The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imahmamat, 2019-02-15 04:43:39

BUKU PANDUAN GURU LITERASI BACAAN PISA

PANDUAN GURU LITERASI BACAAN PISA

Keywords: BAHASA

Subdomain Mengintegrasikan dan Item
Mentafsir
Apakah tujuan kotak yang bertajuk
Membina tafsiran: Membuat inferens “Bagaimanakah pengenalan identiti genetik
didedahkan”?

Untuk menerangkan ... (Polis–Soalan 5)

(c) Aspek Membuat Refleksi dan Menilai

Subdomain Membuat Refleksi dan Menilai Item

Membuat refleksi terhadap bentuk teks: Mengapakah pengarang memilih untuk

Mengenal pasti alasan keputusan memulakan graf pada ketika ini? (Tasik

pengarang Chad - Soalan 1)

Membuat refleksi tentang bentuk teks: Fiona mahu gaya lembaran maklumat yang
Mengenal pasti ciri-ciri yang berkait disediakan itu mesra pengguna dan dapat
dengan gaya dan tujuan teks memberikan dorongan. Adakah anda fikir
Fiona berjaya?
Jelaskan jawapan anda dengan merujuk
susun atur, gaya penulisan, gambar atau
grafik lain secara terperinci. (Selesema)

Membuat refleksi terhadap kandungan teks: Selepas Fiona mengedarkan lembaran
Menilai kesesuaian bahagian teks dari segi maklumat, rakan sekerja memberitahu
maksud keseluruhan dan tujuan bahawa dia sepatutnya mengelakkan
penggunaan kata-kata "Sesiapa yang
berminat untuk dilindungi daripada virus”
kerana hal ini mengelirukan.

Adakah anda bersetuju bahawa kata-kata
ini mengelirukan dan perlu dielakkan?
Terangkan jawapan anda. (Selesema)

Menilai kandungan teks: Mengaplikasikan Berdasarkan lembaran maklumat,

set kriteria dalam teks kepada kes yang kakitangan yang manakah yang perlu

lain. menghubungi Fiona? (Selesema)

Membuat refleksi kandungan teks: Penulis surat yang manakah anda lebih
Mewajarkan pendapat sendiri bersetuju? Jelaskan jawapan anda dengan
merujuk perkara yang diperkatakan dalam
sepucuk surat atau kedua-dua pucuk surat
tersebut menggunakan perkataan anda
sendiri. (Selesema)

Membuat refleksi terhadap bentuk teks: Kita boleh memperkatakan perkara yang
Menilai kualiti kedua-dua pucuk surat dinyatakan dalam surat ini (kandungan
surat). Kita boleh memperkatakan cara
surat tersebut ditulis (gaya surat).

Tanpa mengira surat yang anda bersetuju,
pada pendapat anda, surat manakah yang
lebih baik? Jelaskan satu atau kedua-dua

40

Subdomain Membuat Refleksi dan Menilai Item

pucuk surat tersebut ditulis. (Grafiti –
Soalan 6B)

Membuat refleksi tentang bentuk petikan: Adakah anda berfikir bahawa ayat terakhir
Menilai penggunaan ciri-ciri teks tertentu "Hadiah" merupakan pengakhiran cerita
oleh pengarang yang sesuai? Huraikan jawapan anda untuk

menunjukkan pemahaman anda tentang
kaitan ayat terakhir dengan maksud kisah
ini. (Hadiah – Soalan 5)

Membuat refleksi tentang kandungan Yang berikut merupakan sebahagian
petikan: Memetik maklumat yang sesuai
daripada teks untuk menyokong hujah yang daripada perbualan antara dua orang yang
diberikan
membaca "Hadiah"
(Hadiah – Soalan)

Berikan bukti berdasarkan cerita untuk
menunjukkan cara penutur (1 dan 2) ini
mewajarkan pandangan mereka. (Hadiah-
Soalan 9)

Membuat refleksi tentang bentuk teks: Dalam skrip drama, di samping kata-kata
Mengenal pasti penggunaan ciri-ciri teks yang perlu dituturkan oleh pelakon,
terdapat juga arahan yang perlu dipatuhi
oleh pelakon dan juruteknik teater.
Bagaimanakah arahan ini dapat dikenali
dalam skrip? (Amanda & Puteri Bangsawan
- Soalan 1)

Membuat refleksi terhadap kandungan teks: Pada pendapat anda adakah adil apabila
hakim memberikan hukuman yang sama
Menguji gambaran pemikiran tentang teks kepada semua jenayah tersebut?

berbanding dengan kepercayaan Jelaskan jawapan anda dengan merujuk
persamaan dan perbezaan antara ketiga-
berasaskan maklumat terdahulu. tiga kes dalam cerita tersebut. (Hakim yang
Adil - Soalan 4)

41

2.12 Format Respons
Format respons merujuk bentuk soalan iaitu bentuk sesuatu bukti yang ingin dikumpulkan
melalui pentaksiran. Terdapat lima format respons atau bentuk soalan yang digunakan
dalam pentaksiran domain bacaan PISA.

2.12.1 Pertimbangan bagi penetapan format respons
Beberapa pertimbangan bagi penetapan format respons dalam pentaksiran PISA ialah:

Jenis bukti yang sesuai untuk dikumpulkan bagi pentaksiran PISA.
Isu kekangan pragmatik untuk menggunakan bentuk soalan tertentu untuk melaksanakan
pentaksiran.
Pengukuran trend perlu mengekalkan nisbah tugasan yang sama bagi soalan aneka
pilihan dengan jenis respons lain (Lafontaine & Monseur, 2006 ).
Penetapan item respons terbuka bagi aspek membuat refleksi dan menilai. Hal ini
kerana, yang diutamakan ialah menilai kualiti pemikiran dan bukan sekadar membuat
kesimpulan sendiri.
Menyeimbangkan format respons biasa dan kurang biasa kepada murid, tanpa mengira
kewarganegaraan. Hal ini penting kerana murid di negara yang berbeza lebih biasa atau
kurang biasa dengan format respons tertentu (Grisay & Monseur, 2007).
Dapatan kajian tentang bentuk soalan terhadap murid lelaki dan perempuan (Lafontaine
& Monseur, 2006).

42

Bagi penilaian berskala besar seperti PISA, penggunaan format item yang pelbagai adalah
terhad. Oleh sebab itu, item aneka pilihan dan item respons ringkas ialah format yang paling
mudah ditadbir. Untuk berlaku adil tentang perbezaan antara negara dan jantina serta
menjamin kesahan pentaksiran, maka PISA menggunakan item aneka pilihan dan item respons
terbuka bagi aspek membuat refleksi dan menilai.

2.12.2 Tugasan mengikut kriteria pengekodan PISA 2018

Item-item yang memerlukan pertimbangan pengekodan
Item terbuka dan item respons ringkas.

Item-item yang tidak memerlukan pertimbangan pengekodan

Terdiri daripada item aneka pilihan, item aneka pilihan kompleks
dan item respons tertutup.
Item respons tertutup memerlukan murid menjana tindak
balas, dan pertimbangan pengekodan adalah minimum.
Contohnya, tugasan menyalin satu perkataan daripada teks, dan hanya satu perkataan
boleh diterima.
Dari perspektif yang pragmatik, item tertutup berada dalam kelompok yang sama dengan
item aneka pilihan.
Bagi mod berasaskan komputer dalam PISA 2015, kod komputer digunakan bagi jawapan
yang tidak memerlukan penilaian pakar tanpa menjejaskan konstruk atau sifat item.

Jadual 9: Anggaran Pengagihan Tugasan Mengikut Kriteria
PISA 2015 dan 2018

Kerangka PISA 2015 Kerangka PISA 2018

Mengakses dan Teks Tunggal Teks Pelbagai
mendapatkan (25%)
Mengintegrasi dan Mengesan dan Mengenal Mengenal pasti dan
mentafsir (50%) pasti (15%) memilih teks berkaitan
(10%)
Membuat refleksi dan Memahami maksud Menghubung kait dan
menilai (25%) tersurat dan tersirat membuat inferens (15%)
(15%)
Menghubung kait dan Menghujah dan
membuat inferens (15%) menangani konfliks
Mengakses kualiti dan (10%)
kredibiliti
Membuat refleksi
kandungan dan bentuk
(20%)

43

2.13 Pengekodan dan Penskoran

Literasi bacaan PISA menetapkan kod untuk menguji item daripada dua jenis umum:

 kod yang mudah atau automatik bagi item pelbagai pilihan dan respons tertutup;
 kod yang memerlukan pakar/pengekod memilih kod yang terbaik berdasarkan

jawapan murid bagi item berstruktur.

Kod kemudiannya ditukarkan kepada skor untuk item tersebut. PISA menggunakan model
psikometrik, iaitu item memberikan skor mengikut format item:

a) Pemarkahan bagi soalan aneka pilihan atau format respons tertutup;
 Skor 1 bagi jawapan yang betul, atau
 Skor 0 jika jawapan salah.

b) Pemarkahan bagi soalan berstruktur/respons terbuka

Terdapat julat yang besar bagi tugasan item berstruktur/respons terbuka. Sesetengah item
memerlukan pertimbangan yang sedikit seperti meminta murid menandakan bahagian tertentu
dalam teks atau menyenaraikan beberapa perkataan. Tugasan yang lain contohnya
menerangkan idea utama teks dengan menggunakan perkataan sendiri dan memerlukan
pertimbangan yang lebih teliti oleh pengekod. Skor terdiri daripada:

 Skor markah penuh
Skor markah penuh membawa sama ada 1 markah atau 2 markah mengikut aras
kesukaran tugasan/item.

 Skor separa markah (1 markah)
Separa markah (partial) membolehkan pemarkahan yang lebih kompleks terhadap
jawapan murid. Markah separa (hanya bagi skor markah penuhnya 2) diberikan kepada
jawapan yang tidak lengkap tetapi menunjukkan tahap bacaan yang lebih tinggi
daripada jawapan yang salah atau tidak tepat. Oleh itu, hanya satu markah diberikan.

 Skor tiada markah (0 markah)
0 markah diberikan kepada jawapan yang salah/tidak tepat (wrong/irrelevant) dan
terpesong (off-task) atau tidak menjawab langsung (missing).

2.13.1 Pentaksiran Literasi Bacaan

Konsep (konstruk) dalam kerangka kerja literasi bacaan mendasari tugasan dan soalan untuk
mengumpul bukti penguasaan murid dalam kecekapan membaca. Dimensi seterusnya ialah
pembinaan dan pengoperasian pentaksiran, termasuk menimbangkan faktor yang

44

mempengaruhi kesukaran item, cara kesukaran dimanipulasikan, pemilihan format respons, dan
isu pengekodan dan penskoran.

2.13.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesukaran Item

Tugasan dalam pentaksiran literasi bacaan PISA adalah untuk:

• memantau dan melaporkan penguasaan bacaan murid berusia 15 tahun, iaitu usia pada
fasa akhir pendidikan wajib.

• mengumpul bukti tentang kemahiran tertentu melalui simulasi aktiviti bacaan yang
dilakukan oleh pembaca sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Kesukaran tugasan literasi bacaan bergantung pada interaksi antara beberapa pemboleh ubah.
Kesukaran item dimanipulasikan menggunakan pengetahuan tentang aspek dan format teks.
(Kirsch, 2001; Kirsch & Mosenthal , 1990 ) berikut:

a) Mengakses dan Mendapatkan

Tahap kesukaran tugasan aspek mengakses dan mendapatkan ditentukan oleh faktor:
 bilangan maklumat yang perlu dikesan oleh pembaca
 jumlah inferens yang diperlukan
 jumlah dan kepentingan maklumat yang pelbagai
 panjangnya teks
 aras kesukaran

b) Mengintegrasikan dan Mentafsir

Kesukaran tugasan bagi mengintegrasikan dan mentafsir dipengaruhi oleh faktor:

 jenis tafsiran yang diperlukan (contohnya, membuat perbandingan lebih mudah
daripada mencari perbezaan

 jumlah maklumat yang perlu dipertimbangkan
 tahap dan kepentingan maklumat yang pelbagai dalam teks
 sifat teks (semakin kurang lazim, lebih abstrak, lebih panjang dan lebih rencam

sesuatu, maka akan lebih sukar tugasannya

c) Membuat refleksi dan menilai tugasan

Kesukaran tugasan refleksi dan menilai tugasan dipengaruhi oleh faktor:

 Jenis refleksi atau penilaian yang diperlukan daripada yang mudah kepada yang paling
sukar. Jenis refleksi (daripada yang lebih mudah) ialah menghubungkan, menjelaskan
dan membandingkan, membuat hipotesis dan menilai,

 Pengetahuan yang perlu diterapkan oleh pembaca dalam teks. Tugasan yang lebih sukar
memerlukan pembaca mengaplikasikan pengetahuan khusus (bukan pengetahuan
umum).

 abstraksi relatif (bandingan)

45

 panjangnya teks
 tahap pemahaman terhadap teks yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan.

