SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUSSAADAH (SABK) TITI BESI , KEPALA BATAS 06200 , ALOR SETAR , KEDAH MATA PELAJARAN ATUR CARA PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2023 CARTA ALIR PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 Masa Aktiviti 8.00 pagi Kehadiran waris dan pelajar 8.15 pagi Berkumpul di dewan as-Syafie 8.30 pagi Taklimat T1/Asrama oleh PK HEM Taklimat Pengetua Pendaftaran kelas (di kelas masingmasing) Edaran buku teks Pembelian barang koperasi Pendaftaran Asrama PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU SESI 2023/2024 TARIKH : 18 MAC 2023 MASA : 8.00 PAGI
SMA Darussaadah adalah sebuah sekolah yang dipimpin oleh Bahagian Pendidikan Islam , KPM . Lokasi SMAD adalah di Titi Besi dan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim , Alor Setar & berdekatan dengan Bandar Kepala Batas. Pengasas pertama sekolah atau madrasah ini bernama Tuan Haji Hussin Hassan. Beliau mula membuka Pondok Titi Besi pada tahun 1918. Tapak asalnya adalah di seberang jalan iaitu tapak asrama puteri sekarang, 500 meter dari kawasan sekolah. Semasa perang Jepun, pondok atau madrasah telah berpindah ke kampung Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah dan telah beroperasi pada tahun 1942 hingga 1945. Pondok tersebut telah diberi nama Madrasah Al Hasanah dipimpin oleh Tuan Haji Othman, Tuan Haji Abdullah, Tuan Haji Long bin Md. 1946, pondok ini telah berpindah semula ke tapak asal di Pondok Titi Besi dan mereka berpakat untuk mengubah nama asal Madrasah tersebut kepada nama Madrasah Agama Darussaadah. Madrasah ini telah didaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dengan nama Sekolah Menengah Agama Darussaadah pada tahun 1956. Pada tahun 1982, sekolah membeli tapak baru iaitu tapak sekarang atas hasil usaha gigih para Ahli Lembaga Tadbir dan Pengetua masa itu. Buktinya, pelajar kita meningkat ke angka 1000 orang pelajar pada tahun 1996. Dari 1997 hingga 2004, agak merosot bilangan pelajar. Namun ia tidak mematahkan semangat pentadbiran sekolah. Kini SMA Darussaadah telah terpilih menjadi sebahagian daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang telah ditandatangani pada Jun 2005. Haji Abdul Rashid bin Hj. Othman telah mengambil alih selepas kembalinya Ustaz Long bin Md Shah ke rahmatullah pada tahun 2004, kemudian pada 1 Mac 2016 - Mac 2019 SMAD telah diterajui oleh Tn Hj Ishak bin Zulkifli. SMA Darussaadah telah dipimpin oleh Tn Hj Ismail bin Ahmad bermula Mac 2019 dan seterusnya Tn Hj Mohd Helmi bin Ibrahim.Kini SMAD diterajui oleh Tn Hj Pisal bin Abu Sepian. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersama Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Setar, Kedah telah bekerjasama dalam membantu pembangunan modal insan dan material demi pembangunan yang seimbang bersama gandingan usaha PPD, JPN, SPI, JAIK, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Lembaga Pengurus Sekolah ke arah memartabatkan Visi dan Misi SMAD ke persada dunia. VISI PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA OBJEKTIF MEMIMPIN , MENGURUS DAN MENTADBIR SEKOLAH DENGAN CEKAP DAN BERKESAN MEMANTAPKAN AKHLAK MAHMUDAH DAN KETRAMPILAN MURID MEMPERTINGKATKAN KECEMERLANGAN MURID DALAM SEMUA PEPERIKSAAN AWAM MEMPERTINGKATKAN KECEMERLANGAN MURID DALAM KOKURIKULUM MENYEDIAKAN PRASARANA SEKOLAH YANG SELAMAT, CERIA DAN KONDUSIF MEMANTAPKAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD) CEMERLANG MELAHIRKAN ULAMA PROFESIONAL BERINTEGRITI MELAHIRKAN MURID KREATIF DAN INOVATIF MAKLUMAT SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN JUMLAH GURU 24 38 62 KAKITANGAN 2 6 8 MURID 296 363 659 ASRAMA 121 173 294 WARDEN 3 3 6