NAMA:
KHAILA NUR IMANINA
BINTI KHAIRUL NIZAR
KELAS:
4 KREATIF
SUBJEK:
BAHASA MELAYU
JENIS-JENIS
PERIBAHASA
1
Jenis Peribahasa: Simpulan
Bahasa
Simpulan Bahasa: Ikal Mayang
Maksud: Keadaan rambut
yang cantik
Ayat:
Rambut Sofia yang Ikal Mayang itu
menjadi perhatian ramai orang.
2
Jenis Peribahasa: Simpulan
Bahasa
Simpulan Bahasa: Kacang Hantu
Maksud: Seseorang yang nakal
atau jahat
Ayat:
Amri dikenali sebagai Kacang Hantu
kerana suka bergaduh dengan rakan
sebayanya.
3
Jenis Peribahasa: Simpulan
Bahasa
Simpulan Bahasa:Anak Emas
Maksud: Anak yang dikasihi
oleh ibu bapa atau
majikannya
Ayat:
Kamal ialah Anak Emas Puan Zuhairah dan
Encik Ahmad.
4
Jenis Peribahasa: Simpulan
Bahasa
Simpulan Bahasa:Banyak Mulut
Maksud: Orang yang suka
bercakap banyak
Ayat:
Rizal yang Banyak Mulut itu tidak disukai
oleh rakan sekerjanya.
5
Jenis Peribahasa: Simpulan
Bahasa
Simpulan Bahasa:Makan Angin
Maksud: Bersiar-siar untuk
berehat
Ayat:
Kami sekeluarga makan angin di Tasik
Titiwangsa.
1
Jenis Peribahasa:
Perumpamaan
Perumpamaan:Kalau Takut
Dilambung Ombak,Jangan Berumah
Di Tepi Pantai
Maksud: Kalau takut penderiaan,lebih
baik jangan melakukan sesuatu yang
susah
Ayat:
“Kamu ni Nazry,Kalau Takut Dilambung Ombak,Jangan
Berumah Di Tepi Pantai.Sekarang tengok apa sudah jadi
pada kamu.Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak
mahu tanggung derita tersebut.”kata Afiq.
2
Jenis Peribahasa:
Perumpamaan
Perumpamaan:Air Dicincang Tidak
Akan Putus
Maksud: Perselisihan anatara adik-
beradik tidak akan kekal lama dan
akhirnya akan berbaik semula
Ayat:
Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama
setahun,sekarang telah berbaik-baik semula kerana Air
Dicincang Tidak Akan Putus.
3
Jenis Peribahasa:
Perumpamaan
Perumpamaan:Hutang Emas Dapat
Dibayar,Hutang Budi Dibawa Mati
Maksud: Budi baik orang haruslah
diingat selama-lamanya,kerana budi
bahas tak dapat dibayar dengan wang.
Ayat:
“Pertolongan yang datang tanpa henti Encik Syahid amat
disyukurinya.Manakah tidak,ini kerana setiap pertolongan
yang hadir membantunya itu ibarat pepatah Hutang Emas
Dapat Dibayar,hutang Budi Dibawa Mati kerana tidak mampu
untuk membalasnya kembali.
4
Jenis Peribahasa:
Perumpamaan
Perumpamaan:Seperti Anak Ayam
Kehilangan Ibu
Maksud: Kesusahan yang dialami oleh
seseorang apabila dirinya kehilangan
tempat bergantung
Ayat:
Sejak kematian kedua ibu bapanya,hidup Salmah Seperti
Anak Ayam Kehilangan Ibu.
5
Jenis Peribahasa:
Perumpamaan
Perumpamaan:Seperti Cacing
Kepanasan
Maksud: Gelisah
Ayat:
Dia Seperti Cacing Kepanasan apabila disoal polis.
1
Jenis Peribahasa: Bidalan
Bidalan: Indah Khabar Dari Rupa
Maksud: Perkhabaran tentang
sesuatu perkara yang dilebih-
lebihkan
Ayat:
“Zainab kecewa apabila telah
sampai ke pantai tersebut kerana
pantai tersebut hanyalah Indah
Khabar Dari Rupa.
2
Jenis Peribahasa: Bidalan
Bidalan: Nasi Sudah Menjadi
Bubur
Maksud: Perbuatan yang telah
terlanjur dan tidak dapat diubah
lagi
Ayat:
Amir menyesal kerana sikapnya yang
malas belajar menyebabkan dia gagal
dalam peperiksaan,namun Nasi Sudah
Menjadi Bubur.
3
Jenis Peribahasa: Bidalan
Bidalan: Ukur Baju Di Badan
Sendiri
Maksud: Melakukan sesuuatu
hendaklah mengikut
kemampuan sendiri
Ayat:
“Farah lebih suka membeli barang
pakaian jenis murah,bginya sebelum
berbelanja perlulah Ukur Baju Di Badan
Sendiri.
4
Jenis Peribahasa: Bidalan
Bidalan: Sediakan Payung
Sebelum Hujan
Maksud: Berwaspada sebelum
ditimpa masalah
Ayat:
Puan Alia menasihati anak-anaknya
supaya berjimat-cermat dan menyimpan
wang untuk kegunaan masa
hadapan,seperti kata bidalan Sediakan
Payung Sebelum Hujan.
5
Jenis Peribahasa: Bidalan
Bidalan: Masuk Telinga Kanan
Keluar Telinga Kiri
Maksud: Sebarang ilmu
pengetahuan atau nasihat
kepada seeorang itu tidak dapat
diterimanya
Ayat:
“Seperti Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri
Hariz ini.Entah apa yang difikirkannya sehingga
langsung tidak memahami ilmu yang diajar itu.”