Tugasan yang berkaitan dengan teks yang berturutan, kesukaran dipengaruhi oleh:

 Panjang teks
 Tahap kejelasan struktur teks
 Tahap kejelasan hubungan antara bahagian teks dengan tema umum
 Ciri-ciri teks seperti perenggan, tajuk dan penanda wacana seperti turutan kata

Dalam tugasan yang berkaitan dengan teks yang tidak berturutan, kesukaran teks dipengaruhi
oleh:

 Jumlah maklumat dalam teks,
 Senarai Struktur - senarai yang ringkas lebih mudah untuk diurus berbanding senarai yang

lebih kompleks.
 Organisasi komponen - sama ada komponen tersusun dengan jelas (contohnya terdapat

label atau format tertentu).
 Maklumat yang diperlukan terdapat dalam keseluruhan teks atau dalam bahagian yang

berasingan, seperti nota kaki.

2.14 Laporan Literasi Membaca

Laporan PISA dirangka berdasarkan skala kecekapan yang boleh ditafsirkan. Dalam PISA 2000 dan
2009, membaca ialah domain utama dan dapatan dirumuskan dengan skala komposit tunggal yang
mencatatkan nilai min 500 dan sisihan piawai 100. Selain itu, prestasi murid dilaporkan melalui lima
subskala, iaitu tiga subskala aspek (mendapatkan maklumat, mentafsir teks, dan membuat refleksi
dan penilaian) dan dua subskala format teks iaitu berurutan dan tidak berurutan.

Lima subskala ini membolehkan skor min dibandingkan antara subkumpulan dan negara-negara
dengan pelbagai komponen konstruk literasi bacaan. Apabila hubungan diperoleh, maka
dapatan pentaksiran dihubungkan dengan kurikulum serta kaedah pengajaran yang digunakan.

Dalam PISA 2015, membaca ialah domain sampingan, maka laporan berdasarkan skala komposit
tunggal atau secara keseluruhan, bukan berasaskan lima subskala tersebut.

2.14.1 Pentafsiran dan Penggunaan Data
Tugasan literasi bacaan dibina dan ditadbir untuk sampel murid berusia 15 tahun dari negara-
negara yang mengambil bahagian dalam PISA. Tugasan ini mencakupi semua domain literasi
bacaan. Walau bagaimanapun, setiap murid hanya mendapat subset daripada keseluruhan
tugasan mengikut negara.

Tugasan literasi bacaan disusun mengikut skala yang menunjukkan peringkat tahap kesukaran dan
tahap kemahiran yang diperlukan murid untuk menjawab setiap item dengan betul. Oleh itu, skala
tersebut merumuskan kecekapan seseorang dari segi keupayaan menjawab sesuatu item
mengikut aras kesukarannya. Tugasan literasi bacaan yang digunakan dalam PISA berbeza
mengikut:

SITUASI
FORMAT TEKS

46

KEPERLUAN TUGASAN
ARAS KESUKARAN

Peta item (sifatnya seperti Jadual Spesifikasi Ujian yang dilaksanakan oleh guru di sekolah)
memberikan gambaran visual kemahiran literasi bacaan yang ditunjukkan oleh murid mengikut
jajaran skala pentaksiran PISA.

2.14.2 Tahap kecekapan literasi bacaan

Tugasan bagi setiap skala berbeza-beza dan mewakili jenis domain literasi bacaan tertentu.
Tugasan di hujung bawah skala bacaan lebih mudah berbanding dengan tugasan di subskala
yang lebih tinggi. Pemboleh ubah yang mempengaruhi kesukaran tugasan literasi bacaan ialah:

Teks (panjangnya teks, struktur dan kesukaran teks)
Kompleksiti proses mental yang ditentukan oleh aspek tugasan (mengumpulkan
semula, mentafsir atau membuat refleksi)
Jumlah maklumat yang perlu diasimilasikan pembaca
Tahap kelaziman dan pengkhususan ilmu yang perlu digunakan oleh pembaca dari
dalam dan luar teks

Untuk menentukan tahap kesukaran item dalam PISA 2015, komposit skala dan subskala literasi
bacaan dibahagikan kepada tujuh peringkat yang berikut:

Jadual 10: Skala Bacaan PISA 2015

Tahap Poin Skor pada skala PISA

6 Lebih 698.32

5 Lebih 625.61 dan kurang atau sama dengan 698.32
4 Lebih 552.89 dan kurang atau sama dengan 625.61
3 Lebih 480.18 dan kurang atau sama dengan 552.89
2 Lebih 407.47 dan kurang atau sama dengan 480.18
1a Lebih 334.75 dan kurang atau sama dengan 407.47
1b 262.04 hingga atau sama dengan 334.75

Sumber: Laporan Teknikal 2009 Deskriptor Skala (OECD, 2012)

Klasifikasi tahap ini membantu kita meneroka perkembangan literasi bacaan murid dalam
lingkungan skala komposit pada setiap subskala. Skala merumuskan tahap kecekapan atau
profisiensi murid dari segi kesukaran item. Pemetaan murid dan item pada satu skala tertentu
menunjukkan bahawa murid berjaya menyelesaikan tugasan yang dipetakan pada peringkat
yang sama atau rendah pada skala tertentu, tetapi kurang berjaya menyelesaikan tugasan yang
dipetakan pada skala yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun skala ini tidak memberikan
gambaran kecekapan bacaan tahap tertinggi (tahap 6) dan terendah (di bawah tahap 1) kerana
tiada had tertentu ditetapkan.

47

Penerangan bagi setiap tahap adalah seperti yang berikut:

Jadual 11: Perincian Skala Bacaan dan Tahap Kecekapan Bacaan PISA 2015

Tahap Skor Tahap Kecekapan Bacaan

6 Lebih 698.32  Memahami satu atau lebih teks sepenuhnya dan secara terperinci
dan dapat mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai teks.

 Dapat menangani situasi yang tidak biasa ditemui dengan
mentafsir maklumat yang abstrak.

 Membuat hipotesis atau menilai teks kompleks secara kritis
tentang topik yang tidak lazim ditemui dengan mengambil kira
pelbagai kriteria dan menggunakan pemahaman tinggi.

 Analisis yang tepat dan penumpuan yang sangat baik tentang
perincian dalam teks yang tersirat.

5 Lebih 625.61  Mencerakinkan kandungan maklumat dalam teks

dan kurang  Mempamerkan kefahaman yang terperinci dan membuat

daripada atau kesimpulan tentang maklumat yang relevan dengan tugasan.

sama dengan  Menilai secara kritis dan membentuk hipotesis, membuat

698.32 kesimpulan berdasarkan pengetahuan khusus dan penyesuaian

dengan konsep yang mungkin bertentangan dengan jangkaan.

4 Lebih 552.89  Mampu membaca tugasan yang sukar seperti mencari

dan kurang maklumat tersirat.

daripada atau  Membentuk makna daripada nuansa (keanekaan sifat dan

sama dengan ciri) bahasa.

625.6  Menilai teks secara kritis.

3 Lebih 480.18  Mampu membaca tugasan yang sederhana rumit seperti mencari

dan kurang pelbagai maklumat

daripada atau  Menyatakan hubungan antara bahagian-bahagian yang berlainan

sama dengan dalam teks

552.89  Membuat perkaitan antara maklumat tersebut dengan

pengetahuan harian

2 Lebih 407.47  Mencari maklumat yang memenuhi beberapa syarat.

dan kurang  Membanding beza suatu ciri tunggal.

daripada atau  Memahami teks yang jelas walaupun maklumat yang diberikan

sama dengan tidak ketara.

480.18  Membuat perkaitan antara teks dengan pengalaman peribadi.

Lebih 334.75  Mencari maklumat yang dinyatakan dengan jelas dan yang agak

1a dan kurang ketara dalam teks.

daripada atau  Mengenal pasti idea utama tentang topik yang biasa.

sama dengan  Mengenal pasti hubungan antara maklumat dalam teks tersebut

407.47 dengan pengalaman seharian murid.

48

1b Lebih 262.04  Mendapatkan maklumat yang dinyatakan dengan jelas dalam
dan kurang teks yang pendek dan mudah, mempunyai gaya dan kandungan
daripada atau yang biasa.
sama dengan
334.75  Membuat kesimpulan tahap rendah seperti mengenal pasti
penyebab yang berkait dengan dua ayat walaupun tidak
dinyatakan.

2.14.3 Penskoran dan pengekodan

Pengekodan atau skema jawapan yang diberikan oleh penilai bagi setiap jawapan
menggambarkan aras pemikiran yang dijangkakan daripada murid. Berdasarkan item edaran
PISA 2006, secara umum terdapat beberapa penskoran dan kod yang digunakan.

(i) Pengekodan dan penskoran bagi item respons aneka pilihan

Contoh soalan 2: TASIK CHAD

Berapakah kedalaman Tasik Chad hari ini?

A Kira-kira dua meter.
B Kira-kira 15 meter.
C Kira-kira lima puluh meter.
D Tasik ini telah lenyap sepenuhnya.
E Maklumat ini tidak disediakan.

Kehendak Membina tafsiran:
Soalan: Mengintegrasikan maklumat dalam teks dan grafik
Markah penuh: Kod 1: Kira-kira dua meter.
Kod 0: Jawapan lain.
Tiada markah: Kod 9: Tiada jawapan.

Kod Penerangan Skor
Kod 1: Markah penuh 1 markah
Kod 0: Jawapan lain 0 markah
Kod 9: Tiada jawapan 0 markah

49

(ii) Pengekodan dan penskoran bagi item respons terbuka

Contoh Soalan 4: KASUT SUKAN

Berdasarkan rencana ini, mengapakah kasut sukan tidak boleh terlalu ketat?

.................................................................................................................................
Penskoran:

Kehendak Mendapatkan maklumat: Memilih maklumat yang dinyatakan secara
Soalan:
tersurat
Markah penuh:
Merujuk keterbatasan pergerakan.

 Ini akan membataskan pergerakan.

 Ini akan menghalang anda untuk berlari dengan lebih

Kod 1: bebas.

Menunjukkan kefahaman yang tidak tepat atau memberikan

jawapan yang tidak munasabah atau jawapan yang tidak

relevan.

 Untuk mengelakkan kecederaan.

 Kasut itu tidak mampu menyokong kaki.

 Kerana anda perlu menyokong kaki dan buku lali.

Tiada markah: Kod 0: ATAU: Memberikan jawapan yang tidak lengkap atau kabur
Kod 9:  Sebaliknya, kasut-kasut itu tidak sesuai.

Tiada jawapan.

Bagi Item Respons Terbuka (Markah penuh 1)

Kod Penerangan Skor
Kod 1: Markah penuh 1 markah
Kod 0: Jawapan lain 0 markah
Kod 9: Tiada jawapan 0 markah

(iii) Pengekodan dan penskoran bagi item respons terbuka
(Markah penuh 2)

Soalan 5: SELESEMA
Sebahagian lembaran maklumat menyatakan:

SIAPAKAH YANG PERLU MENDAPATKAN IMUNISASI?
Sesiapa yang berminat untuk dilindungi daripada virus.

50

Selepas Fiona mengedarkan lembaran maklumat, rakan sekerja memberitahu bahawa
dia sepatutnya mengelak daripada menggunakan rangkai kata "Sesiapa yang berminat
untuk dilindungi daripada virus.” kerana hal ini mengelirukan.

