T5/B9: MALAYSIA DALAM
KERJASAMA ANTARABANGSA
Mengapakah berlakunya Perang Dunia Kedua?
MENGAPAKAH BERLAKUNYA PERANG DUNIA kedua?
Perang Dunia Kedua berlaku kerana
faktor politik iaitu kegagalan
Perjanjian Versailles menyelesaikan
masalah Perang Dunia Pertama.
HILANG
Negara Jerman berasa tidak puas hati kerana
kehilangan tanah jajahannya.
Negara Jerman
juga terpaksa
membayar
pampasan perang
yang tinggi.
BRITAIN PERANCIS SOVIET UNION
Faktor politik yang lain PAKATAN KUASA BERSEKUTU
ialah pakatan negara
Eropah iaitu Pakatan
Kuasa Bersekutu dan
Pakatan Kuasa Paksi.
JERMAN PAKATAN KUASA PAKSI JEPUN
ITALI
Selain itu, Perang Dunia
Kedua juga berlaku kerana
faktor ekonomi iaitu
kemelesetan ekonomi di
Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat tidak mampu lagi memberikan pinjaman
kepada Jerman
Jerman tidak berupaya
membayar hutang peperangan
Akhirnya, Jerman bertindak mengalihkan perhatian rakyat
daripada masalah ekonomi.
Jerman mengukuhkan ketenteraannya dan meluaskan kuasa.
Faktor berlakunya perang dunia kedua
● Politik
○ Kegagalan Perjanjian Versailles
■ Jerman tidak berpuas hati kerana kehilangan tanah jajahan
■ Jerman juga terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi
○ Muncul Pakatan Negara Eropah
■ Pakatan Bersekutu = British + Perancis + Soviet Union
■ Pakatan Berpaksi = Jerman + Itali + Jepun
● Ekonomi
○ Kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat
■ Amerika Syarikat tidak mampu memberikan pinjaman kepada Jerman
■ Jerman tidak berupaya membayar hutang peperangan
○ Jerman mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah ekonomi
■ mengukuhkan ketenteraannya
■ meluaskan kuasa
Contoh soalan esei Mengapakah?
Sebab
1. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah faktor yang telah mencetuskan
Perang Dunia Kedua?
Perang Dunia Kedua berlaku kerana faktor politik iaitu kegagalan Perjanjian
Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama. Jerman berasa
tidak puas hati kerana kehilangan tanah jajahannya dan terpaksa membayar
pampasan perang yang tinggi. Perang Dunia Kedua juga berlaku kerana
pakatan negara Eropah seperti Pakatan Kuasa Bersekutu.
Akhirnya, Perang Dunia Pertama berlaku kerana faktor ekonomi iaitu
kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat. Jerman tidak berupaya
membayar hutang perang kerana Amerika Syarikat tidak mampu
memberikan pinjaman lagi.
Sekian, terima kasih.