The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengenalan Kepada Jabatan dan Asas Perundangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by blackhearty29, 2021-09-09 11:19:35

Topik 2

Pengenalan Kepada Jabatan dan Asas Perundangan

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

TOPIK 2 :
PENGENALAN KEPADA JABATAN
DAN ASAS PERUNDANGAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN

KANDUNGAN Pengenalan Jabatan

Sejarah Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (KKP) di Malaysia

Peruntukan Utama Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Akta 514)

Peruntukan Utama Akta Kilang dan
Jentera 1967
(Akta 139)

PUNCA KUASA JKKP

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

VISI

"Menjadi Peneraju Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan"

MISI

"Memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Terjamin"

NILAI KORPORAT

“Tegas, Adil Dan Mesra”

PENYEDIAAN STANDARD ⮚ KKaajjiiaann DDaassaarr
PENGUATKUASAAN ⮚ Penggubalan Peraturan, Garis Panduan, & Kod Amalan

AmIanldaunsItnridustri

⮚⮚ SSttaattiissttiikk: C:Poellnegcutimonpu&laAnna&lyAsnisalisa

- Kes Kemalangan
- Penyakit Pekerjaan
- Data Penguatkuasaan & Promosi

⮚ Kelulusan & Kebenaran AKTIVITI
⮚ Pendaftaran UTAMA
⮚ Pengikitirafan & Persijilan JKKP
⮚ Pemeriksaan
PROMOSI ⮚ Siasatan
⮚ Tindakan Undang-Undang

⮚ Kempen / Program Keselamatan
⮚ Ceramah / Penerangan
⮚ Bengkel
⮚ Pameran
⮚ Road Show
⮚ Program bersama Persatuan / NGO

PERANAN JKKP

Jabatan ini bertanggungjawab untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang-orang yang sedang bekerja,
dan melindungi orang-orang lain daripada
bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan
yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti
pekerjaan.

KESELAMATAN

KESIHATAN

8

KEBAJIKAN

Tempat Tempat
makan penyimpanan

barang

Tandas

Kemudahan Air
Sukan / Minuman

Gymnasium

PERKEMBANGAN PERATURAN KKP 1994 • Akta Keselamatan dan Kesihatan 1970
Pekerjaan (AKKP) 1994
>1994
1967 • Akta Kilang dan Jentera 1967 (Oleh Jab.
Kilang dan Jentera – JKJ)

• The Machinery Ordinance telah 1951 Boiler + Machinery + Industrial + hygiene safety
1953 dikuatkuasakan.

1932 • Machinery Enactment of 1932 bawah Boiler + Machinery + Industrial safety
Jabatan Galian.

1913 • Machinery Enactment of 1913 1914 Boiler safety + Machinery safety Occupational Safety and Health

1908 • Negeri Melayu Bersekutu kuatkuasa
Perak Order Council

1892 • Selangor Boiler Enactment Boiler safety

1890 • The Perak Order In Council

(AKTA 514) PERUNTUKAN UTAMA
AKTA KESELAMATAN

DAN KESIHATAN
PEKERJAAN 1994

SKOP PEMAKAIAN

PERDAGANGAN BORONG PERLOMBONGAN DAN
DAN RUNCIT PENGUARIAN

HOTEL DAN KEMUDAHAN (AIR,
RESTORAN ELEKTRIK, GAS DAN

PERKHIDMATAN
KEBERSIHAN)

PERTANIAN, PERKHIDMATAN
PERHUTANAN AWAM DAN PIHAK

DAN BERKUASA
PERIKANAN BERKANUN

PENGILANGAN

PEMBINAAN

PENGANGKUTAN, KEWANGAN, INSURAN,
PENYIMPANAN HARTA TANAH DAN
PERKHIDMATAN
DAN KOMUNIKASI PERNIAGAAN

SKOP (Kecuali)

Atas kapal
(berdaftar di bawah Ordinan

Perkapalan Saudagar)

Di bawah kawalan
Angkatan Tentera Malaysia

OBJEKTIF AKTA

Untuk memastikan keselamatan, kesihatan
dan kebajikan orang yang sedang bekerja

Untuk melindungi orang lain selain dari
orang yang sedang bekerja yang berada di
tempat kerja
Untuk mewujudkan persekitaran yang
disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan
psikologi orang yang sedang bekerja

