The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ariannjwa, 2022-05-10 09:44:50

HINDARI AJARAN SESAT (4)

HINDARI AJARAN SESAT (4)

PELAJARAN 12

HINDARI AJARAN
SESAT

ARIANA NAJWA BT AZMI
4 AL ALUSI

TAKRIF AJARAN
SESAT :

Ajaran yang didakwa sebagai ajaran
Islam sedangkan hakikatnya bercanggah

dengan Al-Quran dan Sunnah

CIRI AJARAN SESAT

1) Aspek Al-Quran dan Hadis

-Meyakini bahawa terdapat Al-Quran yang lain yang tersembunyi.

2) Aspek akidah

-Mengaku menjadi nabi/rasul

3) Aspek ibadat

-Menolak kewajipan ibadat fardu.

4) Aspek akhlak

-Mengejek, merendah-rendahkan dan mempersendakan
sahabat nabi

Cara menjauhi
ajaran sesat

1) Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang dicurigai ilmu dan amalnnya.
2) Mempelajari akidah yang sebenar berdasarkan manhaj ahli sunah wajama'ah.
3) Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut panduan Al-quran dan
As-sunah.
4) Mencari maklumat daripada sumber yang sahih supaya tidak terpengaruh dengan ajaran
sesat.
5) Berdoa memohon petunjuk agar sentiasa berada dijalan yang benar.
6) Bertaubat kepada Allah atas keterlanjuran mengikuti dan beramal dengan ajaran sesat.

Aktiviti 1:

Hasilkan peta pemikiran berkaitan
dengan kesan melakukan ajaran sesat
kemudian bentangkan di hadapan kelas.

1 ) Agama 2 ) Ekonomi

-Melemahkan iman
dan merosakkan -Melahirkan indmivaidl
ausy. ang pasif dan
akidah.
-menjatuhkan wang pada perkara yang
-Menjatuhkan imej umat Islam tidak berfaedah.

KESAN MELAKUKAN


AJARAN SESAT

3) Politik 4) Kemasyarakatan

- Menggutginadtakkaenstkaeb
gilaannapsoalint.ik akibat -Membbeernstiukkapinadgivrideu
sifmadsaynarkaaksaart . yang

-Mewujudkan suasana politik yang tidak -Memutuskan hubungan silaturahim dan
harmoni akibat taksub kepada pemimpin persaudaraan Islam.

kumpulan.

Aktiviti 2:

Cari maklumat ajaran sesat di Malysia
kemudian bentangkan di hadapan kelas.

AJARAN SESAT DI MALAYSIA

1) KERAJAAN LANGIT

-Seorang rakyat Malaysia yang mendakwa dirinya tuhan kepada segala agama dan
boleh menjelma semula sebagai Jesus, Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad SAW.

-Ia berjaya mempengaruhi ribuan pengikut yang mempercayai ketua ajaran itu, Arifin
Mohammed yang menjadikan teko sebagai simbol ideologi ajarannya ketika
pertengahan 1980an.

-Dikenali sebagai Ayah Pin di kalangan 22,000 pengikutnya, dia memulakan ajaran
sesat itu pada 1979 sebagai Kerajaan Langit.

-Beberapa replika besar seperti payung kuning, pasu serta teko gergasi yang terdapat
di Terengganu menjadi simbol kepada Kerajaan Langit itu.

-Pengikut akan melakukan amalan mereka pada setiap malam Sabtu hingga pagi
Ahad yang kononnya banyak menekankan penyembuhan rohani dan penafsiran mimpi.

-Ajaran itu diisytiharkan haram oleh kerajaan pada Ogos 2005, pusat ajaran Kerajaan
Langit itu dibakar dan dimusnahkan oleh individu bertopeng pada 18 Julai 2005.

-Ayah Pin akhirnya meninggal dunia pada 23 April 2016 selepas mendakwa pernah
dilahirkan semula sebanyak 17 kali.

2 ) TASLIM

-Mengikut sejarah, ajaran Matahari/Taslim terkenal sebagai ajaran sesat paling lama yang
wujud sekitar 1870an dan ia berpusat di sebuah kampung bernama Kampung Seronok. ketika
1940an hingga 50an, ajaran ini aktif melakukan pelbagai amalan karut mereka hingga berjaya
mempengaruhi ramai pengikut.

-Segalanya bermula selepas Haji Muhammed Shayfie berpindah ke Kampung Seronok pada
1872 dan menggelarkan diri sebagai Taslim yang mengasaskan ajaran Matahari.

-Ajaran Matahari itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kenyataannya yang pernah dibuat
di hadapan Mufti Kedah ketika ditanya mengenai tuhan lalu dia menunjuk jarinya ke arah
matahari.

-Ia bukan hanya menimbulkan kemarahan kepada Mufti tetapi menyebabkannya diharamkan
terus daripada menjejakkan kaki ke bumi Kedah.

-Ada yang mengatakan pengikutnya tertarik dengan ajaran itu disebabkan amalannya tidak
terlalu berat seperti tidak perlu sembahyang kerana Allah berada dalam tubuh badan apabila
mengucap.

-Bagaimanapun, mungkin ada yang lebih berminat dengan aktiviti yang dilakukan setahun
sekali di Kampung Seronok apabila pengikutnya akan mandi dalam keadaan gelap sebelum
melakukan persetubuhan.

3 ) AL ARQAM

-Ashaari Mohammad adalah pengasas kepada ajaran sesat ini dan di sebalik nama Islam,
kepercayaan mereka sudah tersasar jauh daripada agama sebenar.

-Ketika gaya hidup barat menjadi pengaruh utama sekitar tahun 1960an, Al-Arqam percaya
umat Islam terpesong daripada ajaran agama dan satu-satunya cara untuk kembali ialah
dengan bertaubat.

-Terdapat pelbagai amalan menyesatkan umat Islam yang dilakukan pengikutnya atas nama
untuk menyucikan jiwa malah boleh berhubung dengan golongan solihin yang sudah
meninggal dunia.

-Al-Arqam dikatakan berjaya menarik minat generasi muda untuk menyertai kumpulan itu
selain memberi perhatian istimewa terhadap persoalan dalam kehidupan secara menyeluruh.

-Pergerakan mereka bukan dilakukan secara diam-diam kerana mudah dikenal pasti dengan
berpakaian jubah dan serban.

-Kerajaan mengharamkan pergerakan ini pada 1994 dan namun sebelum itu ia dianggarkan
mempunyai kira-kira 10,000 hingga 12,000 pengikut selain 200,000 simpatisan yang
terpengaruh dengan ajaran Al-Arqam.

TAMAT

Terima kasih!


Click to View FlipBook Version