Adakah anda bersetuju bahawa rangkai kata ini mengelirukan dan perlu dielakkan?

Terangkan jawapan anda.

.................................................................................................................................

..............................................................................................................................

Penskoran: Membuat refleksi terhadap kandungan teks: Menilai kesesuaian
Kehendak bahagian teks dari segi maksud keseluruhan dan tujuan
Soalan:
Menilai bahagian dalam teks bagi istilah "mengelirukan" dan
Markah penuh: menunjukkan bahawa terdapat percanggahan (“Siapakah yang
perlu mendapat imunisasi?” berbanding dengan “Sesiapa... “
atau “Siapakah yang tidak memerlukan imunisasi?”). Boleh
atau tidak boleh menjelaskan percanggahan tersebut.
Menyatakan bersetuju atau tidak bersetuju dinyatakan secara
tersurat atau tersirat.
• Ya, kerana hal ini akan membahayakan orang yang mahu

mendapatkan imunisasi. (Cth. wanita hamil). [Menyatakan

percanggahan.]

• Tidak, rujuk baris ayat ‘sesetengah orang tidak perlu
disuntik.’ Secara keseluruhan dia mahu semua orang

mendapatkan suntikan.

Kod 2: • Ya, kerana dia mengatakan "sesiapa" pun boleh, kemudian
menyatakan orang yang tidak boleh diimunisasikan.
[Percanggahan dikenal pasti.]

• Pernyataan ini menunjukkan semua orang harus
mendapatkan vaksin adalah tidak benar. [Percanggahan
secara ringkas ditunjukkan.]

• Ya, hanya sebilangan, iaitu: "Sesiapa yang berminat

dilindungi daripada virus, tetapi tidak perlu bagi yang tidak
mengalami apa-apa gejala penyakit.”

[Cadangan jawapan menunjukkan bersetuju adanya
percanggahan]

ATAU:

Menilai bahagian teks, tetapi yang berkait dengan istilah
‘mengelirukan’ dan menunjukkan bahawa pernyataan itu

kemungkinan keterlaluan. (Contoh: Tidak semua orang

memerlukan imunisasi, atau imunisasi tidak menjamin

51

perlindungan yang sepenuhnya.) Boleh atau tidak boleh
menerangkan hal yang keterlaluan. Bersetuju atau tidak
bersetuju dinyatakan secara tersurat atau tersirat.

• Tidak perlu kerana mendapatkan imunisasi bukanlah
jaminan bahawa seseorang tidak akan mendapat selesema.

• Saya tidak bersetuju, kerana kenyataan seolah-olah anda
pasti akan mendapat selesema jika anda tidak menerima
suntikan.

• Mendapatkan suntikan bukanlah perlindungan yang
lengkap.

• Tidak perlu kerana tidak semua orang mendapat selesema,
terutamanya jika kesihatan diri anda baik.

• Ya, saya bersetuju kerana hal ini akan dianggap lebih baik
daripada yang sepatutnya. [Membayangkan keterlaluan,
walaupun tidak dinyatakan.]

Separuh Kod 1: Menilai bahagian teks, tetapi tidak mengaitkan istilah
markah: "mengelirukan".
(1) Menunjukkan kenyataan itu jelas, berkesan dan/atau
Tiada markah:
menggalakkan tanpa menyebut unsur percanggahan atau
mengelirukan;
ATAU
• Menunjukkan bahawa kenyataan "Sesiapa yang berminat

untuk dilindungi daripada virus" adalah perlu kerana sudah

dinyatakan dengan jelas.

• Keterangan ini baik sebab akan menggalakkan orang untuk

mengambilnya [1].

• Keterangan itu perlu ada untuk menyampaikan mesej[1].

• Saya rasa kata-kata ini harus ditinggalkan sebab tanpa
imunisasi pun seseorang itu boleh terlindung daripada
virus[2].

Memberikan jawapan yang tidak lengkap atau kabur, atau
pernyataan yang “mengelirukan” tanpa penjelasan.

Kod 0: • Biarkan sahaja keterangan itu sebab baik.[Tiada
penjelasan.]

• Gambar perlu diletakkan tetapi bukan tajuk [Tiada
penjelasan.]

• Ya, saya rasa kata-kata ini mengelirukan dan akan
mendatangkan masalah. [Tiada penjelasan.]

52

ATAU
• Menunjukkan kefahaman yang tidak tepat tentang bahan

atau memberi jawapan yang tidak munasabah atau tidak
relevan.

• Pernyataan ini patut dibuang kerana setiap orang
mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri. [Salah
faham laras teks: Pernyataan ini bukan suatu perintah.]

• Saya fikir perkataan SELESEMA perlu dimasukkan selepas
perkataan virus kerana mereka tidak peka bahawa virus
itu bukan virus ‘selesema’. [Penjelasan yang tidak wajar
untuk "mengelirukan".]

• Ya, orang mungkin berminat tetapi mungkin takut akan
jarum. [Tidak relevan.]

Kod 9: Tiada jawapan.

Bagi Item Respons Terbuka (Markah penuh 2)

Kod Penerangan Skor
Kod 2 Markah penuh 2 markah
Kod 1 Markah separuh 1 markah
Kod 0 Jawapan lain 0 markah
Kod 9 Tiada jawapan 0 markah

Dalam penskoran item yang lain, terdapat juga Kod 8 bagi jawapan yang terpesong (yang diberi
0 markah). Selain itu, terdapat juga item tertentu yang diberikan kod-kod yang berbeza,
misalnya soalan 5 Hakim yang Adil menetapkan Kod 3 dan Kod 4.

Kesimpulannya, respons terbuka menguji kemahiran mentafsir, mengintegrasikan, menilai dan
membuat refleksi yang melibatkan pemikiran aras tinggi dan mendalam. Penskoran dan
pengekodannya respons terbuka menuntut jawapan yang menunjukkan pemahaman yang tepat
dan justifikasi atau alasan yang munasabah dan relevan.

53

2.15 Meningkatkan Keupayaan Deskriptif Skala PISA

Pengubahsuaian telah dilakukan dalam PISA 2009 supaya dapat memberikan penjelasan tentang
pencapaian bagi tugasan tahap paling sukar dan paling mudah. Cakupan item paling sukar dan
paling mudah lebih menepati taburan pencapaian murid dan kebolehpercayaan parameter
populasi. Item tahap pencapaian rendah dibina dengan memanipulasikan unsur berikut:

Menggunakan petikan yang lebih pendek dan mudah.
Memastikan padanan literal suatu istilah lebih dekat antara item dengan teks.
Menyediakan panduan yang lebih terus tentang kedudukan maklumat dalam teks yang
diperlukan untuk menyelesaikan tugasan.
Mengaitkan pengalaman peribadi yang biasa apabila membuat refleksi dan menilai
kandungan item.
Mengaitkan ciri konkrit apabila membuat refleksi dan menilai item yang berkaitan
dengan bentuk/struktur.

Teks Macondo, Biskut Krim Lemon dan Demokrasi di Athens berikut ialah contoh tugasan tahap
paling sukar dan paling mudah yang disediakan dalam PISA 2009.

2.15.1 Contoh variasi Item: Macondo

Terpesona dengan begitu banyak ciptaan hebat itu, penduduk Macondo tidak tahu punca
kekaguman mereka bermula. Mereka berjaga sepanjang malam untuk melihat mentol lampu
cahaya suram yang mendapat tenaganya daripada peralatan yang dibawa balik oleh Aureliano
Triste apabila kereta api melakukan perjalanan kali kedua, dan lama, sukar juga untuk mereka
membiasakan diri dengan toom-toom yang memukau itu. Mereka menjadi begitu marah dengan
cara watak saudagar Don Bruno Crespi yang kaya-raya itu ditonjolkan dalam teater dengan
tingkap tiket kepala singa itu, iaitu watak yang dimatikan dan dikebumikan dalam satu filem, lalu
mereka menangisi nasib malang yang menimpanya, tiba-tiba ia hidup semula dan bertukar
menjadi Arab dalam filem yang lain. Para penonton yang membayar dua centavos untuk
berkongsi kegetiran yang dialami pelakon, tidak dapat bertolak ansur lagi dengan penipuan yang
melampau ini lalu mereka meninggalkan kerusi pawagam.

Datuk Bandar, didesak oleh kisah Don Bruno Crespi, memberikan penjelasan dengan
mengisytiharkan bahawa pawagam ialah mesin ilusi yang tidak memahami gejolak perasaan
penonton. Dengan penjelasan yang tidak meyakinkan itu, banyak yang merasakan bahawa mereka
telah menjadi mangsa kepada perniagaan gipsi yang baharu dan menunjuk-nunjuk itu, lalu mereka
mengambil keputusan untuk tidak menonton filem lagi kerana mereka sendiri pun bergelumang
dengan banyak masalah, apatah lagi untuk meratapi lakonan musibah yang direka-reka itu.

54

Macondo ialah suatu prosa daripada novel Seratus Tahun Kesepian yang dikarang oleh penulis
berbangsa Colombia, Gabriel Garcia Márquez. Prosa ini diklasifikasikan sebagai kisah peribadi
dan ditulis untuk keseronokan membaca.

Pada bahagian cerita ini, keretapi dan elektrik baru sahaja diperkenalkan di bandar rekaan
Macondo, dan pawagam pertama telah dibuka. Reaksi orang ramai terhadap pawagam menjadi
tumpuan petikan ini. Walaupun sejarah dan persekitaran geografi petikan ini agak luar biasa
bagi kebanyakan pembaca, tetapi menonton wayang adalah sebahagian pengalaman remaja
yang berusia 15 tahun, dan tindak balas watak-watak itu sekali gus menarik dan biasa
berlaku. Dalam kategori format teks berurutan, Macondo ialah contoh penulisan naratif yang
menonjolkan sebab watak-watak dalam cerita bertindak sedemikian, merakamkan perlakuan
dan peristiwa dari sudut pandangan subjektif. Aspek bagi soalan 3 Macondo ialah
mengintegrasikan dan mentafsir.

Situasi Peribadi
Format teks
Jenis teks Berurutan
Aspek Penceritaan

Format item Mengintegrasikan dan mentafsir: Membina
tafsiran umum/pemahaman luas
Aneka pilihan

Pada akhir petikan, mengapakah penduduk Macondo membuat keputusan untuk tidak lagi ke
pawagam?

A. Mereka menginginkan hiburan dan pelarian, tetapi mendapati filem itu realistik dan
menyedihkan.

B. Mereka tidak mampu membeli tiket.
C. Mereka ingin menumpukan perasaan mereka pada kejadian yang sebenar sahaja.
D. Mereka mencari penenang jiwa, tetapi mendapati filem itu membosankan

Jawapan yang betul ialah C.

55

PISA 2015 ?
Macondo
Soalan 3/5 Macondo

Pada bahagian cerita ini, Terpesona oleh begitu banyak ciptaan hebat itu,
penduduk Macondo tidak tahu punca kekaguman
keretapi dan elektrik baru mereka bermula. Mereka berjaga sepanjang malam
untuk melihat mentol lampu cahaya suram yang
sahaja diperkenalkan mendapat tenaganya daripada peralatan yang
dibawa balik oleh Aureliano Triste apabila kereta api
di bandar rekaan Macondo, melakukan perjalanan kali kedua, lama dan sukar
juga untuk mereka membiasakan diri dengan toom-
dan pawagam pertama toom yang memukau itu. Mereka menjadi begitu
marah dengan cara watak saudagar Don Bruno
telah dibuka." Crespi yang kaya-raya itu ditonjolkan dalam teater
yang bertingkap tiket kepala singa itu, watak itu
Rujuk petikan dan klik pada dimatikan dan dikebumikan dalam satu filem, beria-
pilihan jawapan di bawah. ia mereka menangisi nasib malang yang
menimpanya, tiba-tiba ia hidup semula dan bertukar
Pada akhir cerita ini, menjadi orang Arab dalam filem yang lain. Para
mengapakah penduduk penonton yang telah membayar dua centavos
Macondo tidak lagi ke untuk berkongsi kegetiran yang dialami pelakon,
pawagam? tidak dapat bertolak ansur lagi dengan penipuan
yang melampau ini lalu meninggalkan kerusi
o Mereka menginginkan pawagam. Datuk Bandar, terdesak oleh cerita Don
Bruno Crespi itu, memberikan penjelasan dengan
hiburan dan pelarian, mengisytiharkan bahawa pawagam ialah mesin ilusi
yang tidak memahami gejolak perasaan penonton.
tetapi mendapati filem Dengan penjelasan yang tidak meyakinkan itu,
itu realistik dan ramai yang merasakan bahawa mereka telah
menjadi mangsa kepada perniagaan gipsi yang
menyedihkan. baharu dan menunjuk-nunjuk itu, lalu mereka
o Mereka tidak mampu mengambil keputusan untuk tidak menonton filem
lagi, kerana mereka sendiri pun bergelumang
membeli tiket. ingin dengan banyak masalah, apatah lagi untuk meratapi
o Mereka lakonan musibah yang direka-reka itu.

menumpukan perasaan

mereka pada

kejadian yang sebenar

sahaja.
o Mereka ingin mencari

penenang jiwa, tetapi

mendapati filem itu

membosankan, tidak
meyakinkan dan rendah

mutunya.

