KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan
HARI GURU
PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN
TAHUN 2022
“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA“
Dirasmikan Oleh :
YB DSP Dr. Jeffrey G. Kitingan
Timbalan Ketua Menteri II
Merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah
ADUN N39 Tambunan , P180 Keningau
16 JULAI 2022 9.00 Pagi
DEWAN MASYARAKAT TAMBUNAN
Isi kandungan
NO PERKARA M/S
1 Pengenalan Program 2
2 Bicara Aspirasi ~ Ucapan YB DSP Dr Jeffrey G Kit- 3-4
ingan 5-6
3 Seuntai Kalam ~ Ucapan YBhg Pn Tah Nia
4 Sekapur Sirih ~ Ucapan YBhg Tn Haison 7-8
5 Aturcara Majlis Sambutan Hari Guru 9
6 AJK Induk 10
7 AJK Pelaksana 11-12
8 Senarai Penerima Anugerah Hari Guru - 2022 13-14
9 Anugerah Utama : Tokoh Guru 15-16
10 Anugerah Utama : Tokoh Kepimpinan 17-18
11 Ikrar Guru 19
12 Lagu Guru Malaysia 20
13 Lagu Keluarga Malaysia 21
14 Bicara Tema “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” 22-23
15 Sekalung Penghargaan 24-25
1 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Pengenalan Program
2 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Bicara Aspirasi
YB DSP Dr. Jeffrey G. Kitingan
Timbalan Ketua Menteri II
Merangkap Menteri Pertanian & Perikanan Sabah
ADUN N39 Tambunan , P180 Keningau
Salam Sejahtera, selamat pagi dan salam damai.
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya kita semua diberikan kesempatan
untuk berhimpun dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tambunan bagi tahun
2022. Sambutan Hari Guru merupakan tanda pengiktirafan tertinggi negara terhadap peranan
dan sumbangan para guru mendidik anak bangsa. Oleh itu, saya merakamkan ucapan
segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di Daerah Tambunan atas
segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua.
Saya rasa sungguh bertuah kerana dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Majlis
Sambutan Hari Guru sekali gus mengiktiraf jasa dan sumbangan semua guru di daerah inipada
tahun ini secara bersemuka. Maka dengan itu, saya dengan rendah hati ingin menzahirkan
ucapan SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik anak bangsa yang ada di hadapan saya
ini. Jasa guru wajar dihargai pada setiap masa dan di mana jua . Tanpa guru, siapalah kita
pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan merupakan insan bertuah kerana berada dalam
lapangan yang cukup mulia dan sentiasa signifikan sepanjang zaman. Oleh sebab itu, Hari Guru
yang disambut pada 16 Mei setiap tahun amat wajar dirayakan sebagai tanda penghargaan
terhadap jasa guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pengelola kerana berjaya menganjurkan majlis
yang sungguh bermakna kepada guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sesungguhnya tanpa
perancangan yang teliti dan usaha yang gigih, sudah pasti majlis seumpama ini tidak dapat
dilangsungkan dengan meriah dan jayanya.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Saya dimaklumkan, tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Tunjang Sekolah
Sejahtera. Tema ini seiirng dengan keperluan semasa generasi kini. Guru memainkan peranan
penting dalam memperkasa penyampaian ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu......
3 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kreativiti dan inovasi guru sangat dituntut
bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan secara berimpak untuk
memenuhi 6 aspirasi murid iaitu murid yang berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional dapat
dilahirkan. Saya amat yakin dan percaya guru - guru amat arif tentang hal ini dan sudah pun
mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah seiring dengan keperluan
semasa.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Saya turut berbangga kerana guru-guru di Daerah Tambunan ini telah mencapai satu tahap
yang membanggakan dan berjaya membuktikan guru- guru di daerah ini juga cukup
berketerampilan dan dinamik di peringkat nasional. Saya difahamkan, bahawa berlaku sedikit
penurunan dalam pencapaian SPM pada Tahun 2021 tetapi jika dilihat dalam tempoh 10 ke
belakang, pencapaian SPM 2021 adalah ke2 terbaik dan meletakan PPD Tambunan dalam 10
terbaik PPD di Negeri Sabah. Pencapaian ini sudah tentu telah menjadi kebanggaan kepada
seluruh warga pendidik di Daerah Tambunan khususnya dan masyarakat di Daerah Tambunan
amnya pada ketika negara dilanda pandemik Covid19.
