The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abumiftah08, 2023-10-25 21:45:23

BUKU ATURCARA HARI TERBUKA PPD TAMBUNAN 2023

HARI TERBUKA PPDT 2023

Keywords: PPDT23

KEMENTERIAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN “Tambunan MONOTOS Mendepani Perubahan” Tarikh : 26 Oktober 2023 (Khamis) Masa : 7.00 pagi – 4.30 petang Tempat : Pisompuruan Square Tambunan Dirasmikan Oleh ; STEM & PBL Memperkasa Pendidikan Daerah Tambunan YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah I Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Negeri Sabah Adun N.39 Tambunan & Ahli Parlimen P.180 Keningau


Isi Kandungan BIL PERKARA M/S 1 Sekapur Sirih 1 - 2 2 Seuntai Bicara 3 - 4 3 Pengenalan Program 5 4 Aturcara Program 6 - 7 5 Ahli Jawatankuasa Induk 8 6 Ahli Jawatankuasa Pelaksana 9 - 10 7 Peserta Pameran 11 - 12 8 Sekalung Penghargaan 13


Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Salam JPN SEPAKAT Sabah Hebat, Salam PPD Tambunan MONOTOS mendepani perubahan Syukur kita kepada ilahi, kerana sekali lagi ktia diberikan kesempatan untuk mengadakan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan pada tahun 2023. Saya mewakili warga pendidik dan staff PPD Tambunan, mengungkapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Panglima, Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan kerana dalam kesibukan rutin, masih sempat mengambil masa untuk bersamasama kita pada hari ini untuk merasmikan Hari Terbuka PPD Tambunan bagi tahun 2023. Kompang bergema pusaka bangsa Dipalu oleh si anak muda Hadir Dato Seri memeriahkan suasana Kami menyambut penuh gembira Yang berhormat Datuk Seri, tuan-tuan, puan-puan, hadirin sekalian, Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan pertama kali diadakan dengan tema “sekolahku sejahtera” pada tahun 2022 dan kali kedua dengan tema STEM dan PROJEK BASED LEARNING (PBL) MEMPERKASA PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN pada tahun 2023 sebagai tanda komitmen dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian khususnya warga pendidikan dan masyarakat di daerah Tambunan bersempena bulan Transformasi Pendidikan KPM 2023. Matlamat utama HARI TERBUKA PPD TAMBUNAN adalah untuk mendekati serta mendalami keperluan stakeholder untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan seterusnya meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan di daerah Tambunan secara holistik. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat “SEPAKAT SABAH HEBAT” dan “SEPAKAT TAMBUNAN HEBAT” dalam kalangan warga pendidikan Tambunan. Sekapur Sirih Ybrs Tuan Haison Bin Jahudin A.M.N Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan 1


Objektif utama program ini adalah menyampaikan maklumat terkini dasar dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada pemegang taruh (stakeholders), pelanggan dan rakan strategik. Mempamerkan inovasi murid dan guru melalui elemen STEM & PBL. KUMPULAN SASARAN Program ini adalah ibu bapa, komuniti, NGO dan orang awam, pembekal perkhidmatan, pengusaha kantin, kontraktor pembinaan, keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan dan seterusnya warga sekolah. Hadirin yang dihormati sekalian. Program ini dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar di daerah Tambunan sama ada di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah untuk mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi yang mengkhusus kepada STEM dan PBL. Persembahan SHOWCASE PENDIDIKAN yang telah berlangsung di atas pentas ini dari jam 7.00 pagi tadi juga memaparkan kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh murid dan guru yang mewakili daerah ke peringkat Zon pedalaman, Negeri Sabah dan juga di peringkat kebangsaan. Begitu juga dengan pameran-pameran murid dan guru yang berada di booth pameran, yang mana telah menerima anugerah pencapaian masing-masing di pelbagai peringkat. Saya berharap Hari Terbuka PPD ini menjadi platform baik untuk mengubah persepsi ibu bapa, guru dan semua pihak terhadap pengurusan PPD dan hubungan antara warga PPD dengan masyarakat lebih rapat melalui penyampaian maklumat terkini dasar dan perkhidmatan pendidikan kepada pemegang taruh, pelanggan dan rakan strategik. Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini ,khususnya kepada Sektor Perancangan yang menerajui penganjuran Hari Terbuka PPD 2023, dengan sokongan seluruh staff PPD Tambunan dan warga sekolah, PGB dan guru-guru sekolah daerah Tambunan. Panau Mantad Nukakatan, Hari Terbuka PPD pirait-rait, Sundung ogumu koukatan, Au misoguli kampis barait. Sekian, terima kasih. Sekapur Sirih 2


Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Salam JPN Sabah - ‘SEPAKAT Sabah Hebat’ Salam PPD Tambunan - ‘MONOTOS mendepani perubahan’ Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berhimpun di Pisompuruan Square ini untuk menjayakan Majlis Terbuka Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan bagi Tahun 2023. Kompang dipalu sedap irama, Dipalu oleh si muda dan mudi, Saya sama turut gembira, Kalau sudi jemputlah lagi. Terlebih dahulu, setinggi-tinggi terima kasih kepada yang berusaha tuan Haison bin Jahudin, Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Terbuka Peringkat Pejabat Daerah Tambunan pada hari ini. Seterusnya, kepada warga pendidikan daerah Tambunan yang diketuai oleh tuan Haison bin Jahudin, Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan kerana sentiasa komited untuk melaksanakan tugas dengan penuh bersemangat demi kecemerlangan organisasi, tidak kira apa sahaja tugas yang dipertangungjawabkan atau diamanahkan. Syabas dan tahniah! Ucapan Syabas dan tahniah juga kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu jayanya. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan sangat relevan untuk diadakan kerana ini boleh menjadi platform kepada orang ramai, khususnya kepada ibu bapa untuk lebih memahami perkhidmatan dan peranan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan. Seuntai Bicara YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah I Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan & Industri Makanan Negeri Sabah Merangkap Adun N.39 Tambunan & Ahli Parlimen P.180 Keningau 3


Pengisian Hari Terbuka seperti pameran hasil murid dan guru. Penerangan tentang perkhidmatan setiap sektor atau unit yang berkaitan di PPD dapat mengeratkan hubungan antara warga PPD dan masyarakat demi untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, kebajikan pelajar, pembangunan negara dan seterusnya pembinaan bangsa Malaysia Madani khususnya di daerah Tambunan. Saya mengharapkan apa yang dikatakan oleh Tuan PPD sebentar tadi itu “SEPAKAT SABAH HEBAT” dan “SEPAKAT TAMBUNAN HEBAT” dalam kalangan warga pendidikan daerah Tambunan dapat direalisasikan melalui program seumpama ini. Hadirin dan hadirat sekalian, cabaran-cabaran yang melanda masyarakat kita pada masa kini, terutama aksi globalisasi memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak PPD dan komuniti, khususnya warga sekolah dalam mengatasinya. Namun saya sangat yakin bahawa, semua pegawai dan warga pendidikan di PPD Tambunan yang diketuai oleh tuan Haison bin Jahudin sangat komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, khususnya menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan dan KPM seterusnya melaksanakan bimbingan di sekolah demi untuk melestarikan sistem pendidikan khususnya di daerah Tambunan. Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan terima kasih, ikhlas daripada saya kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya kepada yang Berusaha tuan Haison bin Jahudin dan Barisan Timbalan PPD serta pihak pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan dan semua pihak yang terlibat di atas komitmendan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan Majlis Hari Terbuka Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan. Saya, dengan lafaz penuh kesyukuran dan penuh rasa besar hati merasmikan MAJLIS HARI TERBUKA PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN TAHUN 2023. Sekian, terima kasih. Seuntai Bicara 4


PENDAHULUAN HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAHUN 2023 adalah satu program yang dianjurkan PPD Tambunan yang dijalankan sebagai tanda komitmen dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian khususnya warga pendidikan dan masyarakat di daerah Tambunan bersempena bulan Transformasi Pendidikan KPM 2023. Peranan PPD sebagai pembimbing kepada sekolah dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat dipertingkatkan dengan adanya Hari Terbuka ini. PPD Tambunan berharap agar matlamat dan objektif HARI TERBUKA ini dapat dinikmati oleh stakeholders, pelanggan (klien) dan rakan strategik. MATLAMAT Matlamat utama HARI TERBUKA PPD TAMBUNAN adalah untuk mendekati serta mendalami keperluan stakeholder untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan seterusnya meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan di daerah Tambunan secara holistik. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemarakkan semangat “SEPAKAT SABAH HEBAT” dan “SEPAKAT TAMBUNAN HEBAT” dalam kalangan warga pendidikan Tambunan. OBJEKTIF ◼ Menyampaikan maklumat terkini dasar dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada pemegang taruh (stakeholders), pelanggan dan rakan strategik ◼ Mempamerkan inovasi murid dan guru melalui penerapan elemen STEM & PBL KUMPULAN SASARAN ◼ Ibu bapa, Komuniti, NGO dan orang awam ◼ Pembekal perkhidmatan, pengusaha kantin, kontraktor pembinaan, keselamatan, kebersihkan dan penyelenggaraan ◼ Warga sekolah Pengenalan Program 5


