The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Manual Penggunaan ini adalah sebagai panduan untuk menggunakan multimedia interaktif 100 JAWI-ENG-LIST.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FATIN HUMAIRA, 2023-10-23 12:39:26

MANUAL PENGGUNAAN 100 JAWI-ENG-LIST

Manual Penggunaan ini adalah sebagai panduan untuk menggunakan multimedia interaktif 100 JAWI-ENG-LIST.

Keywords: 100 JAWI-ENG-LIST

MANUAL PENGGUNAAN 100 JAWI-ENG-LIST NAMA: FATIN HUMAIRA BINTI MOHAMAD HASANUDDIN


1. Anda boleh dapatkan 100 JAWI-ENG-LIST dengan mengimbas qrcode pada skrin atau tekan link yang tertera pada description.


2. Selepas itu, anda akan ke muka hadapan 100 JAWI-ENGLIST. Anda perlu menekan butang START untuk ke menu utama. Anda boleh klik pada simbol ini untuk melihat Manual Penggunaan.


3. Di menu utama anda dapat melihat 9 jenis kategori berkaitan kata pinjaman Bahasa Inggeris, qrcode, butang komputer, butang Nota, butang Kuiz dan butang Simbol Penggunaan. Simbol komputer ini adalah untuk kembali ke muka hadapan.


4. Apabila anda menekan kategori yang ingin dipilih seperti Kenderaan anda akan dipaparkan dengan 10 gambar kenderaan berkaitan kata pinjaman bahasa Inggeris. Anda boleh menekan pada mana-mana gambar yang anda mahu lawati. Di sini anda dapat melihat terdapat butang rumah yang jika anda tekan ia akan kembali ke menu utama. Pada bahagian ini juga terdapat anak panah yang merupakan permulaan perkataan bagi kategori yang dipilih. Ia disusun mengikut huruf awal kata pinjaman bahasa Inggeris.


Bagi kategori Benda terdapat 20 gambar bagi kata pinjaman Bahasa Inggeris yang diletakkan. Anda perlu menekan butang ke menu seterusnya untuk melawati 10 gambar yang seterusnya.


Anda boleh menekan butang ke menu sebelum untuk melawati 10 gambar yang sebelumnya.


5. Apabila anda menekan satu gambar seperti Basikal, anda akan melihat terdapat tiga perkataan iaitu dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Pada waktu yang sama terdapat suara yang menyebut dan mengeja tulisan jawi bagi perkataan tersebut. Anda boleh memberhentikan atau mengulangi suara tersebut dengan menekan pada gambar di bahagian bawah sebelah kiri. Pada bahagian bawah sebelah kanan pula terdapat butang rumah yang membolehkan kembali ke menu utama.


Pada bahagian atas sebelah kanan terdapat tiga butang iaitu butang untuk ke halaman sebelum, butang pin untuk ke menu dan butang untuk ke halaman seterusnya. Butang ke halaman sebelum atau seterusnya telah ditetapkan mengikut huruf perkataan. Butang pin pula adalah untuk kembali ke menu iaitu 10 gambar kata pinjaman Bahasa Inggeris.


6. Apabila tekan butang Nota pada menu utama, anda akan dipaparkan dengan nota kaedah ejaan jawi berdasarkan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD). Pada masa yang sama, terdapat suara yang menyebut kaedah tersebut, ada boleh menghentikan atau mengulangi dengan menekan di bahagian bawah kiri. Di sini terdapat empat bintang yang menandakan suatu perkataan itu sama ada dua suku kata atau lebih atau satu suku kata atau akronim bagi kata pinjaman Bahasa Inggeris. Anda boleh menekan butang rumah untuk kembali ke menu utama.


7. Pada butang Kuiz, terdapat 10 soalan yang terdapat dalam 100 JAWI-ENG-LIST ini. Apabila anda menekan butang Kuiz anda dipaparkan soalan 1 yang mempunyai animasi kata pinjaman Bahasa Inggeris, ejaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Anda perlu menjawab ejaan dalam Jawi yang betul sama ada A, B atau C. Pada bahagian ini terdapat butang untuk ke halaman seterusnya iaitu untuk ke soalan ke-2 dan butang rumah untuk kembali ke menu utama.


Pada bahagian ini terdapat butang untuk ke halaman sebelum iaitu untuk ke soalan 1, halaman seterusnya iaitu untuk ke soalan ke-3 dan butang rumah untuk kembali ke menu utama.


Apabila jawapan yang dipilih betul anda akan dipaparkan halaman ini. Anda boleh menekan Next Match untuk ke soalan seterusnya. Anda juga boleh menekan butang ini untuk ke kembali ke soalan sebelumnya.


Jika jawapan anda salah, anda akan dipaparkan halaman ini. Anda boleh menekan Try Again untuk menjawab kembali soalan yang salah. Anda juga boleh menekan butang ini untuk ke soalan seterusnya.


Apabila anda sudah berada di soalan yang terakhir, anda boleh menekan Done untuk kembali ke menu utama.


8. Simbol Penggunaan pula memaparkan enam simbol yang terdapat dalam 100 JAWI-ENG-LIST iaitu rumah untuk ke menu utama, pin untuk ke menu dan sebagainya. Anda boleh menekan butang rumah untuk kembali ke menu utama.


9. Anda boleh mengimbas qrcode pada menu utama untuk dapatkan senarai 100 kata pinjaman Bahasa Inggeris.


Pada halaman akhir terdapat qrcode latihan tambahan. Dalam latihan tambahan terdapat tiga soalan yang disertakan dengan jawapan di akhir halaman dengan mengimbas qrcode untuk setiap soalan. Anda boleh memuat turun dan mencetak soalan ini.


QRCODE FEEDBACK https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSelPCovUMXvJQcsU WcfhEBSUNjSc0oAppLWVV1cggrmCsQsNA/viewform?usp=sf_link


Click to View FlipBook Version