembaga Koperasi akan
meneruskann tanggungjawab dan mencuba sedaya upaya demi meningkatkan lagi hasil jualan dan
memenuhi keperluan semua warga CBN.
16
Disediakan oleh,
.……………………………
(NURUL NORAINA MD NOOR)
Setiausaha
Disemak oleh,
(ROSEMAND A. LAWRENCE)
Pengerusi
….……………………………..
(SASIKALA A/P BALACHANTHRA)
Bendahari
17
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
CONVENT BUKIT NANAS KUALA LUMPUR BERHAD
PENYATA KEWANGAN
31 ogos 2019, 31 OGOS 2020
DAN 31 OGOS 2021
18
19
20
21
22
23
24
25
26
AHLI LEMBAGA KOPERASI SESI 2022/2023
Pengerusi : Puan Rosemand A/P A. Lawrence
Naib Pengerusi : Puan Neela A/P Ramasamy
Setiausaha : Puan Siti Zaharah Binti Abd Majid
Naib setiausaha : Nur Nisa Adlina Bt Ahmad Redzuan
Bendahari : Cik Sasikala A/P Balachanthra
Naib bendahari : Dayana Sofiea Binti Azman Latiff
AJK Guru : Puan Nurul Noraina Binti Md Noor
Cik Roslyati Binti Yaakop (Loker)
AJK Pelajar : Puan Shalini A/P Perumal Kuvaindan (Saham)
: Puan Arina Syahmi Binti Salleh ( Stok )
: En Yong Foo How (Belian)
: Puan Nazeema Binti Jafar Ali
: Puan Siti Hajar Aisyah Binti Roslin
Noor Natasha Bt Shakil Allahi (Jualan)
Sasha Konoer Binti Amin Ali Kono (Belian)
Nathalie Lee (stok)
Miza Irdina Binti Muhd Firdaus (Loker)
Darwisyah Amirah Binti Mohd Efandey
Juruaudit Dalaman : Guru :
1) Puan Siti Malwani Binti Mat Min
2) Cik Najjah Halwani Binti Mohamad Yusuf
Murid :
1) Nuril Asyeera Bt Nazrul Akmal
2) Kyra Sofea Binti Ahmad Faizal
27
PEMBENTANGAN USUL
NAMA MURID TINGKATAN USUL CADANGAN
Putri Nur Ellysa
5 Resilient Buat binding Cadangan baik. Akan
Sharmeen dipertimbangkan
Gobikrishna
Maybe make the purchasing more Cadangan baik. Akan
Fathima Hansha
Binti Abdul Kader interactive and quicker. I also think that dipertimbangkan
Cynta Amenda Bt we should have credit instead of real
Muhammad
life money so it's easier, we can all
Lily Alisya Binti
Abdullah have a card with a standard amount
Heidi Zyra Binti
Hyder Shahrol and we can either top up at anytime,
Dhya Nur Eryna
Lim Tong Yao and if we would like to purchase
something we can just scan and its
2 Caring auto paid. Also i would really hope for
a reduction of price value in items like
the cbn jacket so that it's accessible for
all cbners. Another thing, is the
business hours of the koperasi, i would
appreciate it if the open hours were
more flexible for students from rehat 1
& rehat 2, and to be more days for it to
be opened. Thank you.
I hope pengawas kooperasi will atleast Soal selidik akan dibuat
3 Extraordinary wear blazer or vast in maroon colour sebelum keputusan di buat
because we deserves it !!
Bukak koperasi pada mulanya sesi Tiada pekerja yang akan
persekolahan hingga tamat bagi berada di koperasi untuk
memudahkan kami membeli barangan menguruskan koperasi.
2 Resilient tertentu. Kekangan darii pekerja . Pihak
koperasi perlu mendapatkan
pekerja tetap. Pekara ini
memerlukan kos.
Vitagen, yakult atau air yang murid2 Pihak koperasi sedang
1 Noble boleh minum dalam botol plastic atau berurusan dengan pihak
kotak terlibat. Cadangan baik. Akan
dipertimbangkan
1 Noble Vitagen ( oren ) Cadangan baik. Akan
dipertimbangkan
Air kotak Di jual di kantin dan item
1 Noble jualan tidak boleh bercanggah
It’s quite slow to buy foods in the dengan pihak kantin
Bukan di bawah pengurusan
1 Briliant canteen, maybe can hire more kantin
abang/kakak:)
28