Buku ini ditulis untuk memperkenalkan muzik tradisional di Malaysia iaitu Gamelan. Topik-topik yang dibincangkan termasuklah pengenalan kepada muzik gamelan yang terkenal dengan asal-usul Nusantara, sejarah muzik gamelan dan gamelan Melayu, ensembel gamelan Melayu dan lagu-lagu gamelan. Tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini merujuk kepada kursus kokurikulum MPU24041- Kelab Gamelan, Politeknik Malaysia. Rumusan kandungan telah digubal oleh pensyarah yang mengajar subjek tersebut dan diterjemahkan sebagai penulisan ilmiah. Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk pelajar yang baru mengenali muzik tradisional Malaysia iaitu Gamelan Melayu.