The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadikmaldarwis, 2022-05-24 10:42:04

ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN DALAM

ISLAM
E-FOLIO

PENGENALAN AHLI KUMPULAN 3

MUHAMMAD HARIZ BIN MOHD YADZI MUHAMMAD IKMAL BIN DARWIS MUHAMMAD FAIZ BIN SAID
03DSB21F1004 03DSB21F1034
03DSB21F1034

ROKOK ELEKTRONIK
& VAPE SATU
ALTERNATIF YANG
SIHAT BAGI
PEROKOK TEGAR ?

PENGENALAN

Rokok elektronik atau vape menggunakan pengewap (vaporizer)
berkuasa bateri untuk menghasilkan suatu aerosol daripada cecair yang
berperisa khas yang disedut penggunanya untuk mendapat rasa seakan
menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Cecair khas ini
biasanya diperbuat daripada nikotin(tidak semuanya), propilena glikol,
gliserin dan bahan perisa.

Amalan ini berkemungkinan lebih selamat daripada merokok secara
biasanya namun kesan yang terhasil tidak tampak begitu jelas
berbanding dengan langkah penghentian merokok. Kesan jangka
panjang pengunaan rokok jenis ini terhadap kesihatan manusia dengan
sendirinya tidaklah diketahui.

Perkataan "vape" berasal daripada perkataan slang bahasa Inggeris
untuk "vaporizer" iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja,
tembakau dan campuran rokok lain. Kamus Oxford menambah "vape"
sebagai kata nama baru dalam kamusnya pada Ogos 2014.

DEFINISI ROKOK
ELEKTRONIK &
VAPE

KEMENTERIAN KESIHATAN
MENDEFINISIKAN PERANTI
ELEKTRONIK YANG
MENGANDUNGI NIKOTIN
ADALAH DIRUJUK SEBAGAI
'ROKOK ELEKTRONIK' (ECIG),
SEMENTARA YANG TIDAK
MENGANDUNGI NIKOTIN,
ADALAH DIRUJUK SEBAGAI
VAPE. VAPE.

PERBEZAAN
ROKOK DAN
VAPE

PERBEZAAN VAPE DAN ROKOK ELEKTRONIK

VAPE ROKOK
ELEKTRONIK
KANDUNGAN
KANDUNGAN

➢ PROPYLENE GLYCOL ➢ NIKOTIN
➢ VEGETABLE GLYCERIN ➢ PROPYLENE GLYCOL
➢ BAHAN PERISA DAN PEWARNA ➢ VEGETABLE GLYCERIN
➢ BAHAN PERISA DAN PEWARNA

KANDUNGAN ROKOK ELEKTRONIK DAN“ VAPE”

■ NIKOTIN

Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan
berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau.
Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak . Pendedahan otak kepada nikotin
semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka
laluan kepada penyalahgunaan dadah . Selain itu, nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah dan boleh menyerap
masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan.

Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara,
terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg dalan 1ml cecair. Ini bermakna setiap
botol yang mengandungi 25ml cecair rokok elektronik akan mengandungi sehingga 100mg nikotin.

Nikotin serendah 2 mg Sudan boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh
menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-
kurangnya 40mg boleh menyebabkan kematian.

■ PROPYLENE GLYCOL (PG)

PG boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka
pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan
penyakit asma . Kajan ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan
seseorang.

PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah
sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada
tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG.

■ KEHADIRAN LOGAM BERAT

Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair
rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser

KANDUNGAN ROKOK ELEKTRONIK DAN“ VAPE”

■ GLYCERIN

Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun
begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Menurut MSDS, Vegetable
Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama
(berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.

■ BAHAN PERISA

Berjenis-jenis bahan perisa digunakan di pasaran. kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah
tidak memudaratkan. kajian in-vitro yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini mampu
membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Kajan ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang
di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah
menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.

Komponen utama Rokok
Elektronik dan Vape
adalah:

Bateri
Atomiser
Katrij

TUJUAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE DI WUJUDKAN

■ Vape dianggap sebagai alat alternatif untuk berhenti
merokok.

■ Beberapa kajian perubatan terbaharu mula menunjukkan
kesan positif penggunaan rokok elektronik atau lebih
dikenali sebagai 'vaping.’

■ Biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok,
kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.

■ Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas
propilena glikol dan gliserol ketika pengewapan.

PANDANGAN SYARAK TENTANG “VAPE”

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Bil. 3/2015 yang bersidang pada 21 Disember 2015 di Hotel Sama-Sama, KLIA,
Sepang, Selangor Darul Ehsan telah membincangkan Hukum Rokok Elektronik dan Vape.
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pembentangan
kertas kajian hukum mengenai “Rokok Elektronik dan Vape”, Muzakarah mendapati
bahawa:

■ Rokok elektronik mengandungi Nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan
bahan perisa dan pewarna. Manakala vape pula mengandungi Propylene Glycol,
Vegetable Glycerin dan bahan perisa dan pewarna.

PANDANGAN SYARAK TENTANG “VAPE”

■ Bahan-bahan yang terkandung rokok elektronik dan vape tersebut boleh memudaratkan dan

boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti ketagihan, menggalakkan pembekuan darah,
kematian mengejut, iritasi pada mata, tekak dan kulit serta mampu membunuh sel paru- paru.
Kandungan lain yang terdapat di dalam rokok elektronik dan vape juga boleh mendatangkan
kesan sampingan kepada kesihatan.

■ Prinsip passive smoker seperti pada rokok konvensional juga terpakai pada rokok elektronik dan

vape di mana orang yang berada di sekeliling juga mendapat kesan hembusan wap yang keluar
daripada rokok elektronik dan vape. Oleh itu, ia tidak hanya memberi mudarat kepada penghisap
rokok elektronik dan vape tersebut bahkan juga orang di sekeliling mereka.

■ Berdasarkan dapatan kajian-kajian dari sudut perubatan dan saintifik yang dibentangkan tersebut,

rokok elektronik dan vape masih tidak terbukti sebagai alternatif rawatan ketagihan berhenti
merokok atau nikotin oleh perokok-perokok, malahan ia menyebabkan lebih ramai akan terjebak
dalam permasalahan ini, termasuk remaja dan kanak-kanak.

PANDANGAN SYARAK TENTANG “VAPE”

Dari perspektif syarak, hukum pengharaman memakan atau meminum atau mengambil
bahan-bahan yang memudaratkan disebut oleh ulama daripada keempat-empat mazhab
iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali dalam kitab-kitab mereka. Mereka menyatakan
bahawa bahan-bahan yang memudaratkan tubuh badan haram dimakan, diminum atau
diambil sekalipun ia suci seperti racun, tanah, kaca dan seumpamanya.

Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ini ialah
perbuatan tersebut memudaratkan tubuh. Syariat Islam melarang perbuatan dan tindakan
yang membawa kepada kebinasaan dan memudaratkan diri, sebagaimana firman Allah SWT
dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195:

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan”.

PANDANGAN SYARAK TENTANG “VAPE”

Hadith Nabi SAW:

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”.
(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Antara kriteria kemudharatan yang diambilkira oleh Islam dalam pengharaman sesuatu makanan
atau minuman atau bahan ialah:

(i) Kemudaratan bahan tersebut terbukti dengan jelas atau nyata;
(ii) Pengambilan bahan tersebut secara kebiasaannya (ghalib) boleh membawa kemudaratan;
(iii) Kemudaratan merangkumi kemudaratan yang berlaku secara segera atau secara perlahan;
(iv) Kemudaratan merangkumi sesuatu yang boleh membawa kematian, membawa penyakit
berbahaya, atau kemudaratan pada akal;
(v) Bahan yang memudaratkan tersebut tidak mempunyai sebarang manfaat yang muktabar.

PANDANGAN SYARAK TENTANG “VAPE”

■ Penghujahan berasaskan kepada qiyas juga membuktikan bahawa rokok elektronik dan vape

tidak berbeza hukumnya dengan rokok konvensional kerana kedua-duanya mempunyai ?illah
yang sama iaitu memudaratkan tubuh.

■ Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah bentuk pembaziran yang diharamkan oleh agama

kerana ia adalah perbelanjaan dalam perkara yang sia-sia, tidak berfaedah, dan malahan
memudaratkan tubuh. Ia juga membebankan ekonomi negara bagi membiayai kos rawatan
penyakit berkaitan.

■ Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan serta perbincangan dan pandangan yang

diberikan oleh ahli-ahli, Muzakarah memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok
elektronik dan vape adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok
elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape..