Syabas dan tahniah kepada guru-guru. Mudah-mudahan pada tahun 2022 pencapaian SPM
akan lebih cemerlang. Oleh itu, guru-guru diseru untuk terus berusaha dalam membina anak
bangsa gemilang. Semoga akan dapat melahirkan para pelajar yang holistik, berdaya saing
dan memiliki minda kelas pertama.
Dalam kesemptan ini juga, saya memohon kepada semua warga pendidikan di Daerah
Tambunan supaya mendokong dan menyokong pucuk pimpinan yang sedang menerajui
kerajaan ketika ini. Saya sebagai pemimpin masyarakat di daerah ini akan menyokong usaha-
usaha PPD Tambunan untuk memenuhi keperluan jabatan demi mencemerlangkan pendidikan
dan kemenjadian anak- anak didik di daerah ini.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Tidak dilupakan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah tahun ini iaitu:
Tokoh Guru 2022, Tokoh Kepimpinan 2022, Anugerah-anugerah Hari Guru 2022, Guru dan
AKP yang telah bersara. Semoga dengan penghargaan dan penganugerahan ini akan
menyemarakkan lagi semangat para guru dan AKP dalam menjalankan tugas.
4 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Seuntai Kalam
YBhg. Puan Tah Nia Binti Haji Jaman
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Pagi Salam Sejahtera, Salam Damai, Salam Sabah Maju Jaya, Salam JPN SEPAKAT
SABAH HEBAT. Salam PPD Tambunan MONOTOS mendepani perubahan...
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita dapat berhimpun
pada hari ini sempena Perayaan Hari Guru Peringkat PPD Daerah Tambunan Tahun 2022.
Saban tahun kita meraikan Perayaan Hari Guru sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan
guru dalam mendidik anak bangsa dan memacu kemajuan negara. Sempena hari yang amat
bermakna ini, saya merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada
semua guru di seluruh daerah Tambunan atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua.
Saya rasa amat bangga dan bertuah sekali kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah
kata dalam majlis yang sungguh bermakna bagi warga pendidikan ini. Sebagai pemimpin
kepada warga pendidikan di Negeri sabah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini,khasnya kepada Tn.Haison yang meneraju
Pejabat pendidikan daerah Tambunan, dan warga pendidik umumnya.
YB Datuk Seri , Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin sekalian,
Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun adalah sambutan yang dijalankan sebagai
tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta
membentuk anak bangsa.
Tema sambutan pada tahun ini iaitu “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” menyentuh peranan
guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu
negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan
insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan
pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang
hayat.
YB Datuk Seri , Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin sekalian,
Saya yakin PPD Tambunan mempunyai matlamat yang sama menyambut Hari Guru tahun ini
seperti mana sambutan Hari Guru di daerah lain. Antara matlamat yang kita kongsi bersama
adalah:
meraikan semua guru,khasnya di daerah Tambunan disamping mengeratkan hubungan
silaturrahim serta menyemarakkan semangat semua warga pendidikan Tambunan.
5 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
YB DSP, Warga pendidikan yang dihormati sekalian,
Dalam kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas kepada Pejabat
pendidikan daerah Tambunan yang diterajui oleh Tuan Haison Bin Jahudin atas pencapaian
SPM 2021. Saya percaya, atas usaha, kesabaran dan komitmen tinggi guru-guru dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing maka daerah Tambunan tetap kekal
dalam 11 terbaik Negeri. Saya mengharapkan komitmen yang sama akan terus disemarakkan
dalam mencapai prestasi yang lebih cemerlang.
Bercakap tentang tema Hari Guru tahun ini,iaitu Guru Tunjang Sekolah Sejahtera,menyedarkan
kita kembali akan peranan guru sebagai pengajar, pendidik dan pembimbing yang menyumbang
khidmat bakti bermula dari prasekolah sehinggalah ke peringkat tertinggi. Guru menjadi
pendukung dan pemacu kepada transformasi pendidikan negara. Setiap tahun kita telah melalui
dan melihat pelbagai pengalaman serta kejayaan murid sama ada yang masih menuntut di
sekolah atau telah tamat persekolahan. Segala pengalaman pahit dan manis tersebut tidak akan
dapat dirasai tanpa usaha gigih dan keprihatinan para guru.