Aturcara Program MASA AKTIVITI 25 Oktober 2023 (Rabu) 8.00 pagi : Lawatan lokasi dan persediaan 26 Oktober 2023 (Khamis) 7.00 pagi : Ketibaan AJK / Guru / Murid / Peserta 7.30 pagi : Acara Pameran dibuka 7.35 pagi : Senamrobik 8.00 pagi : SHOWCASE PENDIDIKAN SESI 1 10.15 pagi : Rehat 10.30 pagi : SHOWCASE PENDIDIKAN SESI 2 1.45 petang : Ketibaan AJK & Urusetia 1.50 petang : Ketibaan PIGB, Pengetua & Guru Besar 2.15 petang : Ketibaan TPPD, PPD & Tetamu Jemputan 2.30 petang : Ketibaan Perasmi : Negaraku & Sabah Tanah Airku : Tarian Sambut Tamu : Bacaan Doa : Ucapan alu-aluan Ybrs Tuan Haison Bin Jahudin A.M.N Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan 6


Aturcara Program MASA AKTIVITI : Ucapan Perasmian YB Datuk Seri Panglima Jeffery G. Datuk Kitingan Timbalan Ketua Menteri I, Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan & Industri Makanan Negeri Sabah Merangkap Adun N.39 Tambunan & Ahli Parlimen P.180 Keningau : Gimik Pelancaran : Persembahan : Penyampaian Sijil & Hadiah : Penyampaian Cenderahati kepada perasmi : Sesi Bergambar : Lawatan ke Booth Pameran : Jamuan : Sidang Media 4.30 petang : Majlis berakhir / bersurai 7


Ahli Jawatankuasa Induk Penaung : Ybhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengerusi : Ybrs. Tuan Haison bin Jahudin A.M.N Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Naib Pengerusi : En. Jiro Seong Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah : En. Hadili Muhadi Timbalan PPD Sektor Pembelajaran : En. Applonius Jimi Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid : En. Sofri Anuar Pengerusi PPSMS Daerah Tambunan : En. Mohd Yassin bin Mohd Yunus, Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Tambunan Setiausaha : En. Jaslih Dumin Penolong Pegawai Sektor Perancangan Penolong setiausaha : Cik Emily George Penolong Pegawai Sektor Perancangan Bendahari : Puan Rosalia Agedius Pegawai Eksekutif Kanan Penolong Bendahari : Puan Juhilo Sikul Pembantu Tadbir Kewangan Ahli Jawatankuasa : Pegawai Cemerlang SIP+ dan Pegawai Cemerlang SISC+ : Penolong Pegawai PPD Tambunan : Pengetua dan Guru Besar 8


Ahli Jawatankuasa Pelaksana Setiausaha : En. Jaslih Dumin : Cik Emily George Protokol : En. Abd Aziz bin Hj. Mohd banting : Semua Timbalan PPD : SIP+ : Pengerusi PPSMS : Pengerusi PGBM Daerah Tambunan Floor Manager : En. Redzam Laungan : En. Alfred Joumil Stage Manager : En. Lieand Augustine : En. Jais Bianus : En. Braille Jamin : En. Calvin Rain J. M. PA Sistem & Siaraya : En. Applonius Jimi Teknikal : En. Khairul Nizam bin Nordin : En. Calvin Rain J. M. : En. Micel Stenis : En. Jarry Damianus : En. Shirllerry Anon : En. Jonathan Vitus Peralatan, Persiapan, Hiasan Pentas & Dewan : En. Adabert kanor : En. Jobot @ Albert Edwin Ikon : Pn. Sabina Santiu : En. Abd Wahid J : En. Peter JR Rotis : Cik Lesia Ukor : Pn. Sarimah Lisin : Pn. Subina Kuyong : Permuafakatan Pra Sekolah Daerah Tambunan Hadiah / Cenderamata / Sijil : Pn. Rozita Francis : Pn. Marcella Michael : Pn. Lucia Francisca P. : Pn. Dg. Rosjiah Oran : Cik Laynie Stanis Buku Program : En. Saleh Hudin Rusinin : Pn. Irene Ipew Publisiti & Seranta : En. Ajmain bin A. Rahim : En. Raynold David Oyoh Backdrop : En. Oswald Jaipul 9