Rajah 13: Item Macondo dalam Format Pentaksiran Berasaskan Komputer 2015

56

Untuk mendapatkan markah penuh, murid perlu mensintesiskan elemen seluruh teks untuk
mengenal pasti sebab-sebab watak dalam cerita ini menonjolkan tingkah laku seperti yang pada
akhir cerita. Apabila memilih jawapan C, murid perlu menolak beberapa alasan yang munasabah
punca penduduk memutuskan untuk tidak menonton filem dalam pengganggu. Alasan ini
berdasarkan tanggapan murid, bukannya pada teks.

2.15.2 Contoh Variasi Item: Notis Pasar Raya

Amaran Alahan Kacang
Biskut Krim Lemon

Tarikh Amaran: 4 Feb
Nama Pengeluar: Fine Foods Ltd
Maklumat Produk: Biskut Krim Lemon 125g
(Baik sebelum 18 Jun dan baik sebelum 01 Julai)
Keterangan: Sesetengah biskut dalam kumpulan ini mungkin
mengandungi kacang yang tidak termasuk dalam senarai bahan.
Sesiapa yang alah kepada kacang tanah perlu mengelak daripada
makan biskut ini.
Tindakan Pengguna: Jika anda telah membeli biskut ini, anda boleh
memulangkan produk itu ke tempat pembelian untuk mendapat
bayaran balik sepenuhnya. Atau hubungi 1800 034 241 untuk maklumat
lanjut.

Notis awam ini terdiri daripada teks yang sangat pendek yang digunakan setiap hari untuk
memberi amaran tentang kemungkinan bahayanya sesuatu produk dan menasihati pengguna
untuk memulangkan produk dan mendapatkan bayaran balik.
Format bahan rangsangan ini mencerminkan standard antarabangsa bagi notis penarikan balik
produk, tetapi sesetengah murid mungkin tidak pernah melihat notis jenis ini. Kandungan
amaran dinyatakan dengan jelas dan menggunakan bilangan perkataan yang minimum. Biskut
lemon dipilih kerana keluaran ini lazim dan disukai.

57

Oleh itu, untuk membina item yang sangat mudah, bahan rangsangan perlu ringkas dan
kandungannya adalah biasa. Bahan ini tidak meninggalkan beban kognitif dan tidak menakut-
nakutkan murid yang rendah kemahiran membacanya. Hal ini kerana pembaca cenderung untuk
tidak membaca sesuatu yang kelihatan sukar dan panjang.

Notis pasar raya berformat teks tidak berurutan kerana terdiri daripada satu senarai ciri yang
dinyatakan. Dari segi jenis teks, notis ini ialah jenis arahan, iaitu menyatakan perkara yang perlu
dilakukan jika telah membeli produk. Daripada lima soalan yang dikemukakan, empat
daripadanya berjaya dijawab oleh lebih daripada 80% murid. Soalan berikut adalah yang paling
mudah sekali, dan lebih 90 % murid mendapat markah penuh.

Situasi Peribadi
Format teks Tidak berurutan
Jenis teks Arahan
Aspek Mengakses dan mendapatkan maklumat
Format item Respons tertutup

Soalan 3: Notis Pasar Raya

Apakah nama syarikat yang membuat biskut ini?

Untuk menjawab soalan ini dengan betul, murid perlu mencari maklumat yang dinyatakan
dengan jelas dalam teks, menggunakan padanan sinonim bagi arahan tugasan (kunci soalan)
dengan tek (syarikat/pengilang). Teks yang singkat dan maklumat yang diperlukan hampir
dengan permulaan teks, memudahkan tugasan ini. Format respons ialah respons tertutup
kerana hanya ada satu jawapan (dengan variasi kecil: Fine Foods Ltd atau Fine Foods) untuk
mendapat markah penuh.

58

Notis Pasar Raya NOTIS PASAR RAYA
Soalan 2/4
Amaran Alahan Kacang
Notis di sebelah kanan Biskut Krim Lemon
dipaparkan di pasar raya.
Tarikh Amaran: 4 Feb
Rujuk notis dan taip jawapan Nama Pengeluar: Fine Foods Ltd
anda bagi soalan di bawah Maklumat Produk: Biskut Krim
Lemon 125g (Baik sebelum 18 Jun
Apakah nama syarikat yang dan baik
membuat biskut ini? sebelum 01 Julai)
Keterangan: Sesetengah biskut
dalam kumpulan ini mungkin
mengandungi kacang yang tidak
termasuk dalam senarai bahan.
Sesiapa yang alah kepada kacang
tanah perlu mengelak daripada
makan biskut ini.
Tindakan Pengguna: Jika anda
telah membeli biskut ini, anda boleh
memulangkan produk itu ke tempat
pembelian untuk mendapat bayaran
balik sepenuhnya, atau hubungi 1800
034 241 untuk maklumat lanjut.

Rajah 14: Item Notis Pasar Raya dalam Format Pentaksiran Berasaskan Komputer

59

2.15.3 Contoh Variasi Item: Demokrasi di Athens

Demokrasi di Athens 1 Demokrasi di Athens
Pengenalan
Bahagian A
Untuk menjawab soalan-
soalan dalam unit ini, Thucydides ialah seorang sejarawan dan tentera yang
rujuklah dua halaman hidup pada abad kelima SM, dalam zaman Yunani Lama.
petikan yang berjudul Dia dilahirkan di Athens. Semasa Perang Peloponnesian
“Demokrasi di Athens”. (431 SM hingga 404 SM) antara Athens dengan Sparta,
Lihat halaman 1. dia telah mengetuai armada yang misinya adalah untuk
Kemudian klik 2 untuk melindungi Bandar Amphipolis di Thrace. Dia gagal untuk
melihat halaman kedua tiba di bandar itu pada masanya. Bandar itu jatuh ke
tangan Brasidas, jeneral Sparta, lantas memaksa
Thucydides hidup dalam buangan selama dua puluh
tahun. Ini memberi peluang kepadanya untuk
mengumpulkan maklumat terperinci tentang kedua-dua
puak yang bertelagah dan memungkinkannya
menjalankan penyelidikan tentang karyanya, Sejarah
Perang Peloponnesian.

Thucydides dianggap salah seorang sejarawan
terkemuka zaman Kuno. Dia memberi tumpuan pada
punca semula jadi dan tingkah laku individu bukan pada
takdir atau campur tangan Tuhan untuk menjelaskan
evolusi Sejarah. Dalam karya beliau, fakta tidak
dibentangkan sebagai anekdot; sebaliknya fakta ini
dijelaskan dalam usaha untuk mengetahui punca watak-
watak utama bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh
mereka. Penekanan Thucydides pada tingkah laku
individu menjadi alasan untuk dia kadangkala
memperkenalkan ucapan rekaan; ini dapat membantu
menjelaskan motivasi watak-watak sejarah.

Rajah 15: Item Demokrasi di Athens dalam Format Pentaksiran
Berasaskan Komputer

Skrin pertama memaparkan Bahagian A, dan menyatakan bahawa ada dua halaman untuk
dibaca. Nombor halaman dan lipatan sudut menunjukkan panjang teks.

Skrin kedua memaparkan Bahagian B, dan apabila Seterusnya diklik, skrin kembali kepada
halaman pertama dan menunjukkan soalan pertama. Perhatikan bahawa pembaca akan dibawa
kembali kepada halaman pertama meskipun teks tidak mengandungi maklumat yang diperlukan
untuk menjawab kerana sebahagian konstruk ialah mengakses dan mendapatkan maklumat
yang betul.

60

Demokrasi di Athens 1 Demokrasi di Athens
Pengenalan Bahagian B
Thucydides menujukan ucapan berikut kepada
Sekarang klik Seterusnya Pericles (abad kelima SM), raja Athens, sebagai
untuk melihat soalan penghormatan kepada anggota tentera yang gugur
pertama. pada tahun pertama Perang Peloponnesian.

Sistem kerajaan kita tidak meniru undang-undang
negara jiran; kita lebih merupakan contoh, bukan
peniru kepada yang lain. Sistem kita dipanggil
demokrasi, kerana pentadbirannya bergantung
kepada kelompok yang ramai bukan yang sedikit.
Undang-undang kita memberikan hak yang sama
kepada hal ehwal peribadi, manakala kedudukan
kehidupan awam bergantung kepada kelebihan diri
dan bukan kelas sosial.

Kelas sosial tidak menghalang seseorang daripada
memegang apa-apa jawatan awam dan pada
masa yang sama kita tidak mencampuri hal
peribadi, serta kita tidak melanggar undang-
undang yang berkait dengan urusan awam. Kita
memberikan ketaatan kepada pihak berkuasa,
bahkan kita sedia mematuhi undang-undang,
lebih-lebih lagi yang melindungi golongan yang
tertindas, apatah lagi undang-undang tidak
bertulis, yang memalukan jika dilanggar.

Tambahan pula, kita menyediakan pelbagai cara
untuk mencapai keseronokan minda. Permainan
dan pengorbanan yang kita raikan sepanjang
tahun, dan keselesaan kediaman peribadi
membentuk keseronokan harian yang membantu
kita melenyapkan kebimbangan; banyak warga
kota membawa masuk hasil daripada dunia ke
Athens, supaya rakyat Athens memperoleh buah-
buahan dari negara lain dan sama dengan yang
ada negara sendiri.

61

Demokrasi di Athen 1
Soalan 3/5 Demokrasi di Athens
Bahagian A
Taip jawapan anda di bawah.
Thucydides ialah seorang sejarawan dan tentera yang hidup pada
Satu tujuan ucapan dalam Bahagian abad kelima SM, dalam zaman Yunani Lama. Dia dilahirkan di
B ini adalah untuk menghargai Athens. Semasa Perang Peloponnesian (431 SM hingga 404 SM)
tentera yang gugur pada tahun antara Athens dengan Sparta, dia telah mengetuai armada yang
pertama Perang Peloponnesia. misinya adalah untuk melindungi Bandar Amphipolis di Thrace.
Dia gagal untuk tiba di bandar itu pada masanya. Bandar itu jatuh
Apakah tujuan LAIN ucapan ini? ke tangan Brasidas, jeneral Sparta, lantas memaksa Thucydides
hidup dalam buangan selama dua puluh tahun. Ini memberi
peluang kepadanya untuk mengumpulkan maklumat terperinci
tentang kedua-dua puak yang bertelagah dan memungkinkannya
menjalankan penyelidikan tentang karyanya, Sejarah Perang
Peloponnesian.

