The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadikmaldarwis, 2022-05-28 09:19:20

ROKOK ELEKTRONIK & VAPE

ROKOK ELEKTRONIK & VAPE

MPU23052 SAINS
TEKNOLOGI
DAN

KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM

E-FOLIO

1

PENGENALAN AHLI
KUMPULAN 3

MUHAMMAD HARIZ BIN MOHD YADZI
03DSB21F1004

MUHAMMAD IKMAL BIN DARWIS
03DSB21F1005

MUHAMMAD FAIZ BIN SAID
03DSB21F1034

2

KANDUNGAN

➢ PENGENALAN
➢ TUJUAN
➢ DALIL
➢ PERANAN

➢ KESAN/IMPAK
➢ KESIMPULAN

➢ PENUTUP
➢ RUJUKAN
➢ LAMPIRAN

3

ROKOK ELEKTRONIK
& VAPE SATU ALTERNATIF
YANG SIHAT BAGI
PEROKOK TEGAR ?

4

PENGENALAN

Rokok elektronik atau vape menggunakan pengewap
(vaporizer) berkuasa bateri untuk menghasilkan
suatu aerosol daripada cecair yang berperisa khas
yang disedut penggunanya untuk mendapat rasa
seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang
tembakau. Cecair khas ini biasanya diperbuat
daripada nikotin(tidak semuanya), propilena glikol,
gliserin dan bahan perisa.

Amalan ini berkemungkinan lebih selamat daripada
merokok secara biasanya namun kesan yang terhasil
tidak tampak begitu jelas berbanding dengan
langkah penghentian merokok. Kesan jangka
panjang pengunaan rokok jenis ini terhadap
kesihatan manusia dengan sendirinya tidaklah
diketahui.

Perkataan "vape" berasal daripada perkataan slang
bahasa Inggeris untuk "vaporizer" iaitu alat yang
digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan
campuran rokok lain. Kamus Oxford menambah
"vape" sebagai kata nama baru dalam kamusnya
pada Ogos 2014.

5

PENGENALAN

6

DEFINISI
ROKOK
ELEKTRONIK
& VAPE

KEMENTERIAN
KESIHATAN
MENDEFINISIKAN
PERANTI ELEKTRONIK
YANG MENGANDUNGI
NIKOTIN ADALAH
DIRUJUK SEBAGAI
'ROKOK ELEKTRONIK'
(ECIG), SEMENTARA
YANG TIDAK
MENGANDUNGI
NIKOTIN, ADALAH
DIRUJUK SEBAGAI
VAPE. VAPE.

7

PERBEZAAN
ROKOK DAN

VAPE

8

PERBEZAAN VAPE DAN
ROKOK ELEKTRONIK

VAPE

KANDUNGAN

➢ PROPYLENE GLYCOL
➢ VEGETABLE GLYCERIN

➢ BAHAN PERISA DAN
PEWARNA

ROKOK ELEKTRONIK

KANDUNGAN
➢ NIKOTIN
➢ PROPYLENE GLYCOL
➢ VEGETABLE GLYCERIN
➢ BAHAN PERISA DAN

PEWARNA

9

KANDUNGAN ROKOK
ELEKTRONIK DAN“ VAPE”

NIKOTIN

Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan
ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan
berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta
dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan
ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan
sampai ke otak . Pendedahan otak kepada nikotin semasa
remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat
kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada
penyalahgunaan dadah . Selain itu, nikotin boleh menggalakkan
pembekuan darah dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu
mengandung di mana ia akan mengganggu proses
perkembangan bayi di dalam kandungan.

Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara
rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat
kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin
sehingga 4mg dalan 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol yang
mengandungi 25ml cecair rokok elektronik akan mengandungi
sehingga 100mg nikotin.

Nikotin serendah 2 mg Sudan boleh menyebabkan gangguan
pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan
kesan yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan
pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40mg boleh
menyebabkan kematian.