Tema hari guru tahun ini selaras dengan konsep sekolahku sejahtera. Saya yakin, warga
pendidik cukup memahami konsep sekolahku sejahtera. Saya mohon,konsep sekolahku
sejahtera dihayati dan dipraktikan untuk membentuk budaya amalan baik di sekolah serta
mewujudkan suasana sekolah yang selamat. Saya pasti elemen yang dipraktikan juga berupaya
melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat
sejagat.
Ungkapan ini, diungkapkan sendiri oleh KPPM kita dalam perutusan beliau sempena majlis
sambutan hari guru peringkat kebangsaan pada bulan Mei lalu. Harapan yang sama daripada
saya untuk warga pendidikan di daerah Tambunan.
Warga pendidikan yang dikasihi,
Marilah kita bersama-sama SEPAKAT memastikan tema sambutan Hari Guru iaitu Guru Tunjang
Sekolah SEJAHTERA ke arah membina negara bangsa melalui pelaksanaan pendidikan yang
berkualiti dapat direalisasikan.
Akhir sekali, saya ucapkan Selamat Hari Guru,
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA.
“Terima kasih cikgu!”
6 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Sekapur Sirih
YBhg. Tuan Haison Bin Jahudin
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Pagi Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam JPN SEPAKAT SABAH
HEBAT. Salam PPD Tambunan MONOTOS mendepani perubahan.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
izin dan inayah-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Tambunan Tahun 2022 secara bersemuka. Tahun lalu hanya secara maya sahaja
kerana Pandemik Covid-19.
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan syabas dan
tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis
ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri panglima Dr
Jeffrey Dtk Kitingan, Para Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta tuan - tuan dan puan-puan
yang dimuliakan kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama hadir menjayakan Majlis
Sambutan Hari Guru pada hari ini. Tahun 2021, sambutan hari guru,kita rayakan secara atas
talian sahaja. Syukur kerana tahun ini kita dapat bersemuka seperti ini.
Malah, pada tahun ini, kita juga berkesempatan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang
melibatkan masyarakat khususnya warga pendidik daerah Tambunan sempena dengan
sambutan Hari Guru kali ini. Antara aktiviti yang telah kita laksanakan adalah Fun Ride, Gerakan
Massa, Pertandingan menulis Esei, Hiking, Fun Run dan Ziarah Kasih. Saya ucapkan tahniah
dan teriam kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti-aktviti ini.
YB Datuk Seri , Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin sekalian,
Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat penuh bermakna kepada warga
pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas peranan dan pengorbanan mendidik anak bangsa.
Pastinya sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sentiasa
memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan
guru.
Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun turut mengubah
Sambutan Hari Guru, yang tidak dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16
Mei tetap memberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan guru untuk
mengimbau kenangan manis Sambutan Hari Guru setiap tahun.
7 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
YB DSP, Warga pendidikan yang dihormati sekalian,
Sebagai peneraju Pejabat pendidikan di daerah Tambunan, Saya sangat bersyukur, berterima
kasih dan mengucapkan tahniah kepada semua Warga Pendidikan di Daerah Tambunan atas
usaha, kesabaran dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing. Selepas
menempuh pelbagai cabaran semasa melaksanakan PdPR pada tahun lepas namun
pencapaian SPM 2021 bagi Daerah Tambunan masih di tahap yang membanggakan walaupun
berlaku penurunan sedikit di mana peratus pencapaian pada tahun 2020 adalah 95.96 dan
menurun kepada 91.87 pada tahun 2021. Namun jika dilihat dalam tempoh 10 tahun ke
belakang, pencapaian PPDT pada tahun 2020 dan 2021 ini adalah yang terbaik dan kita
mengekalkan kedudukan 10 terbaik di peringkat negeri.
Jika dilihat pada pencapaian sekolah di daerah Tambunan pula, setiap sekolah mencipta
kecemerlangan masing-masing. Sebagai contoh,pencapaian peratus lulus bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Kadazandusun meningkat sejak tahun 2018.
Malah pencapaian GPMP terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun,dicapai oleh
SM.ST.Martin dengan GPMP 1.20 dan SMK Tambunan 1.67. Keputusan seperti ini, patut kita
banggakan kerana semua pun tahu bahwa tahun 2021, Covid19 masih menjadi kekangan utama
kepada pelajar dan guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.
Harapan saya dan seluruh warga jabatan pendidikan, penerapan elemen SEJAHTERA ini dapat
diterapkan seawal peringkat prasekolah dan berterusan sehingga peringkat menengah dan
diamalkan sepanjang hayat. Proses penerapan elemen SEJAHTERA berfokuskan kepada
pembelajaran berpusatkan murid bagi memastikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.