Thucydides dianggap salah seorang sejarawan terkemuka zaman
Kuno. Dia memberi tumpuan pada punca semula jadi dan tingkah
laku individu bukan pada takdir atau campur tangan Tuhan untuk
menjelaskan evolusi Sejarah. Dalam karya beliau, fakta tidak
dibentangkan sebagai anekdot; sebaliknya fakta ini dijelaskan
dalam usaha untuk mengetahui punca watak-watak utama
bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh mereka. Penekanan
Thucydides pada tingkah laku individu menjadi alasan untuk dia
kadangkala memperkenalkan ucapan rekaan; ini dapat
membantu menjelaskan motivasi watak-watak sejarah

Rajah 16: Item Demokrasi di Athens dalam Format Pentaksiran
Berasaskan Komputer

62

2.16 Penggunaan Item PISA dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu

Item Edaran Literasi Bacaan PISA diadakan untuk membantu guru memberi pendedahan kepada
murid dengan item PISA yang telah diuji dalam Kajian PISA sebelum ini.

Murid akan didedahkan dengan pelbagai strategi dan teknik bacaan yang disarankan dalam buku
panduan guru ini. Selain itu, guru juga boleh menyerapkan unsur KBAT dalam pengajaran
bahasa dengan berkesan. Edaran Item PISA ini boleh digunakan dengan pelbagai cara mengikut
perancangan pengajaran dan kreativiti guru. Item bacaan boleh diintegrasikan sebagai:

bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan objektif dan hasil
pembelajaran dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah
yang ditetapkan oleh guru.

bahan pentaksiran formatif pada mana-mana tahap pengembangan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai, misalnya dalam langkah pengembangan atau akhir
pengajaran.

latihan pengukuhan atau pengayaan kepada murid.

sebahagian item pentaksiran sumatif peringkat sekolah.

Guru digalakkan memanfaatkan teks-teks PISA tersebut dengan menjana lebih banyak item
mirip PISA daripadanya berpandukan contoh item tersebut untuk memberikan lebih banyak
latihan kepada murid.

2.17 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Literasi Bacaan
PISA

Kita telah mengetahui pentaksiran literasi bacaan PISA, iaitu jenis dan format teks, aspek, format
soalan dan penskorannya adalah untuk menguji tahap literasi bacaan murid sama ada mereka
mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menyertai dalam kehidupan sebenar.

Pemahaman bacaan ialah kemahiran yang dipentingkan dalam kurikulum bahasa. Dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, Semakan
(2001) dinyatakan bahawa ‘penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.’(hlm. 4).

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah memfokuskan penggunaan bahasa. Bidang
penggunaan bahasa yang ditetapkan ialah interpersonal, maklumat dan estetik. Melalui aktiviti

63

dalam bidang ini, murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur,
membaca dan menulis) dalam kehidupan harian, pendidikan dan persediaan kerjaya.

2.16.1 Perkaitan antara Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah dengan Aspek
PISA

Berdasarkan penelitian, bidang maklumat paling banyak menumpukan kemahiran membaca
ialah bacaan pemahaman diikuti bidang estetik. Walaupun unsur pembacaan juga terdapat
bidang interpersonal, hasil pembelajarannya menekankan interaksi lisan.

Bagi keseluruhan pembelajaran tingkatan satu hingga tingkatan lima, hasil pembelajaran utama
bidang maklumat berikut berkait dengan tiga aspek bacaan PISA, iaitu mengakses dan
mendapatkan maklumat, mengintegrasikan dan mentafsir, dan membuat refleksi dan menilai.
Seperti hasil pembelajaran utama yang berikut:

Bidang Maklumat

7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton.
7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting

dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton.
7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks.
7.3 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai

bahan bercetak dan bahan elektronik.
7.4 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.
7.5 Membezakan fakta dengan pandangan dalam bahan yang dirujuk.
7.6 Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperoleh maklumat.

Hasil pembelajaran 7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak
berkait dengan aspek bacaan PISA secara terus, tetapi kemahiran ini membantu dalam proses
bacaan intensif.

8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu
8.1 Menyaring maklumat mengikut klasifikasi.
8.2 Menyusun maklumat mengikut keutamaan.
8.3 Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat yang telah disusun.
8.4 Mengolah maklumat secara koheren untuk tujuan tertentu.
8.5 Mentafsir maklumat yang telah dipilih secara rasional untuk membuat inferens.
8.6 Menyemak semula maklumat dan memutuskan sama ada hendak menerima,

menambah atau menolak pilihan.
8.7 Menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat dengan memberikan alasan yang

kukuh.
8.8 Membuat rumusan dengan alasan yang munasabah.

64

Beberapa hasil pembelajaran bidang estetik masih berkait dengan bacaan PISA , antaranya
dalam hasil pembelajaran utama 10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang
karya sastera dan 11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif
dBanidbaunkgaEnstkerteiaktif.

10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera
10.1 Menceritakan semula karya secara keseluruhan.
10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam karya.
10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.
10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa,

dan sudut pandangan.

11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan
kreatif

11.1 Mengenal pasti gaya bahasa dalam karya bukan sastera serta
menggunakannya dalam penulisan bukan kreatif.

11.2 Menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam karya sastera serta
menggunakannya dalam penulisan kreatif.

11.3 Membanding beza penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam pelbagai
genre.

*pernyataan yang bergaris sahaja.

2.16.2 Perkaitan antara Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga
dengan Aspek PISA

Untuk meneliti aspek PISA dengan kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah dengan lebih
spesifik, perbandingan perlu dilakukan antara kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
Bahasa Melayu Tingkatan Tiga Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dengan aspek literasi
bacaan PISA. HSP Tingkatan Tiga dipilih kerana sejajar dengan tahap usia murid yang diuji dalam
PISA.
Jadual berikut menunjukkan sebahagian besar hasil pembelajaran dalam bidang maklumat
berkait dengan aspek bacaan PISA dan beberapa lagi daripada bidang estetik HSP Bahasa
Melayu Tingkatan Tiga yang didapati berkait dengan aspek dan tugasan bacaan PISA.

65

Jadual 12: Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat dan Bidang Estetik dalam Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga yang Sejajar dengan Aspek PISA

Aspek dan Subdomain Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu
Literasi Bacaan PISA Tingkatan 3

Mengakses dan mendapatkan maklumat  Memilih isi penting yang relevan
dengan topik yang diberi. (7.1 A1 ii.)
 Mengenal pasti satu atau lebih unsur
penting (kata kunci) yang dikehendaki  Membaca pantas secara imbasan dan
soalan yang dinyatakan secara jelas luncuran untuk mengenal pasti
atau tersurat. kesesuaian sumber dan bahan yang
dirujuk. ( 7.4 A1 v.)
 Mengenal pasti maklumat yang
sepadan dengan yang dikehendaki  Menyatakan jenis pernyataan sama ada
soalan. bersifat fakta atau pandangan. (7.6
A1vii.)
 Mengkategorikan maklumat
 Membezakan maklumat yang hampir  Membaca pantas secara imbasan dan
luncuran untuk mendapat maklumat
sama. yang khusus. (7.4 A2 ii.)

Mengintegrasi dan mentafsir maklumat  Menyusun maklumat mengikut urutan
yang sesuai. (8.2 A1 ii.)
(membina tafsiran)
 Meneliti semula maklumat untuk
 Memilih atau memberikan tajuk memastikan kesahihannya.
 Menerangkan susunan arahan (8.5 A2 i.)

 Mengenal pasti dimensi utama graf  Menyatakan semula cerita dalam karya
prosa dan menghuraikan maksud puisi
atau jadual dengan perkataan sendiri. (10.1 A1 i.)
 Memerihalkan watak
 Menghuraikan perkara yang menarik
 Menyatakan tema (idea utama) dalam dalam karya prosa dan puisi.

ayat/perenggan (10.2 A1 ii.)

 Menyatakan maklumat tertentu  Mengenal pasti idea utama, peristiwa
penting untuk membuat sinopsis karya
tentang tema/idea utama yang prosa dan drama. (10.4 A1 iv.)

dinyatakan dengan jelas  Memindahkan maklumat kepada
 Membuat kesimpulan tentang tema beberapa bentuk. (8.3 A1 iii.)

/persoalan utama dengan  Menerangkan maklumat secara
munasabah untuk membuat inferens.
memfokuskan maklumat yang (8.5 A1 v.)

berulang-ulang daripada kategori  Menjelaskan tema, pemikiran dan
persoalan puisi dan prosa.
tertentu
 Menyusun atur hierarki idea (10.4 A2 i.)

kemudian memilih pernyataan yang  Menghuraikan nilai dan pengajaran

umum/ menyeluruh 66
 Membuat inferens tentang hubungan

antara satu bahagian teks dengan

bahagian

 Membuat inferens tentang perbezaan

idea utama dengan idea sampingan

Aspek dan Subdomain Hasil Pembelajaran Bahasa Melayu
Literasi Bacaan PISA Tingkatan 3

Membuat refleksi dan menilai maklumat yang terdapat dalam teks
(menilai kandungan teks)
- Membuktikan perkara yang (10.4 A2 ii.)

dinyatakan dalam teks  Menganalisis watak dan perwatakan,
serta latar. (10.6 A2 vi.)
- Menguji pemahaman/ perwakilan idea
tentang perkara mengikut perkara  Meneliti semula maklumat untuk
yang telah diketahui dan diyakini memastikan kesahihannya.
berdasarkan teks tersebut atau teks (8.5 A2 i.)
yang lain
 Menyatakan alasan menerima,
- Menunjukkan bukti atau sokongan menolak dan mengubahsuaikan
dalam teks dan membanding beza maklumat yang diperoleh. (8.7 A2 ii)
dengan sumber maklumat yang lain
 Merumuskan fakta dengan alasan yang
- Menguji kerelevanan sesuatu logik. (8.8 A2 iii)
maklumat, bukti atau hujah
 Menyemak semula draf teks dengan
- Menggunakan nilai/standard moral
atau estetik mengetepikan pengulangan,

- Menilai kecukupan/kecukupcakupan kekaburan dan penaakulan yang tidak
bukti dalam teks
tepat.
- Merujuk pengetahuan luar sama ada
daripada pengetahuan sendiri atau (8.6 A1 vi.)
idea tersurat dalam teks/soalan

Kesimpulannya, terdapat hasil pembelajaran dalam HSP Tingkatan 3 yang berkait atau sejajar
dengan aspek bacaan PISA iaitu mengakses dan mendapatkan; mengintegrasikan dan mentafsir;
dan membuat refleksi dan menilai. Walau bagaimanapun, jika hasil pembelajaran dijajarkan
dengan pecahan atau subaspek bacaan, terdapat tiga bentuk perkaitan, iaitu (i) hasil
pembelajaran yang mempunyai perkaitan langsung (sangat sejajar) dengan subdomain aspek; (ii)
perkaitan atau padanan yang longgar/tidak langsung dengan subdomain; (iii) tiada hasil
pembelajaran yang sejajar dengan mana-mana pecahan aspek bacaan PISA. Contohnya,
subdomain aspek ‘Membuat inferens tentang perbezaan idea utama dengan idea sampingan’, dan
‘Menilai kecukupan bukti dalam teks’. Dengan adanya hasil pembelajaran yang sejajar dengan
aspek PISA dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi hasil pembelajaran ini,
maka murid dijangka dapat dilengkapkan dengan kemahiran bacaan pemahaman. Didapati juga
kurang sekali hasil pembelajaran yang berkait dengan aspek membuat refleksi dan menilai.

67

Ketiadaan hasil pembelajaran ini boleh menjejaskan keupayaan murid untuk menjawab item-
item berasaskan aspek tersebut.

68

UNIT 3: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PISA

3.1 Kepentingan KBAT

Kehidupan masyarakat moden kini dan akan datang bukan sahaja menuntut individu berfikir
tetapi perlu memperlihatkan daya pemikiran yang tinggi.

3.1.1 KBAT dalam penggubalan kurikulum kebangsaan

Unsur kemahiran berfikir mula diberikan tumpuan dalam kurikulum kebangsaan sekitar 1990-an
melalui penekanan penyerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran
merentas kurikulum iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK).
Sejajar dengan perkembangan terkini, dalam penggubalan kurikulum standard sekolahan rendah
(KSSR) dan kurikulum standard sekolahan menengah (KSSM), kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) telah diberikan penekanan. Dalam kurikulum kebangsaan menetapkan bahawa KBAT
perlu diserapkan dalam kurikulum supaya murid menguasai kemahiran menganalisis maklumat,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan menyampaikan pandangan dengan tepat
kreatif dan kritis.