PANDANGAN HADIS NABI TENTANG MEMUDARATKAN KESIHATAN

IBNU ABBAS MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA

PANDANGAN HADIS NABI TENTANG MEMUDARATKAN KESIHATAN

IBNU ABBAS MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA

KESIMPULAN PANDANGAN HADIS NABI

BERDASARKAN HADIS NABI MUHAMMAD SAW, KITA DAPAT
LIHAT PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE DAPAT
MEMPENGARUHI KESIHATAN DAN MEMUDARATKAN
KESIHATAN DIRI. KITA SEBAGAI UMAT YANG TAAT,
SEHARUSNYA LEBIH MENGHARGAI DAN MENSYUKURI NIKMAT
KESIHATAN YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEPADA KITA. HAL
INI KERANA, TIDAK UMAT DAPAT MENIKMATI KESIHATAN
YANG BERKUALITI SERTA KEHIDUPAN YAN SIHAT. OLEH ITU
KITA DAPAT MELIHAT PENGGUNAAN E-ROKOK DAN VAPE
ADALAH SALAH SATU PUNCA KESIHATAN KITA TERJEJAS.
JUSTERU ITU, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENJAUHI
PENGGUNAAN E-ROKOK DAN VAPE, AGAR KESIHATAN KITA
TERJAGA DAN DAPAT PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT.

KESAN DAN IMPAK PENGGUNAAN “VAPE”

■ Meningkatkan risiko sesorang untuk mendapatkan kanser.

■ Bahan yang tidak terkawal seperti merkuri dan sebagainya merupakan toksik kepada

badan dan jika digunakan pada masa yang panjang akan menyebabkan banyak impak
kepada organ manusia seperti paru-paru, buah pinggang, hati dan banyak lagi.

■ Penggunaan vape secara berpanjangan turut menyebabkan seseorang ketagihan dengan

dadah (RUJUK LAMPIRAN)

■ Selain kepada si peroko elektronik, bahan ini juag memberi impak kepada orang sekeliling

yakni perokok sekunder. Bahan dalam bentuk asap serta wap juga akan disedut oleh orang
sekelilng dan hal ini secara tidak langsungnya membahayakan orang lain.

KESAN DAN IMPAK PENGGUNAAN “VAPE”

■ Bahan nikotin yang memberi impak kepada otak seseorang terutamanya golongan muda.

Penggunaan nikotin akan menjejaskan pembelajaran, daya fokus, mood serta memori
seseorang.

■ Pengambilan nikotin juga akan melepaskan satu hormon yang dikenali sebagai dopamin

yang mana menyebabkan seseorang berasa gebira. Namun, jika ia diambil secara tidak
terkawal, bahan ini akan menyebabkan seseorang berasa ketagih dan menyebabkan
ketergantungan.

■ Memberikan impak kepada jantung seseorang pada jangak masa yang panjang. Hal ini

kerana, pengggunaaan vape akan menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormon
epinefrin dan hormon ini akan menyebabkan jantung seseorang berdegup dengan lebih
kencang serta tekanan darah tinggi.

■ Pengguaan vape juga boleh menyebabkan kecederaan apabila vape tiba-tiba meletup

(RUJUK LAMPIRAN)

VAPE ?
SELAMAT
ATAU
TIDAK ?

PERANAN MASYARAKAT BAGI MENGURANGKAN
PENGGUNAAN ROKOK ELOKTRONIK

Pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil
tindakan tegas untuk menghentikan penjualan vape
kepada kanak-kanak manakala pihak sekolah pula
perlu memantau dan mengadakan kempen
kesedaran mengenai bahaya vape terhadap
kesihatan.

Ibu bapa pula tidak boleh melepaskan
tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pihak
berkuasa. Mereka perlu memantau aktiviti anak-
anak mereka bagi memastikan tidak ada yang
terlibat dengan aktiviti menghisap vape