Ahli Jawatankuasa Pelaksana Penyampai Hadiah / Anugerah : Cik Jovinia Yulus : Cik Siti Aisah binti Ibrahim : Pn. Irene Ipew : Cik Ezyanty Saban Gimik / Montaj Pelancaran : En. Alfred Joumil : En. Oswald bin Jaipul Jurugambar, Rakaman, Dokumentasi & Penyediaan Laporan : En. Frederic Mousi : En. Mohd Khairul Nizam bin Nordin : En. Mohd Lokman bin Norman Pengacara Majlis : Pn. Rose Vitus : En. Azmi Hj Sidek Teks Ucapan : Pn. Jalinah Lucy : Pn. Noemi Justin Bacaan Doa : En. Saleh Hudin Rusinin Persembahan & Showcase Bakat Murid : En. Redzam Laugan : Pn. Sabina Santiu Penajaan & Sumbangan : En. Oswald Jaipul : En. Juhilo Sikul : En. Mohd Ridhwan Abdullah : En. Stephen Fadiles Pendaftaran : Pn. Jenneper Ann B. : Cik Lesia Ukor Pengurus Jamuan : Pn. Rosneh Wasli : Pn. Doreen Kunsong Keselamatan & Parking : En. Jais Bianus : En. Stephen Nandu Kecemasan / Kebersihan : En. Rodney Samuil : Pn. Bernadette Rensin Penyediaan Booth & Ruang Pameran : Pn. Hilda Mulakim : Pn. Rosalia Agedius : En. Jefli Joseph Penyelaras Pameran PPD & Sekolah : En. Christian J. L : Cik Emily George : En. Ahmad Syukri Mohd Tamiri Cabutan Bertuah : Cik Linda Cladius Juing : Pn. Jasekah Jusipin : Pn. Masusyta Awang : Pn. Glory Cleophas 10


Peserta Pameran SEKTOR / SEKOLAH / AGENSI SEKTOR PERANCANGAN / UNIT PENGURUSAN TEKNIKAL ICT SEKTOR PEMBELAJARAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH / SEKTOR PEPERIKSAAN & PENTAKSIRAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID SEKTOR PENGURUSAN SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING SMK TAMBUNAN SMK NAMBAYAN SMK DESA WAWASAN SM ST MARTIN SK PEKAN TAMBUNAN SK TIONG WIDU SK LOTONG SK KITOU SK KUMAWANAN SK KEROKOT SK TIKOLOD SK PATAU SK KINABAAN SRK ST DAVID TOBOH SRK ST THERESA PEWANIS MAJLIS GBK PROGRAM DUTA GURU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRITI KOLEJ KOMUNITI PRUDENTIAL (MUQMEEN GROUP) 11


Sekalung Penghargaan 12


Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan Ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas penglibatan dan sumbangan serta tajaan ikhlas dalam menjayakan Program Hari Terbuka PPD Tambunan 2023 “Tambunan MONOTOS Mendepani Perubahan” Sekalung Penghargaan 13 Semua Pengetua & Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Tambunan Peltra Enterprise Syarikat Putera Projek Yin Fatt Enterprise DR Enterprise Nur Enterprise Haizhel Enterprise Dahlan Enterprise Zafiera Enterprise Maira Enterprise Kumakota Enterprise SR ENTERPRISE Qaseh Eyara Enterprise QKS ENTERPRISE Zazu Enterprise Umi Nuri Enterprise Syarikat Rosidah Yong Nuramizan Enterprise Becca Fasha Syarikat Pengangkutan Sri Tangaban


087-774227 / 087-773144 [email protected] KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan Tingkat 2, Kompleks Majlis Daerah Peti Surat 27, 89657 Tambunan Sabah


Click to View FlipBook Version