Konsep ini juga bermatlamat untuk menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya
penerapan elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu
dilaksanakan secara menyeluruh di dalam dan di luar sekolah yang melibatkan aktiviti
berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti akan
membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan kolaboratif antara pihak sekolah
dengan keluarga serta sokongan komuniti.
Warga pendidikan yang dikasihi,
Akhir kata, marilah kita bersama-sama memastikan tema sambutan Hari Guru iaitu Guru Tun-
jang Sekolah SEJAHTERA ke arah membina negara bangsa melalui pelaksanaan pendidikan
yang berkualiti. Kepada guru, andalah pewaris negara yang membina generasi baharu.
Dingin air penuh serikandi,
Dibawa putera berwajah cerlang:
Andai guru ikhlas berbudi,
Aspirasi negara pasti gemilang
Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Guru,
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA.
“Terima kasih cikgu!”
8 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Aturcara Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan
Tahun 2022
07.15 pagi : Ketibaan & Pendaftaran Warga Pendidikan
07.45 pagi : Pertandingan Nyanyian Suara Emas Pendidikan
08.45 pagi ; Ketibaan Tetamu Jemputan
09.00 pagi : Ketibaan Perasmi
Tarian Sambut Tamu
09.05 pagi : Nyanyian Lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Airku
09.20 pagi : Bacaan Doa
09.25 pagi : Ucapan alu-aluan YBhg Tuan Haison Bin Jahudin,
Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan
09.35 pagi : Ucapan Perasmian YB DSP Dr. Jeffrey G. Kitingan,
Timbalan Ketua Menteri II,
10.00 pagi : Merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah
: Gimik Pelancaran Hari Guru Peringkat Daerah
: Gimik Penyerahan Mock Cheque
Tayangan Video Aktiviti - Aktiviti Hari Guru Peringkat
: Daerah Tambunan
: Ikrar Hari Guru
: Persembahan Koir Guru Malaysia dan Keluarga Malaysia
Penyampaian Anugerah Guru Ikon, Anugerah Khas
12.00 tghari : Pendidikan dan Anugerah Guru Inovatif
: Penyampaian Anugerah Utama : Tokoh Kepimpinan
: Penyampaian Anugerah Utama : Tokoh Guru
: Penyampaian cenderahati perasmi
: Persembahan Orkestra
: Jamuan
: Klip Video Ucapan Hari Guru Daripada Warga Pendidikan
Bersurai
9 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
AJK Induk
Penaung : YBhg. Puan Tah Nia Bt Hj Jaman
Pengerusi Pengarah JPN Sabah
Timb. Pengerusi
Naib Pengerusi : En Haison Bin Jahudin
Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan
Setiausaha : En Abd Aziz Hj Mohd Banting
Pen. Setiausaha TPPD, Sektor Perancangan
Bendahari : En Jiro Seong (TPPD SPS)
Pen. Bendahari : En Hadili Muhadi (TPPD SPb)
Ahli JK : En Applonius Jimi (TPPD SPM)
: En Sofri Anuar (Pengerusi PPSMS DT)
: En Mohd Yassin Mohd Yunus (YDP MGB)
: En Jaslih Dumin (PPP SPD)
: Cik Emily George (PPP SPD)
: Pn Roselia Agedius (PE Kanan)
: Pn Juhilo Sikul (PT Kewangan)
: Pegawai SIP+ dan Pegawai SISC+
: Penolong Pegawai PPD Tambunan
: Semua Pengetua
: Semua Guru Besar
10 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
AJK pelaksana
Setiausaha / Urusetia PPD Tambunan Buku Program PPD Tambunan
Protokol En. Jaslih Dumin Ustaz Saleh hudin Bin Rusinin (K)