1
Jenis Peribahasa: Pepatah
Pepatah: Di Mana Bumi Dipijak,di
Situ Langit Dijunjung
Maksud: Kita hendaklah
mematuhi adat dan istiadat di
mana-mana kita berada
Ayat:
Robert menjalani hidup mengikut adat resam
penduduk setempat kerana baginya di mana
Bumi Dipijak,di Situ Langit Dijunjung.
2
Jenis Peribahasa: Pepatah
Pepatah: Bagaimana
Acuan,begitulah Kuihnya
Maksud: Perangai anak
biasanya mengikut orang yang
mengasuhnya
Ayat:
Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti
ayahnya kerana Bagaimana Acuan,Begitulah
Kuihnya.
3
Jenis Peribahasa: Pepatah
Pepatah: Ada Air Adalah Ikan
Maksud:Walau di mana pun kita
tinggal,di situ ada rezeki
Ayat:
Walau ke mana-mana sahaja kita
pergi,janganlah cepat kecewa kerana di mana
Ada Air Adalah Ikan.
4
Jenis Peribahasa: Pepatah
Pepatah: Alang-alang Berdakwat
Biarlah Hitam
Maksud: Membuat sesuatu
dengan bersungguh-sungguh
sehingga berhasil
Ayat:
Walaupun banyak rintangan yang
dihadapi,projek ini haruslah dilaksanakan
dengan jayanya,alang-alang Berdakwat,biarlah
Hitam,kata Encik Ruzmi kepada para pekerjanya.
5
Jenis Peribahasa: Pepatah
Pepatah: Berakit-rakit Ke
Hulu,berenang-renang Ke Tepian
Maksud: Untuk mendapat
kesenangan,biar bersusah
payah dahulu
Ayat:
Jikalau menjadi seorang yang berjaya,kamu mesti
tabah menghadapi segala
cabaran dan rintangan seperti kata pepatah Berakit-
rakit Ke Hulu,Berenang-Renang Ke Tepian.
1
Jenis Peribahasa: Bandingan
Semacam
Bandingan Semacam:Mahal
Seperti Berlian
Ayat:
Harga pakaian di butik itu Mahal Seperti Belian.
2
Jenis Peribahasa: Bandingan
Semacam
Bandingan Semacam:Tinggi
Seperti Galah
Ayat:
Pelancong dari Australia itu Tinggi Seperti Galah.
3
Jenis Peribahasa: Bandingan
Semacam
Bandingan Semacam:Angkuh
Seperti Merak
Ayat:
Orang kaya itu disenangi oleh jiran kerana
sikapnya Angkuh Seperti Merak.
4
Jenis Peribahasa: Bandingan
Semacam
Bandingan Semacam:Besar
Macam Gajah
Ayat:
Badan budak itu Besar Macam Gajah berbanding
rakan-rakannya.
5
Jenis Peribahasa: Bandingan
Semacam
Bandingan Semacam:Berat
Macam Batu
Ayat:
Saya mengangkat kotak itu seperti Berat Macam
Batu.
1
Jenis Peribahasa: Kata-Kata Hikmat
Kata-Kata Hikmat: Bersatu
Teguh,Bercerai Roboh
Maksud: Jika kita hidup bersatu,kita akan
menjadi kuat,tetapi jika kita bercerai-
berai kit akan menjadi lemah
Ayat:
Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling bertolak-
ansur dan bersatu padu kerana Bersatu Kita
Teguh,Bercerai Kita Roboh.
2
Jenis Peribahasa: Kata-Kata Hikmat
Kata-Kata Hikmat:Bahasa Menunjukkan
Bangsa
Maksud: Daripada pertuturan seseorang
dapat kita ketahui jenis dan
keturunannya
Ayat:
Bertuturlah dengan sopan santun kerana Bahasa
Menunjukkan Bahasa
3
Jenis Peribahasa: Kata-Kata Hikmat
Kata-Kata Hikmat:Bertangguh Itu Pencuri
Masa
Maksud: Melakukan kerja dengan
bertangguh akan merugikan diri sendiri
Ayat:
Nurlia menyiapkan kerja yang disuruh oleh ibunya
dengan segera supaya dia dapat menyiapkan kerja
sekolah pula.Dia tidak suka menagguhkan kerja
kerana Bertangguh Itu Pencuri Masa.
4
Jenis Peribahasa: Kata-Kata Hikmat
Kata-Kata Hikmat:Bersekutu Bertambah
Mutu
Maksud: Bekerjasama antara satu
dengan yang lain dalam melaksanakan
sesuatu akan menghasilkan kejayaan
cemerlang
Ayat:
“Kalian harus bantu-membantu antara satu dengan
yang lain untuk mengurus kedai koperasi yang baru
dirasmikan pembukaannya ini,kerana Bersekutu
Bertambah Mutu”,kata cikgu Kamarudin kepada
pelajar-pelajarnya itu.
5
Jenis Peribahasa: Kata-Kata Hikmat
Kata-Kata Hikmat:Keadilan Tidak
Mengenal Kawan
Maksud: Dalam mengalidi sesuatu
perkara,kita mesti bersikap adil.Yang
bersalah tetap bersalah walaupun dia
rakan karib kita
Ayat:
““Walaupun kamu sahabatku,namun aku terpaksa
melaporkan kesalahan kamu kepada guru
disiplin;Keadilan Tidak Mengenali Kawan,”kata Alimin