10

KANDUNGAN ROKOK
ELEKTRONIK DAN“ VAPE”

PROPYLENE GLYCOL (PG)

PG boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan
kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan,
kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak
dan saluran pernafasan manakala kesan jangka panjang
boleh menyebabkan penyakit asma . Kajan ini
menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan
iritasi kepada sistem pernafasan seseorang.

PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang
membebaskan formaldehid (formaldehyde).
Formaldehid ialah sejenis bahan yang boleh
menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah
penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap
kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG.

KEHADIRAN LOGAM BERAT

Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika
menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan
tindakbalas cecair rokok elektronik yang terendam di
dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser

11

KANDUNGAN ROKOK
ELEKTRONIK DAN“ VAPE”

GLYCERIN

Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia
digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi.
Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran
pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada
kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah
produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Menurut
MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan
yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan
VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh
mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.

BAHAN PERISA

Berjenis-jenis bahan perisa digunakan di pasaran.
kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan
adalah tidak memudaratkan. kajian in-vitro yang dijalankan
oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini
mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan
kulit. Kajan ini mengira paras yang mampu membunuh sel-
sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair
rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa
telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.

12

Komponen utama Rokok Elektronik
dan Vape adalah:
Bateri
Atomiser
Katrij

13

TUJUAN ROKOK ELEKTRONIK
DAN VAPE DI WUJUDKAN

■ Vape dianggap sebagai
alat alternatif untuk
berhenti merokok.

■ Beberapa kajian
perubatan terbaharu
mula menunjukkan
kesan positif
penggunaan rokok
elektronik atau lebih
dikenali sebagai 'vaping.’

■ Biarpun formaldehid
turut dibebaskan
menerusi e-rokok,
kadarnya jauh lebih
rendah berbanding rokok
tembakau.

■ Formaldehid terbentuk
hasil daripada tindak
balas propilena glikol dan
gliserol ketika
pengewapan.

14

PANDANGAN SYARAK
TENTANG “VAPE”

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil.
3/2015 yang bersidang pada 21 Disember 2015 di Hotel
Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan telah
membincangkan Hukum Rokok Elektronik dan Vape.
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia dan pembentangan kertas kajian
hukum mengenai “Rokok Elektronik dan Vape”,
Muzakarah mendapati bahawa:

■ Rokok elektronik mengandungi Nikotin,
Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan
bahan perisa dan pewarna. Manakala vape
pula mengandungi Propylene Glycol,
Vegetable Glycerin dan bahan perisa dan
pewarna.

15

PANDANGAN SYARAK
TENTANG “VAPE”

■ Bahan-bahan yang terkandung rokok elektronik dan
vape tersebut boleh memudaratkan dan boleh
memberi kesan kepada kesihatan seperti ketagihan,
menggalakkan pembekuan darah, kematian
mengejut, iritasi pada mata, tekak dan kulit serta
mampu membunuh sel paru- paru. Kandungan lain
yang terdapat di dalam rokok elektronik dan vape juga
boleh mendatangkan kesan sampingan kepada
kesihatan.

■ Prinsip passive smoker seperti pada rokok
konvensional juga terpakai pada rokok elektronik dan
vape di mana orang yang berada di sekeliling juga
mendapat kesan hembusan wap yang keluar daripada
rokok elektronik dan vape. Oleh itu, ia tidak hanya
memberi mudarat kepada penghisap rokok elektronik
dan vape tersebut bahkan juga orang di sekeliling
mereka.

■ Berdasarkan dapatan kajian-kajian dari sudut
perubatan dan saintifik yang dibentangkan tersebut,
rokok elektronik dan vape masih tidak terbukti sebagai
alternatif rawatan ketagihan berhenti merokok atau
nikotin oleh perokok-perokok, malahan ia
menyebabkan lebih ramai akan terjebak dalam
permasalahan ini, termasuk remaja dan kanak-kanak.