Cik Emily George Pn. Irene Ipew
En. Walter Gontui
Semua Timbalan PPD
Semua Pegawai SIP+ Publisiti Dan Seranta PPD Tambunan
Pengerusi PPSMS En. Ajmain Bin Abd Rahim (K)
YDP MGB Daerah Tambunan En. Raynold David Oyoh
Floor Manager (Majlis Pn. Rosneh Bt Wasli PPD Tambunan
Perasmian / Pelancaran) Pn. Masusyta Awang (K)
Pn. Jenneper Ann B
Stage Manager PPD Tambunan Penyampai Hadiah / Pn. Irene Ipew
En. Redzam Laugan (K) Anugerah Cik Jeanette Jean Jaicy
SRK St Theresa Cik Jassica Emiliah Cyril
PA System & Siaraya PPD Tambunan
En. Applonius Jimi (K)
PPD Tambunan PPD Tambunan
En. Jiro Seong (K)
En, Adabert Kanor (K) Backdrop En. Albert Ikon
Pn. Sabina Santiu
En. Abd Wahid Johimin
Peralatan, Persiapan Pen- En. Hussien Limpangon PPD Tambunan
tas Dan Dewan
Gimik / Montaj En. Alfred Joumil (K)
En. Peter JR Rotis
Pelancaran / Teknikal /
En. Oswald Jaipul
Cik Lesia Ukor Klip Video
Pn. Dg. Rosjiah Oran Pn. Irene Ipew
Pn. Subina Kuyong Jawatankuasa Raka- PPD Tambunan
PPD Tambunan man, Dokumentasi Dan En. Azmi Bin Sidek (K)
Pembentangan Profile
Pn. Rozita Francis (K)
Hadiah / Cenderamata / Pn. Macella Michael Penerima Anugerah En. Redzam Laugan
Sijil Pn. Lucia Francisca Peter
PPD Tambunan
Pengacara Majlis Cik Rose Vitus (K)
Pn. Jasekah Jusipin
Kecemasan Dan Kebersi- PPD Tambunan Pameran Pendidikan / Pn. Helda Mulakim (K)
han En. Rodney Samuil (K) Kerjaya (Sekolah / Pn. Rosalia Agedius
Agensi Kerajaan /
Pn. Dg Rosjiah Oran NGO / Korporat dan
lain-lain)
Pn. Bernadette Rensin
En. Colinbonaven Batreen Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
11
AJK pelaksana
Teks Ucapan PPD Tambunan Penajaan Dan Sum- PPD Tambunan
En. Christian J. Lajangang (K) bangan En. Oswald Jaipul (K)
Pn. Jalinah @ Lucy Ombou Pn. Juhilo Sikul
Pn. Noemi Justin En. Raju Udin Bin Mohd Ajay
En. Mohd Ridwan Abdullah
Bacaan Doa PPD Tambunan
Ustaz Saleh hudin Bin Rusinin
Bacaan Ikrar PPD Tambunan / PPSMS / Pendaftaran PPD Tambunan
MGB Jamuan
Pn. Doreen Kunsong (K)
En. Hadili Muhadi (K)
Pn. Glory Cleophas
En. Sofrie Anuar Abdullah
Cik Lesia Ukor
En. Mohd Yassin Mohd Yunus
PPD Tambunan
PPD Tambunan / SMK Tambu-
nan / Pn. Rosneh Wasli (K)
SK Kuala Monsok Pn. Rahima Usman
Pn. Halina John Jinuli (K) Pn. Rosmajahwatie Rosman
En. Stephen Fedilis Ustazah Maridah Osman
Persembahan dan KOIR En. Rodney Samuil Pn Josepah Sibin
(Lagu : Guru Malaysia dan Pn. Alison Marie Blantocas Ustazah Hasnah Johari
Keluarga Malaysia)
[ JK Agihan Makanan ]
Pn. Helda Mulakim
Zon Halia : Pn Baizura Mohd
Pn. Masusyta Awang Hanif / Pn Taidah Kassin / Pn
Junela Unsud
Cik Nancy Gisil
Zon Nenas : Pn. Wanisah
Cik Jovinia Yulus Gampalid / Pn. Emeritha Syl-
via
Cik Siti Aisyah Ibrahim
Zon Tuhau : Pn. Mariam Mus-
Anugerah Hari Guru Tahun lim / Pn. Rita Rosli / Pn. Erviana
Manganji
2022 : PPD Tambunan
Zon Lengkuas : Pn. Jubinah /
1. Anugerah Utama : Tokoh En. Abd Aziz Bin Hj Mohd Ustazah Yamas Gandila /
Ustazah Noraini Hamzah
Guru & Tokoh Kepimpi- Banting (K)
nan
2. Anugerah Ikon En. Jiro Seong
3. Anugerah Khas Pendidi- En. Hadili Muhadi PPD Tambunan
En. Jais Bianus (K)
kan En. Applonius Jimi Keselamatan Dan Parking
En. Imran Takimin
4. Anugerah Guru Cemer- En. Jaslih Dumin En. Colinbonaven Batreen