3.1.2 KBAT dalam Aspirasi Pendidikan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi 2013-2025 meletakkan kepentingan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). PPPM menetapkan aspirasi pendidikan negara adalah
untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian, jati diri nasional, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang seimbang, berdaya
tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai pemikiran
tinggi, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Dengan kemenjadian pembentukan diri
ini, murid berupaya mencapai kesejahteraan diri, dapat memenuhi keperluan masyarakat dan
negara pada masa hadapan serta mampu bersaing pada peringkat global.
Ciri pemikir yang diharapkan ialah berupaya berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif, mampu
untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Murid juga
berupaya berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka. Mereka menjana soalan dan bersifat
terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan
dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran baharu.

69

3.1.3 KBAT dalam transformasi pentaksiran

PPPM (2013-2025) menggariskan transformasi dalam pentaksiran dan lebih banyak soalan KBAT
dikemukakan dalam soalan peperiksaan awam / pusat (PP) dan pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS). Dijangkakan bermula pada tahun 2016, 40% daripada soalan UPSR dan 30% soalan SPM
akan menguji tahap KBAT murid. Unjuran ini dijangka dapat mengurangkan kecenderungan
pembelajaran untuk mengingat atau menghafal, tetapi lebih menguji keupayaan murid berfikir
dan menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif.

3.1.4 KBAT dalam trend global dan kemahiran abad ke-21

Bagi perkembangan semasa, sarjana menggariskan kemahiran yang dianggap kritikal bagi abad
ke-21, iaitu kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap individu untuk berfungsi dalam masyarakat
secara berkesan dan pembangunan ekonomi yang mapan pada masa hadapan. Buku Penerangan
Dasar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM, 2014) kemahiran kritikal bagi abad
ke-21, iaitu kemahiran komunikasi, kolaboratif, penyelesaian masalah, literasi maklumat,
kreativiti dan inovasi, dan warganegara yang bertanggungjawab. Secara umum kemahiran abad
ke-21 mencakupi:

Kreativiti dan inovasi
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
Kemahiran komunikasi dan kolaboratif
Literasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
Luwes (fleksibiliti) dan berkeupayaan menyesuaikan diri
Berinisiatif dan terarah kendiri
Kemahiran sosial dan antara budaya
Produktiviti dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti)
Kepimpinan dan tanggungjawab

(Curriculum and Instruction: A 21st Century Skills Implementation Guide)

3.2 Konsep dan Definisi KBAT

3.2.1 Konsep KBAT

Untuk memahami kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau higher order thinking skills (HOTS),
konsep kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) atau lower order thinking skills (LOTS) perlu
difahami dahulu sebagai perbandingan.

Menurut Schmalz (1973), KBAR memerlukan murid “… mengingat semula fakta, melakukan
operasi mudah atau menyelesaikan masalah yang biasa. KBAR tidak menuntut murid melakukan
sesuatu yang lain daripada biasa.” Bagi Resnick (1987), KBAR sering dicirikan oleh aktiviti

70

mengingat semula maklumat atau penerapan konsep dan pengetahuan dalam situasi atau
konteks yang lazim.
Senk, Beckman, & Thompson (1997) menyatakan bahawa KBAR berlaku apabila murid
menyelesaikan tugasan yang penyelesaiannya memerlukan aplikasi algoritma (hukum atau
peraturan) yang sedia diketahui murid, biasanya tidak memerlukan kewajaran, penerangan atau
bukti, dan terdapat satu jawapan sahaja.

Kesimpulannya, KBAR melibatkan aktiviti mengingat semula fakta, melakukan tugasan dan
penyelesaian masalah yang biasa, penerapan konsep dan pengetahuan dalam situasi atau
konteks yang lazim, serta tidak memerlukan kewajaran, penerangan atau bukti dan terdapat
satu jawapan sahaja.

3.2.2 Definisi KBAT
BPK mentakrifkan KBAT sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Takrif ini bersandarkan taksonomi domain kognitif Bloom yang disemak oleh Anderson (2001).
Taksonomi Bloom (1956) yang asal menetapkan pengetahuan sebagai aras kognitif yang paling
rendah, diikuti aras pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam aras domain
kognitif yang disemak semula mengikut Anderson ialah mengingat (aras paling rendah), diikuti
oleh aras memahami, mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta (Rajah 17).
Daripada enam aras kognitif ini, dua aras paling bawah dikategorikan KBAR, manakala empat
aras lagi tergolong sebagai KBAT, iaitu mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan aras tertinggi
ialah mencipta. Empat kemahiran berfikir yang dikategorikan KBAT berada dalam satu kelompok,
iaitu kemahiran mengaplikasikan berada pada tahap paling rendah dalam kelompok KBAT, dan
mencipta pula berada pada tahap yang teratas dalam aras pemikiran tinggi.

71

Mencipta Aras KBAT
Menilai KBAT
tahap
Menganalisis rendah
Mengaplikasi kepada
yang
lebih
tinggi

Memahami KBAR
Mengingat

Rajah 17: Hubung kait Taksonomi Domain Kognitif dengan Klasifikasi Kemahiran Berfikir
Aras Rendah dan Aras Tinggi

KBAT merujuk empat kemahiran iaitu mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta yang
dijelaskan seperti berikut.

Jadual 13: Penerangan KBAT

KBAT Penerangan
Mengaplikasikan
Menganalisis Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi
berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Menilai
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk
Mencipta memahami bahagian tersebut serta hubung kait antaranya
dengan lebih mendalam.

Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta
memberikan justifikasi.

Menghasilkan idea, produk atau kaedah yang kreatif dan
inovatif.

72

3.2.3 KBAT dalam Domain Literasi Bacaan PISA

PISA menekankan kemahiran berfikir aras tinggi baik dalam domain literasi bacaan, sains dan
matematik. Membaca sahaja tanpa pemahaman yang baik adalah tidak bermakna. Dalam
perkembangan dunia yang pesat kini, kuantiti, jenis dan penggunaan bahan bertulis semakin
kompleks (Kerangka Literasi Bacaan PISA 2018). Perubahan ini memerlukan kecekapan bacaan
dan literasi bacaan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan dahulu. Kecekapan bacaan yang
tinggi memerlukan proses mental dan keupayaan berfikir aras tinggi. Oleh itu, literasi bacaan
dalam PISA mendukung hasrat pendidikan untuk membentuk murid yang mempunyai pemikiran
aras tinggi.

Domain Literasi Bacaan PISA memfokuskan satu daripada aspek kemahiran bahasa, iaitu
pemahaman bacaan untuk menguji literasi bacaan murid. Keupayaan individu untuk
memahami, mentafsir, mengintegrasikan maklumat, menilai dan membuat refleksi terhadap
sesuatu teks bertulis menentukan tahap pengetahuan, kemahiran serta potensi individu untuk
melibatkan diri dalam masyarakat.

Domain Kognitif

Tahap Mencipta Domain Aspek (Bacaan)
kognitif Menilai
tinggi Menganalisis Menilai dan membuat
refleksi terhadap maklumat
Mengaplikasikan
Mentafsir dan
mengintegrasikan maklumat

Tahap Memahami mengakses dan mendapatkan
kognitif Mengingat maklumat
rendah

Rajah 18: Saling Hubungan antara KBAT dengan Aspek Bacaan

Domain literasi bacaan PISA ialah pengkategorian untuk membezakan tahap proses kognitif
dalam bacaan. Aspek ini selari dengan taksonomi kognitif yang dibincangkan di atas. Seperti
dalam Rajah 18, aspek mengakses dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan aras
memahami, bahkan pada tugasan yang lebih sukar akan melibatkan proses menganalisis. Aspek
mentafsir dan mengintegrasikan maklumat dalam bacaan memerlukan aras kognitif memahami,

73

mengaplikasikan dan menganalisis. Aspek refleksi dan menilai melibatkan proses kognitif
menganalisis dan menilai, domain mencipta (aras tertinggi taksonomi kognitif) berlaku apabila
pembaca melakukan proses berfikir seperti tugasan menganalogikan berdasarkan teks.

Aras kesukaran soalan dipelbagaikan berdasarkan pelbagai pemboleh ubah segi panjangnya teks,
situasi teks, format teks (berurutan, tidak berurutan atau kombinasinya), jenis teks, struktur
bahasa teks, serta kompleksiti proses kognitif yang terlibat sama ada mengakses dan
mendapatkan maklumat; mentafsir dan mengintegrasikan maklumat, serta menilai dan
membuat refleksi terhadap maklumat (Rajah 19). Taburan ini menunjukkan tidak semua item
bacaan PISA dalam kategori KBAT, tetapi sebahagian besar item PISA (dalam aspek kedua dan
ketiga) menguji pemikiran tinggi murid. Laporan pencapaian Malaysia dalam PISA 2012
menunjukkan kira-kira 30% murid boleh menjawab item tahap 3 dan 4) dan kurang 1.1% dapat
menjawab aras kompetensi tinggi tahap kompetensi 5 dan 6). Penerapan strategi KBAT adalah
kritikal dan perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan keupayaan
murid menjawab item PISA tahap kompetensi tinggi.

Mencipta Kompleksiti Aspek Tahap 6: Lebih 698.32
Menilai Proses mental (mengakses, Tahap 5: 625.61 - 698.32
Menganalisis mendapat, mengintegrasi, mentafsir, Tahap 4: 552.89 - 625.61
Mengaplikasi merefleksi dan menilai) yang Tahap 3: 480.18 - 552.89

ditentukan tugasan Tahap 2: 407.47 - 480.18

Kompleksiti Maklumat
(Jumlah, pengkhususan dan

kelaziman maklumat/ilmu luar dan

dalam teks yang diasimilasikan

dalam pembacaan)

Memahami Format Soalan Tahap1b: 262.04 - 334.75
Mengingat (Aneka pilihan, aneka pilihan Tahap1a: 334.75 - 407.47
Domain Kognitif kompleks, respons ringkas, respons
terhad dan respons terbuka)

Domain Bacaan PISA Tahap Kompetensi dan
Skor Bacaan

Rajah 19: Saling hubungan antara KBAT, Domain Literasi Bacaan
dan Kompetensi Bacaan

74

PISA menetapkan peratus pemberatan tertentu item pemahaman bacaan. Pengkategorian teks
dalam PISA 2018 membahagikan item pemahaman bacaan mengikut peratus pemberatan bagi
teks tunggal dan teks pelbagai.

KATEGORI TEKS 2018

Teks Tunggal Teks Pelbagai

Mengesan dan Mengenal pasti 1 Mencari dan memilih bahan yang 1
0
5 sesuai %

% 1
5
Memahami maksud tersurat atau 1 %

inti pati teks 5 1
0
% Menghubung kait dan membuat %

Menghubung kait dan membuat 1 inferens

inferens 5

%

Menilai kualiti dan kuantiti teks 2 Membuktikan, mengenal pasti
Refleksi terhadap bahandan gaya 0 dan menangani konflik
persembahan %

3. 3 Strategi KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Buku penerangan Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah (KPM, 2013) menegaskan
tiga elemen utama (kurikulum, pedagogi dan pentaksiran) dan empat elemen sokongan
(kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, bina upaya guru, dan kepelbagaian sumber).

Penyerapan dan pengembangan KBAT dalam pedagogi, pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah membabitkan strategi seperti yang berikut:

a. penggunaan alat berfikir
b. mengubah jenis tugasan kepada yang mencabar fikiran
c. pendekatan pengajaran yang pelbagai
d. komunikasi dan motivasi secara berkesan
e. pelibatan aktif dan kolaboratif
f. persekitaran yang mendorong untuk berfikir
g. peluang mencipta
h. mentaksir pencapaian berfikir

KBAT boleh ditingkatkan menggunakan alat-alat berfikir seperti soalan dan penyoalan, peta i-
THINK, peta minda, pengurusan grafik, enam topi berfikir, Cort dan tabiat minda.