16

PANDANGAN SYARAK
TENTANG “VAPE”

Dari perspektif syarak, hukum pengharaman
memakan atau meminum atau mengambil bahan-
bahan yang memudaratkan disebut oleh ulama
daripada keempat-empat mazhab iaitu Hanafi,
Maliki, Syafie dan Hambali dalam kitab-kitab mereka.
Mereka menyatakan bahawa bahan-bahan yang
memudaratkan tubuh badan haram dimakan,
diminum atau diambil sekalipun ia suci seperti racun,
tanah, kaca dan seumpamanya.

Salah satu dalil umum dalam pengharaman
penggunaan rokok elektronik dan vape ini ialah
perbuatan tersebut memudaratkan tubuh. Syariat
Islam melarang perbuatan dan tindakan yang
membawa kepada kebinasaan dan memudaratkan
diri, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-
Baqarah, ayat 195:

“Dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan”.

17

PANDANGAN SYARAK
TENTANG “VAPE”

Hadith Nabi SAW:

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi
kemudharatan (kepada orang lain)”.
(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-
Daraqutni)

Antara kriteria kemudharatan yang diambilkira oleh
Islam dalam pengharaman sesuatu makanan atau
minuman atau bahan ialah:

(i) Kemudaratan bahan tersebut terbukti dengan jelas atau
nyata;

(ii) Pengambilan bahan tersebut secara kebiasaannya
(ghalib) boleh membawa kemudaratan;

(iii) Kemudaratan merangkumi kemudaratan yang berlaku
secara segera atau secara perlahan;

(iv) Kemudaratan merangkumi sesuatu yang boleh
membawa kematian, membawa penyakit berbahaya, atau
kemudaratan pada akal;

(v) Bahan yang memudaratkan tersebut tidak mempunyai
sebarang manfaat yang muktabar.

18

PANDANGAN SYARAK
TENTANG “VAPE”

■ Penghujahan berasaskan kepada qiyas juga
membuktikan bahawa rokok elektronik dan vape
tidak berbeza hukumnya dengan rokok
konvensional kerana kedua-duanya mempunyai
?illah yang sama iaitu memudaratkan tubuh.

■ Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah
bentuk pembaziran yang diharamkan oleh agama
kerana ia adalah perbelanjaan dalam perkara
yang sia-sia, tidak berfaedah, dan malahan
memudaratkan tubuh. Ia juga membebankan
ekonomi negara bagi membiayai kos rawatan
penyakit berkaitan.

■ Berdasarkan kepada hujah-hujah yang
dikemukakan serta perbincangan dan pandangan
yang diberikan oleh ahli-ahli, Muzakarah memberi
pandangan hukum bahawa penggunaan rokok
elektronik dan vape adalah haram. Oleh itu, umat
Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik
dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan
dengan rokok elektronik dan vape..

19

PANDANGAN HADIS NABI TENTANG
MEMUDARATKAN KESIHATAN

IBNU ABBAS MERIWAYATKAN BAHAWA
RASULULLAH SAW BERSABDA

20

PANDANGAN HADIS NABI TENTANG
MEMUDARATKAN KESIHATAN

IBNU ABBAS MERIWAYATKAN BAHAWA
RASULULLAH SAW BERSABDA

21

KESIMPULAN
PANDANGAN HADIS NABI

BERDASARKAN HADIS NABI MUHAMMAD SAW,
KITA DAPAT LIHAT PENGGUNAAN ROKOK
ELEKTRONIK DAN VAPE DAPAT MEMPENGARUHI
KESIHATAN DAN MEMUDARATKAN KESIHATAN
DIRI. KITA SEBAGAI UMAT YANG TAAT,
SEHARUSNYA LEBIH MENGHARGAI DAN
MENSYUKURI NIKMAT KESIHATAN YANG TELAH
ALLAH BERIKAN KEPADA KITA. HAL INI KERANA,
TIDAK UMAT DAPAT MENIKMATI KESIHATAN
YANG BERKUALITI SERTA KEHIDUPAN YAN SIHAT.
OLEH ITU KITA DAPAT MELIHAT PENGGUNAAN E-
ROKOK DAN VAPE ADALAH SALAH SATU PUNCA
KESIHATAN KITA TERJEJAS. JUSTERU ITU,
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENJAUHI
PENGGUNAAN E-ROKOK DAN VAPE, AGAR
KESIHATAN KITA TERJAGA DAN DAPAT

PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT.