Untuk mengadakan peraturan dan
tataamalan industri

KEHENDAK PERUNDANGAN BERKAITAN KKP

 Sek.15 : Kewajipan Am Majikan
 Sek.16 : Dasar Keselamatan dan
Kesihatan
 Sek.17 : Kewajipan Majikan terhadap
Bukan Pekerja
AKTA Sek. 24 : Kewajipan Am Pekerja
KESELAMATAN Sek. 30 : Jawatankuasa Keselamatan dan
DAN KESIHATAN
PEKERJAAN 1994 Sek. 32 Kesihatan
: Pelaporan Kemalangan, Kejadian
Berbahaya dan keracunan
Penyakit

15

KEWAJIPAN AM MAJIKAN

Seksyen 15(1), AKKP 1994
Setakat yang praktik
(1) Memastikan keselamatan, kesihatan dan

kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya;

SETAKAT YANG PRAKTIK??

1) Teruknya bahaya / risiko
2) Pengetahuan mengenai bahaya / risiko
3) Kesesuaian cara
4) Kos

KEWAJIPAN AM Adalah menjadi
MAJIKAN kewajipan tiap-tiap
majikan dan tiap-tiap
Seksyen 15(1), AKKP 1994 orang yang bekerja
sendiri untuk
memastikan, setakat
yang praktik,
keselamatan, kesihatan
dan kebajikan semasa
bekerja semua
pekerjanya

Seksyen 15(2), AKKP 1994

KEWAJIPAN (a) Pengadaan dan Penyenggaraan
AM MAJIKAN loji dan sistem kerja

✔ Memperuntukkan, mengadakan,

atau membekalkan loji

✔ Penyenggaraan loji
✔ Sistem kerja selamat

Seksyen 15(2), AKKP 1994

(b) Membuat perkiraan bagi menjamin

keselamatan dan ketiadaan risiko

kepada kesihatan dengan

KEWAJIPAN penggunaan atau pengendalian,
AM
penyimpanan, pengangkutan loji
MAJIKAN
dan bahan

✔ Risk Assessment (RA), Job

Analisis, HAZOP, prosedur kerja
selamat terhadap penggunaan loji
dan bahan bahaya dan kaedah
mengatasinya

Seksyen 15(2), AKKP 1994

KEWAJIPAN (c) Mengadakan maklumat, arahan, latihan dan
AM penyeliaan.
MAJIKAN
✔ Papan kenyataan, tanda amaran,risalah dan

kempen,

✔ Induksi dan toolbox meeting.

✔ Safety data sheet (SDS), prosedur kerja

selamat dan kesan pendedahan bahan kimia

✔ Apa yang patut dan tak patut dilakukan

pekerja

KEWAJIPAN AM MAJIKAN

Seksyen 15(2), AKKP 1994

(d) Penyenggaraan tempat kerja termasuk pengadaan dan
penyenggaraan cara masuk dan keluar tempat kerja dengan
selamat dan tanpa risiko -

✔Cth: kerja di tempat tinggi,

kerja dalam ruang terkurung
kerja binaan

KEWAJIPAN AM MAJIKAN

Seksyen 15(2), AKKP 1994

(e) Pengadaan dan penyenggaraan persekitaran dan
kemudahan bagi kebajikan

✔ Pencahayaan,pengudaraan,debu dan haba
✔ Persekitaran psikologi
✔ First aid
✔Tandas, air minuman dan bilik persalinan

KEWAJIPAN AM MAJIKAN

Seksyen 16, AKKP 1994

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Membentuk dasar bertulis berkenaan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan

 Komitmen oleh majikan
 Keselamatan dan kesihatan disepadukan di dalam misi,

matlamat dan objektif organisasi

 Menjadikan kehendak undang-undang sebagai tahap minima
 Lebih 5 orang pekerja.