lang Cik Emily George
5. Anugerah Guru Inovatif
12 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Senarai Penerima Anugerah Hari Guru
Tahun 2022
ANUGERAH GURU IKON
BIL KATEGORI NAMA PENERIMA SEKOLAH
1 GURU STEM FRENYSIA FRENCIS SMK TAMBUNAN
SK TIONG WIDU
2 GURU STEM STEPHANIE JAUSEH SM ST MARTIN
SMK TAMBUNAN
3 GURU TVET CHIN SIEW YUN SM ST MARTIN
SRK ST THERESA
4 GURU TVET CHARLES JULIUS SMK DESA WAWASAN
SM ST MARTIN
5 GURU BAHASA NANCY LIGING SK GERAS
SK KEROKOT
6 GURU BAHASA FLORENCE DOMINIC SK PEKAN
SJKC YUH MIN
7 GURU SAINS SOSIAL DYMSON ZENO SM ST MARTIN
SM ST MARTIN
8 GURU SAINS SOSIAL FAYANTI BINTI SHAHARUDIN SK MONSOK TENGAH
SK PEKAN
9 GURU PENDIDIKAN MAYA MARIA LADOM
SK KIAWAYAN
10 GURU PEMULIHAN KHAS BIAH BINTI GUGAU
11 GURU PENDIDIKAN KHAS HELIN AJAK @ SALMIAH
12 GURU SUKAN NG CHEN LEE
13 GURU SUKAN WALTER RALAIGH MICHAEL
14 GURU KOKURIKULUM ALVIN TONG VUN CHEUN
15 GURU KOKURIKULUM SYLVESTER WEBBER ZENO
16 GURU KOKURIKULUM - FELICIA BINTI NANDU
PENDIDIKAN KHAS
17 GURU PENDIDIKAN ISLAM USTAZ KAHARUDIN BIN GEN-
DIRIS @ SALIMIN
13 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Senarai Penerima Anugerah Hari Guru
Tahun 2022
ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN
BIL KATEGORI NAMA PENERIMA SEKOLAH
1 GURU SENI BUDAYA DORISTINA SALANG SMK NAMBAYAN
2 GURU SENI BUDAYA FIDELIA STEPHEN KASU SRK ST THERESA
3 GURU SENI BUDAYA - MELISSA MICHAEL SK PEKAN
PENDIDIKAN KHAS
4 PENCIPTA KANDUNGAN FREDAUS BIN JOHARI SK KIAWAYAN
DIGITAL
5 INOVASI PENDIDIKAN JOSEH ANTHONY SM ST MARTIN
6 INOVASI PENDIDIKAN STEVE GAISAN SMK TAMBUNAN
7 KESUKARELAWANAN RAJU UDDIN BIN MOHD AJAY PPD TAMBUNAN
8 KESUKARELAWANAN SUSANTI BINTI SIDIK SRK ST THERESA
9 KEPIMPINAN (PGB) SOFRIE ANUAR BIN ABDULLAH SMK NAMBAYAN
10 KEPIMPINAN (PGB) MOHD YASSIN BIN MOHD YUNUS SK PEKAN
11 KEPIMPINAN (SLT) FERDINAND GALLUS SK KIAWAYAN
12 KEPIMPINAN (SLT) ERIC INTIANG SRK ST THERESA
13 KEPIMPINAN (SLT) VIDE BIN DAIMIS SK TIONG WIDU
ANUGERAH GURU INOVATIF
BIL KATEGORI NAMA PENERIMA SEKOLAH
1 INDIVIDU PRA SEKOLAH YAHINA @ SABRINA INGGIT SRK ST DAVID TOBOH
2 INDIVIDU SEKOLAH RENDAH ROSLIANNA BILY @ SYLVESTER SRK ST THERESA
3 INDIVIDU SEKOLAH RENDAH WALTER LINGGAHAN SOGUDIL SK SUNSURON
4 INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH BETTY BINTI FREDOLIN SMK TAMBUNAN
14 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Anugerah Utama : Tokoh Guru
Nama : Dr Yusof Jasmin @ Yusof Gimbad
Tarikh Lahir : 23.02.1962
Tempat Lahir : Kg. Libang Laut, Tambunan
Tempoh Perkhidmatan : 1988 - 2022
LATARBELAKANG PENDIDIKAN
1. SK. Garas Tambunan (1969)
2. SMK. Tambunan (1975)
3. SUI Tambunan (1975)
4. Sek Agama Sultan Zainal Abidin Trengganu (1976)
5. Kolej Islam Kelang, Selangor (1980)
6. B.A (Hons) Syariah Uni. Malaya (1981-1986)
7. Diploma Pendidikan U. Islam Antarabangsa (1987)
8. M.Ed. Universiti Manchester U.K : Bidang Polisi dan Perancangan Pendidikan (1996)
9. PhD. UMS : Bidang Pengurusan dan kepimpinan pendidikan (2003)
PENGALAMAN SEMASA DALAM PERKHIDMATAN
1. Guru Agama di SMK Likas pada (1988)
2. Penolong Pengarah (Dakwah dan Kepimpinan) Bahagian Pendidikan Islam JPN Sa-
bah (1989 - 1995)