KESIMPULAN

Perokok yang ingin berhenti merokok dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat daripada
doktor dan ahli farmasi bertauliah. Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan
perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM) di hospital dan kebanyakan klinik kesihatan
kerajaan. KBM ini biasanya dianggotai oleh pasukan yang terdiri daripada doktor, ahli farmasi,
penolong pegawai perubatan dan jururawat.
Maklumat berkaitan panduan dan tip berhenti merokok akan diberikan kepada perokok melalui
sesi kaunseling oleh doktor dan ahli farmasi. Dalam keadaan tertentu, doktor akan memberi
ubat bagi membantu seseorang itu mengawal gejala ketagihan dan berhenti merokok secara
berperingkat. Ibu bapa dinasihati memantau anak-anak kerana peranti vape ini boleh datang
dalam pelbagai bentuk dan saiz. Bagi perokok, dapatkan bantuan ahli profesional kesihatan
sekiranya ingin berhenti merokok. Ahli profesional kesihatan yang bertugas di KBM terlatih
dalam pengurusan dan rawatan tabiat ketagihan berbanding penjual vape yang tidak
mempunyai sebarang latihan atau pentauliahan.

KESIMPULAN

Banyak negara yang mengharamkan e-rokok masih lagi membenarkan penjualan
rokok dalam negara mereka. Terdapat beribu-ribu fakta dan kajian tentang bahaya
rokok telah dilakukan oleh saintis dan banyak negara yang berhabis wang untuk
pembiayaan perubatan bagi penyakit akibat daripada rokok, namun masih gagal
untuk mengharamkan rokok melalui undang-undang.

Keputusan yang tidak lengkap daripada kajian USFDA banyak mempengaruhi dunia
tentang e-rokok. USFDA gagal untuk menyatakan jumlah agen kanser dalam e-
rokok yang sangat jauh lebih sedikit berbanding rokok biasa dalam laporannya
mengakibatkan banyak kerajaan mengambil keputusan itu sebagai dasar mereka
untuk menjatuhkan pengharaman terhadap penjualan e-rokok.

KESIMPULAN

Kajian tentang kesan e-rokok terhadap
kesihatan manusia masih lagi diperingkat
awal. Kajian lebih mendalam dan lebih lama
diperlukan. Namun daripada pemerhatian
dan kajian sendiri, saya mendapati banyak
testimoni daripada perokok yang benar-
benar mahu berhenti merokok telah berjaya
samada mengurangkan pengambilan rokok
atau terus tidak sentuh rokok setelah
bertukar kepada e-rokok. Marilah kita
berkempen agar pengguna e-rokok semakin
berkurangan dalam masyarakat kita

POSTER ANTI “VAPE”

PENUTUP

FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL ISRA’ AYAT 27 :

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu
adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula
adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.

Dari pada ayat ini kita melihat sangat berkait dengan sikap
orang-orang yang suka menghabiskan duit semata-mata
untuk membeli perkara yang tidak berfaedah malah
mendatangkan mudarat kepada mereka. Oleh itu, kita
hendaklah mengubah diri menjadi lebih baik dan
mendapat rahmat dari Allah.

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rokok_elekt
ronik

https://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php
/info-kesihatan/42-vape-rokok-elektronik-
bukan-sekadar-wap-air

https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kajian-vaping-95-peratus-lebih-
selamat-berbanding-rokok-pakar-68756

http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10
333

RUJUKAN

https://www.majalahsains.com/rokok-
elektronik-vape-bahaya-atau-membantu-
perokok/

https://www.bharian.com.my/berita/nasio
nal/2019/07/588497/isu-vape-perlu-
ditangani-

secarahttps://www.infosihat.gov.my/imag
es/media_sihat/slaid/pdf/05_pengharama
n_merokok.pdf-bersepadu

LAMPIRAN AKIBAT
PENGGUNAAN
VAPE VAPE
MELETUP BERPANJANGAN

TAMBAHAN

BUKTI PENGHARAMAN ROKOK ELEKTRONIK
DAN “VAPE”

ALLAH BERFIRMAN DALAM AL QURAN :
‫َوََل تُ ْلقُوا بِأَ ْي ِدي ُك ْم إِ َلى التَّ ْهلُ َك ِة ۛ َوأَ ْح ِسنُوا ۛ إِ َّن اللَّـهَ يُ ِح ُّب ا ْل ُم ْح ِس ِني َن‬

Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu

dengan tanganmu sendiri ke dalam

kebinasaan [dengan menahan diri]. Dan

berbuat baiklah; sesungguhnya Allah

menyukai orang-orang yang berbuat

kebaikan SURAH AL

BAQARAH, 195

KESIHATAN NIKMAT TEHEBAT,
HARGAI SEBELUM TERLAMBAT

-popiz-

SEKIAN TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version