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Seksyen 30, AKKP 1994

• Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
• Perlantikan
• Mesyuarat berkala
• Keahlian
• Fungsi jawatankuasa
• 40 pekerja dan lebih

Atau
arahan Ketua Pengarah sekiranya
kurang 40 pekerja

Seksyen 17, AKKP 1994

Tanggungjawab majikan selain daripada pekerjanya sendiri

KEWAJIPAN 1. Memastikan majikan dan orang lain
MAJIKAN yang bukan pekerjanya tidak
terdedah kepada risiko keselamatan
atau kesihatan

2. Memberi maklumat kepada orang lain
yang mungkin tersentuh oleh
pengusahaannya.

Contoh : Operasi letupan kuari dan
pepasangan bahaya besar

PENALTI Seksyen 19, AKKP 1994

“Seseorang yang melanggar
peruntukan seksyen 15, 16, 17 dan
18 adalah melakukan satu
kesalahan dan apabila disabitkan,
boleh didenda tidak melebihi lima
puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-
duanya”

KEWAJIPAN AM PEKERJA

Seksyen 24, AKKP 1994

a. Memberi perhatian yang munasabah

bagi keselamatan dan kesihatan
sendiri dan orang lain yg mungkin
terjejas oleh tindakan atau
peninggalannya semasa bekerja.

b. Berkerjasama dengan majikannya

atau orang lain dalam menunaikan
apa-apa yang berkaitan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan.

KEWAJIPAN AM PEKERJA
Seksyen 24, AKKP 1994

c. Memakai dan menggunakan
alat pelindung diri yang
dibekalkan.

d. Mematuhi arahan atau langkah
keselamatan dan kesihatan yang
dikeluarkan oleh majikan.

KEWAJIPAN AM PEKERJA

Seksyen 25, AKKP 1994

Seseorang tidak boleh mengganggu atau menyalahguna
apa-apa yang diadakan atau dilakukan untuk kepentingan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan dengan sengaja;

⮚ Denda RM 20,000 atau
⮚ 2 Tahun Penjara

atau kedua-dua sekali

PELAPORAN KEMALANGAN

Seksyen 32, AKKP 1994

PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN
MERBAHAYA, KERACUNAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN

• Melaporkan kepada pejabat
JKKP yang terdekat mengenai
apa-apa kemalangan,
kejadian bahaya, keracunan
dan penyakit pekerjaan

Jenis kesalahan Penalti

Kewajipan am majikan dan Maksima RM 50,000 @ 2
orang yang bekerja sendiri tahun penjara @ kedua –
(sek.15)
duanya sekali (sek.19)

Kewajipan untuk membentuk Maksima RM 50,000 @ 2

dasar keselamatan dan tahun penjara @ kedua –

kesihatan pekerjaan (sek.16) duanya sekali (sek.19)

PENALTI Penubuhan jawatankuasa Maksima RM5,000 @ 6
keselamatan dan kesihatan bulan penjara (sek.30(4))
(sek.30)
Maksima RM1,000 @ 3
Kewajipan am pekerja bulan penjara @ kedua-
(sek.24) duanya sekali (sek.24(2)

Kewajipan am pekerja Maksima RM20000 @ 2
(Sek.25) tahun penjara @ kedua-
duanya sekali

PERATURAN- ⮚ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
PERATURAN DI
BAWAH AKKP Pekerjaan (Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan
1994 Kesihatan Majikan)(Pengecualian) 1995;

⮚ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan
Besar Dalam Perindustrian) 1996;

⮚ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan)
1996;

⮚ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan
Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (2000)

⮚ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997

⮚ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan,
Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan
Penyakit Pekerjaan) 2004

⮚ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data
Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya (2013)

⮚ Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Pendedahan Bunyi Bising 2019)

PERUNTUKAN UTAMA
AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

(AKTA 139)

OBJEKTIF • Mengadakan peruntukan bagi
mengawal kilang berkaitan
dengan perkara keselamatan,
kesihatan dan kebajikan

• Menyediakan kaedah
pendaftaran dan pemeriksaan
kilang dan jentera

Terpakai kepada semua tempat kerja
yang di definisikan sebagai kilang

SKOP Kecuali

1) Kilang atau jentera yang
dikendalikan oleh Angkatan Tentera
Malaysia

2) Jentera yang tertakluk kepada
undang-undang yang berkaitan
dengan perkapalan saudagar