3. Penolong Pegawai Bahagian Pantai Barat Selatan (PB/S) (Pembangunan) (1996)
4. Penolong Pengarah : Penyelaras KBSR Negeri SPA (1997)
5. Pengetua SMK. Nambayan (1999) >>>
15 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
6. Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan (1999-2002)
7. Penolong Pegawai Pendidikan PP Bahagian Keningau (2006)
8. Pengetua SMK. Nambayan (2007 - 2013)
9. Pengetua SMK Desa Wawasan (2013 - 2018)
10. Pengetua SMKA Keningau (2019 - 2022 : Bersara Wajib)
SUMBANGAN DAN BIDANG KEPAKARAN
1. Penceramah agama di RTM Sabah dalam Bahasa Dusun dan Melayu, dalam pel-
bagai rancangan
2. Penal Penulis Buku Rujukan Tokoh-Tokoh Islam - Sekolah Menengah
3. Penulis dan pembentang kertas kerja bidang Instructional Leadership Jabatan Pen-
didikan Negeri Sabah dan Seminar Pendidikan Kabangsaan Anjuran IAB Genting
Highland.
4. Panel Pakar Rujuk modul saudara baru YADIM
5. Penceramah Maal Hijrah peringkat Negeri Sabah
6. Penulis dan Pembentang kertas kerja berkaitan Pemikiran Semasa Islam, Fekh semasa
dan Aqidah Islamiah yang berasaskan kepada Ahli Sunnah waljamaah
7. Penulis Khutbah Jumaat tajaan Pusat Zakat Sabah
8. Penceramah agama : peringkat kampung, Daerah dan Negeri dalam bahasa Dusun
dan Melayu
9. Ketua Penterjemah Al-Quraan dalam Bahasa Dusun.
SUMBANGAN DALAM KOMUNITI / NGO
1. Timbalan Pengerusi KAFA Daerah Tambunan
2. Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Rakyaat Ma’ad Al-Kauthar
3. AJK. Penesihat Kolej Komuniti Tambunan
4. Pengerusi Masjid al-Ra’du
5. AJK. Pendidikan MUIS
6. AJK Tertinggi Persatuan Guru Ugama Kebangsaan Sabah (PGUKS)
7. Timbalan YDP ABIM
8. AJK Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
(Perhubungan Sabah)
9. AJK Pendidikan USIA
10. Presiden Perkumpulan Muallaf Sabah
11. Exco Persatuan Pengetua Sek. Menengah Sabah
ANUGERAH YANG PERNAH DITERIMA
1. Perkhidmatan Cemerlang (Melintang) : Oleh KPM
2. Tokoh Maal Hijrah (Pendakwah) Negeri Sabah : Oleh Kerajaan Negeri Sabah
3. Tokoh Penterjemah Negeri Sabah : Oleh Hidayah Centre / KDMRS (Pertubuhan
KadazanDusunMurut Muslim Sabah)
4. Tokoh Pemikir Dusun : Oleh KDMRS 2022
16 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Anugerah Utama : Tokoh Kepimpinan
Nama : Jimis @ James Bin Kodou @ Kadau
Tarikh Lahir : 21.10.1958
Tempat Menetap : Kg. Nambayan, Tambunan
Tempoh Perkhidmatan : 1980- 2018
LATARBELAKANG PENDIDIKAN
1. GPS Semporna, Semporna (1965 - 1967)
2. SK Kinabaan, Tambunan (1968)
3. SK Pekan Kuala Penyu, Kuala Penyu (1968 - 1970)
4. SMK Kuala Penyu, Kuala Penyu (1971 - 11972)
5. SM St Martin, Tambunan (1973 - 1974)
6. SM St Anthony, Tenom (1975 - 1976)
7. Maktab Gaya : Sijil Pendidikan - Sains Paduan (1978 - 1979)
8. Uni. Putra Malaysia (UPM) : Bachelor Pendidikan - Bimbingan & Kaunseling
(2003)
KRONOLOGI PERKHIDMATAN
1. SM St Martin, Tambunan - Guru Penolong (1980 - 1987)
2. SK Lotong, Tambunan - Guru Besar (1988 - 1988)
3. SRK St Frances Cabrini - Guru Besar (1989 - 1990)
4. SK Nambayan - Guru Besar (1991 - 20014)
5. SK Kinabaan - Guru Besar (2014 - 2018)
17 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
SUMBANGAN / KEPAKARAN
1. Penceramah - Kursus Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani / Anjuran : PPD
