SMK
VIVEKANANDA
Persembahan Pembukaan (Sajak BI dan BT)
Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Persembahan Nyanyian
Penyampaian Hadiah
Persembahan Lakonan
Ucapan Perasmian Penutupan
Gimik Penutupan
Majlis Bersurai
TEKS UCAPAN PENUTUP
BULAN KEMERDEKAAN
Salam sejahtera dan salam merdeka kepada semua guru-guru sesi petang, barisan
pengawas dan seterusnya anak-anak merdeka yang saya kasihi sekalian.
Di sangkar merbah bertelur helang,
Punai terlepas di hutan tarah;
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.
Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa gembira dan syukur kerana pada hari ini kita
dapat bersama-sama berkumpul dalam Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Malaysia
pada peringkat sekolah bagi tahun 2022.
“Keluarga Malaysia Teguh Bersama” merupakan TEMA sambutan Bulan Kemerdekaan
Malaysia tahun ini. Saya percaya tema ini akan memberi kesan mendalam dan melahirkan
semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua sebagai seorang warganegara
Malaysia.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2022 yang lalu, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan
untuk kali ke-65. Sebagai generasi muda pada hari ini saya percaya murid-murid masih
kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan yang sebenar.
Pada zaman sekarang erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara
fizikal semata-mata, bahkan kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan
mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-amalan yang merosakkan negara.
Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik anda semua patut berasa bangga
kerana telah menjadikan amalan berbudi pekerti dan mengamalkan nilai-nilai murni
sehingga telah menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekali gus menjamin
keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.
Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa, kita mempunyai peranan dan
tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata .
Sebagai seorang murid sekolah yang menerima infrastruktur lengkap untuk belajar, kita
haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita. Secara tidak
langsung anda juga adalah menyumbang kepada pembangunan Malaysia pada masa akan
datang.
TEKS UCAPAN PENUTUP
BULAN KEMERDEKAAN
Harapan saya agar anda semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yang baik, berakhlak mulia,
berdisiplin dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Kehadiran kita pada petang ini bukan hanya untuk mewarnai program ini, tetapi sebagai
permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegara Malaysia
yang bertuah dan demi melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi.
Ia bukan sekadar laungan MERDEKA tetapi memahami, menghayati dan menterjemahkannya
dalam kehidupan harian itu dengan lebih bermakna.
Memerdekakan diri daripada perkara-perkara negatif dan tidak baik amatlah penting.
Sesungguhnya tujuan program bulan kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan
lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
bulan Ogos sehingga majlis penutup hari kemerdekaan ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru
yang telah menjayakan bulan kemerdekaan dan juga murid-murid yang telah menyertai
pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang bulan ini. Tahniah kepada semua murid
yang telah berjaya dan bagi yang tidak berjaya, jangan kecewa, anda masih berpeluang untuk
mencuba pada tahun hadapan. Yang penting anda telah mendapat pengalaman daripada aktiviti
yang anda telah sertai.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Puan Aina selaku penyelaras
dan semua guru yang terlibat dalam menjayakan Bulan Kebangsaan sesi petang pada tahun ini
dengan jayanya.
Tanpa melengahkan masa, dengan lafaz Bismillah, saya dengan sukacitanya merasmikan
PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN, SMK VIVEKANANDA BAGI TAHUN 2022.
Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,
Jalur gemilang berkibar megah,
Simbol perpaduan seluruh negara;
Malaysia bebas dari dijajah,
Semoga negara aman sentiasa.
Sekian, terima kasih.
Melukis dan Mewarna Poster
Pelajar Berpatriotik
Kuiz Patriotisme
Pertandingan Nyanyian
Pertandingan Busana Merdeka
Pertandingan Deklamasi Sajak
Sudut “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”
ooo..Laungan kita Malaysiaku...tanah airku Hei hei hei hei
Negaraku...Malaysiaku Keluarga Malaysia
Lihatlah kita... wahai bangsaku Hei hei hei hei
Setiap jiwa pasti bangga Teguh Bersama
Atas nama bangsa Malaysia ooo
Sekian lama… merdeka Laungan kita Malaysiaku... tanah airku
Tertumpahnya cinta
Usia kita makin dewasa Negaraku...Malaysiaku
Berkali-kali kita diuji Lihatlah kita... wahai bangsaku…
Kasihnya bangsa…. dibela Semaikan cinta
Maruah dijaga… gerak hati pasti murni
Nyala semangat dipalu
Keluarga Malaysia Teguh Bersama Kita bagaikan aur dengan tebing
Keluarga Malaysia Teguh Bersama Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Semaikan cinta gerak hati pasti murni
ooo Nyala semangat dipalu
Laungan kita Malaysiaku... tanah airku Kita bagaikan aur dengan tebing
Keluarga Malaysia Teguh Bersama..
Negaraku...Malaysiaku Semaikan cinta gerakkan hati
Lihatlah kita... Wahai bangsaku
Semaikan cinta gerak hati pasti murni Nyala semangat
Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Nyala semangat dipalu…
Kita bagaikan aur dengan tebing Semaikan cinta Gerakkan hati
Keluarga Malaysia Teguh Bersama Nyala semangat
Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Buruh, nelayan dan juga petani Keranamu kami hidup selesa
Gaya hidup kini dah berubah Limpah budi kemakmuran negara
Anak-anak terasuh mindanya Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi Keranamu rela kami berjuang
Jaguh sukan dan juga jutawan Demi bangsa kedaulatan negara
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya ( ulang dari mula )
Alam cyber teknologi terkini Keranamu Negara Malaysia
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa Malaysia…
Kita semua pasti merasa bangga Terima kasih Malaysia
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Tanggal 31 Mari kita seluruh warga negara
Bulan lapan lima puluh tujuh Ramai-ramai menyambut hari
Merdeka! Merdeka! merdeka
Tetaplah merdeka Merdeka!
Ia pasti menjadi sejarah Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Tanggal 31 Hari mulia negaraku merdeka
Bulan lapan lima puluh tujuh Mari kita seluruh warga negara
Hari yang mulia Ramai-ramai menyambut hari
Hari bahagia merdeka
Sambut dengan jiwa yang merdeka Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!
SMK
VIVEKANANDA