The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidanchan26, 2022-04-11 05:16:57

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

NAMA:AIDAN CHAN FOO YEW
KELAS:6A5

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah satu
pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan pada tahun 1948.
Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

SEJARAH PBSM

• Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di

Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau
Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di
Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan tersebut
mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan
antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah
Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang
Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

• Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia.

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry
Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG
MERAH.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di
Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu
dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan
bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.
Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkab buku bertajuk " Kenangan Di Solferino".
Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa
bagi membantu merereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-
petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH
yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland
yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut
Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah
dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah
dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah
meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

SEJARAH TOKOH PBSM(Henry Dunant)

Sekian terima kasih :)


Click to View FlipBook Version