Tambunan (1990)
2. Ketua Hakim - Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah Daerah Tambu-
nan / Anjuran : PPD Tambunan (1994)
3. Penceramah - Kursus Orientasi Sains Rendah Tahun 5 / Anjuran : PPB Keningau
(1995)
4. Penceramah - Kem Motivasi PMR & SPM Daerah Tambunan / Anjuran : PPD Tam-
bunan (1995)
5. Penceramah - Kem Motivasi UPSR Daerah Tambunan (Murid & Ibubapa) / An-
juran : PPD Tambunan
6. Penceramah - Kursus Orientasi Sains Rendah Tahun 6 / Anjuran : PPB Keningau
(1996)
7. Jurulatih - Kursus Kosm Sains Tahun 6 / Anjuran : PPD Tambunan (2007)
8. Panel Temuduga Ujian Khas PTK / Anjuran : KPM (2010)
9. Pengerusi MGB Daerah Tambunan (2012 - 2014)
10. Penceramah - Kembara UPSR Negeri Sabah / Anjuran : MGB Sabah (2013)
11. Pemantau - Program Pemulihan Khas / Anjuran : JPN (2015)
PENGLIBATAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM
1. Wakil Sabah - Pengakap : Jambori Malaysia Ke-7, Teluk Intak Perak (1989)
2. Wakil Sabah - Pengakap : Jambori Antarabangsa Selangor Darul Ihsan (1990)
3. Wakil Malaysia - Pengakap : Jambori Pengakap Dunia di Korea Selatan
(1991)
4. Ahli Jawatankuasa - Pengakap : Jambori Malaysia Ke-8, Tambunan (1992)
5. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tambunan (1996 - 1998)
6. Jurulatih Olahraga MSSDT (1981 - 1987)
7. Pemain / Jurulatih / Pengurus - PSKPPS
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG / SETARA
1. Anugerah Guru Sekolah Menengah Serba Boleh Daerah Tambunan (1985)
2. Pergerakan Gaji Tahunan Secara Menegak (1993)
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2005)
18 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
“ Guru Tunjang Sekolah Sejahtera “
Ikrar Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru Negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada Masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
19 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
20 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
21 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal
dan dihayati sehingga menjadi budaya dalam kehidupan di
dalam dan di luar sekolah. Penerapan tersebut boleh dil-
aksana secara bersepadu melalui pemikiran atau kognitif
(cognitive), sosioemosi (socioemotional) dan tingkah laku
(behavioural) menerusi elemen SEJAHTERA, iaitu:
22 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
23 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada
YB DATUK SERI PANGLIMA DR. JEFFREY G. KITINGAN
atas segala sumbangan menjayakan Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Tambunan Tahun 2022 ini.
24 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Sekalung Penghargaan
FOKUS PERDANA
ROHANI CAFÉ & CATERING
NURAMIZAN ENTERPRISE
SYARIKAT PUTERA PROJEK
SYARIKAT PENGANGKUTAN YANSA BRO.
SAZWANI ENTERPRISE
KEDAI BASIKAL SOON SOON
AR PUTERA CAFÉ
MIKRAMA PRINTING ENTERPRISE
C.M NETWORK RESOURCES
AYU EDISI SDN BHD (SELAYANG, SELANGOR)
SAFRA SECURITY SDN BHD (PUCHONG SELANGOR)
EMPAYAR MUDA ENTERPRISE
ALAM FLORA ENTERPRISE
PEMBORONG MATULAI
SERI ANGKASA ENTERPRISE
25 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan
Catatan :
26 Hari Guru Peringkat Daerah—2022 / PPD Tambunan