22

KESAN DAN IMPAK
PENGGUNAAN “VAPE”

■ Meningkatkan risiko sesorang untuk
mendapatkan kanser.

■ Bahan yang tidak terkawal seperti merkuri
dan sebagainya merupakan toksik kepada
badan dan jika digunakan pada masa yang
panjang akan menyebabkan banyak impak
kepada organ manusia seperti paru-paru,
buah pinggang, hati dan banyak lagi.

■ Penggunaan vape secara berpanjangan
turut menyebabkan seseorang ketagihan
dengan dadah (RUJUK LAMPIRAN)

■ Selain kepada si peroko elektronik, bahan
ini juag memberi impak kepada orang
sekeliling yakni perokok sekunder. Bahan
dalam bentuk asap serta wap juga akan
disedut oleh orang sekelilng dan hal ini
secara tidak langsungnya membahayakan
orang lain.

23

KESAN DAN IMPAK
PENGGUNAAN “VAPE”

■ Bahan nikotin yang memberi impak kepada
otak seseorang terutamanya golongan muda.
Penggunaan nikotin akan menjejaskan
pembelajaran, daya fokus, mood serta
memori seseorang.

■ Pengambilan nikotin juga akan melepaskan
satu hormon yang dikenali sebagai dopamin
yang mana menyebabkan seseorang berasa
gebira. Namun, jika ia diambil secara tidak
terkawal, bahan ini akan menyebabkan
seseorang berasa ketagih dan menyebabkan
ketergantungan.

■ Memberikan impak kepada jantung seseorang
pada jangak masa yang panjang. Hal ini
kerana, pengggunaaan vape akan
menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan
hormon epinefrin dan hormon ini akan
menyebabkan jantung seseorang berdegup
dengan lebih kencang serta tekanan darah
tinggi.

■ Pengguaan vape juga boleh menyebabkan
kecederaan apabila vape tiba-tiba meletup
(RUJUK LAMPIRAN)

24

VAPE ? SELAMA ATAU TIDAK ?

25

PERANAN MASYARAKAT BAGI MENGURANGKAN
PENGGUNAAN ROKOK ELOKTRONIK

Pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil tindakan
tegas untuk menghentikan penjualan vape kepada
kanak-kanak manakala pihak sekolah pula perlu
memantau dan mengadakan kempen kesedaran
mengenai bahaya vape terhadap kesihatan.

Ibu bapa pula tidak boleh melepaskan
tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pihak
berkuasa. Mereka perlu memantau aktiviti anak-

anak mereka bagi memastikan tidak ada yang
terlibat dengan aktiviti menghisap vape

26

KESIMPULAN

Perokok yang ingin berhenti merokok dinasihatkan
mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor dan
ahli farmasi bertauliah. Kementerian Kesihatan
Malaysia menyediakan perkhidmatan Klinik Berhenti
Merokok (KBM) di hospital dan kebanyakan klinik
kesihatan kerajaan. KBM ini biasanya dianggotai oleh
pasukan yang terdiri daripada doktor, ahli farmasi,
penolong pegawai perubatan dan jururawat.
Maklumat berkaitan panduan dan tip berhenti
merokok akan diberikan kepada perokok melalui sesi
kaunseling oleh doktor dan ahli farmasi. Dalam
keadaan tertentu, doktor akan memberi ubat bagi
membantu seseorang itu mengawal gejala ketagihan
dan berhenti merokok secara berperingkat. Ibu bapa
dinasihati memantau anak-anak kerana peranti vape
ini boleh datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Bagi
perokok, dapatkan bantuan ahli profesional
kesihatan sekiranya ingin berhenti merokok. Ahli
profesional kesihatan yang bertugas di KBM terlatih
dalam pengurusan dan rawatan tabiat ketagihan
berbanding penjual vape yang tidak mempunyai
sebarang latihan atau pentauliahan.

