The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azean.azreen, 2021-07-10 06:20:07

Pergerakan Puteri Islam Malaysia

PPIM Hannah

NUR HANNAH BATRISYA BT. MOHD ASRI
6 UMAR

SERI ABIM SG. RAMAL, KAJANG,
SELANGOR

BENDERA PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

LOGO PPIM DAN PENGERTIAN

Logo PPIM dibentuk dengan suatu Di tengah logo terdapat satu
lingkungan bulat berwarna hijau bulatan PUTIH dan di
diapit dengan lingkungan berwarna dalamnya ditulis dengan huruf
kuning dan di dalam lingkungan jawi permulaan daripada
hijau itu bertulis PERGERAKAN perkataan Pergerakan Puteri
PUTERI ISLAM MALAYSIA. Islam (Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis
perkataan PUTERI bagi ahli-ahli
puteri dan PEMIMPIN PUTERI
bagi Guru Pemimpin puteri.

PENGERTIAN WARNA

 Merah Samar : Melambangkan Keharmonian dan Kelembutan

 Hijau : Agama - Taqwa sebagai TERAS

 Putih : Kesucian

 Kuning : Kesetiaan dan Ketaatan

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak
pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi, maktab-maktab
perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah.

Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan
membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara
menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah
SWT.

Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya
mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

MATLAMAT PPIM

 Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial dan fizikal puteri-puteri
melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

 Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di kalangan puteri-puteri.

 Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri dalam pelbagai bidang gerak kerja ko-
kurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

 Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

 Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

 Meningkatkan hubungan dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa
dan masyarakat, khususnya masyarakat setempat.

OBJEKTIF PPIM

(Peringkat Sekolah)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan
tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang:-
 Taat kepada Allah, Raja dan Negara
 Berilmu
 Berakhlak mulia
 Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah,
berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan
yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

LAGU

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

IKRAR

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA, BERIKRAR AKAN;

• Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibubapa
• Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
• Membangunkan diri dengan sempurna
• Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri

SULUH KATA PPIM

P - Patuh kepada ibubapa
U - Ugama/Agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T - Taat kepada Allah dan Rasul
E - Erat ukhwah Islamiyah
R - Rela berbakti kerana Allah
I - Iman dipupuk ilmu dituntut

I - Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali
( ‫) إِنَّا لِ هِ ِل َو ِإنَّـا ِإلَ ْي ِه َرا ِجعُو َن‬

S - Solat ditunai setiap waktu
L - Larangan Allah dijauhi
A - Akhlak mulia pengukuh keimanan
M - Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

COGAN KATA

- BERILMU -
- BERIMAN -
- BERAMAL -

hannah


Click to View FlipBook Version