SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY
( SEKOLAH AMANAH MALAYSIA )
JALAN PJS 7/15 , PJS 7 47100
PETALING JAYA SELANGOR
FOLIO SEJARAH TAHUN 4
TAJUK : HANG TUAH
LAKSAMANA TERBILANG
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD AFFIQ NAUFAL BIN MOHD SAUFI
4 GENIUS
GURU SEJARAH SK BANDAR SUNWAY TAHUN 4
CIKGU JULIANA
ISI KANDUNGAN
1. Pendahuluan
2. Penghargaan
3. Objektif kajian
4. Kajian Kes :
4.1 Riwayat Hidup Hang Tuah
4.2 Kualiti Hang Tuah Sebagai Laksamana Melaka
4.3 Peranan hang Tuah Sebagai Laksamana Melaka
5. Rujukan
6. Lampiran
PENDAHULUAN
Hang Tuah (Jawi: )هڠ تواهialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa
pemerintahan Kesultanan Pahang di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada
1400-1511.[1] Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyung, Melaka, kira-
kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang
Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang Istana yang handal suatu ketika dulu,
begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana
yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan dan merupakan petarung silat yang amat
handal dan tiada tolok bandingnya.
Beliau berkawan dengan empat orang sahabat iaitu Kasturi, Lekir , Lekiu dan Jebat.
Hang Tuah dan para sahabat pernah menghalang orang mengamuk yang ingin membunuh orang
.Setelah itu Hang Tuah di lantik Sultan menjadi Laksaman manakala sahabat berempat yang
lain dilantik menjadi hulubalang .
Sehinggakan Hang Tuah dilantik Sultan menjadi duta mengetuai utusan ke China.
Namun begitu ada musuh yang menabur fitnah sehingga menyebabkan Sultan menitahkan
hukuman bunuh tetapi dapat diselamatkan oleh Bendahara.
Dengan itu, saya akan menerangkan tentang : -
1. Riwayat hidup Hang Tuah
2. Kualiti Hang Tuah Sebagai Laksamana Terbilang
3. Peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Terbilang
PERNGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran sejarah
saya,Cikgu Juliana kerana telah memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat dalam saya
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Terima kasih juga kepada keluarga saya iaitu Ibu saya Norhafizah dan Ayah saya
Mohd Saufi yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada saya untuk menjayakan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sepupu saya Darwish , yang telah bersama – sama saya
menyiapkan tugasan Sejarah ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kes Sejarah ini dilakukan untuk mencapai objektif berikut :-
1. Menerangkan tentang kisah Riwayat Hidup Hang Tuah
2. Menjelaskan Kualiti Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka
3. Menyenaraikan beberapa Peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka.
HANG TUAH : LAMBANG SEJARAH MELAYU
RIWAYAT HIDUP HANG TUAH
Laksamana Hang Tuah ialah seorang pahlawan lagenda berbangsa Melayu pada masa
pemerintahan Kesultanan Melaka pada masa abad ke -15. Kesultanan Melayu Melaka
sebenarnya bermula pada tahun 1400 sehingga 1511. Menurut rekod sejarah , Laksamana Hang
Tuah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka iaitu pada tahun 1444.
Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.
Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dahulu manakala
ibunya pula merupakan keturunan dayang Istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal
dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada
tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang rakannya iaitu Hang Jebat , Hang Kasturi, Hang Lekir dan
Hang Lekiu menuntut ilmu bersama- sama di bawah pengajaran Adiputra di Gunung Ledang.
Setelah selesai menunut ilmu , mereka berlima kembali Kota Melaka. Pada suatu hari , mereka
berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk.
Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke
rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di Istana. Sejak itu , Hang Tuah
dan sahabat- sahabatnya amat disayangi oleh Sultan sehinggalah Hang Tuah mendapat gelaran
Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di Tanah Jawa, Hang Tuah telah
berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Taming Sari ialah seorang
pendekar kebal dan tidak dilukakan. Namun Hang Tuah mengetahui kekebalan Taming Sari
terletak pada kerisnya.
Oleh itu, Hang Tuah telah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming
Sari . Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik
keris ini akan turut menjadi kebal seperti Pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan
permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang , Melor turun dari Gunung Ledang
mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi
dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang
akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu.
Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah
menjadi gundik Sultan. Namun hukuman mati tidak dapat dilaksanakan oleh Bendahara
sebaliknya Hang Tuah disembunyikan di sebuah hutan di Hulu Melaka . Hang Jebat telah
dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan Keris Taming Sari telah
dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah menyangka
bahawa Hang Tuah telah telah teraniaya dan telah dihukum mati. Hang Jebat bertindak
menderhaka kepada Sultan dan mengambil alih Istana. Tindakan nya itu tidak dapat dihalang
oleh mana- mana panglima kerana Hang Jebat kebal dengan adanya Keris Taming Sari di
tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada
masa itu , Sultan menyesal kerana telah membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Pada masa
ini lah Bendahara memberitahu Sultan bahawa Hang Tuah sebenarnya masih hidup. Sultan
menitahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat. Setelah 7 hari bertarung , akhirnya Hang
Tuah berjaya merampas Keris Taming Sari dari Hang Jebat dan berjaya membunuhnya.
Dalam pertarungan tersebut, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah di
fitnah . Namun begitu Hang Tuah telah membantu Sultan yang sebelum itu menghukumnya
tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim
bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata kesilapan Hang Tuah yang
tidak berfikir panjang bahawa AllahSWT lebih berkuasa dari Sultan dan memang tidak salah
Hang Jebat menegakkan kebenarannya. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang sehingga
kini
KUALITI HANG TUAH SEBAGAI LAKSAMANA MELAKA
BIJAKSANA
1. Hang Tuah dapat menguasai 12 bahasa 2. Ketika bertarung dengan
untuk memudahkan menjalankan Taming Sari dan memperoleh
tugas rasmi. kemenangan .
JUJUR DAN
AMANAH
1. Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur demi kesejahteraan Melaka
BERTANGGUNG-
JAWAB
1. Menjaga peranan Melaka supaya 2. Menjaga nama baik
menjadi pusat perdagangan yang terkenal. Melaka semasa menjadi
utusan ke China, India
Dan Turki.
TAAT SETIA
1. Beliau sangat mentaati perintah Sultan .
BERANI
1. Menyelamatkan Bendahara Tun Perak 2. Hang Tuah mengalahkan
daripada orang mengamuk orang upahan Majapahit
Yang dihantar oleh Patih
Gajah Muda.
KEMAHIRAN
DALAM ILMU
PERSILATAN
1. Mahir dalam ilmu persilatan 2. Mempelajari ilmu
Persilatan daripada
gurunya, Aria Putera.
PERANAN HANG TUAH SEBAGAI LAKSAMANA MELAKA
MENGETUAI KETUA MENJAGA
UTUSAN ANGKATAN KESELAMATAN
PEDAGANG DI
LAUT SELAT MELAKA
HANG TUAH
PENGAWAL MELAKSANAKAN
PERIBADI PERINTAH
SULTAN SULTAN
RUJUKAN
1. sejkssrt4t6u1011.wordpress.com
2. Buku teks Sejarah tahun 4
3. https://ms.m.wikipedia.org
4. Karya Agung Melayu – pelitakaryaagung.blogspot.com
LAMPIRAN
5 Sahabat :- Hang Tuah , Hang Jebat , Hang Lekir , Hang Lekiu dan Hang Kasturi
Istana Melaka
Keris Taming Sari