3.4 Soalan dan penyoalan

3.4.1 Kepentingan soalan dan penyoalan yang betul

Guru perlu menguasai teknik penyoalan dan mengemukakan soalan aras tinggi dengan berkesan
dalam aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah untuk mencungkil idea dan menggalakkan murid

75

berfikir. Teknik penyoalan yang memasukkan unsur KBAT masih kurang diterapkan
menyebabkan murid masih tidak biasa dan tidak dapat memberikan jawapan yang memenuhi
kehendak soalan jenis ini. Kajian menunjukkan guru menggunakan lebih daripada 70% soalan
jenis mengingat dan soalan fakta dalam pengajaran, ujian dan peperiksaan (Lewis).

Penyoalan yang berkesan ialah aset yang amat penting dalam pengajaran, sama seperti mekanik
yang memilih alat yang tepat untuk menjalankan tugas dan menggunakannya dengan betul.
(Camp, W.G.). Melalui penyoalan ini secara konstruktif, murid dilatih menjawab atau
memberikan respons kepada soalan untuk menjelaskan sesuatu, menyelesaikan masalah,
mewajarkan atau menjustifikasikan penyelesaian, dan membuktikan jawapan dan dapatan.

3.4.2 Pelbagai tujuan penyoalan

Penyoalan mempunyai beberapa tujuan, iaitu

a. Menguji dan mentaksir pengetahuan sedia ada, pembelajaran dan kemajuan murid
b. Menimbulkan minat terhadap topik dan menggalakkan pelibatan aktif
c. Mengaitkan perbincangan dengan konteks yang lebih luas dan praktikal
d. Memantapkan pembelajaran dan membina pemahaman yang mendalam
e. Mencari sebab atau penjelasan pemikiran
f. Meneroka pandangan alternatif
g. Menguji implikasi dan akibat
h. Membimbing untuk berfikir secara metakognitif (berfikir tentang perkara yang

difikirkan, memantau dan menilai proses berfikir)

Jadual 20 menunjukkan tujuan penyoalan KBAT dan contoh soalan yang bersesuaian

Rajah 20: Tujuan Penyoalan dan Contoh Soalan KBAT

Tujuan Contoh Soalan
Penyoalan
Ada sesiapa yang ingin berkongsi dapatan/jawapan/penyelesaian anda
Menilai dengan kelas?
pengetahuan
sedia ada Ada sesiapa yang ingin berkongsi dapatan/jawapan/penyelesaian anda
dengan kelas?
Menimbulkan Sila angkat tangan apabila kamu bersedia untuk berkongsi
minat dan jawapan/penyelesaian.
menggalakkan
pelibatan aktif

76

Tujuan Contoh Soalan
Penyoalan
Membina Apakah yang kamu maksudkan apabila kamu menyatakan ...?
pemahaman Boleh kamu terangkan sedikit lagi apa yang kamu fikirkan?
yang Boleh kamu terangkan jawapan/idea kamu tadi dengan cara lain?
mendalam Apakah yang kamu perhatikan apabila…?
Kenapa kamu fikir sedemikian …..?
Memantapkan Mengapa bukan ...?
dan Bagaimana kamu dapat idea sebegitu?
mengukuhkan Boleh kamu ulang perkara yang kamu katakan tentang …?
pembelajaran
Mencari sebab Apa yang kamu dapat? Apa yang kamu fikirkan?
atau penjelasan Sila terangkan penyelesaian yang kamu dapat.
pemikiran Cuba terangkan kepada kelas bagaimana kamu dapat jawapan.
Apakah yang telah kamu temui setakat ini?
Meneroka
pandangan Mengapakah kamu berfikir bahawa ...?
alternatif Bagaimana kita tahu bahawa ...?
Apakah sebab-sebab kamu mengatakan ...?
Menguji Apakah bukti yang kita ada untuk meyatakan bahawa...?
implikasi dan Mengapakah kamu mengatakan sedemikian/ begitu?
akibat Bolehkah anda menjelaskan .... dengan lebih lanjut?
Apakah yang anda maksudkan dengan ...?
Membimbing Bolehkah anda berikan satu contoh ...?
untuk berfikir Bolehkah anda menunjukkan saya cara...?
secara
metakognitif Sila angkat tangan sekiranya kamu ada idea lain.
(berfikir Ada sesiapa yang menggunakan kaedah/pendekatan lain?
tentang Boleh nyatakan pandangan anda dengan cara yang lain?
perkara yang Ada pandangan yang lain/ berbeza tentang ...?
difikirkan, Bagaimanakah sekiranya ada orang lain yang mengesyorkan bahawa ...?
memantau dan Apakah yang perlu kita tahu sekiranya ...?
menilai proses
berfikir) Apakah susulan daripada pernyataan anda?
Adakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan
sebelum ini?
Apakah akibat sekiranya …?
Adakah terdapat peraturan am untuk …?
Bagaimanakah anda dapat memastikan sama ada pernyataan ini benar
atau tidak?

Apakah yang anda telah pelajari ..?/masih belum difahami?
Adakah anda yakin dengan jawapan anda tadi?
Nilaikan tahap keyakinan anda
(1 [tidak yakin] - 5 [sangat yakin])
Apakah strategi anda untuk mendapatkan jawapan tadi?
Pada pendapat anda, adakah cara anda tadi berkesan?
Apakah yang menyebabkan anda dapat memberikan jawapan yang betul ?

77

3.4.3 Panduan penyoalan

Soalan yang dibina semasa penyoalan perlu merangsang reaksi pemikiran aras tinggi. Perkara
yang berikut perlu diberi perhatian:

Rancang dan reka bentuk penyoalan dari segi tujuan, jenis, aras dan turutan soalan.
Untuk mencapai aras KBAT, langkah boleh dimulakan dengan soalan KBAR supaya
terdapat takat mula (take-off) yang sejajar antara murid, kemudian soalan
dikembangkan secara berurutan kepada idea besar dan tahap berfikir yang lebih tinggi.
Untuk mencapai tahap pemikiran yang lebih kreatif, guru mesti menggalakkan mereka
menanyakan soalan aras tinggi (Lewis, 1999).

Seimbangkan antara soalan yang menguji kefahaman fakta dan pemikiran aras tinggi.
Soalan yang lazim ialah soalan yang menanyakan fakta atau respons bagi soalan apa,
siapa, di mana, mengapa dan bagaimana yang eksplisit dan merujuk suatu maklumat
khusus. Proses perlu ini disusuli soalan mencungkil, menjelaskan, menimbang, menilai
semula dan membuat refleksi.

Banyakkan soalan jenis terbuka. Soalan jenis terbuka menyokong pembelajaran,
menggalakkan pendekatan menjawab dan respons yang lebih pelbagai, dan memberikan
isyarat kepada murid bahawa terdapat lebih daripada satu respons. Soalan terbuka
dapat membina keyakinan murid dan membenarkan pembezaan (differentiation) iaitu
murid menjawab mengikut perkembangan, kefahaman, kesediaan dan pendekatan
kendiri murid.

Elakkan daripada sering mengemukakan soalan tertutup yang memerlukan jawapan
ya/tidak atau menguji kemahiran mengingat semula. Soalan tertutup menyekat
komunikasi, tidak memberikan maklumat yang berguna kerana murid boleh menjawab
dengan betul (misalnya bagi soalan ya/tidak) tanpa memahami.

Pelbagaikan soalan atau elakkan mengulang kata tugas dalam soalan supaya dapat
menguji atau mendorong pelbagai proses kognitif yang berbeza (Huinker & Freckman
(2004). Kata tugas seperti hubungkan, jelaskan, timbangkan mendorong murid
melakukan proses berfikir dan mendalamkan pemahaman.

Kemukakan soalan dalam nada perbualan untuk menggalakkan perbincangan kelas dan
komunikasi pelbagai hala seperti guru dengan murid dan murid dengan murid. Berikan
dorongan untuk murid menjawab dan penghargaan kepada murid yang menjawab
dengan baik atau mencuba menjawab.

Kemukakan soalan kepada seluruh kelas atau kumpulan. Elakkan memanggil nama
murid sebaik sahaja soalan dikemukakan dan elakkan mengulang suatu soalan berkali-
kali kerana cara ini tidak memfokuskan perhatian murid.

Berikan masa menjawab (2-5 saat) kepada murid untuk memikirkan jawapan setelah
menyoal murid. Sesetengah murid memerlukan masa yang lebih untuk menyusun

78

pemikiran dengan lebih teliti dan menyusun ayat jawapan dengan lebih lengkap. Masa
menunggu membolehkan murid yang kurang yakin lebih bersedia memberikan tindak
balas dan lebih ramai ingin cuba menjawab.

Elakkan melabelkan sesuatu soalan sebagai soalan mudah atau soalan sukar. Soalan
yang mudah kepada seseorang mungkin sukar kepada yang lain. Jadikan semua soalan
sebagai neutral supaya murid memikirkan soalan yang diajukan.

Elakkan guru sendiri menjawab soalan yang dilontarkan. Tujukan soalan-soalan yang
membimbing murid kepada jawapan. Gunakan mukadimah yang mengundang pelibatan
dan penerokaan. Antaranya ialah “semasa kamu memikirkan … ‘, “ketika kamu
menimbangkan…”,“berdasarkan kenyataan awak tadi…”, “cuba fikirkan/renungkan
sejenak …”, (Huinker and Freckman (2004)

3.4.4 Soalan daripada murid

Bukan guru sahaja yang mengemukakan soalan KBAT. Murid perlu dilatih supaya mahir menyoal
untuk menggalakkan pemikiran aras tinggi. Kepentingan soalan yang dikemukakan oleh murid
ialah:

Soalan daripada murid menunjukkan murid terlibat (engaged) dalam pembelajaran dan
wujud komunikasi pelbagai hala, lebih-lebih lagi soalan yang dilontarkan oleh murid
lebih menarik perhatian murid yang lain.
Soalan sebelum dan semasa bacaan berlaku membantu pembacaan yang aktif dan kritis.
Soalan tersebut memberikan isyarat atau petunjuk kepada guru bahagian pembelajaran
yang masih mengelirukan/ belum difahami oleh murid, dan belum dijelaskan dengan
baik oleh guru. Soalan ini boleh dijadikan titik tolak penyelesaian masalah.

Perkara yang harus dielakkan oleh guru terhadap soalan yang dikemukakan oleh murid ialah:

Terus memberikan jawapan kepada soalan murid tanpa membimbing mereka meneroka
untuk mendapatkan jawapan.
Merendahkan, menyingkirkan dan mengabaikan soalan murid.
Menjawab dengan menyatakan semula soalan murid.
Mengaku tidak tahu. Bukakan soalan kepada kelas, atau minta tempoh untuk guru
mencarikan jawapan.

Kesimpulannya, guru membimbing murid memahami dan memantau proses pemikiran mereka
melalui penyoalan, dengan memasukkan aktiviti metakognitif iaitu meminta murid merenung
kembali keberkesanan strategi berfikir yang digunakan oleh mereka.

79

3.5 Penggunaan Alat Berfikir yang Lain
3.5.1 Peta minda (Mind Mapping)
Peta minda diperkenalkan oleh Tony Buzan (1984). Peta minda merujuk lakaran grafik untuk
mengorganisasikan idea dalam bentuk gambar dan kata kunci. Tajuk atau isi utama diletakkan di
bahagian tengah, manakala tajuk kecil dan idea lain dikembangkan ke sekelilingnya. Peta minda
menggunakan warna, anak panah, rajah dan kod untuk menunjukkan perkaitan antara tajuk
kecil dan tajuk utama dan membuat gambaran supaya otak lebih tertarik (rujuk Rajah 21 dan
22).

Rajah 21: Contoh Peta Minda Penyelesaian Masalah Pemanasan Global

80

Rajah 22: Contoh Peta Minda Ringkasan Bab1 Buku Teks Mata Pelajaran Sejarah

Peta minda dilakarkan bagi tujuan, antaranya; (i) membantu mencatat nota, menyusun
dan mempersembahkan idea dengan lebih jelas dan teratur (iii) mengingat maklumat
yang banyak, mengulang kaji, merancang mesyuarat, aktiviti harian, kerangka penulisan
dan sebagainya, merumuskan kandungan bacaan, kreatif dan menjana idea, dan
menyelesaikan masalah.