DEFINISI KILANG

• Mana-mana premis di mana orang bekerja dalam

buruh kasar dalam apa-apa proses pembuatan,
perubahan, membaiki, menghias, pengemasan,
pengasingan, pembersihan, mencuci, pemecahan,
perobohan, pembinaan, pemasangan, penyesuaian
apa-apa barang

• Kerja tersebut dijalankan bagi maksud

mendapatkan keuntungan

Tidak termasuk

• Premis menyimpan lokomotif atau kenderaan jika

hanya pencucian, pembasuhan, pembaikan atau
penyelarasan kecil dijalankan

• Mana-mana premis di mana kurang daripada 5

orang bekerja dan tidak menggunakan jentera

DEFINISI

JENTERA

Termasuklah dandang stim, bejana tekanan tidak
berapi, penggerak utama, silinder gas, bekas gas,
mesin angkat dan takal, jentera penghantaran, jentera
dipacu, dan apa-apa kelengkapan untuk menuang,
mengimpal atau mengelektroenapan logam dan untuk
menyembur dengan cara tekanan gas atau udara
logam atau bahan lain, tetapi tidaklah termasuk:

• jentera yang digunakan bagi menggerakkan kenderaan
• jentera yang dijalankan dengan tenaga manusia
• jentera yang digunakan semata-mata bagi maksud

persendirian dan domestik

• mesin pejabat

PERAKUAN Seksyen 19, AKJ 1967
KELAYAKAN
JENTERA BERPERAKUAN
KELAYAKAN

• Dandang Stim (Steam Boiler)
• Bejana Tekanan Tak Berapi

(Pressure Vessel)

• Mesin Angkat (Hoisting Machine)

TEMPOH SAH

• 15 bulan dari tarikh diperiksa

PENDAFTARAN JENTERA

Boiler Air
Lift Compressor

Escalator Pendaftaran
Jentera
Dalam
Talian
@MyKPP

40

Seksyen 34, AKJ 1967

NOTIS Tiap-tiap orang yang menggunakan
MENDUDUKI premis sebagai kilang

KILANG • mengemukakan kepada Ketua

Pemeriksa apa-apa butir
sebagaimana yang boleh
ditetapkan

Borang

• JKJ 101 (online MyKKP)

PERATURAN- Peraturan-Peraturan (Dandang Stim dan Pengandung
PERATURAN DI Tekanan Tidak Berapi) Kilang dan Jentera (Pindaan) 2017
BAWAH AKTA Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Orang-Orang
KILANG DAN Menjaga) (Pindaan) 2014
JENTERA 1967 Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan
Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014

Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising), 1989

Peraturan Kilang dan Jentera (Habuk Galian), 1989

Peraturan Kilang dan Jentera (Proses Asbestos), 1986

Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan
Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan), 1986

PERATURAN- Peraturan Kilang dan Jentera (Timah Hitam), 1984
PERATURAN DI
BAWAH AKTA Peraturan Kilang dan Jentera (Mengkompaun Kesalahan), 1978
KILANG DAN
JENTERA 1967 Peraturan Kilang dan Jentera (Kesalahan Boleh Kompaun), 1978

Peraturan Kilang dan Jentera (Perakuan Kebolehan Peperiksaan),
1970

Peraturan Kilang dan Jentera (Pentadbiran), 1970

Peraturan Kilang dan Jentera (Pemberitahuan, Perakuan
Kelayakan dan Pemeriksaan), 1970
Peraturan Kilang dan Jentera (Lif Elektrik Untuk Penumpang-
Penumpang dan Barang-Barang), 1970
Peraturan Kilang dan Jentera (Pemagaran Jentera dan
Keselamatan), 1970
Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan
Kebajikan), 1970

FAEDAH • Mengurangkan kes kemalangan,
MENINGKATKAN
KESELAMATAN & penyakit pekerjaan dan
KESIHATAN keracunan pekerjaan
PEKERJAAN
KEPADA • Memperbaiki pengeluaran dan
ORGANISASI
mempertingkatkan kualiti

• Mengurangkan kos tidak perlu

KESIMPULAN

Majikan berkewajipan memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerjanya dan orang awam yang lain

Risiko bahaya perlu diurus dengan baik dan berkesan

Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang baik dapat menjamin keselamatan dan kesihatan
pekerja

45

Terima Kasih

End Slide


Click to View FlipBook Version