27

KESIMPULAN

Banyak negara yang mengharamkan e-rokok
masih lagi membenarkan penjualan rokok
dalam negara mereka. Terdapat beribu-ribu
fakta dan kajian tentang bahaya rokok telah
dilakukan oleh saintis dan banyak negara yang
berhabis wang untuk pembiayaan perubatan
bagi penyakit akibat daripada rokok, namun
masih gagal untuk mengharamkan rokok
melalui undang-undang.

Keputusan yang tidak lengkap daripada kajian
USFDA banyak mempengaruhi dunia tentang
e-rokok. USFDA gagal untuk menyatakan
jumlah agen kanser dalam e-rokok yang
sangat jauh lebih sedikit berbanding rokok
biasa dalam laporannya mengakibatkan
banyak kerajaan mengambil keputusan itu
sebagai dasar mereka untuk menjatuhkan
pengharaman terhadap penjualan e-rokok.

28

KESIMPULAN

Kajian tentang kesan e-rokok
terhadap kesihatan manusia
masih lagi diperingkat awal.
Kajian lebih mendalam dan
lebih lama diperlukan. Namun
daripada pemerhatian dan
kajian sendiri, saya mendapati
banyak testimoni daripada
perokok yang benar-benar
mahu berhenti merokok telah
berjaya samada
mengurangkan pengambilan
rokok atau terus tidak sentuh
rokok setelah bertukar kepada
e-rokok. Marilah kita
berkempen agar pengguna e-
rokok semakin berkurangan
dalam masyarakat kita

29

POSTER ANTI “VAPE”

30

PENUTUP

FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL ISRA’

AYAT 27 :

Maksudnya: Sesungguhnya
orang-orang yang boros itu
adalah saudara-saudara
Syaitan, sedang Syaitan itu
pula
adalah makhluk yang sangat
kufur kepada tuhannya.

Dari pada ayat ini kita melihat
sangat berkait dengan sikap
orang-orang yang suka
menghabiskan duit semata-
mata untuk membeli perkara
yang tidak berfaedah malah
mendatangkan mudarat
kepada mereka. Oleh itu, kita
hendaklah mengubah diri
menjadi lebih baik dan

mendapat rahmat dari
Allah.

31

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.
org/wiki/Rokok_elekt
ronik

https://jknperlis.moh.
gov.my/v3/index.php/
info-kesihatan/42-
vape-rokok-
elektronik-bukan-
sekadar-wap-air

https://www.astroaw
ani.com/berita-
malaysia/kajian-
vaping-95-peratus-
lebih-selamat-
berbanding-rokok-
pakar-68756

http://e-
smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main
/mainv1/fatwa/pr/103
33

32

RUJUKAN

https://www.ma
jalahsains.com/r
okok-elektronik-
vape-bahaya-
atau-membantu-
perokok/

https://www.bh
arian.com.my/be
rita/nasional/201
9/07/588497/is
u-vape-perlu-
ditangani-

secarahttps://w
ww.infosihat.gov
.my/images/med
ia_sihat/slaid/pd
f/05_penghara
man_merokok.p
df-bersepadu

33

LAMPIRAN

VAPE MELETUP

AKIBAT
PENGGUNAAN
VAPE
BERPANJANGAN

34

TAMBAHAN

BUKTI PENGHARAMAN ROKOK
ELEKTRONIK DAN “VAPE”

ALLAH BERFIRMAN DALAM
AL QURAN :

ۛ‫َوََل تُ ْلقُوا بِأَ ْي ِدي ُك ِإ ْم َّنإِلَاللَّىـ اهَلتَّيُ ْهِلُح َك ُّ ِبة ۛاَ ْلوأَُم ْحْح ِسِسنُ ِنيوا َن‬

Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu
dengan tanganmu sendiri ke dalam
kebinasaan [dengan menahan diri]. Dan
berbuat baiklah; sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berbuat
kebaikan

SURAH AL
BAQARAH, 195

35

KESIHATAN
NIKMAT TEHEBAT,
HARGAI SEBELUM

TERLAMBAT

SEKIAN TERIMA
KASIH.

36


Click to View FlipBook Version