3.5.2 Lapan peta pemikiran i-Think
KPM dalam inisiatif awal KBAT telah mencadangkan penggunaan dan peta pemikiran i-THINK
dalam pengajaran dan pembelajaran semua subjek. Terdapat lapan jenis peta pemikiran i-THINK
dan setiap peta untuk proses berfikir tertentu dan dicadangkan bagi tugasan yang bersesuaian.
Peta tersebut ialah (i) peta bulatan, (ii) peta buih, (iii) peta alir, (iv) peta dakap, (v) peta pokok,
(vi) peta buih berganda, (vii) peta pelbagai alir dan (viii) peta titi (rujuk Rajah 23).

81

Proses berfikir: Mentakrif mengikut
konteks

Kata kunci: Senaraikan, jelaskan, kenal
pasti, kaitkan, sumbang saran, teroka
makna.

Peta Bulatan Contoh tugasan: Senaraikan kemahiran
Peta Buih abad ke-21.
Peta Alir
Peta Dakap Proses berfikir: Menerangkan kualiti
Peta Pokok
Kata kunci: Terangkan, jelaskan, gunakan
Peta Buih Berganda lima pancaindera untuk menerangkan
sesuatu, kualiti, sifat, ciri-ciri

Contoh tugasan: Senaraikan ciri murid abad
ke-21.

Proses berfikir: Menentukan urutan

Kata kunci: Tunjukkan proses, susun
aktiviti kaji corak, kitaran, trend

Contoh tugasan: Huraikan cara-cara
mendapatkan passport antarabangsa.

Proses berfikir: Menerangkan hubungan
bahagian-keseluruhan

Kata kunci: Tunjukkan struktur, ambil
sebahagian daripada, kenal pasti
komponen fizikal

Contoh tugasan: Tunjukkan bahagian-
bahagian dalam rongga mulut.

Proses berfikir: Membuat pengelasan

Kata kunci: Kelaskan, asingkan,
kategorikan,

Contoh tugasan: Kelaskan idea utama dan
idea sampingan dalam teks X.

Proses berfikir: Membanding beza
Kata kunci: Bandingkan, bezakan, cari
persamaan dan perbezaan
Contoh tugasan: Bandingkan prasarana di
Bandar A dengan Bandar B.

82

Proses berfikir: Menentukan hubungan
sebab akibat

Kata kunci: Bincangkan akibat, ramalkan
kesan sekiranya, kaji trend, Jika ... maka ...,
kenal pasti keputusan

Peta Pelbagai Alir Contoh tugasan: Jelaskan kesan

penggunaan nyamuk modifikasi genetik)

untuk mengatasi demam denggi.

Peta Titi Proses berfikir: Membuat analogi

Kata kunci: Kenal pasti perkaitan, teka
pertautan, tentukan kesetaraan, tunjukkan
persamaan, tentukan faktor perhubungan

Contoh tugasan: Tunjukkan perubahan
kepada kata dasar yang menerima imbuhan
kata kerja yang berbeza.

Rajah 23: Lapan Peta Pemikiran i-THINK

3.5.3 Enam topi berfikir

Kaedah enam topi berfikir yang diperkenalkan oleh Edward de Bono berasaskan kaedah berfikir
secara selari (parallel) iaitu melihat suatu perkara dari pelbagai sudut dan masa untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.

Berfikir secara selari bermaksud idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu
sama lain. Idea-idea ini tidak dinilai, tidak dibandingbezakan, tidak dipertikaikan, dan tidak
dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya

Melalui kaedah enam topi berfikir, setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai
warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru.

83

Rajah 24: Enam Topi Berfikir

Kaedah enam topi berfikir membantu seseorang untuk memahami keperluan untuk memisahkan
proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod
pada satu masa, fokus dalam cara berfikir dan kritis untuk menghasilkan idea yang lebih
berstruktur dan sistematik dan memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan
keputusan.
Contoh tugasan:
Anda ialah pengarah urusan syarikat dan sedang merancang untuk membeli bangunan baharu
bagi pengembangan perniagaan. Gunakan kaedah enam topi berfikir untuk menimbangkan
rancangan ini.

84

3.5.4 Pengurusan grafik
Pengurusan grafik (PG) ialah pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi
sesuatu idea. Pengurusan grafik berbentuk ilustrasi untuk melihat sesuatu idea dengan
pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Proses pembelajaran dan ingatan menjadi
lebih mudah jika otak menerima rangsangan dalam bentuk pola atau grafik.
Antara jenis PG ialah :

a. PG membanding beza
b. PG mengkategorikan
c. PG bahagian daripada keseluruhan
d. PG menerangkan sebab akibat
e. PG membuat ramalan
f. PG memeriksa andaian
g. PG menyelesaikan masalah
h. PG membuat keputusan
i. PG menjana idea
Setiap jenis PG khas untuk tujuan tertentu. Contohnya, PG mengkategorikan khusus untuk
pengelasan mengikut kriteria, tetapi bentuk PG sedia ada boleh diubah suai mengikut kreativiti
dan keperluan pembelajaran.

85

TEKNOLOGI HIJAU TEKNOLOGI KONVESIONAL

BAGAIMANA SERUPA?

1. ....................................................................................................................
2. ....................................................................................................................
3. ....................................................................................................................
4. ...................................................................................................................
5. ...................................................................................................................

BAGAIMANA BERBEZA?

DARI SEGI

RUMUSAN
Rajah 25: Pengurusan Grafik Membanding Beza Dua Teknologi

86

3.5.5 Cort 1
Edward de Bono (1997) mencadangkan konsep pemikiran lateral (berfikir secara luas) dan
pemikiran menegak (berfikir secara mendalam). Pemikiran ini dicapai menggunakan alat berfikir
yang dinamakan Cort 1 (cognitive research trust). Melalui alat ini seseorang meluaskan
pandangan sesuatu idea, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan satu atau
lebih teknik berikut:

PMI (Plus, Minus, Interesting) atau Baik, Buruk, Menarik
Teknik ini meluaskan fikiran dengan menyenaraikan semua cadangan, idea yang baik,
buruk dan menarik. Keputusan dibuat berdasarkan cadangan ini.

CAF (Consider All Factors) Mengambil Kira Semua faktor
Teknik ini mengambil kira semua faktor sebelum membuat keputusan

C & S (Consequence and Sequel) Kesan dan Akibat
Meneliti kesan jangka panjang dan pendek yang akan berlaku untuk tindakan yang
diambil.

AGO (Aims, Goals, Objective) Tujuan, Matlamat, Objektif
Sentiasa fokus dan menumpukan perhatian kepada tujuan asal rancangan. AGO
digunakan bersama dengan CAF.

FIP (First, Important, Priorities) Pertama, Penting, Keutamaan
Mengenal pasti dan menentukan yang terpenting dan perlu diberi keutamaan

APC (Alternative, Possibilities, Choices) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan
Memikirkan beberapa kemungkinan serentak semasa menyelesaikan masalah.

OPV (Other People’s View) Pandangan Orang lain
Mengambil kira pandangan orang lain semasa membuat keputusan dan bagaimana
keputusan ini akan mempengaruhi orang lain.

3.5.6 Tabiat Minda
Tabiat minda dibangunkan oleh Art Costa and Bena Kallick sebagai suatu kerangka untuk
membantu seseorang untuk berfikir dan bertindak dengan bijak apabila berhadapan dengan
beberapa pilihan, menyelesaikan tugasan yang sukar, bekerja secara kolaboratif dan menangani
cabaran baharu seterusnya untuk menjana pemikiran tinggi. 16 tabiat minda tersebut ialah:

Tabiat keteguhan dan ketekunan
Tabiat mengurus dorongan intuitif (impulse)
Tabiat mendengar dengan empati
Tabiat mudah suai (fleksibel)
Tabiat berfikir tentang cara berfikir (metakognisi)
Tabiat mencari ketepatan
Tabiat bertanya dan mengutarakan permasalahan
Tabiat mengaplikasikan pengetahuan lalu dalam situasi baharu
Tabiat berfikir dan berkomunikasi dengan jelas dan tepat

87

Tabiat mengumpul data melalui semua pancaindera
Tabiat mencipta, berimaginasi dan berinovasi
Tabiat memberikan tindak balas dengan penuh minat
Tabiat mengambil risiko yang berpatutan
Tabiat berjenaka
Tabiat berfikir secara menyaling
Tabiat belajar secara berterusan

3.6 Mengubah Jenis Tugasan

Menurut Stein & Lane (1996) sekiranya kita ingin membina keupayaan untuk berfikir, menaakul
dan menyelesaikan masalah, maka kita perlu memulakannya dengan tugasan kognitif yang
kompleks dan aras tinggi, menyelesaikan masalah kehidupan sebenar, dan pembelajaran
merentas kurikulum.

3.6.1 Ciri-ciri tugasan yang diperlukan

Guru perlu melakukan perubahan dari segi jenis dan kualiti tugasan supaya yang lebih mencabar
dan menjadikan murid lebih teruja. Ciri-ciri tugasan ialah:

Memberikan kefahaman asas melalui hafalan (rote memorization) kepada
pembelajaran dan pemahaman yang mendalam (deep learning).
Memberikan tanggungjawab pembelajaran yang lebih kepada murid sendiri, bukan
guru.
Penyelesaian masalah yang luar daripada kebiasaan dan praktikal (berkait dengan
kehidupan sebenar).
Bersifat ketidakpastian, persoalan atau dilema, dan terdapat lebih daripada satu
penyelesaian masalah.
Mendorong membuat perkaitan konsep dan idea yang merentas mata pelajaran dan
bidang ilmu.

Jenis tugasan:
penyelesaian masalah, projek, pembentangan, penyiasatan, kajian mini.

Contoh tugasan:

Organik??

Pengetua telah menerima e-mel daripada seorang bapa yang
mencadangkan supaya pengusaha kantin sekolah menjual makanan dan
minuman yang berasaskan organik. Pengetua meminta kelas anda
menjalankan kajian mini untuk menimbangkan cadangan ini.

88

3.6.2 Kata tugas

Untuk menyediakan item pentaksiran dan tugasan, kata tugas bagi aras pemikiran
berikut boleh digunakan.

Jadual 14: Kata Tugas dan Soalan yang Berkaitan dan
Contoh Tugasan yang berkaitan dengan KBAT

Mengingat Contoh Soalan Contoh Tugasan

Kata Tugas - Apakah yang berlaku - Senaraikan peristiwa

Memberitahu selepas...? utama.
Menyenaraikan
Menggambarkan - Berapa banyakkah ...? - Buat satu garis masa
Menghubung kait
Mengesan - Siapakah yang...? peristiwa.
Menulis
Mencari - Namakan...? - Buat satu carta fakta.
Menyatakan
Menamakan - Terangkan apa yang berlaku - Senaraikan fakta yang

di...? anda boleh ingat.

- Siapakah yang - Senaraikan semua....

memberitahu...? dalam cerita ini…

- Cari maksud bagi...? - Buat satu carta untuk

- Apakah yang...? menunjukkan...

- Yang manakah yang benar - Deklamasikan satu puisi

dan yang salah...?

Memahami Contoh Soalan Contoh Tugasan

Kata Kerja • Nyatakan dalam perkataan • Menerangkan peristiwa.
• Terangkan pendapat anda
Menerangkan sendiri ...
Menginterpretasikan • Beri gambaran ringkas .... tentang idea utama.
Menggariskan • Sediakan satu jalur kartun
Membincangkan • Apakah yang akan berlaku
Mengesan yang menerangkan
Meramal selepas ini ...? urutan peristiwa.
Menyatakan semula • Pada pendapat anda • Tulis dan lakonkan
Menterjemah pementasan berdasarkan
Membanding siapa..? jalan cerita…
Menggambarkan • Apakah perkara utama ...? • Ceritakan semula dalam
perkataan sendiri.
• Siapakah watak utama..? • Lukis satu aspek yang
anda suka …
• Apakah perbezaan • Tulis ringkasan …
• Sediakan satu carta alir
antara..? untuk menggambarkan
urutan peristiwa.
• Berikan contoh untuk

menyokong jawapan anda.

• Apakah definisi...?

89


Click to View FlipBook Version